”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label perihal study. Show all posts
Showing posts with label perihal study. Show all posts

7/28/2013

Keputusan terakhir dari UUM

Tengah hari tadi result final sem yang lepas keluar. Alhamdulillah, syukur sangat takde yang sangkut, and pointer pun naik dari sem lepas :) Bulan November ni inshaAllah boleh sarung baju konvo. Oh graduation day aku maybe postpone bulan November sebab October YDPA busy benor dengo cerita hehe.

*bayangkan aku atas pentas, pegang medal, dress labuh berjurai-jurai, cakap dalam nada sebak*

Pertama sekali aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab permudahkan segala urusan aku untuk habiskan Law Degree ni tanpa sebarang halangan. Terima kasih tak terhingga kat mak dan ayah kesayangan sebab tak putus2 bagi semangat, dorongan, doa dan errr wang. Terima kasih sangat2 pada semua lecturers yang tak kedekut ilmu, yang buat proses pembelajaran jadi fun even with stress hehe.

Tak lupa pada semua kawan2 yang banyak tolong, yang tak kedekut share notes, share tips, share ilmu. Terima kasih Maria, Cha, Wawa dan Dira yang banyak tolong aku faham mana yang aku tak faham. Yang study sama2 sampai pagi walaupun pukul 2 pagi mesti aku kecundang dulu. Yang bila otak da tepu, pergi Vmall minum cool blog, makan spageti Negro, pergi cafe beli cucuk2. (ya Allah rindunya aku kat dorang :'(

Congratulations all with your best result. We get what we deserved. Jumpa on November, inshAllah.

I love you guys, so much!

Lagi 3 hari nak habis praktikal. Yabedaaabeduuu! :D Oh result tadi tak masuk lagi result practical which carry 2 credit hours. Kalau dapat A, naik la lagi sikit. InshaAllah dapat A sebab aku da ugut lawyer yang evaluate kitorang kalau dia tak bagi A aku nak pancitkan tayar motor dia hahahaha.

5/26/2013

The finale Final Exam

Isnin depan inshaAllah bermulalah last battle aku di dalam dewan peperiksaan UUM. Moga Allah permudahkan urusan aku dengan kawan2 untuk pass with flying colours *flying kiss*. Cuak jugak, takut yang last yang spoil, nauzubillah.

Aku da start buat nota, ehemmmm rajinnya, macam tak percaya. Haha. Hotak kauu, next week kot exam, kalau tak start sekarang bila lagi? Da last sem, baru rajin sikit, kalau tak dulu harammm. Aku motivasikan diri aku dengan; struggle for the last time, lepas ni kau nak menonggeng ke merapu ke, suka hati kau! For these last 18days, please bear with yourself. 

Sometimes it's hard to juggle study time and lepak-ing time haha. But Alhamdulillah, for these past 2 days, I succeed to manage myself to make note 2 hours during the day and 2 hours at night. 2 hari je baru?  Perghhh kecahh macam da 20tahun berdisplin haha. Dalam 24 jam, kau guna 4 jam je nak study?  Ini semua poyo! Haha

Kelas masih ada sikit2 lagi. One last class for another 2 or 3 subjects, and one last evidence's tutorial. Ada kelas yang da habis, bila lecturers wish good luck for future, it saddens me. How time flies. Makin lama lecturers makin awesome dan baik hati bagi aku, and it's hard to wave goodbye to them, they're very helpful throughout my study's life here. I pray to Allah to repay them with paradise. Aameen. Jasa kalian takkan dilupakan selagi akal masih waras dan otak mampu mengenang.

Walaupun aku selalu kutuk UUM ni, deep down in my heart, I thank UUM because give me some space to create breathtaking memories with my adorable friends. But still, eh takpelah taknak kutuk hahaha. Your environment will be missed UUM :)

Guys, doakan kejayaan aku. Dunia akhirat :)

Oh Pah and Che Nyah bertolak ke Madinah 4 petang tadi untuk tunaikan Umrah. Moga selamat pergi dan balik, diberi kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusan di sana, semoga dapat Umrah yang mabrur. Jangan lupa doa yang Nadia pesan ;)

One of my 'tumpang doa' is supaya Allah temukan aku dengan jodoh yang baik. Mak laughed at me, I laughed too haha. Mak asked why, and I answered 'Sekarang susah nak jumpa laki yang baik'. Then mak replied 'Ok kalau tak baik tak payah, tunggu yang baik' Haha off course I will.

Mak da mula tanya pasal 'calon' dekat aku. To be honest, I'm still in my searching mode. I keep praying and ask for mak's doa too. She understands me well, but Allah understands me the most :)

Let's Maghrib :) Moga satu hari nanti Allah menjemput kami sekeluarga menjadi tetamu tanah suciNya. Aameen


2/07/2013

Result sem 7

Aku tak suka exam sebab aku tau course aku perlukan daya ingatan yang tinggi, dan aku lemah bahagian tu. Apa yang aku faham je la aku merepek dalam booklet exam. Lagi satu aku ni bangsa pemalas (jujurnya, elok dibuat menantu pilihan hahah). 1 paper aku diberi masa 3 jam nak jawab soalan. Main questions ada 4, tapi beranganglah nak dapat 4 semata. Manusia pun suka beranak, ini kan pulak soalan, kadang2 beranak sampai 1 soalan ada kembar 3 anak dia. Guna IVF kot 

Ada certain masa (mostly), aku rasa malas gila nak tulis jawapan woi. Faham tak perasaan tu? Ke bangsa pemalas macam aku je faham? Huahuahua. Aku faham lah apa adik laki aku rasa bila dia bawa balik kertas jawapan penulisan, tapi kertas kosong. Mak aku da gelabah kot anak dia tak reti bahasa pasal lansung tak jawab, padahal dia da pandai membaca. Mak pun dengan berdebar tanya 'Kenapa tak jawab, tak faham soalan ke?'. Dengan slumber dia jawab 'Hafiz malas tulis', dan berlalu pergi. Nasib baik baru darjah 2 time tu. Kalau aku buat perangai macam tu, ada mak aku pergi Makkah mintak aku diberikan petunjuk.

Kadang2 malas dia rasa nak angkat tangan panggil abang penjaga peperikasaan (amboi nak panggil abang je, kakak?), nak suruh duduk kat kerusi aku tolong tuliskan jawapan, aku berdiri dekat sebelah bagitau jawapan. Tengah2 exam la hati berkecamuk sorang memikirkan kenapa mereka tak buat je oral examinations. Kadang2 sempat jugak berangan kalau dua2 tangan boleh tulis serentak, alangkah bahagia hidup hamba.

Bila da habis exam, lega dia tak tau nak kata. Tapi bila da nak habis cuti, runsing lebih sikit memikirkan nak balik U balik and memikirkan result da nak keluar. Aku ni result teruk mana pun tak pernah menangis. Just result PMR bergenang air mata kejap sebab terharu  Allah Maha Pemurah, aku tak belajar pun dapat result elok. :')

Kalau result macam boleh pergi jahanam tu, tersentak la kejap dalam berapa minit lepas tu gelak kan diri sendiri, tau bengap malas belajar, pastu harap DL, pirahhh mabuk.

Untuk sem lepas, aku berusaha lebih sikit (aku rasa la) untuk exam. Aku pergi library, aku ulang kaji lebih sikit dalam bilik. Kalau tak, aku duduk dalam bilik tak belajar ok. Yang ni bertekad sikit, sebab taknak CGPA jatuh. Baru sedar mintak kerja tunjuk transkrip exam, so perasaan segan tu timbul sikit, seiring dengan kesedaran. Nasib baik sedar sebelum exam sem 7. Kalau sedar time beratur nak grad tak ke lahabau tu? haha

Aku baru cek result sem 7 :) Takdelah lah DL, tapi Alhamdulillah, I get what I deserved. Pointer menaik la. Tapi aku tak nafikan result ni kadang2 factor lecturer jugak. Ada jenis lecturer akan tolong students dapat A, tapi ada lecturer akan pusing la kot mana pun untuk tak bagi students dia A. Alhamdulillah, lecturers aku tak kedekut markah. Moga Allah merahmati mereka. Aameen.

Aku dengar kawan2 aku semua result gempak2. Tahniah guys. Allah has paid our hard work ;)

*kenapa asyik dengar nama kau lately? Kenapa semua mesti ada kaitan dengan kau?

1/22/2013

Nak cari firm, nak cari firm

Sekarang ni kalau buka twitter, budak law batch aku sibuk tengah cari firm untuk praktikal bulan 6 ni, insyaAllah. Ada yang da called, ada yang walk in interview, kena hantar resume segala. Ada yang terus cari untuk chambering. Bagusnya :D

Aku? Aku? Bahahaha. Satu habuk tak buat lagi. Firm insyaAllah da dapat, tapi dia mintak resume, sampai sekarang aku tak hantar lagi. Malas la nak buat resume, contoh da ada. Tapi nak godek balik sijil2 semua tu malasnya hai. Mana aku campak entah sijil menang pertandingan mewarna time tadika dulu.

Aku insyaAllah buat kat Kuala Kangsar je, practical & chambering. Malas nak buat kat Ipoh, tak larat nak travel, kos lagi. Duduk rumah heaven seyh, lunch boleh balik rumah. 5minit je hoi firm tu dari rumah aku. Lagipun aku memang aim firm kecik2 je, boleh banyak belajar. Firm besar ni, semua busy, so kurang belajar, mungkin banyak ternganga je. 

Aku pun tak tahu sangat firm yang aku apply tu major dalam apa bahaha. Land tak salah aku. Aku lagi prefer conveyancing dari litigation, sebab aku tak suka masuk court, macam masuk hospital suram dia. Tapi dapat apa pun aku redah je, hidup mesti diteruskan! Yeahhh! *tiberr

Eh macam tak percaya je da nak habis belajar lagi 5 bulan, insyaAllah. Rasa macam baru minggu lepas terkebil-kebil masuk Asasi Law, sekarang da nak habis degree. Walaaaa. Tapi jauh lagi perjalanan masa depan aku, banyak perancangan, tapi Allah yang tentukan. Kita usaha je, ye dak? 

Moga Allah tunjuk jalan, dan permudahkan segalanya, untuk aku dan kawan2. Aameen :)


12/25/2012

Mood of life : Hectic

My life is now full of struggle.

Imam Syafie;

Jika kamu tak tahan pada lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.

Doakan aku :)

kenduri Abang Dila, Ahad lepas. Thank you Dila & family sudi jemput :)

girlfriends, love



12/23/2012

Kerja gila

Sekarang kat sini tengah musim study. Muka semua nak stress je. Relax2, chillax! hehe

Aku pun mestila study, ingat otak aku geliga sangat ke nak terus masuk dewan exam. Da la aku ni tak boleh ingat selagi tak faham, da la nak faham macam haram susah dia haha. Ada satu subjek Jurisprudence ni, masyaAllah bahasa dia macam zaman Yunani, menangis aku nak fahamkan apa philosophers tu semua maksudkan, dorang ni berdarah keling jugak sikit2. Kejap2 kata ni, kejap2 kata ni. Takde pendirian teguh, ibarat lalang ditiup angin. Ha gitu aku nak jawab exam dia nanti sebab dia nak pandangan kita sendiri. haha.

Aku jenis manusia tak suka study waktu tengah hari and petang. Cuaca dia tak sesuai. Bak kata Cha, tak elok study waktu tu sebab panas, and panas evaporate kita punya liquid dalam otak, and kita rasa bengap sikit tanpa minyak pelincir tu. Aku tak tahu dari mana dia dapat sumber ni, but I choose to believe her haha. 

First option, aku study lepas Maghrib. Dalam pukul 2 pagi aku tidur. Lepas Subuh aku study balik sampai pukul berapa mata aku tahan. Then aku tidur sampai Zohor. Lepas tu aku berseronok sorang2, sampai Maghrib balik.

Second option, aku pergi library lepas Maghrib, stay sana sampai Subuh, lepas Subuh tidur sampai pukul 12 lebih haha.

Memang tak teratur sikit hidup musim study ni. Tapi aku prefer first option. Aku tak la study tak berhenti dari maghrib ke 2 pagi, kerja gila. Haha. Aku selang2 dengan dengar lagu, tengok sitcom, tengok youtube.

Malam semalam aku pergi library. Study Juris -_-''. Pergi dengan kawan2 memang tak la nak study memanjang. Dorang paksa aku tengok blog hantu T___T. Aku tengok je la. Pastu masing2 takut pergi toilet hahaha.

Dalam 5.30 pagi aku balik sorang2 naik motor. Ya Allah, sumpah aku tak buat da! I was alone on the road, dalam UUM pulak! Kalau siapa pernah masuk UUM tau la UUM besar macam mana, and banyak kawasan luas. Sepanjang perjalanan macam2 aku terbayang. Mangkuk betul budak2 ni. Terbayang apa yang aku tengok dekat blog tu. Cissss.

Memang aku bawa motor tanpa brek. Nasib baik aku ni crush Malik, gengster, kawasan ni semua aku da takluk, jalan mana berlubang semua aku tahu. So dengan lancar aku rempit tanpa sekali pun tengok side mirror. Apa ingat gensgter tak penakut ke? *Hala tanda peace ke mata, dan hala ke depan

Alhamdulillah, aku selamat masuk bilik tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Lalu lepas solat, aku terus menidurkan diri.

Kalau ayah tahu apa aku buat, harus dia bakar motor aku kah kah kah. Aku balik kelas pukul 11 yang time ada orang lagi tu pun, dia suruh kawan escort. Tapi aku tak suruh la, aku kan macho, tak best la susahkan orang. Sem depan ayah bagi Nadia bodyguard eh, sem depan Nadia ada 4 kelas malam hueheuhue.

12/21/2012

Tamatlah riwayat kelas sem7 :)

Hari ni last kelas aku untuk sem ni, baru je habis pukul 11mlm tadi. Alhamdulillah, semua da settle, assignments pun da settle cuma 1 je tak hantar lagi. 

Sekarang ni boleh 60% tumpu dekat final exam. 40% lagi eloklah diselang selikan dengan tengok movie kah kah kah. Baru tak stress ye dok? Tak cool la stress2 ni, in the end we still gonna die *haha point tak relevant.

Sem ni banyak drama sikit. Drama dengan classmates, drama dengan lecturer. Eh kata gensgter, harus dengan lecturer pun nak cari gaduh bahaha. Taklah, ada konflik2 dalaman sikit yang tak perlu cerita kat sini. Kalau rumahtangga panggil cerita dalam selimut, kalau bab belajar panggil cerita dalam lecturer hall dengan bilik dean. Eh? haha

Da nak final year baru perasan, oh tak sangka dia macam tu, la nape perangai dia cam pelik je, ish Nadia ni cantik jugak hahahha! Tapi takpe, apa pun jadi, kita keep calm and moving forward. Tiap orang ada peel masing2, tiap orang ada cara berfikir masing2. Right of individuals. Ha gitchuuuuu.

Eh bukan main suka aku update entry. Da habis study ke Nadia? Eh ofkoz la belum. Macam tak kenal aku. Selak ni rasa bosan selak yang lain pulak rasa bosan lagi selak laptop rasa panas selak kain. Miahaha. Law is sungguh really bohsannnnn! Ibarat korang baca blog ni (kalau ada yang baca), ha gitulah bosannya. Bluerghhhh.

Aku nak komen banyak2 nanti korang makin bosan. Takpelah, biar aku hadap kebosanan ni sorang2.

Dah la aku nak buat note demi kejayaan sejagat. Layan diri ni sampai esok aku boleh bebel. Do pray for me lovely people (dan2 kau panggil lovely).

*awak, jangan datang da boleh?


12/07/2012

2nd last, final exam. May Allah ease :)

*nyanyi dalam nada lagu iklan axion : mari puan2 dengar ini cerita, di side bar saya da ada jadual exam-nya, enammm subjek kesemuanya, mahu pengsan saya dibuatnya.

Fuhhh, pitching lari sikit, lupa kunyah asam jawa sebelum nyanyi ngeh ngeh ngeh. Macam sem2 lepas jugak, aku dengan kawan2 bahagi2 buat note. Aku kena buat note Professional Practice, yang dikhabo oleh lecturer, masuk 14chapter, 70 kes, uncountable articles. *pengsan sedar pengsan sedar pengsan kena sepak sedar balik.

(music berkumandang) Apalah nasib diri ku sem ini, oh Tuhannn, tak dapat bersenang lenang ~~~~ . Kau Nadia, kalau nak senang je, pergi cari mana2 laki kaya yang akan sayang kau at best and at worst, then kahwin, duduk rumah, mintak orang gaji. Faham?! (Emo dengan diri sendiri). Apa kata kau positive? Ambil ni sebagai cabaran hahaha. Aku sanggup lagi dicabar race motor wuuuu

Takut pada hakikat sebenarnya. Takut aku tak boleh handle subjek tu. Aku taknak bukak tahun 2013 aku dengan cacian. Maka marilah berusaha dari sekarang zzzzzzzzzz

Apa?? Nak masuk 2013 dah. Hamboih lajunya masa berlari, ibarat keluarga Cullen (kuat pengaruh Twilight kat kau ni Nadia). Aku rasa aku lalui 2012 macam sehari dua je. Rasa macam baru je sambut Januari 2012. Apa eh jadi kat aku sepanjang 11 bulan lebih ni? Ok mari baca entri2 blog lama balik muahaha. Ini la gunanya blog, recall memories, especially untuk orang macam aku yang pelupa macam mak nenek. Amboi sempat promote blog hehe.

Aku rasa sem depan aku kena apung lagi lah! hahaha. Ke mana la pulak aku kena campak. Sira DPP aku kosong kot. Ah gasaklah, last sem pun. Da last2 sem ni tak payah nak serabut fikir benda2 gitu. Enjoy your mind and your soul. Kalau suruh pindah, pindah je la. UUM ni kalau kau bagi bukti apa2 pun, dia buat bodoh je. Ihetchuuuuuu!

Aku baru bangun tidur, pukul berapa la pulak aku nak tidur balik ni, nasib baik esok Kedah cuti. Tak payah nak reka cuti apa la, Kedah memang cuti hari Jumaat haha.  Tadi migraine, da 2 hari sebenarnya. Tapi aku kan bajet kuat, nak bagi sembuh sendiri. Sekali tadi kena jugak telan ubat dan tidur. Bangun baru lega sikit. Alhamdulillah. Memang Allah yang menyembuhkan, tapi kita kena usaha cari ubat. Ye dak?

12/06/2012

My last add drop. InsyaAllah :D


InsyaAllah ni subjek yang akan aku amek sem depan, dengan maksud lain, antara subjek2 terakhir aku ambil kat UUM. Yadaaabedabeduuuuu *menari tango sambil petik gitar

Ya Allah, permudahkan segalanya, permudahkan urusan aku dengan kawan2 untuk lulus dengan cemerlang, untuk grad pada masanya, supaya takde paper yang sangkut. Aameen

Subjek sem depan;

  • Criminal Procedure II
  • Civil Procedure II
  • Evidence II
  • Jurisprudence II
  • Professional Practice II
  • Probate
Semua ada II, yang I aku tengah ambil la sekarang ni. Doakan aku lulus I, so aku boleh ambil II tanpa sebarang masalah. Kelas aku paling lambat habis pun pukul 11malam huahuahua. Aummmm (takde motif). Maksud aku kelas pagi, pun habis pukul 11. Petang boleh bersenang-senangan dalam bilik (harapan). Yang aku pelik kenapa subjek Evidence II hari Selasa pagi, Evidence II patut lawyer yang ajar, takkan tiap hari selasa dia tak masuk court? Ataupun takkan tiap hari selasa kitorang takde kelas? Muahahaha


Da last add drop ni, gembira ada sedih ada touching ada lawak ada. Gembira sebab tak lama lagi nak keluar dari UUM ni (fuhhh), sedih sebab berapa bulan je lagi nak hidup dengan kawan2. Touching tak tahu sebab apa haha. Lawak bila ingat sem2 awal dulu, punya la susah add drop. Time tu banyak subjek nak kena rebut. Pukul 8 pagi da bangun semata nak rebut subjek. Pernah sewa kereta semata-mata nak add subjek dekat Changlun, konon line ok kat situ. Lepas tu pergi Jitra makan nasi (tu niat kau sebenarnya kan, Beron?)

Sekarang memang tak payah rebut sebab memang kitorang je yang nak ambil subjek ni. Kalau ada junior nak rebut pun, senior akan diutamakan, sebab kitorang nak grad tahun depan (muka bangga, hidung ke atas) haha.

Morning person sangat aku sem depan. Kalau ye la nak pergi semua kelas mwa ha ha ha.

Oh hari tu aku pergi beli nasi. Time baru nak naik motor, aku dengar ada orang sebut plat motor aku. Aku pandang la, tengok sorang pakcik. Haisehh ingat abang handsome tadi haha. Aku senyum la kat dia

Pakcik : da sem berapa da?
aku : 7
Pakcik : oh last sem la kat sini?
aku: eh tak, sem depan kat sini lagi.
Pakcik: oh extend ke?
aku: T___T. Eh tak, course saya memang 8sem kat UUM
Pakcik: oh yeke? Semoga berjaya ye
aku: *senyum. Terima kasih

Tak ramai tahu UUM ada course 8 sem, sebab kebanyakannya 6sem je, kalau ada pun 7 sem, sem ke-8 praktikal. And tak ramai jugak tahu UUM ada law course. Biasalah, kami humble huk huk huk. Kalau ikut tahap ke-senior-an, batch kitorang lah paling senior sem depan, walaupun bukan kitorang yang paling tua kiki. Junior2, sem depan kalau nampak aku tengah merempit, sila beri laluan, kalau tak aku langgar! Aku kan senior bababa babanana bananaaaaaa potatoooo aaaaaaaaaa. Ok aku dah gila walaupun belum start study untuk final.


12/03/2012

Merencana masa depan


Ewahh, Nadia da pandai fikir masa depan! Selama ni dia langgar je masa depan. Sebelum ni kan I gengster, sekarang da muslimah sikit kikiki

InsyaAllah aku akan habis belajar in 6 months time. Walaupun ada 2 lagi final exams yang nak kene tempuh, and sem ni ada subjek yang super duper nuper muper luper scaryeaahhhhh, insyaAllah my friends and I can make it through!

Jika diizinkan Allah, aku akan sambung chambering InsyaAllah lepas raya tahun depan. Chambering 9 bulan. Ada jugak kawan2 aku tanya chambering tu apa. Dia macam kau apply kat mana2 firm untuk jadi pupil kat firm tu, and ada sorang master (lawyer) akan guide kau sampai kau dapat certificate dari High Court untuk melayakkan diri kau masuk court untuk bicara kes (jadi lawyer la senang cerita). Giteww la lebih kurang.

Niat di hati ada jugak nak amek DSLP (Diploma Shariah & Legal Practice), 75.89% diri aku nak amek DSLP. Aku ingat nak ambil dekat UiTM Shah Alam je, UIA den tak mampu hehe. DSLP ada part time and full time. And both hanya ada kelas waktu weekend. Kalau full time, setahun, kalau part time 2 tahun. Sebab kelas weekend je, mesti la aku ambil time berkerja. Kalau tak, Isnin - Jumaat nak buat apa? Kalau ada anak boleh jugak dilayan haha

Kalau diizinkan firm aku nak ambil DSLP time aku chamber sekaligus, and aku nak ambil part time. Mungkin dengan workload nanti aku tak mampu nak ambil 6subjek 1 sem. Biarlah 2 tahun pun, janji cool huehuehue. Tengah muda ni la nak cabar diri belajar sambil kerja. Da tua nanti tak kuasa aku nak belajar. Aku nak jaga cucu sambil menjahit kah kah kah. Jiwa nenek2 da tersemat dalam sanubari aku sekarang. Kalau da kahwin nanti nak layan suami and anak lagi. So baik buat sebelum kahwin kan?

Tapi yang merunsingkan aku, aku nak chamber kat Kuala Kangsar, takkan tiap minggu nak ulang alik Shah Alam?! I hate long journey (padahal 3jam je). Aku ada tanya mak, mak cakap balik nanti bincang. Aku ada tanya pakcik and makcik aku yang lain. Pakcik2 aku and makcik aku yang duduk Shah Alam, suruh aku settle down kat sana dulu, kerja kat sana, cari pengalaman kat tempat orang khabonye.

Then ada sorang makcik aku cakap; Wankak lagi suka kamu duduk dekat mak ayah, yela kamu da keluar dari rumah dari Form 1 kan, masa ni la duduk lama sikit dengan mak ayah, nanti da kahwin la apa la, lain cerita pulak.

Sorang pakcik aku pulak tambah; Haah, aku pun macam tu. Tapi bila da habis belajar, dua2 da takde.

Huaaaa. Pakced ni buat cerita sedih pulak *lompat atas katil, menangis bawah selimut. Betul jugak kan. Fikir2 balik waktu aku spend dengan mak and ayah tak selama waktu adik2 aku dengan dorang. Adik2 aku tak duduk asrama. Aku balik time cuti je, tu pun kejap2. Aku memang nak sangat settle kat rumah aku je. Kawan ayah pun ada firm, yang nak tarik aku chambering dengan dia, InsyaAllah.

Apa salahnya, kejap je ulang alik tiap minggu. At least 5 hari seminggu, aku boleh tengok muka mak ayah, cakap depan2, share cerita depan2, share masalah depan2, tak payah nak call2 :') Pasal penat, kos, tak payah fikir. Niat baik, insyaAllah Allah permudahkan. Ya Allah permudahkan segala urusan masa depan ku. Aameen.


Hilang stress tengok gambar dia ni. Gewdikkkkk sangat!

Petang ni aku ada midtest, doakan ;)

10/02/2012

bab pelajaran, kau jangan nak mengada.

Roomate aku cerita, ada orang kat kampung dia jenis anak tak boleh kena tegur. Kena marah dengan cikgu, diserangnya cikgu tu dengan parang. Huishhh pakcik, bawa mengucap. Certain parents sekarang memang terlampau manjakan anak, ibarat; seekor semut lalu atas badan anak dia pun, habis 1 kubu semut dia bakar (peribahasa baru)

Kalau mak ayah aku, tak dapet leeee. Aku pernah kena rotan dekat tangan sampai bengkak sebab tak bawa buku kerja. Hari tu hari Khamis, padahal cikgu tu mintak hantar hari Jumaat. Salah siapa? Cikgu pun manusia kan, mesti ada lupa la silap la. Balik2 mengadu la kat mak, kalau silap aku memang tak la aku mengadu. Tahu mak aku jawab apa? 'Rasakannn' T_____T Kalau memang salah aku, nak mengadu, alamatnya kena lagi 1 liang la.

Bab pelajaran mak memang strict, ayah lenient sikit, ayah strict bab kesihatan. Tapi mak ayah aku tak pernah paksa aku belajar, just nasihat je. Tambah2 da besar ni, da masuk U pun, tak kan tu pun kena suruh, tak kan tak boleh fikir sendiri.

Ayah cakap 'nak berjaya belajar, tak nak sudah, masa depan kamu, bukan ayah. Nanti kalau takde kerja semua, mak ayah takde, kamu nak makan apa?' T_____T Memang rezeki Allah sediakan, tapi kita kena usaha kan?

Aku ni nak kata ada kebolehan bab suara ke sampai boleh menang ratus2 ribu dengan menyanyi je memang tak. Nak kata tangan berseni boleh jual potret tepi jalan lagi la tak. Nak jadi penulis lagi la, mahu kena baling dengan Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4 jap lagi. Communication skill, marketing skill pun ke laut kalau nak bukak bisnes. So aku rasa sumber rezeki aku dari otak dan akal yang Allah bagi.

Nak berjaya bukan senang. Perlukan pengorbanan yang besar, sangat besar. Semua terpulang pada individu balik, kau nak or kau taknak? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Amboi, kemain rancak berperibahasa hari ni.

Ok la sebelum menutup tirai, dan bukak buku nak buat kerja sambil hati sebak, ada tak....................................................................................

sesiapa nak sedekahkan aku kasut sukan? Ni bukan masalah rajin berjogging, ni masalah pereputan haha.

Tadi jogging pusing tasik pun cover2, tersalah langkah boleh menjunam ke tasik ni, tapi tapak tertinggal dekat darat la. Then kalau ada orang lalu terjumpa tapak kasut je, tapi orangnya takde, mesti dorang cari aku dalam tasik kan? Selamat la aku yang tak reti berenang ni. Betul la, apa yang jadi ada hikmahnye kan? Eh sempat buat drama hahaha.

9/25/2012

Kad Siswa 1 Malaysia

Pandai kerajaan bodek belia kah kah kah. Siapa tak suka diskaun2 ni kan? Kad ni da start edar da. Yang aku tak puas hati dengan U aku ni, ape hal budak final year ambil last sekali? Disebabkan kitorang boleh menikmati kad tu kejap je, bagi la kitorang amek dulu :P Takpo la, janji dapat Ahad ni. Tapi nak keluar hari Jumaat, camno? 

Aku ushar laman web 1pengguna.com, nak tahu produk apa yang boleh AKU guna dengan kad tu. Banyak jugak syarikat ambil bahagian, tapi 70% aku tak familiar hahaha. Hantam saja la labu.

Dia banyak jugak kategori. Yang ni yang aku familiar la:

Pembelajaran / Percetakan / Cenderamata
1 habuk aku tak kenal syarikat2 yang ambil bahagian -_-''

Sukan & Rekreasi
hah ni tempat berkubang aku je. Lepas ni boleh pergi setiap bulan haha

Yang ni pun dekat dengan kampung halaman hamba :D

yang ni macam selalu nampak. tapi tak tahu kat mana huehuehue

Lain-lain
Bawah kategori ni pun aku tak familiar sangat, tapi banyak dobi. Awat dobi DPP aku tak ambil bahagian? T__T

Salun / Pusat Kecantikan
Ni lagi la aku tak tahu. Natural beauty kan, buat apa nak pergi pusat kecantikan haha

Penginapan / Pengangkutan




Ni masyuk jugakk walaupun macam tak de kena mengena dengan aku. Makin kerap la kawan2 aku balik macam ni haha

ni kalau duduk KL / Selangor memang untung la. Budak2 UiTM sana la untung. UUM mana ada rapid, UNIC je adoo :P



Kangar je? Tak 1Malaysia la macam ni

Makanan / Minuman



Dear Mc'D, why you didn't take part? You make me sad T__T. Hope, soon you will be a part of 1Malaysia! Jyeahhhh!

Klinik Kesihatan / Optometri


Banyak lagi farmasi, klinik, dan optometri yang ada. Tapi, aku tak kenal 

Pakaian / Kelengkapan Sukan

Part ni entah celah mana punya butik yang ambil bahagian aku pun tak tahu. Tiba2 ada batik punya butik. Ingat kitorang hari Khamis kena pakai baju batik ke? haha

Buku / Alat Tulis


These, I like the most. Muahh Muahh. Banyak lagi kedai buku, tapi kedai buku jalanan. Gitewww

Automotif
Tak mampu eden T___T. Lagipun tak familiar pun nama2 kedai tu.

Peruncitan


Nasib baik kat Ipoh da bukak Mydin besar baq ang! Tq Cik Din. Bye2 Tesco & Giant

Produk IT
Yang ni pun aku tak tahu kat mana kewujudan kedai2 tu. Kayangan mungkin

It just for starting I guess. Mungkin makin lama makin banyak kedai terlibat. Tapi aku da final year, jangan berangan nak merasa. Rasa je la sisa2 ni dulu T___T

Tapi still ada syarat2 dia. Ada yang diskaun 10%, ada yang 5% je. Ada yang sampai 50%. WOW! Kena tengok la T&C dia






9/23/2012

Professional Practice

PP salah satu subjek aku ambil sem ni. Lecturer baru, tapi berpengalaman dalam banyak bidang, especially Islamic Banking. Lecturer ada cerita apa kitorang boleh jadi dalam bidang ni. Law is not about lawyer, judge, magistrate, public prosecutor bla bla bla only.

Suka hati la kau nak chambering then practice jadi lawyer, ataupun kau nak ambil mana2 license untuk kau qualify kat mana2 firm. There are many certificates / licenses available for law's students. Contoh kau boleh ambil licence under Companies Commission untuk jadi setiausaha syarikat. Apa kau ingat setiausaha syarikat cokia ke? Buat kopi je ke untuk bos? Company's secretary is one of the important members in the big firm.

Takpun kau boleh ambil exam under MIA kot untuk kau layakkan diri jadi akauntan. Belajar law then jadi akauntan? A big NO for me. Aku fobia please dengan subjek ni, 100 soalan, 70 kot aku hentam time exam hari tu haha.

Another option, kau boleh apply untuk masuk dalam Islamic Banking system under Bank Negara. Ada kursus dia siap allowance, then practical, then tercampaklah kau ke mana2 bank sekitar Malaysia. Kalau pandai cakap Arab, boleh apply untuk bank kat Timur tengah. Qatar Bank and etc. Masyukkkk oi haha. Tapi sayang, alif ba ta je aku tau haha

Takpun sambung syariah setahun, untuk jadi peguam syariah. Kalau aku pilih under Kerajaan Perak punya certificate, memang aku berlegar-legar dalam Perak je la sampai mati.

Da kenapa aku macam promote rakyat sejagat ambil bidang law pulak ni? Nope, in my final year, suddenly something pop up in my mind which I never bear before. Apa aku nak jadi da habis belajar bulan 6 nanti? Chambering? Ambil mana2 license (except accounting)? Try to enter public service? Kerja je mana2 yang dapat? Sambung master? Ambil Diploma Syariah? Kahwin? Bahaha

Mungkin aku akan chamber dulu kot 9 bulan. Mak pun suruh. Tapi benda lain macam menarik. Macam tertarik nak masuk Islamic Banking under Bank Negara tu. Nak ambil semua certificate boleh? Bak kata lecturer aku 'tengah muda ni, ambil semua pengalaman, lepas 3 tahun baru pilih nak serius dalam bidang mana, lepas 7 tahun baru fikir betul ke nak habiskan sisa hidup dalam profession ni?' haha.

Tapi 3 tahun hidup atas allowance only. Indeed, life is not about money. But still, I need to think deeply about this matter.

Nanti kita Istikarah yawww! Sekarang jom pergi kelas. Orang lain pergi kelab malam, aku pergi kelas malam. Kau hadooo?

9/20/2012

Muet, again and again

Don't grieve, don't sad if you are true believers. Kau bukan gagal, cuma kejayaan kau ditangguhkan

Sweet tak nasihat kekasih Ros kita? hewhewhew. Oh it's about my muet's result. Tak achieve band 4 lagi! Huaaa. Totally my fault, not well prepared. Exam mana pernah aku well prepared. Lesson learned kan Nadia? 

Disappointed for two reasons actually. First, sebab lagi sikit nak dapat markah band 4, tapi you'll get what you deserved kan? Kedua, sebab parents aku. Aku adalah anak yang tak pernah banggakan dorang kecuali masa result UPSR dengan PMR haha. Though they never blame me, but yet I feel guilty for not strive well.

And my decisions is, I will never repeat again untill I'm fully ready for it. Mak tanya 'Boleh ke macam tu?'. Jawapan aku dengan konfiden 'Tak ada apa yang tak boleh dalam dunia ni mak' HAHA


6/12/2012

Company Law

Sebelum maghrib ni mari buat segmen meroyan bersama Cik Kiah pulang petang. Tadi aku jawab paper Company Law. Aku tak tahulah aku yang bengap ke belajar tak berkat ke apa entah, susah sangat nak ingat. Semua masuk 7 bab! Corporate governane, corporate officers, corporate disclosure, voting power, scheme of arrangements, bankruptcy and winding up. Ye tajuk utama je dapat hafal dengan jayanya, tajuk kecik2 pun kecundang :( Tapi subjek ni memang susah benar nak menghafal. Aku usaha selagi mampu, da tak larat sangat aku tidur jee haha

Masuk dewan periksa, aku baca soalan. Tercengang. Macam tak pernah belajar. Sampai ada tahap aku rasa nak keluar je tak nak jawab. Entah apa aku jawab pun aku tak tahu. Aku rasa subjek ni paling teruk aku pernah lalui selama 4 tahun belajar kos ni. Memang tak lah aku nak jadi penasihat undang2 untuk syarikat. Kalau nak tolong lingkupkan yee boleh mintak perkhidmatan aku haha. 

Keluar je dewan periksa, dalam hati aku hanya 'Ya Allah, lulus pun jadilahh'. Bak kata kawan aku, siapa dapat A subjek ni bukan manusia kah kah kah. Nasib baik bukan aku sorang yang rasa teruk gila. Kita memang akan lega kalau orang lain ada sama rasa dengan kita kan? Rasa selamat gituuu haha

I kan manjaaa, I mengadulah kat kesayangansss I. They give a very wise advise that make me feel calm. Thank you sahabat, you know who you are :) After the hard work (hard?really?sure?), now is the time to tawakal to Allah. Allah boleh tolong dengan pelbagai cara, doa pada dia :) Miracles do happen, and now I hope for Your miracle Ya Rabb. 

Lusa periksa akhir aku untuk sem ni. Land Law II. Allah, kuatkan semangat aku. Tahu la kan bila barang da kemas, beg da terbongkang depan mata, tak nampak lain dahh, nampak rumah je hehe. Aku rasa jiwa aku da balik rumah dulu ni. Haippp diaaaa! Nanti aku menyusul. InsyaAllah. Doakan aku :)

Jom bersihkan diri, nak maghrib da. Past is past, like it or not, you need to swallow it :)

*4 bulan haram dalam Islam adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Haram berperang dalam bulan2 tersebut. Jika ada berlaku pertumpahan darah dalam bulan2 tersebut, bayarannya berganda. Banyak peristiwa2 menarik yang berlaku sepanjang bulan tersebut dan nikmat2 yang Allah sediakan. Mari kita ambil iktibar. Jangan lupa doakan saudara kita di Syria :)

6/10/2012

dari kecik 'boleh la' adalah jawapan kegemaran

Since I was young, if my mak asked 'how was your exam, can do or not?', I will answer it with full confident 'can laaaa'. Boleh boleh hangguk kauu haha. Bila tengok result boleh bla la kau dari Universiti ini perumpaannya. 

Tak suka bagi mak kecewa sebelum dapat keputusan walaupun MakAyah aku cool sebenarnya. Ayat ayah lagi sentap 'ikut kamu la nak dapat keputusan macam mana, masa depan kamu, tengah ayah hidup boleh la bagi kamu makan, kalau ayah takde nanti?'. Ayah, rezeki kat tangan Allah kekeke. Aku tahu apa maksud ayah, dia risau kalau keputusan teruk nanti susah dapat kerja. Takpe ayah, Nadia janji Nadia kahwin dengan orang kaya ngahahhahaha Ayah mana yang tak risau masa depan anak2 dia kan? Anak perempuan pulak tu. Cantik pulak tu.  T_____T

Keputusan aku takdelah memalukan sangat, tapi nak kata membanggakan tu memang jauh panggang dari pungguk yang rindukan bulan lah. Susah wooo kerja2 menghafal ni. Hafal bab 2 lupa bab 1, hafal bab 3, tercampurkan dalam otak bab 1 dengan 2, makanya tak payah hafal bab 4, buat benjol otak je, kita serahkan pada kuasa menggoreng haha.

I just can't understand, why we can't do open book test? Yang hampa bangga sangat dengan U kat Oxford kat Harvard semua tu depa open book test baq ang! Terkenal je seluruh dunia. Why? Because they do more practicals than memorize all theories which will be gone like a wind, exactly after lecturer said 'STOP WRITINGGGG!'

Yang aku menghafal bagai nak gila semua kes nama merapu, nama ikan kerapu lagi sedap tu, nanti aku praktis aku bukak buku jugak nak rujuk balik. Bukannya kat mahkamah kau kena bentang kes depan hakim dengan menghafal semua jadah tu, berkerut-kerut muka nak bagi ingat balik (kalau macam ni, dari orang tu tak bersalah mahu kena hukum gantung sebab hakim menyampah tengok muka peguam yang macam sembelit). Ada buku beb, ada buku! Aplikasi lebih penting dari hafalan.

Da la bagi 3 jam je. Nak jawab 8 soalan essei. Mana nak berangan lagi, nak ingatkan balik, nak rencana dalam otak macam mana nak aplikasikan lagi, nak ushar pengawas periksa lagi. Tu muka masing2 dari awal periksa sampai habis macam muka tak siap. Pakai gincu kat pipi pun ada tau (tipuu jeee haha. Karang baru sesi kemasukan bulan 9 ni takde pelajar undang2 huahuhaua)

Da rasa da habis usaha da ni, tidur pun sebelah nota. Dengan harapan domo boleh ceritakan pada aku time aku tidur (scary woiii, campak domo bawah katil). Sekali bila result keluar.................demmmm! Bukan patut boleh dapat 4 flat ke? kah kah kah. Jangan beranganlah Beron kalau kau nak hafal 4 bab 1 malam pastu terus nak dapat 4 flat. Jangan berangannnnnnnnnnnnnnn. Hentikannnnnnnnnnnnnnnnn

Apa2 pun tahun ketiga aku sudah hampir kepenghujungya. Alhamdulillah, takde yang terkandas lagi :) Hope everything will be smooth till the end of my journey here. Ameennn 

Wahai ahli dunia dan ahli langit, Jumaat ni aku balik woiiiii! Mwa hahahaha

*Nabi Muhammad SAW akan khatam al-Quran setiap 3 hari (aku 3tahun tak tentu habis T__T). Padahal bagindalah pemimpin, bagindalah bapa, bagindalah suami, bagindalah sahabat, bagindalah Imam, bagindalah segalanya. See, how our beloved prophet could still managed his time between dunia and akhirat? Makanya Nadia jangan banyak merungut macam kau seorang je tak cukup masa. Allah bagi adil semua orang 24 jam sehari, tak kurang tak lebih.

5/31/2012

Here it comesssss

Tomorrow I'll sit for my final exam
5 subjects total up
Uncountable chapters + statutes + cases
yet I'm surfing the internet + watching the movies like a boss kekeke
so please prays for me guys :P

Oh Allah, please ease my way. Ameen

Exam mode: ON till 14th June 2012.

5/13/2012

Jadual sem 7. Welcome final year :D


Ni jadual aku sem depan. Ambil 6 subjek;

  • Criminal Procedure I
  • Civil Procedure I
  • Law of Evidence I
  • Jurisprudence I
  • Professional Practice I
  • Securities Industry Law 
Kenapa subjek makin membosankan deria otak? -_-''

Ada 3 kelas malam and unfortunately ada kelas pukul 8 pagi again for Sunday and Wednesday -_-''. Ini semua angkara redha sebelum berjuang sebab malas nak rebut2, sebab time tu nak masuk homepage pun Subhanallah susahnya. So takpe, take it from positive side; learn to never fall asleep again after Subuh prayer. Early practice when I enter reality legal world one day InsyaAllah, and hope Allah gives me more rezeki. Ameen.

Kepada kawan2 yang berjaya add kelas pukul 11 tahniah la! :P Aku doakan lecturer tu gabung 2 kelas tu pukul 11 gak. Eh bukan kau nak belajar tak tidur lepas Subuh ke Beron? Dasar! Teheee

Allah, ease my way for my degree. Final year, I'm welcoming you with Bismillahirrohmannirrohim and let's cooperate with each other ;)

Sem 6 ni lagi sebulan je nak habis. And it really make me mengah. Lagi 2 weeks for final exam, but no preparations at all. Assignments trade lagi 2, assignment Equity satu, presentation lagi, saki baki tutor lagi, test Equity and Ethics (2 different subject), mana nak kejar kelas ganti, talk sana sini and the best part NO STUDY WEEK. Walawehhhhhh! Good luck Nadia! Memang nak menguji kesusunan masa kau betul la.

Allah, help me. To all my beloved friends, together we strive for the excellent, insyaAllah we can do it! :D After that, enjoyyyyyyyyyy! :D

4/27/2012

Inilah baru namanya belajar

Saidina Ali b Abi Thalib r.a pernah berkata;

"Engkau tidak akan menggapai cita2mu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai"

Well said. Aku da tercampak dalam bidang law ni since 2009. Da masuk law, tak kan cita2 aku nak jadi doctor perubatan pulak kan, gilo namonyo tu. Mestilah cita2 aku semua dalam bidang perundangan. Sama ada jadi peramal undang2 or majisret, or public prosecutor, or penasihat undang2, or lawyer or bini lawyer bla bla bla.

Ha sekarang ni memang tengah bersabar la ni nak habiskan setahun 2 bulan lagi kat sini. Tests, assignments, tutors, events sana sini (personal events :P) tak pernah surut. Pastu pulak jenis manusia last minute, ha memang padan muka kau!

Kadang2 macam 'eeee bila nak habis belajar ni'. Nak muntah tahu mengadap segala kes, segala statutes, segala notes erghhhh! I do miss maths :( Aku bukan manusia yang diberi kelebihan boleh hafal sebijik2 apa dalam buku macam sesetengah kawan2 aku. Aku kena faham betul2, baru aku boleh ingat. Kalau menghafal sebijik2, ibarat hafal 'Registrar caveat can be obtained to protect minor, unsound mind, and disabled person', tapi atas kertas exam akan tukar jadi 'minor, unsound mind and disabled person can be a Registrar' -_-''

Kadang2 memang ada perasaan nak lari dari semua ni (over). Perasaan malas nak study, lantak la, dunia je ni :P. Tapi bila teringat muka mak ayah jadi macam tak sanggup nak hampakan dorang. Terus bukak buku sambil bergenang air mata sebab homesick T___T And bila teringat belajar ni jihad, kalau kita setkan nawaitu lillahi ta'ala, insyaAllah akan berkat, dapat pahala, maka bersemangatlah balik (tapi selalunya kejap je :P)

Bila tengok seniors da chambering, and mengeluh kat Twitter dorang dengan kerja2 yang menimbun, then I realise, selagi hidup, kalau nak berjaya, kita tak kan pernah dapat berehat. Keep on moving with the flow of your life, insyaAllah hasilnya akan menghilangkan segala penat. Nak rehat yang aman, buat baik kat dunia, nanti rehatlah sepuas-puasnya dalam kubur sorang2 ;p Kalau banyak dosa, tak dapetle nak rehat dalam kubur keh keh keh

Esok aku ada test Land Law II, masuk 3 bab; registrar caveat, private caveat and prohibitory order. Isnin ni ada presentation Land jugak on acquisition of land. 3 May kena submit assignment Legal Ethics. Then focus on lagi 3 assignments International Trade Law. 11 May ada talk on bankruptcy. 16 May test Equity plus it assignments. Presentation lagi. Phewwwww! Wish me luck guys! Moga Allah tetap kuatkan semangatku untuk meneruskan perjuangan ini. Ameen

Yang penting dapat pow mak wallet. Eh?

4/24/2012

Final Exam

Jadual final da keluar (refer to sidebar). And surprisingly, takde study week! Study week sangat perlu ye untuk manusia malas macam aku. Berdoa semua lecturer akan habiskan kelas awal. Ameen

14 Jun da habis, 15 Jun paksa ayah ambil cuti nak ambil aku kat sini hehe. Nak bawa balik semua barang yang tak guna (at least 1 beg guni, perempuan2 -_-''), sebab aku insyaAllah tinggal setahun je kat sini, so nyahkan barang2 yang da tak guna siap2 :D Cuti sampai raya, puasa tahun ni kat rumah lagi, Alhamdulillah tak payah susah2 fikir juadah berbuka hehe

Final sepatutnya sampai 30 Jun tapi kitorang bertuah dapat balik awal sebab nak kejar dateline seniors nak practical. Untung ada subjects kita yang ada seniors ambil, dapat settle kan exam awal sikit hehe. Siapa yang habis sampai last paper tu, kunci pintu pagar UUM elok2 eh? mwa ha ha ha

Cuti 2 bulan sebelum Raya aku ingat nak kerja, tapi tak tahu nak kerja apa. Duduk rumah je pun apa tak dapat! Kalau kerja ada jugak income nak berjoli hueheuhue. Eh aku da beli baju raya hahaha Over! Puasa tak habis ganti lagi. Mak memang suka beli awal2, nanti dia kata takde siapa nak ambil tempahan da. Eh eh eh mak, lupa ke anak mak ni ada skill menjahit track suit koyak? Ape la mak ni (malu2)