”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label kenangan terindah. Show all posts
Showing posts with label kenangan terindah. Show all posts

2/21/2026

Suasana Ramadan

Kalau bulan puasa yang awal-awal ni, weekend dia terasa sungguh bosan haha. Kalau dah hujung-hujung nanti baru meriah kan bila nak raya sebab weekend la baru kelam kabut nak kemas rumah la, nak buat biskut raya la, pasang langsir la haha.

Aku suka suasana Ramadan, dia macam bagi satu rasa soothing dalam jiwa yang aku personally takkan rasa time bulan lain. I bet ramai rasa macam ni. Kita kena tahan lapar dan dahaga but yet tiap tahun kita tunggu nak sambut Ramadan tu. Bulan yang penuh ketenangan. Memang aman betul dunia rupanya bila syaitan diikat haha.

Suasana sahur tu pun priceless, bila je lagi oi nak makan ramai² pukul 5 pagi? Haha. Kalau family aku memang jenis sahur tak bercakap, masuk dapur, makan, kemas dapur, masuk bilik, solat Subuh semua dalam silent mode haha. Tapi kebersamaan di waktu yang berkat tu yang sentiasa dirindukan. 

Dulu time kecil, bulan puasa wajib berbuka sekali dekat luar tapi makin besar full berbuka dekat rumah sebab malas rasa terkejar-kejar nak solat tu sebab Ayah aku jenis berbuka kena makan nasi terus haha. Setiap petang Mak mula la klentung klentang kat dapur, masakan Mak tak pernah langsung mengecewakan, walaupun masak simple je tengok pun boleh terliur. My mother is the master chef for the whole big family, no one will deny that. Dan aku yakin resipi utama Mak adalah keikhlasan dan kasih sayang.

Ayah pulak tiap petang akan ke bazar naik motor, antara benda wajib dia akan beli secara selang seli adalah popia goreng, laksa dan cucur udang haha unless kitorang ada order benda lain lah.

Time kami kecik, dalam 6.30pm gitu Ayah akan bawak kami ke taman kanak-kanak sebab nak lalaikan aku dan pastikan jejak je kaki kat lantai rumah, aku dah boleh teguk air tebu haha sebab kalau tak aku akan tantrum dahaga HAHAHA. Perangaiiii. I was 6 la time tu, ok la kan? 6 dah puasa penuh walaupun kena beristighfar dengan keranah aku haha.

Suasana di bazar Ramadan pun ada menjentik satu rasa yang seronok dalam hati aku walaupun aku dah jarang gila pergi. Sesekali pergi tu bukan nak beli apa sangat tapi seronok tengok gelagat manusia. Ada yang beli macam tak makan 30 hari, ada yang sanggup beratur panjang dekat booth² legend, ada yang datang seawal 4pm sebab takut apa yang diidamkan habis haha. Bazar Ramadan tu kalau diikutkan macam pasar malam je la kan tapi entahlah kenapa suasanany rasa begitu berbeza, mungkin time datang tu perut memang berkeroncong so setiap bau yang menyinggah hidung sungguh mengasyikkan haha.

Lain pula cerita kalau lagi 2-3 hari nak raya. Rumah macam tongkang pecah, dirombak semuanya untuk hadirkan suasana yang lebih segar di pagi Aidilfitri. Segala celah digosok licin, belakang sofa, belakang katil macam la ada pasukan EKSA nak datang cek haha. Bilik tidur, bilik air diwajibkan licin macam la orang nak beraya dalam bilik tidur aku tu haha. Dahaga dia Tuhan je tahu, bila azan, baru je habis Allahuakhbar pertama masing² dah habis togok secawan besar air beraiss, selalunya jus tembikai haha. Lepas tu termenung tengok lauk sebab perut dah sengkak dengan air haha. Tradisi family kami, Ramadan akhir mesti menunya nasi ayam hehe.

Walaupun penat kami akur kehendak bonda tersayang haha. Setiap tahun janji nak start kemas rumah pertengahan Ramadan tapi janji tak pernah dilunaskan, malam raya jugak huru hara semuanya, tapi suasana huru hara tu lah yang sentiasa dirindui haha. Ingat tak raya terkejut beberapa tahun lepas? Haha padan muka semua orang, pagi raya aku pergi delivery biskut lagi.

Oh cerita pasal biksut raya dulu Mak bisnes bisut raya, memang larisss tapi sekarang dah makin kurang, Mak just ambil order untuk family je sebab dah tak larat sangat. Ingat lagi waktu bergiat aktif yang mangsa tolong mak mestilah aku. Dan adik perempuan aku lah. Kenapa aku mangsa? Sebab aku memang tak minat benda² baking ni haha tapi dah Mak kita kan, takkan pulak tak tolong.

Aku pernah tolong mak bentukkan biskut sambil baring atas kerusi, kerusi elok je bawah meja makan, ha kira aku baring bawah meja makan atas dua kerusi. Makcik aku masuk rumah tanya aku mana, Mak cakap tengok bawah meja, kejap² je tangan aku keluar nak capai doh atas meja HAHAHA perangai kan? Walaupun Mak tau aku tak ikhlas, she didn't care! Hahaha. Dah nak raya Mak bawak la kami beli handbag dan kasut raya sebagai upah and duit raya pun lebih sebagai gaji hehe. What a memory. So sekarang Mak buat weekend je untuk family, aku pun dah lebih ikhlas menolong haha.

Alhamdulillah Allah masih rezekikan kami sambut Ramadan dengan suasana yang simple tapi rasa full dan menenangkan. Semoga rezeki ni takkan pernah putus, walaupun bunyinya mustahil tapi semogalah! 

Didoakan kita semua terus merasakan keberkatan Ramadan ini. Ameen

2/13/2026

Kuching, Sarawak 4h3m

Hujung bulan 1 hari tu office aku buat retreat ke Sarawak. Jauh kan? Haha sekali sekala rewards staffs yang sepanjang tahun dah kerja tanpa kenal siang dan malam.

29 Jan 2026 (Khamis)

Seawal saat pertama hari ini kami gerak ke KLIA, ada yang naik bas ada yang naik kereta, aku naik kereta hihi. Dalam 3.30 pagi kami sampai di KLIA then lepak di satu kedai roti bakar tak ingat namanya, disebabkan ngantuk aku order Cham, biasa2 je rasanya and tak hilangkan mengantuk aku pun. Haha

Dah settle checked in luggage bagai, kami pun boarding dalam pukul 7 lebih. Disebabkan kami group government so dapat la bukak kaunter khas untuk group kami je yang almost 50 orang, sikit lagi nak chartered 1 kapal terbang haha. 

Alhamdulillah sampai Kuching dalam pukul 9 lebih, settle kan luggages bagai and bas dah sedia tunggu. Kami terus pergi makan brunch dekat Dapur Melanau, sebab dah makan nasi lemak atas flight, aku order Mee Hongkong je, lebih kurang Mee Bandung, ok la not bad. Kawan aku ada order Tumpik Udang, makanan sana, sedapp rasa kuih dangai kita tapi leper and ada udang.

Kemudian kami ke Kg Budaya Sarawak, it was my 2nd time so no excitement sangat hihi but still enjoyed the performances dan semua kuih tradisi yang dijual. Ada rumah Cina, rumah Melayu, rumah Iban, rumah Melanau, rumah Bidayuh and rumah Orang Ulu tak silap namanya, ampun kalau ada salah.

Memang setiap rumah ada keunikan masing2 and ada jugak yang seremmm bila masuk haha. Dekat salah satu rumah, tour guide rumah tu cerita benda mistik, seronok dengar tapi tak seronok untuk mengalaminya haha. Ada rumah boleh experience menari tapi idak le aku, tersungkur karang.

Ada satu rumah ni aku tak ingat rumah mana (sorry, my bad), depan rumah tu ada satu tiang yang amat tinggi. Orang sana cerita zaman dulu kalau pasangan meninggal, pasangan yang masih hidup akan bersila atas tiang tu sampai dia meninggal jugak, takde siapa boleh pergi tolong, dorang betul mengamalkan konsep sehidup semati 😅 but no more now, I hope.

Time ni sebenarnya dah barai, kau bayangkanlah dari pagi2 buta dah gerak, tidur tak proper dengan tak mandinya terus buat lawatan haha aje merenyamm. 

Settle semua kami pun gerak ke hotel and nasib baik malam tu free and easy, dinner pun dekat hotel je. Lepas dinner ada yang pergi uptown. Aku tak join sebab tidur lebih baik di saat itu haha. 

Rumah Melayu. Cuaca baru lepas hujan, awan tutup Gunung Santubong Gunung Sejinjang haha yeke tu namanya?

Ha tu tiang yang aku cakap tu. Dalam tiang tu dikatakan diletak tulang2 mayat pasangan yang meninggal tu.


Ha nampak punn 






Tumpik, kuah tu sikit je rasa manisnya tu, just nice buat celup2 manjahhhh

30 Jan 2026 (Jumaat)

Hari ni kami ada bengkel dekat hotel dari pagi membawa ke lewat petang. Ingat pergi bersuka ria je ke? Jangan berangan! Haha. Naik tepu dah otak aku so malam tu aku and friends jalan kaki area hotel tu. Oh kami menginap dekat Hotel Margherita Kuching betul2 depan patung kucing tu so memang centre la, nak ke mana pun jalan kaki je.

Jalan2 cari souveniers sikit iaitu tak lain tak bukan, kek lapis Sarawak! Haha. Yang penting aku nak aiksrim gula apong and Alhamdulillah dapat. Sedappp. Sebelum balik repeat lagi sekali hehe. Malam tu makan Mee Kolok dekat IG Aiskrim Gambier tempat sama aku beli aiskrim. Dia bukan ada aiksrim je, makanan berat pun ada and makanan dia ok, sedap.







31 Jan 2026 (Sabtu)

Pepagi kami dah gerak ke Serikin Border Weekend Market. Ni buffer zone antara Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia and memang kat situ boleh nampak jelas pertembungan budaya dari segi barang membeli belah haha. Batik Sarawak and Batik Indonesia senang nak dapat and boleh tawar. Kat sini la aku belikan kemeja batik Sarawak untuk Didi, Ayah, Abah dengan adik laki aku, murrrr. Dekat sini jugak beli rehal untuk Mama. Untuk Mak dengan adik perempuan aku, aku belikan baju kelawar motif Sarawak tapi bukan dekat sinilah and murr jugakk hehe.

Sini panas gilaaa oi, nak datang sila pakai cap, shades and bawa kipas. Dah rasa takde apa nak beli, aku pun lepak je kedai minum sambil tunggu yang lain siap shopping. 

Then kami ke Tasik Biru and makan lunch pun kat sana. Pentipuuu tasik tu hijauuu! Bukan biruu! Haha. Kami makan dekat Naa Grill Tasik Biru, aku order Laksa Sarawak, biasa2 je rasa dia.

Settle semua kami gerak ke kedai kek lapis Warisan. Beli la sikit kat sini as souveniers dan terus ke Pasar Satok nak beli ikan masin Terubuk, ni wajib beli sebab opah pesan hehe. Aku beli RM100, banyak ekor jugak dapatt, dapat la sedekah sikit2 dekat saudara mara di kampung hehe.

Sampai area hotel sempat singgah Indian Street, nak cari baju songket Sarawak as kenang-kenangan, ni beli untuk diri sendiri. Time sampai kedai nak tutup dah pun. Walaupun mahal sikit kainnya tapi memang lawooo, takpelah reward diri sendiri hehe.

Sebelum balik hotel singgah pulak dekat Kek Lapis Mama Su, beli lagi kek lapiss, kat sini beli banyak sikit sebab nampak lebih premium and lebih sedap hehe.

Balik hotel mandi dengan kelam kabutnya sebab malam ada office dinner dekat Topspot Seafood. Puas makan, hati pun girang, balik bilik, packing beg and tidur.

Ke Butter viral Sarawak. Kitorang order hampir 120 bijik haha. Balik rumah Didi beli aiskrim dengan nutella, makan macam kek secret recipe, adoii macam mana nak kuwus nii haha. 




Hijau kann?

Pasar Sariken


Our hotel for 3 nights.

1 Feb 2026 (Ahad)

Yeayy hari balik. Lepas lunch terus gerak ke airport. Awal jugak kami sampai, time tu hujan lebat tapi nasib baik flight tak delay. Sempat la lepak CBTL sementara boarding. Alhamdulillah sampai KLIA around 6pm lebih and yeayyy Didi jemput kita kat KLIA siap tolong bawak semua barang yang berat2 *insert muka berlagak here*. 😝 kepada yang kena naik bas haha. Thank you my Didi. 

Memula dia cakap nak balik terus rupanya dia dah book Air BNB dekat Cyberjaya. Fuhh lega jugak dapat rest terus. Pergi makan dekat Nasi Kerabu Mok Nab Bangi dulu baru balik rehat.

2 Feb 2026 (Isnin)

Cuti ganti Hari Thaipusam. Sesudah bangun kami pun gerak balik Perak. Sebelum balik makan dekat port biasa kami lunch di Zam Ikan Bakar. Dekat Rawang macam biasa tapow CBTL (again). Alhamdulillah sampai rumah sebelum pukul 3pm.

12/12/2025

Office Trip to Jakarta-Bandung

Aku update ni sambil-sambil dengar kursus online acah2 multitask kan? Padahal aku mute kursus tu sebab aku memang tak boleh fokus kalau bising haha. Kursus tu tak penting sangat so sambil-sambil la ye kita. 

But before that, this entry goonna be longgg sebab aku malas nak pecah pecahkan. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas haha. 

Last week aku ada office trip ke Jakarta-Bandung selama 5 hari, 2 malam di Jakarta 2 malam di Bandung. Kitorang ada lawatan kerja ke Kementerian Tanah sana tapi aku taknak cerita pasal tu sebab anything bout office stays at office hahaha. Aku just nak cerita sesi 'team-building' kitorang. Kitorang pergi 18 orang, 12 P 4 L haha dapat bayangkan tak kecohnya bila 14 perempuan yang joyah-joyah belaka bergabung haha.

Bertolak

Kami gerak dari Ipoh ke KLIA pada 2/12/25, 11 malam. Sampai KLIA pukul 2.30 pagi, 3/12/25. Sementara tunggu check in, kami lepak dekat anjung, ada yang sembang, ada yang jalan2. Aku? Tidur walaupun tidur2 ayam je sebab kejap2 announcement panggil penumpang.





Hari Pertama (KL - Jakarta)

4.30am kami checked in luggage. Trip kali ni memang ambil travel agent so kita banyak goyang kaki je lah hehe. 7.30am kami depart and dalam 8.30am dah sampai sana. Kawan aku yang bawak kotak souveniers kena tahan kejap dengan kastam and bila tau kami ada lawatan rasmi dia lepaskan je. Alhamdulillah.








1st time turun terminal ni by MAS. Lawooo tapi jauhh. Haha. 

Sampai-sampai terus pergi shopping ye dekat PIK by The Sea. Dengan masing2 tak mandi pagi laginya, dengan cuaca panas nya, badan berlengas tapi semangat shopping tak pernah luntur haha. Lagi pulak sebelum gerak bos ada bagi manis2 🙈 maka berkepak la kami dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Haha. Selalunya kalau pergi dengan Didi memang aku tak shooping langsung sebab entah macam takde feeling tu.

Rupanya bila pergi dengan kawan2, masing2 pulak jenis kuat menghasut, duit pulak orang bagi, eh sakannn ye aku shopping kat sana hahaha. Kesurupan semuanyaa haha. Aku konon taknak beli perfumes dah trip kali ni sebab dah banyakkk! Fanny datang hari tu pun bagi perfume sekali terbeli jugak. Adik aku pesan perfumes, time nak beli untuk dia la aku TERbeli untuk aku. Semua salah adik aku. Ceiitt haha. 





Kat PIK tu aku beli 2 perfumes, 1 perfume travel dengan handbag raya! Haha. Tu pun TA bagi shopping sampai pukul 1130am je sebab dah book lunch dekat Pagi Sore. Pagi Sore dekat PIK tu je. Trip kali ni aku taknak komen sangat pasal makan. Semua kedai makan T20 TA bawak tapi menu yang sama sampai aku nak termuntah dah tengok ikan terbang tu. Trauma aku. Tekak aku dengan selera Indonesia ni boleh pergi 3 hari je, lebih dari tu aku dah rindu Malaysia! Haha.



Lepas makan kami checked in Maia Hotel berhadapan dengan Thamrin City. Memang seberang jalan terus sampai. Lepas mandi kawan aku terus ajak ke Thamrin, tak bagi peluang rehat yeee. Biasa dia tuu haha. Walaupun dalam keadaan barai, ku gagahi juga melangkah. Dalam keadaan gitu pun sempat beli kemeja 2 helai. Besttt kain dia and style baggy gitu. Then beli telekung travel cousin aku pesan. Kejap je kami kat sana sebab dah nak tutup, Thamrin mostly tutup pukul 6pm tapi ada je bukak sampai 10pm katanya.



Malam tu hanya dinner di hotel. Maia hotel ni makanan dia sedappp, recommended. Satu benda yang aku suka pasal orang Indonesia ni, hospitality dorang memang tiptop, even kita sewa hotel 3 bintang, layanan macam hotel 5 bintang. Dekat Malaysia jangan harap dapat gitu.

Malam tu kami jalan kami ramai-ramai ke Plaza Indonesia and Grand Indonesia. Kawan aku nak beli Alchemist, then gerak ke GI pulak pergi beli perfume HMNS. Personally aku prefer HMNS dari Alchemist.


Aku nak beli kasut ni sebenarnya tapi warna hitam. Takde stok, selamat duit aku walaupun sedih sikit haha              


Hari Kedua (Jakarta)

Hari kedua seawal selepas breakfast kawan aku ajak ke Thamrin City lagi sekali sebelum kami ke lawatan kerja jam 11am. Teman dia beli baju raya untuk 1 family! haha. Dengan aku terjebak sekali beli sepasang baju raya. Officially baju raya aku ada 3 pasang and semua dari Indonesia! Haha. 

Murah weh, lawa2 and majoriti bawah RM100. Baju siap tau, lace penuh labuci penuh.

Kami lunch dekat Remboelan sebelum kami masuk mode urusan rasmi. Official visit tamat dah nak malam so dengan baju korporat kami terus dinner dekat Amanaia. Tempat dia cantik gilaaaa, korangg kena pergi merasa. Harga jangan tanya sebab trip aku kali ni fully sponsored muehehehe. Dekat sana kami sewa private room, sambil makan boleh karaoke.





Bukti pergi kerja haha

Ni sebelah booth HMNS. Too strong for me.



Hari Ketiga (Jakarta-Bandung)

Esoknya kami naik Panoramic Train ke Bandung pukul 8.30am. Nak view lawa ambil seat sebelah kanan coach, sekian tips. Patutntya ambil yang 5.30am tapi habis so berpanas la kami tapi boleh je tutup bidai tu hehe.





Sampai je terus pergi makan, aku lupa nama kedai tu. Time tu hujan lebat, sepatutnya kami ke Lodge Maribaya dan Floating Market tapi cuaca tak mengizinkan so TERPAKSA la kami sambung shopping aja bukk. Masing-masing dah kesurupan, masing2 jenis kaki racun, kawan pulak jenis tak boleh peer pressure sikit habis 1 kedai kami borong. Dengan geng laki kami hasut terpaksalah dorang call bini masing2 tanya nak yang mana or kami dengan ikhlasnya jadi consultant tak bertauliah. Moto trip kali ni 'biar nyesal beli dari nyesaal tak beli' dan duit kena habis sama2 hahahaha.

Trauma dah aku tengok ikan ni haha

Ada yang tak dapat dibendung siap 3x topup wise, ada yang bisik2 call suami suruh transfer duit. Pergi pulak time nak raya ni. Sorang kawan aku luggage dia hampir sama berat dengan aku! Hahaha beli apa oii! haha.

1st kedai kami pergi Karma Bandung, kedai souveniers. Not bad souveniers dekat situ, harga murah dan barang berkualiti. Aku beli souveniers untuk budak ofis kat sini lah. Beli satu tshirt untuk Didi dia pun cakap kain sedap, corak pun menarik tak macam typical baju souveniers yang selalunya menyedihkan coraknya haha. 

Pergi dengan TA ni ikut rezeki ada masa dia bawak tempat yang dia akan dapat komisyen jee, sebab tu kalau ada tempat yang kita nak pergi kena bagitau terus, jangan harapkan jadual dorang je nanti ada tempat yang tak besttt dibawaknya. Tapi TA kami ni ok la bawak tempat best2 jugak and ada jugak tempat yang kami request cuma aku tak suka pemilihan makanan dia, ape benda hampir setiap menu ada ikan terbangg. Yihhh haha padahal Indonsia cuisines banyak kottt.

Then kami ke Rumah Kain Sulam, time ni aku tengok semua kawan2 aku dah tak tentu arahh hahaha. Kelakar tengok gelagat masing2. Kat sini aku beli kain pasang untuk  aku sepasang, beli kain batik and pelekat as souveniers and borong freschcare Mak aku pesan and as souveniers jugakk. 

Bestt minyak angin ni. Wajib beli bila kat sana.

Lepas tu kami ke Alla Moda kedai macam Jakell. Di sini lagi sekali kawan2 aku kesurupan beli kain lace la, songket la, labuci la hahaha. Aku just beli sepasang kain biasa je untuk pakai ke ofis. Sambil tu aku pergi meracun kawan2 yang lain untuk habiskan duit haha. 


Kebanyakan kedai kain dekat Bandung ni siap boleh terus jahitkan and kalau bernasib baik boleh siap 24 jam kalau tak dorang pos and harga pos tak mahal pun. Kos upah jahit pun ok, kiranya siap semua still murah dari harga kat Malaysia. Tu masing2 tak ingat akhirat tu membeli haha. 

Penutup shopping hari ni adalah beli perfumes di Win Perfume. Sini memang tempat wajib singgah. Semua perfume ada, kau mintak je dia akan bancuh. Murah dan tahan lama. Aku beli 1 je untuk aku and 3 orang pesan. 



Then kami makan malam dekat Raja Rasa sebelum check in dekat Aston Tropicana. Hotel ni pun best, bilik selesa, makanan sedap. Cumanya aku perasan dekat Indonesia ni majoriti hotel yang aku pergi mesti toilet dia tersumbat, lambat air nak turun huhu tu je slacknya. 




Hari Keempat (Bandung)

Hari dimulakan dengan breakfast di hotel. Kemudian ke kedai Tiga Rasa nak beli kerepek2 Bandung. Aku beli 3 pisang salai dekat sini, Mak pesan, kalau tak memang aku tak beli apa sebab kerepek susah nak bawak balik oi, bukan boleh lipat haha. Kemudian mula la kesurupan kami membeli belah di Pasar Baru. TA siap sediakan 3 orang bodyguard untuk jaga kami sebab situ banyak pencopek dan orang jahat katanya. So ok la rasa selamat sikit, bodyguard tu pulak katang2 belaka kikiki.





Aku macam biasa beli sepasang je kain ela dengan satu kemeja batik siap jahit. Lawaaa, murah pulak tu. Menyesal beli 1 kemeja tu. Dia punya design macam kemeja yang pakai dengan cardigan. Baru IDR100k wehh. Baju lelaki pun boleh dapat harga sama. 

Kemudian kami ke Toko Tiga. Namanya tiga sebab dia ada 3 pintu masuk and 3 tingkat haha. Sini jual jeans and tshirt, katanya original but I doubt it haha. Aku tak beli apa pun kat sini, syaitan yang selalu menghasutku masih tidur agaknya haha. Hari ni kami lunch di Nasi Padang Sederhana. Aku makan sikit je tu pun sebab ada daging masak rendang tok, tu je aku sentuh. Time tu dorang ada serve murtabak mesir, sedapp, rangup and dalam dia ada sikit daging and banyak sayur. Tapi kenapa time aku pergi Mesir hari tu takde pun murtabak tu? Haha



Oh hari ni adalah hari migrain aku, dari pagi dah migrain so menyumbang kepada pertambahan takde selera aku yang dah berlarutan selama 2 hari. Lepas makan ke kami ke Jalan Riau. Situ banyak outlet yang dekat2. Aku jalan ke Exsport, beli bag buy1free1 nak bagi souveniers dekat cousins aku hehe. Then jalan ke Uniqlo and Heritage. Aku just beli selipar jepun yang memang dari Jepun. Soft je, murah pulak tu. Ah kaau semua murah haha.


Sebelum balik lepak kedai kopi Santap Saji sebelah Heritage, kopi dia sedapp gila. RM7 je wehhh! Dah migrain bijak menambah kafein haha. Sebab dah tak lalu telan ikan terbang tu, malam tu kami request makan Bakso, TA bawak ke Bakso Ijap Haji. Sedap bakso dia, bagi aku cukup segala rasa, memang ramai betul orang dekat kedai tu.



Sedapp. Salted caramel

Selesai makan kami gerak balik hotel, konon nak pergi massage la apa la sekali macet teruk bangat seyhh, dah sampai hotel lewat, so tak jadi la sebab nak kemas beg lagi. Beg kami kena letak dalam bas sebelum 11malam sebab bas gerak ke Jakarta malam tu. Oh kami naik train bagai tu memang lenggang kankung je, luggage semua bas yang bawak. Heavenn hehe.

Dah nak sampai hotel time tu kepala aku dah berat gila rasa nak muntah and ye memang aku muntah dalam bas. Nasib sempat kawan bagi plastik, kalau tak menyembur la huhu. Kawan2 semua baik, semua concern tanya aku okay ke tak. Rupanya esok pun ramai perut jadi tak sedap, kami syak bakso semalam tu terlampau banyak MSG.

Dalam keadaan kepala berat terpaksa gigih jugak kemas barang. Dah mandi semua, makan ubat aku pun tidur.

Hari Balik (Bandung-Jakarta-KL)

Kami ke Jakarta by Whoosh Train. 30 min je dari stesyen Padalarang. Laju sekali ya kamuu! Dari stesyen terus ke airport, flight jam 3.30pm. Sementara tunggu flight aku pergi makan burger, tengok nasi pun tak lalu dah time tu haha.







Alhamdulillah perjalanan pulang smooth, kitorang gerak dari airport ke Ipoh dalam pukul 8pm. Pukul 9pm-10pm berhenti dinner and solat dekat RnR Rawang. Pukul 1am baru sampai office. Dah nak sampai tu aku called Didi tak angkat2, tidur mati sebab dia ada tournament rugby siangnya. Ayyooo. Nasib la dah berapa kali call dia angkat and nasib la dia sempat sampai sebelum semua orang balik ke rumah masing2.

Badan dah penat tapi esoknya aku kena ke Penang pulak, ada kursus 2h1m. Adoii memang baraii. Seminggu ni memang aku deep sleep aku rasa haha. Duit pun dah habis so kita habiskan masa dengan tidur je lahh! Haha.