”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label sedap kau mengomen. Show all posts
Showing posts with label sedap kau mengomen. Show all posts

4/22/2024

Review on our Gadgets

Aku suka gadgets, dari dulu lagi. Dulu time pakai android, aku rasa setiap setahun setengah aku tukar handphone. 

Iphone 15

Start pakai iphone tahun 2013 tak silap, bermula dengan Iphone 6 then tukar Iphone XS Max then Iphone 12 Pro Max, sekarang Iphone 15.

Reason tukar ke Iphone 15 literally sebab nak handphone yang kecil sikit, dah cemuih pakai iphone besar, nak type 1 jari susah, jatuh atas muka sakit, masuk dalam poket terjuih keluar haha. Nak ambil Iphone 14 pro sebenarnya tapi dah tak keluar production and SA Machines cakap ambil Iphone 15, features dia memang tak jauh beza dengan Iphone 14 pro.

Rembat je la ek. Tapi ada sikit kesalan sebab bateri Iphone 15 tak tahannn sangatt! And dah biasa tengok ada 3 camera tetiba ada 2 camera rasa sedih. Hahahah bebukan je perangai kau ni. Takpelah, tunggu lagi 5 tahun kita ambil Iphone 20 pro huahuahua.

Makin lama kualiti iphone makin menjunam. Harga makin mahal! Merepek! Tapi tetap kau beli haha. Tak berani nak ambil android walaupun yang mahal contoh macam Samsung S23 etc tu padu dorang cakap. Entah, tak pernah cuba and takut nak cuba sebab takut gambar dia bila masuk dekat IG jadi macam tangkap gambar guna kalkulator haha.

My Iphone is my life. Tinggal wallet takpe jangan tinggal Iphone haha. Dalam tu ada macam2 bagi memastikan kelansungan hidup seharian haha. 

Rating : 8/10

Ipad Mini 6

Memula aku beli Ipad 9. Tak praktikal sebab besarrr! Nampak sangat aku tak suka benda besar tapi suami besar. Eh? Hahahah.

Then aku tukar ke Ipad Mini 6. Best decision ever! Loveee teruksss. Function to the max. Screen size just nice untuk tengok Netflix, main game, baca Quran. Eh bukan baca Quran tu kena letak yang 1st ke? Hehe. Eh bukan kau beli Ipad mainly untuk kerja ke? Haha

Untuk kerja of course. Sangat berguna untuk ambil note warna warni tanpa perlu bawa pen 25 batang masa mesyuarat. Senang cari notes sebab boleh bahagi ikut seberapa banyak note books yang kau nak. Boleh create account Microsoft Words and easily transferred to PC. Boleh semak dokumen di mana jua anda berada. Boleh main game time mesyuarat yang melalut.

Dalam Ipad jugak aku plan kehidupan aku. Aku jenis manusia yang suka plan tapi tak suka ikut plan HAHAHA. Kau gila ke? Acah2 orang cakap. Dalam tu ada impian aku, ada tempat aku meroyan (coz I love writing), ada jadual hidup, ada financial tracker aku. Kalau korang bukak Ipad aku korang akan tau aku jenis manusia macam mana dan betapa miskinnya aku hahaha.

Rating : 10/10

Pocketbook Lux 4

Ni hadiah hari jadi aku tahun ni! Love gilaaaaa! Pocketbook adalah e-book. Dulu aku pernah baca e-book guna Ipad tapi mata cepat letih so e-book ni memang buat aku makin rajin membaca + aku subscribe unlimited books access. 

Ringan, tak sakit mata is a very plus point. Cuma kadang2 memang rindu nak beli physical books. Sekarang kalau aku pergi kedai buku and nampak buku yang macam best, then aku cari ada tak dalam e-book. Sekali ada daa! Alaa tak boleh membeli haha

Rating :10/10


Nintendo Switch V2

Ni hadiah hari jadi jugak. Best tu best tapi takde masa oi nak main. Huhu. With a packed daily schedule, mana kau nak membaca lagi, mendobi, kemas rumah, pergi kerja, memasak, tengok Netflix, ha cuba cakap bila aku boleh main game? Huhu.

Tapi aku kendong la benda tu ke mana2 time balik kampung time bercuti tapi jarang la dapat main. Takpelah, nanti kita susun la jadual kehidupan balik macam mana haha.

Rating : 8/10

PICO

Ni sama nasib degan Nintendo tapi ni lagi dah jarang main. Huhu. Aku selalu bukak untuk exercise je tapi Nintendo pun ada features yang sama. Nak jual lah! Haha. 

Rating : 6/10

Drone DJI Mini 2

Ni Didi yang control 100% sebab dia tak percaya kat aku 😒 Pun jarang2 guna tapi bila nak guna ada. Hah gituu konsepnyaaa. Gambar/ Video dari drone memang superb. Berbaloi la beli walaupun jarang guna. Dah guna yang tu jee tak payah upgrade2.

Rating : 8/10

Sony Earphones XM-4

Ni pun hadiah birthday. Memang berguna waktu workout layan laguuuu. Aku ni bukan jenis layan lagu 24 hours, tapi time nak guna memang berguna haha. Noise cancelling dia paduu. 

And now tengah aim nak beli headphone Sony WH XM5 pulak. Cuba korang doakan aku dimurahkan rezeki untuk beli benda tu. Haha

Rating : 10/10

Insta 360 X3

Ha semua jenis kamera ada tapi nak gunanya malas haha. Benda ni pun padu, berbaloi la nak beli untuk yang rajin ke sana sini. Lagi padu kalau rajin and pandai edit.

Rating : 8/10

11/22/2023

Review Skin Treatment di Hannan Medispa

Januari hari tu aku subscribe treatment dengan HM dan baru je berakhir Sabtu lepas dengan total 18 treatments. So dalam 11 bulan jugak la aku dengan dorang. 

Waktu buat face scan aku obviously ada masalah jeragat dan pori besar. So beauty consultant cakap treatment aku akan fokus yang tu la.

Treatment 2 minggu sekali.

Pengalaman aku?

Honestly, my personal opinion, korang tak payah la buat treatment kat sini. Better cari yang betul2 klinik atau mana2 SPA yang more reliable.

Kenapa?

1. Jeragat aku takde pudar pun, sama je.

2. Dia janji akan buat face scan setiap 4x treatment untuk tengok progress. Non hadoooo! Aku saja tak nak ingatkan sebab nak tengok macam mana dorang manage data clients. BIG FAIL.

3. Hard sell. Suka paksa orang beli produk dorang. Siap cakap kalau tak pakai produk dorang tak boleh nak salahkan dorang kalau treatment tak menjadi. Eh kauu?

4. Aku ada beli mask dorang letak dekat spa. Dijanjikan setiap kali treatment dorang akan guna mask tu. Hmm kalau tak ingatkan memang tak le. Aku malas nak ingatkan, ada 1 lagi baki mask aku dalam simpanan dorang. Lantak situ. 

Bagi aku kalau kau tak reti buat pengurusan data, maknanya kau fail nak manage business kau. 

5. Ada beautician yang bimbo. Boleh pulak tanya aku nak buat treatment untuk apa? Hellooo! Korang patut simpan history aku, sebelum aku check-in, semua data pasal treatment aku korang kena tahu. Tak professional langsung. Kalau semua aku nak ingatkan, baik aku buat sendiri.

6. Dari segi prosedur selalunya lepas cuci muka akan steam muka. Apa la salahnya time cuci tu dah siap2 on steam machine tu. Ni dah siap cuci baru nak on then kene tunggu beberapa minit pulak nak bagi air tu boiling.

Steam muka akan ambil masa 5-7 minit, ada masa tu lama gila sampai kebas muka aku padahal aku dengar dorang sembang2 je kat depan tu.

7. Ada satu treatment tu selalu aku dapat full package termasuk cold hammer, tetiba nak last tu kena add on cold hammer tu kalau nak. EH???

8. Ada masa aku tukar tarikh appointment tapi tak dimasukkan dalam sistem. Again, management fail! 

Takde la takde kebaikan langsung. Muka aku tak se dull dulu tapi aku tak tau la tu sebab skin teratment ke sebab aku pakai skincare mahal sikit sekarang ni. Pori2 aku pun dah kecik sikit.

Beautician dia ada yang okay, ada yang bimbo, tak profesional.

Produk dorang not bad tapi aku tak beli dah sebab harga high end tapi packaging desa. Haha. Lagipun aku malas nak ke sana semata mata nak topup produk. Personally aku suka pencuci muka dia and sunscreen dia je. Yang lain so-so je. 

So overall 4/10, not worth it.

10/23/2023

Boycotting Israel's Products

Aku tau semua orang cakna dengan apa yang tengah terjadi di Gaza. Too much. Selama ni kita tau pergolakan dekat sana yang tak sudah2 tapi kali ni wayy too much.

Untuk aku personally, aku mampu doa and bagi sumbangan dari jauh je, tak banyak tapi harap membantu. Aku sampai dah tak sanggup nak scroll Twitter, luluhnya hati tengok para syuhada especially the mini ones. Allah, memang syurga milik mereka, memang mereka dah bahagia kat sana but as a human being, rasa sedih, rasa helpless, rasa marah, rasa sakit hati tu tetap ada.

Paling sakit hati tengok orang-orang Israel mocking Palestenians. Ya Allah memang aku doa Allah tiupkan kegelisahan, rasa takut, rasa insecure yang membawa ke mental health untuk dorang semua. 

Untuk tragedi-tragedi sebelum ni memang kita giat menyeru semua orang untuk boikot produk dorang but honestly aku tak pernah boikot secara tuntas. Kejap-kejap ada la sebab aku fikir kalau boikot pasaran tu dekat Malaysia, mungkin akan beri effect dekat pekerja-pekerja kita.

Tapi for this moment, I think I must do something more than what I did before. At this very moment nak masuk kedai yang mirroring that anak setan tu pun rasa tak sampai hati terbayang apa yang tengah Palestinians lalui kat sana while we are moving freely here.

Semalam aku dengar satu video TT omputeh, dia suruh teruskan boycotting ni sebab seminggu ni memang saham2 produk ni keep jatuh.

Then aku dengar satu video TT dari orang kita jugak, dia cakap mungkin usaha kita boycot ni tak beri kesan yang banyak pun dekat syarikat2 tu, tapi usaha tu adalah salah satu cara kita tunjuk solidariti kita untuk rakyat Palestin. Semoga dengan usaha macam tu, membuatkan mereka rasa kita ada dengan mereka kat sana.

Antara produk yang aku akan cuba sebaiknya untuk tak involve dah.


Semua orang kenal logo ni. Aku suka frap vanilla dengan caramel, frap java chips, matcha lemonade and macam2 lagi. Tapi sekarang kita banyak alternatif lain. Maybe we can change to Zus Coffee even the caffeine is stronger but you can always asks for less. Tealive pun dah banyak range coffee. Banyak tau option lain, we try ok?

Ayam goreng dia memang sedap. Aku suka double cheese burger dengan spicy tomatoes sauce. Typing ni pun dah rasa lapar. Breakfast range dia pun best, the hashbrown 🤤. But as I said before, can we at least try KFC or Marrybrown instead? Hari tu aku beli Nasi Lemak Marry Brown and I love their sambal more than Mc'D punya. Siapa sama dengan aku?

Ni paling aku takde masalah sebab memang tak suka sangat. Didi dulu suka betul tapi sejak mengamalkan kehidupan yang sihat, dah banyak kurangkan dah. Banyak sangat. Sebulan sekali pun kadang2 je kot. Apa kata kita minum air masak je lepas ni? Baik untuk kesihatan! Tolak la isu boikot ni kalau taknak, tapi kita fikir kesihatan kita pulak. Kalau craving air manis pun, kita ambil 2-3 sips je. Sarsi F&N sedap jugak, dengar cerita boleh hilangkan batuk jugak. 

Kita takkan mampu untuk boikot semua, tapi buat semampu kita. Contoh, aku pengguna iphone, takde sebab aku nak bazirkan untuk beli yang lain but instead aku gunakan iphone yang sedia ada ni untuk jadikan platform membantu Palestenians.

Contoh lagi, platform2 social media, majoriti pro kepada anak setan tu but what we do? Sebab tanpa socmed kita pun akan ketinggalan isu2 ni. So melalui socmed yang sama, kita guna sebagai platform nak tunjukkan solidariti kita.

Ni dulu sebab ni paling common. We start slow ok? Susah memang susah, aku pun tak janjikan aku mampu but we try our best ok? 

9/01/2023

Perkspektif / Sudut pandang

The way we see things, can change everything. 

Korang tau tak kisah seorang perempuan nama Mashi? Aku tau cerita dia melalui tiktok. Mashi ni seorang wanita yang Allah uji dengan diambil balik penglihatan dia masa dia eksiden dengan teammates dia. Sorang teammate dia meninggal dalam eksiden tu. Innalillah.

Aku adore betul dengan Mashi tu, positive gila. Aku tak rasa aku mampu sepositif dia kalau aku diuji macam tu. Plus dia ada support system yang awesome gila iaitu husband dia. Husband dia very caring and supportive. Senang cerita pasangan tu memang imperfectly perfect and complete each other. Dorang takde anak lagi bytheway dan mereka bahagia dengan cara mereka, berdua.

Ada video dia buat aku tersentak, ada video dia buat aku rasa hinanya diri ini, ada video dia buat aku sebak. She's a message from God to us. Dari ujian dia, cara dia take that ujian memang something to ponder.

Hari tu aku tertengok satu video dia. Point dia lebih kurang macam ni la, kita ni kena ubah cara kita melihat sesuatu dan sentiasa cari point untuk bersyukur dengan segala nikmat yang kita dah terima, bukan meroyan untuk benda yang kita belum terima.

Dia cakap dia bersyukur Allah ambil nikmat penglihatan dia je, Allah tak ambil kaki dia ke, tangan dia ke, nyawa dia ke and paling penting Allah tak ambil suami dia, tu yang paling dia syukuri. Sebab selalunya kalau dia pergi outstation memang berdua dengan suami tapi hari tu suami dia ada kerja lain so suami dia tak ikut. Entah2 kalau suami dia ikut, suami dia meninggal sama dengan teammate dia tu. 

Dia tak pernah putus harapan yang 1 hari Allah akan pulangkan penglihatan dia sebab dia cakap dia rindu sangat nak tengok muka suami dia 😢. Bila benda tu sentiasa ada depan mata, kita selalu lupa untuk hargai, tapi bila dah takde kita terkapai-kapai mencari. Terus rasa nak videocall Didi time-time tu jugak haha. 

Kau ingat senang ke nak jadi manusia seredha itu? Hatinya sebaik itu? Benda tu memang perlukan latihan hati. Mashi ni memang happy-go-lucky orangnya and maybe sifat semulajadi dia macam tu. Ada orang memang kena latih hati untuk 'bersihkan hati'.

Ada orang kau cakap la macam mana pun, dia tetap  hanya nampak sudut negative sesuatu perkara. Kau ubah la 90° ke 180° ke arah selatan ke utara ke barat daya ke, tetap lah yang negative dia nampak. Apa yang kau dapat pun kau pong pang pong pang sana sini, melalak tak tentu pasal? Apa kau rugi pun kalau kau turunkan sikit ego kau? World is not revolving around you only my dear. Lagi worst bila perkspektif negatif dia tu dia pergi sebar ke orang lain, dah jatuh fitnah, dah memecahbelahkan silaturahim. Orang macam ni elok hatinya kita rendam dalam clorox haha.

Kembali kepada perkspektif. Kita yang kena usaha cari sudut terbaik untuk sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat dan ujian. Life is a momentary of thing, hidup ni sementara. Ada masa kau kena rendahkan ego, ada masa kau kena memaaafkan dan minta maaf even bukan untuk salah kau. Jangan rasa semua orang salah. Tak habis2 la nak rasa diri kau je betul, kau je yang dianiaya, disakiti. Ye ye, kau la betul,  kau la juara, nah amek trofi pergi main jauh2. 

Telengkan la kepala, julingkan la mata, jalan la menyenget pun kalau itu yang boleh buat kau nampak sudut pandang yang lebih jelas dan positif. Buka minda, jangan telengkupkan akal yang Allah bagi, jangan jumudkan fikiran. Berlapanglah dada dengan setiap ujian. Try hard and harder.

Nobody is perfect, so am I, so do you. Kadang2 aku yang rasa 2nd hand embarrassment dengan perangai sesetengah manusia. Yang lagi kesian, kesombongan dan keegoaan diri akhirnya yang memakan diri sendiri. 

Aku pun ada masa aku down, aku diuji, ada masa aku asked God 'Why me?', ada masa aku rasa annoyed gila dengan certain people, ada rasa aku rasa aku ni teruk sebagai manusia, tapi aku tak suka rasa-rasa tu merajai hati aku. Sesak dada aku. Aku nak hidup yang tenang je. 

Cara aku nak make it sooth? Aku ajar hati, aku istighfar, aku baca buku, aku dengar talk/ ceramah. When our mind and heart have been clouded by the probs/ issues, it's harder for us to see the real situation. So untuk aku, sumber2 macam buku, video motivasi can help me go through it, help me to get the clearer picture, help me to decide what should I do next. Sometimes sharing with my husband and friends that have same frequency as mine also help a lot.

Bila kau dah buat semua tu or any other methods that you think will work for you and it still didn't work, nasihat aku pergilah jumpa psychiatrist haha. If we cant help ourselves, lets the professionals do especially bila dah kau dah mula menunjukkan nasty behaviours. 

Sama-sama la kita usaha untuk jadi yang lebih baik, dari semalam, dari kelmarin, dan dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Our willingness, our struggles to be better, to be kinder will be rewarded by Allah. InshaAllah

12/01/2022

PRU15

Kempen PRU giat dijalankan di seluruh negara. Aku dengar dari video tiktok/ youtube sembang2 kencang mereka. Perbualan aku dengan Suami pun asyik berkisarkan politik, bertukar pendapat, kritik mengkritik but we're on the same ship #undiadalahrahsia. But I tried to be neutral and rational as much as my brain can haha.

19/11/2022

Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Aku pergi mengundi selepas Zohor dan terus shoot ke office lepas tu sebab aku bertugas di Bilik Gerakan Negeri untuk PRU.

Bermula jam 8pm, kami mula menghubungi ARO2 di daerah untuk bertanya 'khabar'. Fokus kami adalah untuk DUN Perak. Tapi sampai pukul 10pm masih ada ARO yang belum terima peti undi, masih tiada keputusan rasmi. Big bosses dah datang memeriahkan suasana BGN. Dapat la pow bos starbucks untuk melayan ngantuk tunggu keputusan final.

Menjelang tengah malam, satu2 keputusan kami perolehi. Memang sengitt! Kejap yang ni mendahului kejap yang ni memotong. Berdebar! Tapi aku terima je siapa pun yang akan jadi kerajaan. We serve government of the day.

Dalam pukul 3am kami wrap up. Dipihak kami dah tau keputusan cuma belum diumumkan secara rasmi. 

Pasca PRU

Group2 whatsapp berdesup dengan pelbagai perkhabaran dan perspektif masing2. PRU kali ni memang 'panas'. Masing2 menegakkan ideologi tersendiri, ada yang ekstremis, ada yang liberal, ada yang tiada asas, ada yang ibarat mengetuk tin kosong.

Penat baca ulasan dan video para netizen, ada juga yang menakutkan. Fitnah berleluasa, tuduh menuduh bagai tidak takut pada dosa. Yang melebih-melebih adalah rakyat di bawah, ada yang bertaruh untuk bogel di lebuhraya kalau parti lawan menang. Apa benda la kau ni.

Kau lantang nak bersuara nak memartabatkan agama kau, bangsa kau tapi perangai kau tak mencerminkan pun agama yang kau anuti tu. Terpekik terlolong sana sini, bangkitkan isu sensitif, tak menghormati manusia lain.

Berlawan la cara beradab. Hormati pemilihan rakyat dan keputusan raja-raja. Tak perlu la nak panaskan lagi isu. Takde ada parti yang suci murni, masing2 ada sisi gelap masing2. Jangan tunjukkan sangat ketamakan dan gila kuasa. 

Be open minded and be open to criticism, respect others opinion. Everyone can give their opinion but none is true or wrong, because we have our own perspective. Kita hidup dalam negara yang dihuni pelbagai bangsa, we need each others. Togetherness is the key for a better nation. 

Dah dah la tu, ni bergaduh sampai terputus silaturahim. Nauzubillahminzalik. Sekarang ni fokus pada nak memulihkan ekonomi negara. Once ekonomi dah pulih, inshaAllah sejahtera la hidup semua. Harga barang turun, keperluan makanan mengcukupi, jenayah berkurangan, investors masuk Malaysia, peluang perkerjaan meningkat, masa depan anak bangsa terbela. Itu yang kita nak. Bukan tuduh menuduh, buruk memburuk satu sama lain.

Hak masing2 akan terbela, inshaAllah. Negara kita ada undang2 dan semua terjadi atas izin Allah swt. Yang terpekik terlolong ni la yang kadang2 bangun tidur pukul 12pm, melepak sampai 3 pagi, baca berita tapi headlines je then terus melatah. Sebarkan berita palsu padahal tu cerita zaman Jepun dulu.

Kau nak nasib kau terbela tapi kau sendiri taknak ubah hidup kau. Kau harapkan semua benda disuap masuk ke dalam mulut kau, kalau boleh kunyahkan sekali. Sebelum nak ubah negara, ubah diri dulu. Every effort counts. 

Lupakanlah apa yang dah terjadi, marilah bersatu hati untuk membentuk negara yang harmoni.

11/30/2022

PRU

Aku baru 2x mengundi. Dulu aku tak cakna bab politik sebab bagi aku politik ni sampah dan kotor, ahli politik semua kejar kuasa dan harta tanpa menghiraukan rakyat. Rakyat kena struggle sendiri. Income negara 1/3 je keluar untuk rakyat, 2/3 isi perut dorang dan family dorang. So to the hell all politicians. Aku taknak ambil tahu, aku taknak ambil peduli, I will survive on my own, aku taknak pergi mengundi.

Itu aku di zaman remaja. Bila fikiran dah makin matang, bila dah masuk kerja kerajaan, bila dah deal dengan politicians, dah banyak membaca, dah cuba fahami selok belok dunia politik, aku decide untuk mengundi. Aku ada hak untuk menetukan siapa yang aku nak sebagai pemimpin aku, kalau ada dua calon yang teruk, pilih la yang paling kurang hauknya.

PRU14

Umur aku 28 tahun waktu tu. Cukup matang untuk buat pilihan. Aku undi untuk DUN Chenderoh dan PARLIMEN Padang Rengas. Habis mengundi aku balik ke tempat belajar di KL, naik kereta. Sepanjang perjalanan aku dengar berita pengumuman keputusan PRU. Berdebar bai macam aku yang calon. Sangat berdebar sebab bau2 nak tukar kerajaan tu macam ada. 

Penghijrahan tu sesuatu yang dituntut dalam agama. 60 tahun bawah kerajaan yang sama, terlampau banyak korupsi yang berlaku dari satu sen hingga berbillion ringgit jumlahnya. Sesak dada apabila hari-hari dihidangkan dengan berita korupsi dari pemimpin yang dipilih rakyat pada satu ketika dulu. Orang yang kita harap untuk membawa kemakmuran tetapi malangnya membawa kehancuran. 

So pertukaran kerajaan adalah satu benda yang diharapkan oleh anak muda macam aku. 

Disebabkan terlalu berdebar, aku berhenti di RnR Sg Buloh untuk memberi fokus sepenuhnya pada berita terkini. Bertelengu di dalam kereta mengharapkan khabar gembira. Lagipun kalau kerajaan tukar, esok cuti. Tu yang sebenarnya aku tunggu. HAHAHA. Kalau cuti aku akan patah balik ke Perak *sanggupp* haha.

11pm......

12am....

1am.... masih tiada keputusan akhir. Mulalah keluar isu dewan black out, kiraan semula, yaddaa yadda. Tricks lapuk yang masih digunakan.

Aku decide untuk lena dalam kereta walaupun padahal lagi 30minit aku boleh sampai hostel dan tidur dengan selesa. 

Dalam 5am aku terjaga dan boleh conclude yang kita dapat kerajaan baru! Oyeahhhhhh! Cutiii! Terus keluar RnR dan patah balik Perak haha.

Dalam perjalanan balik hati berbunga-bunga. Harapan yang besar untuk orang baru memerintah. We need new faces and fresh spirit from all Malaysians, we renew our hopes, for a better Malaysia. InshaAllah. Ameen.

Mei 2018

Aku masuk ke satu kementerian (1st posting) yang dikelolai oleh seorang Menteri baru dari Kerajaan baru. I didnt expect much. Ibaratnya, permulaan aku di sektor kerajaan seiring dengan tukarnya kerajaan baru. 

As a new officer, aku pernah diberi kepercayaan ikut Menteri dan Timbalan Menteri menghadiri conference di luar negara. What I can conclude was, sebagai orang baru dalam bidang, banyak lagi kena belajar, memang banyak TAPIII boleh berjaya jika diberi peluang dan masa.

Aku hanya mengikut arahan top management bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan pengurusan negara. Kita bina hubungan baik dengan negara luar melalui jalinan diplomasi, kita brainstorm sesama pegawai for a better Malaysia sebelum idea itu dibentangkan kepada Menteri, kita belajar sama-sama dengan semangat bahawa we definitely can do this. 

Feb 2020

Bermula gerakan untuk menurunkan kerajaan sedia ada. Kerja ahli politik aku malas nak ulas lebih tapi bagi aku benda tu tak adil sebab kau khianati pemilihan rakyat. Tapii dorang rasa dorang lebih cekap mentadbir negara, mereka judge kerja 22 bulan dengan kekaratan sedia ada yang dah beratus bulan usianya. Kau ingat senang nak buang karat? So takpe, kita sebagai rakyat marhaen, tengok je lah pertelingkahan mereka sambil menderita ekonomi. Dorang ingat dorang lagi cerdik mengelola kerajaan berbanding pilihan 12.25 juta rakyat. So let them, your judgement, your responsibility!

Mac 2020

Pandemik. Banyak WFH. Sekali sekala je jumpa Menteri baru. Semua orang sibuk menguruskan hal covid yang merumit. Kita lupakan apa yang dah jadi, fokus utama adalah untuk menjaga nyawa sendiri dan ahli keluarga.

Disember 2020

Aku berpindah dari pentadbiran persekutuan ke pentadbiran negeri. Aku diberi tugas khas untuk mengendalikan isu covid di peringkat negeri, dari segi logistik bukan kesihatan. Memang sibuk, meeting sampai 1 pagi, meeting hari2. Lelah rasanya. Set up PKRC, CAC, reporting, perolehan etc. Ke sana sini buat site visit dalam keadaan kes tengah menggila. 

And I can say KJ did his best and excellently. Dari MOSTI ke KKM, he tried his best. Setiap kali meeting dengan dia, nampak muka penat dia. Ke sebab mata dia jenis kuyu so sentiasa nampak penat? Haha. But we all exhausted back then, physically and mentally. 

Meeting non stop, orang federal keep turun untuk pemantauan.

April 2022

Peralihan ke fasa endemik. Malaysia makin berfungsi seperti sedia kala bersekali dengan kemelut politik.

Oktober 2022

Pembubaran Parlimen mula diperkatakan. Parti-parti politik mula memburukkan sesama lain. Kehangatan kian terasaaa.

To be continued....

5/25/2022

Selesai hutang PTPTN

 Hari tu aku keluarkan KWSP untuk selesaikan hutang PTPTN aku yang dah tak banyak, below RM10k (tak banyak ke tu?? haha). Alhamdulillah selesai satu hutang. Aku bayar guna online transfer je, log in macam biasa nak cek baki hutang tu, then ada link untuk buat bayaran. 

Aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai panduan korang je sebab there is lesson to be learned hehe.

Lepas bayar aku memang buat bodo je, aku just simpan bukti bayaran. Aku tak dapat apa2 emel yang nyatakan bayaran dah selesai. Sebelum selesaikan bayaran aku buat auto-debit deduct untuk setiap bulan and setiap kali deduct aku dapat emel penghargaan bayaran balik. Then aku bayar habis ni korang taknak hargai ke woi? Hahaha.

Tapi aku still ignore, bagi aku mungkin ambil masa.

Satu hari aku terdetik nak google pasal rebate. Sebelum ni aku tau dalam Bajet Negara ada bagi rebate siapa buat bayaran penuh tapi untuk tahun 2022 aku tak pasti. Google punya google, sekali ada oiii! Siapa yang buat bayaran penuh sebelum 30 April 2022 entitled dapat 15% rebate dari bayaran penuh yang akhir. Wohooooo. 

Aku ni sejenis malas nak berurusan dekat kaunter. Aku godek2 dekat google, aku jumpa satu portal untuk kita print surat yang menyatakan hutang kita dah selesai. Korang boleh log in dekat portal ni

Then aku godek lagi, aku jumpa link no whatsapp pegawai2 eksekutif PTPTN. Tapi link ni dah tak boleh guna time aku bukak ni. Under maintenance ke apa aku tak tahu. 

Aku pun whatsapp pegawai tu, random je aku pilih. Lepas soal jawab semua, bagi bukti semua dia cakap aku layak dapat rebate tu and akan dibayar dalam masa sebulan. Aku bayar habis PTPTN tu 15 Mac 2022, so by 15 April aku patut terima la kan? Tapi tak terima2 walaupun dah menjangkau hampir 2 bulan. 

Aku pun follow up dengan pegawai yang aku contact dekat whatsapp tu. Tengok dia tak reply2. Hmmm.

Then aku chat dekat live chat PTPTN. Bagus sistem tu, cepat dilayan and semua yang aku tanya dijawab. Nak call PTPTN goodluck la, aku tak pernah berjaya tembus haha.

Setelah bersoal jawab dekat live chat tu RUPA2NYA!! nak refund tu kena mohon guna link ni!!! Astaga, takde la pegawai sebelum ni bagitau aku. Kalau aku tak follow up ntah2 sampai kiamat aku tak dapat refund. 

So on 11 Mei 2022 baru aku mohon. 18 Mei dapat e-mel yang bagitau duit tu PTPTN dan transfer and akan appear dalam akaun dalam masa 7 hari berkerja. So aku pun dengan sabar menunggu. Alhamdulillah, hari ni aku dapat bayaran balik tu. Haishhh kalau tau awal kan boleh joli raya lebih sikit hahahahaipppp niat tu. 

Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku nak follow up, kalau tak hmmm. Banyak weh 15% tu. Boleh beli ipad sebijik haha kau takde contoh lain ke?

So post aku ni aku mengharap dapat membantu korang yang hadapi situasi yang sama. Yang penting simpan rapi semua bukti pembayaran. Adios!

3/30/2022

Adab > Ilmu

Aku bangun 5.45am pagi tadi, turun bawah siapkan bekal kami suami isteri, then 6.15am naik untuk mandi ke pejabat. Lepas aku siap mandi, kejut Suami pulak untuk mandi dan bersiap. Kemudian kami solat jemaah bersama.

Sementara kami berdua bersiap, aku bersiap di depan cermin solek, Suami sedang bersiap di dalam bilik air, shave dan pakai minyak rambut agaknya.

Kami bersembang tentang issue yang tetiba viral, video seorang pensyarah UiTM khabarnya yang seolah-olah menghina golongan yang kurang berkemampuan. Antara ayat panas dia, 

'Pasal itu aku tak boleh duduk dengan golongan B40 ye, dia lebih memikirkan benda lain selain pelajaran'

Ye Prof, takde siapa kata pelajaran tu tak penting. Ayah aku pernah cakap,

'Ayah takde harta nak tinggalkan, Ayah boleh sediakan keperluan untuk korang belajar je. Nak hidup senang, belajar, taknak hidup senang tak payah belajar. Korang dah tua nanti Ayah pun dah takde, pandai2 la hidup'

Begitu ye tuan2, sedas Ayah aku bagi. Alhamdulillah aku and adik perempuan aku ada degree, adik laki aku ada diploma sebab dia pemalas haha.

Tapi Prof kena ingat, tak semua orang ada privilege tu, Prof kena ingat semua orang ada struggle masing2 yang kita tak tahu, so just be kind, can't you?

Ok back to our morning, aku pun tanya Suami aku,

'Abang, Abang dah tengok video viral pensyarah UiTM tu?'

'Dah', then dia berdiri depan pintu bilik air

'Tapi Abang setuju dengan pensyarah tu yang pelajaran tu penting'

'Ye, Ayang pun setuju bab tu, tapi cara dia tuuu. Tak boleh ke cakap elok2? Dia nak suruh kakak budak tu jual gelang, ada ke pun gelangnya? Entah2 kakaknya pun takde, yang ada adik2 kecik je. Why not dia sebagai orang berpengaruh, adukan masalah kebajikan ni dekat pihak universiti. Buat sewaan laptop ke, contribute laptop lama dia ke, or belikan ke. Apa2 la yang bermanfaat, bukan menghina. Elok la jugak budak yang pakai handphone yang layan kelas dia, budak2 yang pakai laptop diam seribu bahasa'

Ha tak pasal2 aku bebel dekat Laki aku pagi tadi

'Betul apa Ayang cakap tu', Laki aku menyokong. Berani dia tak sokong bini dia tengah emo. Hahaha

Siapa pun kau, tinggi mana pun martabat kau, banyak mana pun harta kau, kalau kau takde adab, kau la orang paling hina sekali. 

Aku faham pensyarah2 oldies ni memang 'kasaq' sikit sebab dorang pun bukan senang nak naik sampai jadi profesor lah. Nak kasar, nak bertegas, bolehh, takkan tak boleh sebab budak2 zaman sekarang memang macam tu pun nak ajar. Tapi jangan sampai menghina membabi buta. Kita tak tau apa keluarga dia tengah hadap.

Be humane, instill more empathy in you, you'll regret nothing. In whatever situation, always, always choose to be kind. Tinggi tu martabat profesor, gaji puluh ribu tapi what a shame bila tak dapat tunjukkan adab dan tauladan yang baik. 

Tak semestinya kau profesor, kau tau semua benda, kau paling pandai dalam dunia, tak semestinya makcik, tak semestinya.

2/24/2022

Integriti - self test Covid-19

Seminggu dua ni ramai betul aku tengok orang +ve Covid, semua status bagitau +ve. Allahu, semoga Allah bagi kesembuhan pada semua. Time aku +ve hari tu tak la semeriah ni. 

Waktu aku tau aku +ve tu aku declare terus dekat MySejahtera, less than 24hrs MySejahtera aku dah merah dan keluarkan arahan HSO. Aku tunggu juga KKM call untuk panggil pasang gelang ke apa ke, tapi takde. Ooo sekarang dah tak payah pakai gelang, kalau yang kena pakai tu maksudnya KK tempat dia ada gelang lebih haha.

Lepas beberapa hari +ve ada Dr call aku tanya keadaan, aku cakap aku okay. Dia cakap just pantau keadaan sendiri kalau rasa simptoms makin teruk, baru pergi CAC. Oh sekarang dah tak wajib pergi rupanya.

Time tu aku terfikir, senang la nak tipu kalau nak 'cuti' kan. Sesiapa je boleh declare, takde siapa pantau. Hmmm. Rupanya apa yang terlintas dalam fikiran aku tu betul2 jadiiii. 

Aku ada kawan dan family yang kerja dengan KKM. Rupanya masih ada daerah yang akan call setiap sorang yang declare +ve dalam MySejahtera untuk confirmation, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) akan minta bukti self test kit tu. Mungkin perkara ni apply kepada daerah yang tak banyak kes sangat kot, thats why PKD ada masa dan ruang untuk buat semakan.

And unfortunately, ramai gilaaa sebenarnya tak boleh kemukakan bukti yang dorang +ve. Maknanya apa kawan2? Maknanya dorang menipu sebab taknak pergi kerja. Aduhh wujud eh manusia macam ni? Paling sedih majoritinya yang perangai tak semengah tu orang Melayu yang membawa nama agama Islam bersamanya. 

Apa korang rasa eh time menipu tu? Tak takut kena betul2 ke nanti? Tak ke kesian dekat kawan office yang struggle sebab kekurangan sumber tenaga yang sedang bersenang lenang dekat rumah tengok Netflix. Tak takut kantoi then kena buang kerja ke? Tapi tu la macam aku cakap tadi, berani sebab takde siapa pantau. 

Plus tak perlu pakai gelang, lagi aman hidup. Boleh naik kereta, naik motor bersiar-siar, boleh pergi taman, masuk kedai (tak scan MySejahtera) Haisshhh. Dalam orang lain struggle nak hidup, nak selamatkan nyawa orang lain, ada antara kita yang takde integriti, ambil kesempatan. 

Dalam perkara ni bagi aku tak boleh salah sesiapa selain diri sendiri. Mana la negara nak maju kalau rakyat takde integiti, berfikiran mundur? Haishh.

Dr KKM cakap yang kes dorang publish tu hanya untuk kes PCR test, test lain tak termasuk. Dia cakap kalau nak anggaran kes sebenar darab 3 dari amaun published cases. Tapi aku malas darab 3 dah sebab ramai penipu rupanya. 

*Nenek aku, age 85, baru disahkan positif +ve 2 hari lepas. Dia demam, takde selera makan. Risau sangat sebab dia dah berumur. Huhu Setakat ni pantau oxygen Alhamdulillah ok. Doakan nenek aku cepat sembuh guys. Thanks!

7/31/2018

Kedai Makanan Authentic Korea Terbaik ~~ Onsemiro, Intermark

Aku suka tengok cerita Korea. Suka tu bukanlah aku layan setiap malam, sebulan sekali mungkin hahaha. Cerita Korea ni best, message mendalam, ada isi and tak cliche. Dia takde nya cerita mak mertua perangai macam neraka, lahir lahir terus jadi CEO syarikat, suami ada skandal dengan PA dekat office. Dia cerita pasal kehidupan doktor, askar, hacker (yang aku tengok la). And kalau ada scene kelakar, kelakar dia tak hahahahambarudin. Ahh pergi tengok sendiri la haha

Dalam setiap cerita mesti ada scene makan kan, aku suka tengok orang Korea makan sebab gelojoh hence nampak berselera haha. Ada scene makan dekat tempat mewah, ada scene makan sayur dalam tu letak daging, bunyi dia kunyah tu sedap je. Aku ada la beberapa kali makan makanan Korea and aku suka nasi dia, sup dia.

Nak jadi rezeki aku, tengah hari tadi aku dapat invitation makan dekat restoran Korea oleh orang Korea. Nama restoran tu sama dengan tajuk entri ni. Restoran tu dekat Intermark. Korang google la Intermark tu kat mana, aku pun orang bawakkan tadi. 

Aku masuk je restoran tu semua pekerja dia orang Korea. And kitorang duduk dalam private room. Perghh rasa macam dalam cerita Korea scene tengah membincangkan masalah syarikat keluarga haha. 

Aku masuk-masuk je makanan punya banyak atas meja. Semua makanan authentic Korea. Ada satu platter besar fish cake Korea. Ada side dishes sosej, kimchi, cendawan, and timun. Sumpah drolling, tak sabar nak makan. Dalam fish cake set tu ada satu tu macam timun goreng tepung tapi sumpah sedap nak mampussss.

Tengah menikmati yang tu tetiba dihidangkan dengan daging bakar yang MashaAllah sedap gila juicy gila. Orang Korea tu ajar makan daging tu letak dalam salad letak bawang putih sikit, hirisan cili besar sikit and ada something macam sambal tapi aku tak tau apa. Then ngap sebijik dalam cerita Korea tu. Korang dapat imagine tak? Haha.

Sumpah sedap namatiii. Tengah aku menikmati benda alah tu, sampai pulak semangkuk nasi beserta soup seafood. Ok aku memang suka nasi Korea, macam sticky rice. Tapi soup dia aku tak suka walaupun dalam tu ada ketam. Aku makan nasi dengan daging tu ohmaigaddd, syurga doniaa.

Belum habis nasi sampai pulak spaghetti. It's not spaghetti but looks like one. Gravy dia warna oren dimasak bersama octopus. Paling pedas antara semua hidangan but yasss sedapppp.

Ok tu je main dishes. Teringat-ingat sebab tu aku cerita kat sini. Once in a lifetime kot dapat peluang makan tempat macam tu. Time makan memang dia bagi minum air suam, aku rasa tu air herba. Walaupun aku tak suka makan dengan minum air suam, tapi tadi kena sungguh combination tu. Then dia bagi buah and dia bagi satu mangkuk air sejuk. Air cinnamon. Ok tu aku tak boleh terima sebab rasa dia pelik and too sweet.

Dah makan kat situ tadi aku rasa selama ni aku makan makanan Korea semua pentipu. Haha. Sebab aku dah rasa yang pure punya, memang jatuh carta la semua yang aku pernah makan. Makan free pulak tu, lagi bertambah la sedapnya haha.

Semua yang aku makan tu dalam RM100++ sorang. Worth it? I can say yes untuk sekali sekala. 

Thanks God for this rezq. By the way, Korean tradition when it comes to food is, the guest need to finish up all the food on the table to show that the food is great. So memang kenyang gila la sebab memang habisss. Dia order makanan untuk 8 orang, yang ada 6 orang je. Haha.

*Sorry takde gambar sebab iollls segan nak ambil plus saja nak menguji daya imaginasi korang kahkahkah.

7/23/2018

Tukar Bateri Iphone 6 dekat Machines

Aku pakai Iphone 6 dari tahun GST dikuatkuasakan di Malaysia, aku beli sehari sebelum GST. Aku tak pernah pakai handphone lebih dari 2 tahun tapi dengan Iphone memang tak rasa 3 tahun dah berlalu. Gituu. Haha.

Tapi biasalah, makin berusia, makin banyak la cabaran dan dugaan mendewasakan usia *siapa ternyanyi dia terror*. Dengan Iphone 6 ni aku ada problem dengan bateri. Hauk gila bateri dia lepas 2 tahun pakai. Sebab tukar dekat Machines mahal sangat, aku tukar battery 3rd party. RM150 dekat Wangsa Walk pada tahun 2017.

Pun hauk haha. Aku memang bersabar dengan batteri ni sampai dah tahap kritikal, handphone aku sentiasa ber charge, tak lekang macam bebudak isap puting. Then aku tau Iphone ada buat promotion tukat batteri RM120. Ok la tu kan?

Aku pun pergi Machines dekat The Curve. Tak semua Machines ada services untuk repair ye, yang ada dekat The Curve, KLCC and MidValley sahaja. And KLCC kena buat appointment. Aku ingat nak pergi KLCC je hari tu, sekali time nak set appointment, hari Selasa (esok) baru ada slot available.

Procedures dia agak leceh. Kena back up data bagai, kena diagnose semua dah rupa orang tengah sakit. Dah habis diagnose, pekerja dia dengan mask masih di muka, sambil bukak rubber gloves berkata 'Maaf puan, handphone puan tinggal 6 bulan je lagi nak hidup' hahhahahangguk kau. Ok je la, sah la handphone aku original. Plus machines tengah guna sistem baru and still under training, pekerja pun buat kerja terkial-kial.

Aku tak back up data sebab aku budget ada backup dekat iclouds especially gambar, yang lain aku tak kisah sangat. Gambar pun aku tak kisah sangat sebab tu aku tak berusaha pun nak backup bagai. Ada la dalam 2k ++ gambar2 dari handphone tu baru dibeli terkhazanah dalam tu.

Sebelum hantar aku tak baca terms & regulations, orang kedai pun tak explain. Dah hanguskan semua benda dalam tu, dia suruh tinggal handphone dalam 4 jam. Okay lah. Dalam pukul 7pm dapat email yang dorang tak boleh proceed sebab aku pakai battery 3rd party. Shitt! Terus aku berkata begitu. 

No one to be blamed here. Machines has right to do so sebab Apple pun nak jaga nama baik dorang. Mungkin ada negligence dari pihak aku yang tak membaca and pihak Machines yang tak explain betul2 sebelum proceed. Benda nak jadi kan? Aku fikir because it's just a battery kan, what's the big deal pun? Rupanya bila tanya benda tu ada risk and as I mentioned above Apple nak jaga reputasi dorang sebab ada risk battery tu akan tak function.

Ralat? Sikitt aaa sebab handphone aku macam baru. Kene download bagai semua benda. Contacts je ada, gambar semua terkubur. Biarlah, I was ready for it pun. Just a reminder untuk siapa yang nak tukar. Lagi satu, tempered glass aku pun dorang cabut sebab nak tengok scratches and so on. Dorang takut nanti customer tuduh dorang calarkan pulak kan.

So esoknya aku pergi tukar dekat Ipro Cheras. RM120 jugak. 5 minit je, tak payah nak reset apa bagai. Buat depan aku takde fikir nak tercalarkan ke apa. Hahaha. Sabo je laa.

But still battery tu tak perform. So aku rasa handphone aku yang problem. Maybe it's a right time untuk tukar yang baru.Yesss?? Hahaha

7/05/2018

Respect someone's privacy

Aku adalah orang yang mementingkan privacy. Dekat sini aku jarang post gambar aku, aku jarang post gambar orang lain dan kat sini aku cerita berkisarkan tentang aku, aku tak masukkan kisah orang lain walaupun ada kena mengena dengan aku. Macam dekat IG memang aku tak approve strangers. Sorry. Dekat twitter lagi la muka aku pun aku tak tunjuk secara jelas dan nyata.

Macam dekat tempat kerja aku tak kisah nak bagitau aku asal mana, adik beradik berapa and bla bla but for those who ask je lah, contohnya colleagues bahagian aku. Penting untuk kita tahu basic background colleagues kita, untuk build relationship and trust. 

Tapiiiii aku paling tak selesa bila orang yang aku tak kenal, tahu pasal peribadi aku. Tahu alamat rumah aku secara spesifik, tahu no telefon aku, tau no IC aku, tau nama penuh aku. It's scaryeahhhh mannn! Aku rasa kehidupan aku dinodai, aku rasa tak selamat, aku rasa diperhatikan. 

Hari tu ada seorang laki bagi message dengan list out all my details, like a very personal details and at the end of the message dia cakap selamat berkenalan. What the heck? Off course aku ignore, nasib baik aku tak blok je. 

Then tetiba tadi aku masuk office dengan tak semena-mena ada sorang laki which is a total stranger to me tegur aku, orang Kuala Kangsar ok? Terpinga sekejap aku. 1 bangunan ni tau aku orang Kuala Kangsar ke?

Not cool right? Kau invaded someone's privacy for your personal interest. Please have some respect dudes. Nak? Mintak which off course aku takkan senang-senang bagi but have some courtesy.

Jadilah manusia budiman wahai lelaki (dan perempuan kalau ada perangai sepere macam ni haha). Be a man, a gentleman. Jangan buat perangai rempit sangat haha.

And lagi satu kekangan, kekangan kau ayatnya haha. Lagi satu masalah aku kat sini adalah bila naik lif. Setiap kali naik lif mesti aku berdoa, mintak2 lif kosong. Tempat aku kerja ni mostly nya lelaki. Dah beberpa kejadian menyayat hati berlaku bila aku tercongok depan pintu lif, pintu lif terbuka dan semua dalam tu lelaki.

What should I do? Should I senyum kambing dan lari? Should I wait for another lift yang probably semua lelaki juga di dalamnya? Should I propose to management to provide lift for women only yang macam Komuter and carpark shopping mall tu? Or should I buat muka katak lepas telan lalat masuk je and berdiri tegak bagai atas padang kawad?

Selalunya aku buat yang terakhir tu la which is bajet cool haha. Padahal dalam hatiiiii, dari tingkat 6 nak sampai ground floor rasa macam nak kene turun pangkat je perasaanya. Rasa lama gila, rasa masuk lift bulan Syawal keluar time Zulhijjah. I need to get used to it. Or should I jadi lelaki instead? Bahahaha.

5/15/2018

Chill, please?

Malaysia tak habis lagi sembang pasal politik. Aku rasa bukan Malaysia je gempar, dunia pun gempar. Twitter bukan main meriah, aku memang baca twitter je. Informative woo twitter ni, kekadang dia keluar cerita dulu baru news paper keluarkan. Power baq ang rakyat Malaysia bab membawang ni. Haha. But being me, aku just baca, ada yang aku percaya ada yang aku tak percaya. Aku jarang la RT benda2 politik ni. Bese lah dah jadi half orang gomen ni, kena la jaga sikit. Ye dak?

Tapi honestly aku tak berkenan nak baca makian tak bertepian ni. Ye kita tahu yang salah tetap salah, yang jahat memang jahat tapi maki tu berpada-pada lah. Nak puji pun berpada. Senang cerita dalam dunia ni nak buat apa pun berpada-pada. Kalau tak padah jawapannya.

Ni aku dengar sebab politik ada yang bergaduh antara ahli keluarga. Fanatik sangat. Benda ni simple je, dont make it complicated. Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, raikan perbezaan pendapat, hormat pandangan orang lain. Jangan emosi. Agama benarkan berpolitik tapi bukan jual agama untuk berpolitik.

Jangan senang-senang nak mengkafirkan orang, nak mendajalkan orang la apa la. Siapa kita nak ada hak tu? Apa yang orang pilih tu hak dia. Aku selalu dengar kita dimomokkan dengan benda2 yang tak betul. Ingat, kita ada Perlembagaan Persekutuan yang lindungi kita dari segala ancaman. Kita ada kerajaan, ada pemerintah, ada raja dan yang paling penting kita ada Allah. Akidah tersemat di dada bukan di bendera.

We serve government of the day. Yang dah lepas tu jadikan pengajaran dan tauladan. Yang mana baik kita hargai, yang mana buruk kita perbaiki. Jangan di atas elok je, kita yang kat bawah ni yang melebih-lebih. 

Jangan sebarkan benda yang kita tak pasti kesahihannya, yang kita takde ilmu tentang benda tu. Serahkanlah pada yang pakar. Bukan level kita nak tentukan bentuk kepimpinan tertinggi, kita boleh suarakan tapi dengan cara berhemah please. Kekalkan adab kita sebagai orang Islam.

Chill please guys, please?

3/10/2018

Service bas Transnasional yang mengecewakan.

Semalam aku balik naik bas Transnasional dari Hentian Duta. Selalu aku naik ETS tapi kononya nak jimat sikit ambil la bas. Menyesal. Satu sebab kos naik uber ke HD tu campur harga tiket sama je dengan harga ETS. Huh. Padahal HD dekat je kot dengan tempat aku tapi sebab peak hour kan. 

Aku sampai HD aku pergi kaunter nak tanya platform mana. Lepas tu orang kaunter tu cakap aku kene print tiket lain and kena bayar RM1. Hey angin la aku sebab sah2 kat ticket yang aku dah print tu cakap kalau aku dah print yang tu tak payah print kat kaunter. HD bukan macam TBS yang kena ada code nak lepas pagar ke apa. Poyo je.

Aku bukan nak berkira RM1 tapi aku tak suka benda yang jelas dan simple then nak rumitkan. Aku pulak PMS semalam. Memang kena la. Tapi se PMS aku, aku tak pernah tengking2 orang lagi. Aku cakap elok-elok, try control marah. Sebab aku tau kalau aku tak PMS semalam aku tak argue pun haha.

Dia tetap berkeras kata kena print. Kalau tak driver tak bagi naik bas. Aku nak meletop dah time tu, jangan aku keluarkan hak2 pengguna. Sebab benda jelas kot. Aku malas nak bising lagipun aku nak kejar Maghrib time tu. Time dia print tu aku cakap 'I will complain about this'. Dia diam je. Aku tak tahu dia faham BI ke tak sebab arahan dalam kertas tu BI, sebab tu dia tak faham kot *rolling eyes* Then ada sorang brother ni tegur, dia cakap 'complain je dik, kami pun tak faham management kat sini'.

Dah print tetiba kat tiket tulis bas SKS. Bertambahlah fed up aku. Aku beli tiket trans sebab nak naik bas trans bukan SKS. Time naik tu dah la driver tak cek pun tiket *isi carutan yang sesuai kat sini*. Sekali aku tengok semua double seat. Aku pilih single seat kot. Ya Allah. Sabar je la. Dah le seat sempit. Sakit badan2 aku nak kecilkan badan sebab sebelah aku laki. Huhhh.

Tetiba aku tau dia berhenti Ipoh pulakkkk. Ok berhenti tu aku tak kisah la sangat. Tapi selalunya aku naik trans dia direct. Aku pantang betul bas banyak berhenti ni, baik aku naik bas loncat2 gitu. Train takpe berhenti sebab masih atasa landasan (?). Bas ni karang kena exit la apa la. Buang masa tau tak!

Aku faham dorang nak jimatkan kos. Eh peduli apa akuu, aku customer kot. Lain la kalau bagi arahan yang jelas sebelum perjalanan, then customer terima then it's a deal. Ni macam hamput. Ibarat order kerusi tapi dapat pelapik kerusi je. Hansap. 

Aku tak heran kalau syarikat trans ni nanti bankrup. Service macam hamput. Tak reti jaga customer. Plus sekarang banyak bas yang best, seat besar bagai. Patutlah ETS walaupun mahal tapi laku keras. Heh. Marah betul aku ni. Dah nak pergi complain dekat management dia pulak. 

6/28/2017

Soalan keselamatan; nama pasangan

Aku admin untuk satu sistem ni. Sistem ni perlukan soalan keselataman untuk tukar password otherwise kena call office untuk admin tolong reset password.

Situasi 1 (client: seorang lelaki, datang office aku)

Kak, saya tak boleh masuk la sistem tu, password salah. hari tu dah reset dengan akak, akak bagi ****** tapi tak boleh

Oh yeke? Meh No IC

88**********

Ok dah. Password baru ******. Hari tu kitorang upgrade sistem, so ada data yang kena restore balik.

Ohhh. Saya cuba reset guna soalan keselamatan, nama pasangan, tapi tak boleh, apa saya letak eh?

Nora

Ohhhhh. Hmm dah kahwin dengan orang lain pun dia *suara sayu*

HAHAHAHAHA *sorry aku tak dapat control, memang aku tergelak*

Kena tukar nama lain ni

Letak la nama mak, sure mak tak bertukar

Aah kan. Tapi ayah saya dah bertukar

Hahahaha *dalam hati: sabar je la aku budak ni*

Ok kak, terima kasih.

Situasi 2 (client: perempuan, call office)

Hello, saya nak reset password tapi tak boleh-boleh. Kenapa eh? *marah-marah*

Ok puan, sekejap ye saya semak. Boleh bagi no kad pengenalan? *sabar,sabar*

85**********

Okay, saya tolong reset ye. Tadi guna soalan keselamatan apa?

Nama pasangan

Apa ye jawapan puan?

Zaki

Ohhhhhh. Sini puan letak jawapan dia Shah

Yeke? *suara dah mula tone down* 

Siapa ye Shah tu? *mula la aku nak menganjeng haha*

Oh tu ex boyfriend saya, mampus kalau suami saya tahu ni. Macam mana ye nak tukar? *suara gelabah*

*tergelak kecil, tau pun kau nak gelabah* Okay puan, saya dah reset password puan, nanti buka guna password ******. Bab soalan keselamatan tu nanti puan log in ada tab belah kiri untuk tukar.

Okay, terima kasih.

Hahahaha. Korang jangan buat lawak boleh tak? Kalau tak kahwin lagi jangan menggedik la nak letak nama boyfriend ke girlfriend ke. Kalau dah kahwin pun to be safe letak je soalan keselamatan nama ibu. Ibu sah-sah the one and only. Dah kahwin pun boleh cerai, kalau laki hat kahwin 4 tu dah lupa nama bini yang mana dia letak hahaha. Sabar je la aku. 

And tips aku kalau nama ibu tu letak nama ibu only, jangan letak nama tok sekali. Sebab time register kalau korang daftar binti/binte/bte/bt pun akan effect bila nak jawab nanti. Time jawab first letak binti, time nak reset password letak bt, memang sampai tiupan sangkakala kedua pun tak boleh reset password gitu. Haha. So to be safe letak nama ibu only without nama tok.

Lagi satu kalau nak buat pendaftaran untuk urusan rasmi please create email yang formal. Hari tu ada sorang ni daftar email dia: afifah99luvsafwan98@gmail.com (ni contoh, aku lupa la nama sebenar). Geleng kepala aku sambil cakap dalam hati, satu hari nanti baru kau tau erti penyesalan dik. Email gitu untuk facebook ke wechat ke boleh la diknon. 

6/23/2017

Jangan berlama di dalam surau

Semalam lepas kerja aku pergi Aeon, saja merayap and nak berbuka puasa dekat Sushi King. Aku nak cari court shoes tapi yang aku minat semua takde size aku. I'm crying blood. Aku memang stress cari kasut bertutup. Kalau kasut sukan boleh ambil kat kids department, kalau kasut kerja? Budak mana yang berkerja oi!

Dah pusing dan berputus asa sambil mengawal nafsu, aku pun pergi berbuka. Time aku dapat kat buffet sushi dari 7.30 sampai 8.50 malam tapi pukul 8.00 aku bla dah sebab nak solat.

Aku sampai depan surau aku dah tahu betapa ramainya muslimah dalam tu. Aku duduk luar kejap sementara tunggu orang reda.

Tetiba ada sorang kakak ni keluar dengan anak dia. Aku dengar dia cakap kat anak dia 'Sabar banyak-banyak eh bulan puasa ni' sambil usap-usap kepala anak dia. Anak dia dalam umur 4 tahun. Lama jugak dorang tepi aku sampai datang seorang laki yang dorang panggil Papa. 

Kakak tu explain dekat Papa tu yang anak dorang kena halau dari surau. Laki tu angguk and kakak tu masuk surau balik, nak solat. Then aku dengar perbualan antara Papa tu dengan budak tu.

'Makcik tu cakap macam mana?'

'Dia marah-marah adik cakap, apa budak-budak buat dalam surau, menyempit je, pergi keluar'

Aku terpandang laki tu, dia pun tengah pandang aku, kitorang dua-dua senyum kelat. Laki tu diam je sambil usap kepala anak dia. 

First, yes aku faham surau tengah sesak tapi what do you expect? Nak biar anak orang tu sorang-sorang dekat luar? Hilang budak tu kau nak ganti menggunakan rahim kau ke? Betul, parents boleh buat sistem solat bergilir tapi mungkin dorang pun tak sangka akan sesak begitu, dah ter-split lagipun jam dah dekat 8.15 time tu. Consider la sikit. Alahai budak 4 tahun besar zarah je pun size dorang. Korang tu solat tak reti rapatkan saf nak marah bebudak pulak.

Second, bahasa tu elok sikit boleh cakap dengan bebudak? Kepimpinan berdasarkan tauladan. Dah tua-tua pun nak berajar. Lepas tu kata generasi baru kurang ajar. Generasi baru tu ikut siapa? Alien? Ha ikut perangai korang la!

Then aku celus jugak masuk sebab dah 8.15. Ni kalau tunggu sampai Isya' karang aku tak solat. Dah ambil wudu' aku pun tunggu la giliran nak solat. Tak lama pun aku tunggu, Maghrib je pun bukan tarawikh. 

Ok ni hanya pendapat logik aku sebagai manusia normal yang tak berlandaskan mana-mana dalil, hadith, mazhab atau lain-lain. Kalau korang setuju, setujulah, kalau korang tak setuju pun peduli apa aku. Haha. Raikan perbezaan pendapat.

Kalau kau dah tengok keadaan sesak, ada dalam 10-15 orang tak solat lagi and jam pun dah menunjukkan hujung waktu, boleh tak nak berdoa tu jangan lama sangat? Doa tu sunat tapi orang yang tengah que kat belakang tu nak buat benda wajib. Tahu kan mana yang patut diberi keutamaan? Have some common sense please. Doa ni universal, sambil pakai pin tudung pun boleh berdoa.

Lagi satu, jangan lah berzikir lama sangat. Kau kat tempat awam, tempat guna bersama. Nak berzikir, balik rumah, duduk la atas sejadah tu dari Isya' sampai Subuh pun, takde siapa nak kacau. 

Lepas dah selesai solat wajib, janganlah solat sunat. Aduh. Kalau kat masjid yang besar takpe. Ni orang dah tak boleh move, ada yang bergayut atas batang paip nak cerita punyalah sesak tempat tu, kau sesuka hati bangun solat sunat pulak. Kalau takde orang kau nak tarawikh 21 rakaat dalam surau tu pun takde siapa kisah. Have some consideration.

Lagi satu, faham perempuan ni sentiasa nak berketrampilan unggul. Toilet dekat je dengan surau, kalau rasa nak pakai cermin tu 5 jam, pergilah toilet yang cerminnya banyak dan luas. Ni beg make-up dah besar luggage, kat situlah nak tempek foundation la tepung gomak la lipstick 5 6 lapis la. Lepas tu belitan tudung je boleh belit dunia sekali. Then mendengus bila orang rukuk terkena belakang kau. Helloooo? Tu surau bukan bilik make-up artis. Kau cantik-cantik pun takde siapa heran, orang lagi berahi tengok kuih semperit time-time gini. Heh.

Emosi aku di pagi Jumaat yang mulia ni. Dah la tu Haha

Di kesempatan ni aku nak ambil peluang mengucapkan;

Salam Aidilfitri
Aku mohon maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, terlebih gurau, terguriskan perasaan mana-mana pihak. Semoga kita semua menyambut lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Ameen

1/11/2017

Kenapa aku dah tak suka shopping online?

Dulu aku suka kot shopping online sebab tak payah pergi mana-mana, duduk tunggu je. Duit pun tak rasa dikeluarkan sebab transaction berlaku di awangan haha. Tapi makin lama makin dah kertu ni aku dah tak suka shopping online sebab:

Tak suka deal
Aku tak suka nak deal dengan seller. Nak tunggu dia reply la apa la. Nanti nak snap resit bayaran bagai semua, lecehhhh. 

Kualiti
Kadang-kadang barang-barang ni semua indah khabar dari rupa. Testimoni bukan main meletup bom kebabom sekali sampai kat kita haprak jingga

Malas log in online banking
Kau tengok tahap keterlampauan batas malas aku, nak log in online banking pun malas. Haha.

Tak suka menunggu
Beli barang online memang la kena tunggu delivery kan. Dulu aku tak kisah tapi sejak kebelakangan ni kalau aku nak time tu, aku nak time tu jugak. Nasib baik tak berperangai begini dalam hal ehwal nak berumah tangga. Haha.

So sekarang semua aku beli secara physical sambil tu boleh merewang-rewang ke tempat lain. Aku jadi suka nak merayap sorang-sorang cari barang sambil tengok gelagat orang. Semua online shopping aku dah unfollow. Unless yang memang susah gila nak dapat kat Ipoh ni ye aku beli online, suami contohnya hahahahhaa gurau gurau.

Plus sekarang most outlet boleh pakai debit card lagi lah mak incek suka, swap ja. Mak incek tak suka keluar duit, tak tahu kenapa ada pe'el gitu dari dulu. Kalau boleh taknak ada cash langsung, kalau ada cash rasa nak buang haha kuat membongak kau ni. 

Keburukan shopping secara physical ni kau tend untuk beli barang yang kau tak berniat nak beli. Especially kalau masuk kedai macam Watson ke Guardian ke weh memang berhantu. Langkah je satu kaki dah meremang bulu roma. Dalam list nak beli lipbalm je, sekali tengah pegang lipbalm pekerja dia bagi bakul pulak dah. 

Last-last bila keluar penuh satu plastik dengan mask la, gunting bulu hidung la, scrub kepala dongga hang la, mentos la, cream shaver jambang la, entah hape hape je. 

Lepas tu hujung bulan merungut, apa je aku beli dowh? Duit mengaliaq cam ayaq. Sendiri beli tak fikir lepas tu salahkan sekeping kertas bergelar duit. Cehhh.

So tekad aku, aku akan beli apa yang aku list kan je. Buat masa ni berjaya 75% baru. Kakaka. Doakan patik. 

12/07/2016

Jangan membebel

Aku selalu dengar para isteri merungut pasal suami dekat orang lain; kawan pejabat atau ahli keluarga. Merungut dan membebel. Aku tak boleh dengar, aku jadi sakit hati, panas hati. Tak tahu kenapa.

First, aku memang tak suka dengar orang membebel walaupun bebelan tu bukan untuk aku, especially bebelan yang membingitkan. Aku akan rasa sakit hati dan marah. Dulu pagi-pagi Mak selalu membebel suruh adik laki aku yang tidur mati tu bangun. Sambil dia buat kerja dia bising dekat adik aku. Aku akan tekup telinga sebab aku memang tak boleh dengar. 

Satu, aku tak suka bising-bising yang bingit. Dua, aku sakit hati adik aku tak bangun-bangun rasa nak masuk bilik dia sebat dengan tuala sekuat hati. Tiga, aku tak suka dengar Mak aku marah-marah pagi-pagi, aku tahu dia penat. Membebel tu pun memenatkan tahuuuu. Rasa tu semua buat hati aku nak explode rasa nak mengamuk.

Membebel nasihat aku boleh terima lagi, dengan nada yang okay. Tapi membebel sambil marah dan takde penyelesaian ni memang aku panas hati sikit. Dulu aku baran jugak, sekarang dah malas nak bising. Pernah sekali Mak aku bebel suruh adik aku makan selagi adik aku tak bangun makan. Aku panas hati time tu aku sound Mak aku dengan nada yang elok la *tapi still anak derhaka* 'Mak, dah la tu lantak dia la nak makan ke tak, yang lapar dia, mengada orang dah masak taknak makan, lapar nanti pandai la dia cari, jangan bising-bising' 

Hari tu aku dengar dua orang perempuan membebel campur merungut pasal suami dorang. Itu tak kena ini tak kena. Aku faham dorang penat but still aku tak boleh dengar plus aku rasa benda yang dibebelkan tu benda simple lahai sangat. Bingit telinga aku. Lagi satu aku rasa malu bagi pihak laki tu, tak tahu kenapa. Macam menjatuhkan air muka laki sendiri. Aku akan bla kalau dorang start memburukkan suami dorang. Sebab nanti bila aku jumpa laki tu aku yang akan segan. Faham tak perasaan tu?

Kekadang tu ada dia burukkan suami dia depan orang ramai. Aduhai. Yang tu memang aku bla terus sebelum aku yang mengamuk sebab aku nampak muka suami dia malu-malu alah dan aku tahu baik suami dia. Setakat benda-benda kecil kau nak bebel macam suami kau buat dosa besar dah kenapa. Suami salah beli jenama roti pun membebel macam suami tu langsung tak nak pergi belikan.

'Takkan benda simple pun tak tahu. Orang dah penat-penat buat semua kerja rumah, suruh beli roti pun salah beli, hari tu suruh beli KFC beli McD....' bla bla bla terus merungut dan ungkit cerita dari sebelum kahwin lagi. Semua yang dia ungkit benda kecil; suami sesat time nak pergi kenduri, suami lupa angkat kain, suami beli makanan kat kedai lain dari kebiasaan. Suami dia senyum je. Korang tak tahu macam mana aku tahan perasaan aku dari nak je bangun pergi sepak perempuan tu sekali. 

Bersyukur please ada suami. Tak fikir ke yang bujang ni semua kena buat sendiri? Hahaha

Niat dorang mungkin sekadar nak bercerita je, biasalah perempuan dengan drama dan emosi so nada jadi tinggi tapi bunyinya terdengar macam mencanang sesuatu yang sangat buruk. Padahal kalau kau tapis elok-elok takde apa pun isunya and kalau nada tu rendah and cakap gelak-gelak mungkin akan rasa tu isu yang kelakar. Ni tak cakap terjerit-jerit marah macam nak keluar anak tekak.

Aku belum jadi isteri so aku tak tahu nanti aku macam mana. Tapi harapnya tidaklah aku menjadi seorang pembebel dan mencanang kelemahan suami aku kat orang. Nauzubillah. Tolonglah jangan jadi annoying Nadia. Marilah kita bersama berdoa tak jadi isteri yang banyak mulut sangat. 

Kekadang bercerita tu takpe. I mean yang baik-baik. Tapi jangan pulak hari-hari memuji laki kau. Muak jugak aku dengar macam kau sorang je ada laki sebaik tu. Karang ada orang berkenan dekat laki kau karang haaa hahaha.

'Ya Allah semalam saya tertidur, bangun tidur satu rumah licin satu zarah habuk pun takde suami saya bersihkan'

'Suami saya time saya demam jangan harap dia nak bagi saya bangun, padahal demam sikit je, semua dia jamu atas katil, dia masakkan. Tak pernah saya tahu suami saya masak sedap macam tu' 

'Ya suami kau bagi kau pergi kursus sendiri? Suami aku memang tak bagi aku pergi mana sorang-sorang mesti dia nak hantarkan, pastikan aku selamat' 

Tahu suami kau baik, just keep it ok? Lain rumah tangga lain cara dorang uruskan. Jangan bandingkan kehidupan kau dengan kehidupan orang lain. Jangan burukkan pasangan. Aku yang bujang ni yang pening dengar. Heh.

11/30/2016

Don't judge

Makin tua ni *selit uban antara rambut hitam* makin malas nak bising. Ada certain orang ni memang dia akan tolak kebenaran walau macam mana pun kita explain. Dah tu aku nak buat apa lagi? Baiklah aku applikasikan slogan 'lantak kau lah'.

I've done my part. Kau nak percaya ke tak ke tu terpulang pada kau lah. Baiklah aku teruskan kelansungan hidup tanpa perlu memikirkan apa-apa lagi. Actually we have no obligation to explain ourself to people coz they digest things they choose to accept only.  

That's why I love to stick within my small circle. Aku dah faham mereka, mereka faham aku, aku dah tak perlu yang lain. Biarkan kunang-kunang hidup dengan labu-labunya. (Weh ayat ni sumpah aku hentam, bunyi macam peribahasa, kan? HAHA) Biarkan orang lain, biarkan dunia luar, aku bahagia dalam dunia kecil aku.

Ada sebab aku sorokkan sesuatu, ada sebab aku tak boleh cerita kat semua orang semua benda. Aku just harap orang percaya aku dan faham aku. Tapi sebaliknya, orang judge aku. Takpe, aku faham, selagi namanya manusia, memang we tend to judge people. Benda ni buat aku sedar aku tak layak mengahakimi orang jika aku tak tahu cerita sebenar. Aku tak mampu nak ubah cara pemikiran/persepsi orang.

Everyone has their own struggle that we don't know. Please respect. I have my own struggle and I know how hurt it is when people start to judge without knowing the truth without considering my feeling. Nahh, it's okay, maybe I've done that to someone before this. Karma slaps me this time. Serves me right. 

Aku belajar; tak semua orang befikiran sama, respect pandangan orang, jangan menghakimi orang, cuba bersangka baik selagi mampu, be optimist, jangan hampiri orang hampiri beruang lagi bagus haha.


11/14/2016

Public relation

Rabu ke Jumaat lepas aku attend kursus pasal public relation. Sedih aku kursus tu yang daftar 40 orang, yang datang 14 orang. Tak tahu mana silapnya. Urusetia tak follow up ke or peserta yang ada hal last minute tapi tak maklum dekat urusetia. Sayang ooo bayar penceramah mahal-mahal yang dapat ilmu 14 orang je. Aku tak tahu kenapa aku tak suka benda-benda yang aku anggap membazir ni. Makanan pun banyak lebih. Time kelas memang aku dengar betul-betul sebab kalau aku tak dengar lagi membazir duit yang dah dibayar.

Penceramah tu okay, ada input. Banyak la jugak aku belajar. Cuma kelas last aku terpaksa skip sebab ada meeting yang aku terpaksa hadir. Dalam kelas ada 4 je perempuan, yang lain semua lelaki. Yang lelaki pulak majoriti ustaz-ustaz je. Ada masa aku behave ada masa terkeluar jugak perangai sebenar aku, ustaz-ustaz tu gelak je tengok perangai aku sambil geleng kepala. HAHA ampun.

Dalam kelas penceramah banyak ajar macam mana nak handle top management and cara terbaik nak deliver message to lower management. Aku as middle management memang dalam dilema nak bagi arahan dekat lower management especially yang lagi tua dari aku. Kena ada cara yang betul supaya message sampai and hormat tu masih ada. Dalam pejabat aku, aku paling muda so memang awkward.

Memula masuk keje dulu aku buat semua kerja sendiri. SEMUA. Dari mengurus, photostat surat sampai betulkan ceiling bilik yang terjatuh haha. Aku rasa bersalah nak arah orang. Tapi lama-lama aku sedar benda tu tak bagus plus aku tak cukup tangan nak buat semua. Ada masa aku cuti sakit and ada benda emergency dekat office tapi takde siapa boleh cover sebab semua aku handle sendiri. So aku slow-slow belajar mengarah orang dengan cara paling terhormat. So far Alhamdulillah, semua staffs baik dengan aku. Mana yang aku boleh handle, aku handle sendiri. Kalau busy sangat baru aku akan call officeboy untuk kutip fail, kalau tak aku sendiri yang angkat fail masuk office kalau setakat tiga empat fail la, kalau segunung tu aku panggil jugak idok le larat nak angkat terjatuh peranakan aku karang haha. 

Aku takde masalah nak deal dengan top management sebab bukan aku yang bagi arahan tapi aku terima arahan. Sampai staffs jadikan aku orang tengah nak cakap dengan bos sebab dorang ingat aku kamceng dengan bos. Takde la kamceng sangat tapi aku boleh la diskuss apa-apa dengan dia openly. Aku tahu macam mana nak deal dengan dia and cara hormat dia. Memula dulu chaos jugak tapi lama-lama kita boleh baca dia orang macam mana. 

Hidup ni jangan sombong je. Nak arah orang guna word 'tolong'. 'Abu, boleh tolong saya fax surat ni?'. Nak betulkan apa yang salah, tak salah mulakan dengan word 'maaf'. 'Maaf ye Puan, saya rasa perkara ni lagi sesuai kalau kita buat macam ni bla bla bla'. Word 'terima kasih' pun jangan lupa tak kira la dengan siapa pun kita deal. Bukan susah pun kan? Jangan nak ego sangat. Langgar sat lagi baru tau! Haha *tetiba    

Kena pandai bawa diri. Kena pandai baca behaviour orang (pandai la sangat kau tu 😏). Kena pandai sesuaikan diri dengan situasi. 

Sekian. Kesian.