”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label insaf sejenak. Show all posts
Showing posts with label insaf sejenak. Show all posts

3/09/2026

Meraikan anak yatim

Tahun ni aku dilantik jadi antara AJK tertinggi Kelab pejabat aku. Sidenote: aku masih berdendam dengan siapa yang calonkan aku *side eyes* haha. Another hint of my jawatan: ceti haram haha.

Lantik pulak betul² sebelum puasa memang agak busy la jadinya. Kita pulak baru nak berjinak ada jawatan tambahan, sekali dia tak bagi berjinak, dia suruh terus turn on wild mode, berlari macam serigala gila la kitanya haha.

So di bulan Ramadan ini, di saat semua orang berpusu-pusu membuat kebaikan untuk mengejar ganjaran, kami pun tak lah terkecuali. FOMO, in a good way, InshaAllah. 

Kelab kami memang setiap tahun akan memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik di atas muka bumi ini. Dan ini tahun pertama aku terlibat secara langsung.

So antara tradisinya kami akan pilih satu rumah anak yatim/asnaf untuk kami bawak pergi beli baju raya. So setelah ditimbang tara, kami pilih la satu rumah anak yatim ni, base di Ipoh jugak.

Dah deal dengan penyelia dorang untuk pergi shopping raya hari ni, kami pilih AEON Mall disebabkan banyak pilihan dan harga berpatutan.

Aku google tengok AEON buka pukul 9am, maka pukul 9am lah kami terpacak dekat depan pintu masuk, padahallll pukul 10am rupanya baru bukak. Pukul 9am groceries je bukak haha ampun, gue enggak tauu. Selalunya datang pukul 12pm camtu memang dah terbongkang la pintunya haha. Tapi nasib baik jugak la bebudak tu sampai pun pukul 10am, dorang pun tau agaknya mana ada mall bukak pukul 9am haha.

Seronok lahai dapat gembirkan dorang. Ada sorang tu cakap 'saya first time dapat beli baju macam ni' 💔 Allah betapa kita kufur nikmat selama ni 😭

Umur dorang ni antara 5 - 17 tahun. comel-comel lako. So kami bahagi-bahagi lah, sorang jaga 1 budak. Yang remaja dorang cari sendiri, dah nak bayar baru cari kami hehe.

Terima kasih jugak dekat pengurusan AEON atas layanan yang sangat baik, siap manager dia turun sekali and buka kaunter khas untuk kami, Alhamdulillah Allah mudahkan urusan anak-anak tersebut.

Masing-masing atleast dapat lengkap sepasang sepersalinan termasuk kasut. Yang lebih ada yang beli baju tidur, ada yang beli dress, blouse. 

This experience really humble me. Selalu merentan bila diuji sikit walhal mereka tu seawal 5 tahun dah ditinggalkan sendiri dalam dunia ni. Besar ujian mereka tapi Allah tahu mereka mampu.

Semoga dengan sedikit hadiah dari kami ni dapat menggembirakan hati mereka menjelang Aidilfitri ni. Bye nak sambung nangis. 

2/19/2026

1 Ramadan 1447H

 Salam Ramadan Kareem 

Semoga semua ibadah kita diterimaNya, dosa-dosa diampunkan, dan dilipat gandakan pahala atas setiap amal jariah yang dilaksanakan serta istiqomah hendakNya.

Alhamdulillah dapat 1st sahur dengan family tahun  ni. Sedih sangat bila baca ada yang berpuasa dan beraya sorang tu, semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang diuji dan mungkin satu hari nanti giliran kita pulak, sebab tiada yang kekal di dunia ni.

5/20/2022

Hutang arwah suami/ isteri

Aku baru terbaca 1 kes yang mana isteri kehilangan suami (meninggal dunia) dan terpaksa menanggung hutang arwah suami sebanyak RM300k walhal harta peninggalan suami untuknya hanyalah bernilai RM10k (secara wasiat). Menurut si isteri sepanjang arwah hidup memang most pendapatan arwah bagi dekat keluarga arwah. Isteri dia tak kisah sebab dia pun kerja and nafkah untuk isteri dan anak2 arwah tetap bagi just tak sebanyak yang dia habiskan untuk keluarga dia. 

Isu jadi bila gaji isteri hanya mampu menampung belanja harian mereka tapi bukan hutang2 arwah.


Wasiat

Dulu aku tak belajar Syariah Law tapi ada la belajar sebagai salah satu subjek je, ada buat pembacaan sikit2 so tahulah serba sikit.

Ni daripada pemahaman aku ye, kalau salah mohon betulkan dengan berhemah, jangan maki, aku hati suci hahaha.

Dalam Islam kalau seseorang meninggal, semua harta arwah perlu difaraidkan. Nak wasiat boleh tapi hanya 1/3 daripada harta sahaja yang dibenarkan dan penerima wasiat bukanlah di kalangan waris. Contoh: Anak angkat, kawan rapat, etc. 

Walau bagaimanapun, wasiat boleh digunapakai kalau semua waris setuju dengan wasiat tersebut. Jikalau di kalangan waris terdapat anak bawah umur, anak OKU, wajib difaraidkan bahagian mereka sebab mereka tidak 'berakal' untuk memahami konsep wasiat.

Dan aku pernah baca somewhere yang pembahagian harta hanyalah untuk harta bersih yakni harta setelah selesai urusan pengebumian dan selesai segala hutang arwah.

Pertikaian keluarga

So dalam kes ni aku berpendapat yang isteri tu patut fight benda ni ke mahkamah demi hak dia dan especially anak2 yatim dia. Biar mahkamah yang putuskan. Kesian kot nak tanggung hutang, nak tanggung anak yang kecil lagi. Family arwah pun tak berhati perut. Boleh eh kau tengok cucu kau hidup susah menanggung hutang arwah anak kau? Bank ni dia akan kejar isteri untuk tuntut hutang, jarang la dia kejar mak bapak arwah.

Aku setuju dengan definisi harta bersih kat atas. Biarlah kita yang hidup ni tak dapat apa janji hutang arwah langsai dulu, dia pun aman dekat sana. Kita kat dunia ni dari lahir dah dijanjikan rezeki masing2. Tapi ni hanya pendapat aku lah, dalam Islam aku pun tak arif hukumnya tapi yang yakinnya, hutang memang kena langsai. 

Bila cakap bab harta ni memang boleh buat gaduh. Jarang2 la aku jumpa yang boleh selesaikan bab harta pusaka ni dengan aman, kalau ada mesti kuat pegangan agamanya. 

Dan sefaham aku, waris lelaki diberikan pecahan faraid yang lebih tinggi dari perempuan sebab tanggungjawab yang bakal digalas lebih besar. I do believe that harta faraid yang dapat ke lelaki adalah sebagai amanah untuk dia gunakan dalam 'menjaga' waris arwah, bukan untuk dia bersuka ria pergi bercuti tukar perabot bagai.

Aku selalu doa yang aku tak kan hadap nak ambil harta yang bukan hak aku. Takuittt weh, especially kalau termakan harta anak yatim. 

Hutang

Hidup dalam dunia zaman sekarang mustahil tak berhutang, dengan kereta, dengan rumah etc. So sebaiknya ambil insurans yang akan cover hutang kalau kita mati. Untuk rumah aku dah ambil rasanya, untuk kereta belum and memang niat nak ambil. Auto-life insurance namanya. Korang boleh call bank yang korang buat loan untuk ambil insurans ni, nanti dia kira rate.

Dua-dua kereta kami sekarang atas nama aku and kereta yang atas nama suami, adik aku pakai. So aku nak ambil auto-life insurance untuk dua kereta tu and suruh suami ambil insurans untuk kereta dia. Apa2 jadi senang. Simpan resit, time nak tukar nama betul2 nanti bila dah habis bayar hutang, claim balik duit auto life insurance tu haha. 

Aku nak suruh Suami aku buat wasiat lah. Harta boleh dibahagi lepas segala hutang dengan bank sekian atau si polan sekian selesai. Aku tak tahu pun Suami aku ada hutang apa or pada siapa. I should ask. Apa2 senang kan. 

Aku selalu berdoa untuk Allah permudahkan urusan aku untuk bayar semua hutang dengan cepat supaya kalau apa2 jadi dekat aku, waris tak terbeban.

4/29/2022

Sedikit sumbangan kepada yang memerlukan

Semalam aku diberi kesempatan untuk mewakilkan kelab ofis aku untuk serahkan sumbangan kewangan kepada asnaf di satu kawasan perkampungan. Semua 17 rumah aku cover dengan bantuan seorang lagi pegawai dan seorang driver.

Dalam 17 rumah tu macam-macam jenis manusia aku jumpa yang buat aku menginsafi diri dan patut tambahkan rasa syukur atas nikmat yang Allah dah berikan kepada aku sekeluarga.

Sebelum bertolak, kami telah diberi taklimat ringkas untuk menjaga kelakuan dan tutur kata bagi menjaga hati si penerima sebab ada penerima yang sangat malu dengan nasib diri mereka. Aku pun tak cakap banyak, just perkenalkan diri dari mana dan bagitau tujuan datang. And mohon izin nak bergambar (bagi tujuan laporan sahaja bukan untuk di muat naik ke platform sosial media), kalau dorang tak izinkan kami pun takkan paksa. Hanya ada 1 penerima menolak untuk bergambar dan 1 penerima kami tak sempat nak tanya. Nanti aku cerita. 

Selepas menerima ramai yang mendoakan kami sebagai tanda syukur. Aameen. Semoga doa mereka dimakbulkan dan dipalingkan kepada mereka jugak. Semoga bantuan yang tak seberapa tu dapat memberi sedikit sinar kepada mereka untuk merasa menyambut hari raya dengan gembira.

Nak dibandingkan hidup aku dengan mereka memang jauh sangat beza, kalau tak reti lagi bersyukur tak tahulah aku ni, apa nak jadi! 

Ada 3 situasi yang buat aku betul2 terkesan di hati.

Situasi 1 

Aku sampaikan sumbangan kepada si suami. Isteri ada sekali. Sebelum masuk kereta, isteri cakap dengan kami

'Ada tak sumbangan baju raya? Kalau ada boleh ke makcik nak sepasang, dengan tudung sehelai dua jadi la. Makcik tau boleh ambil dekat XXXX tapi kaki makcik tak kuat nak ke sana, kenderaan pun takde, nak diri lama pun tak boleh' 😔

Terkedu kejap aku. Dibesarkan dalam keluarga yang cukup pakai (ke terlebih?), yang setiap kali raya mesti beli baju baru, aku lupa ada orang yang tak mampu nak miliki semua tu.

Aku cakap aku akan cuba sampaikan kepada yang berkenaan, my teammate pun cakap dia ada baju dan akan hantarkan kepada makcik tu. Dia tak mintak baju baru pun, baju terpakai memadai. Semoga impian makcik tu untuk dapat baju raya dimakbulkan. 

Situasi 2

Kami bagi salam pada satu rumah, kalau ikutkan senarai nama, muda lagi orangnya, sebaya aku, lelaki. Eh muda ke kau tu nya pun adoi? Haha.

Jenuh jugak bagi salam, tekak dah perit sebab dah banyak rumah pergi, dah terbayang nak minum satu jug air ais berbuka nanti.

Setelah beberapa minit, kami dengar suara dari dalam. Kami pun approcah ke pintu sliding door sebab dia bukak sikit je, tak nampak pun siapa orangnya. Then aku perkenalkan diri. 

Kemudian dia bukak pintu kayu. Baru la nampak 1/3 sosok tubuhnya. Berkerusi roda sumbangan Perkeso. Aku ternampak peha dia, peha dia sebesar pergelangan tangan aku je weh! Tangan aku memang kecik. Dia bercakap tak pandang muka kami dan cakap acuh tak acuh tapi tetap berterima kasih.

On the way nak ke kereta, teammate aku cakap

'Garangnya dia puan, takut saya nak mintak izin dia nak bergambar'

'Takpe, kita tak rasa apa dia rasa. Saya rasa dia demotivated tu sebab muda lagi tapi terpaksa berkerusi roda. And saya ternampak kerusi roda dia tajaan Perkeso. Selalunya kalau Perkeso bagi ni sebab dia kemalangan dalam waktu berkerja. Mana tau dia tengah bina kerjaya tapi tanpa disangka Allah takdirkan dia lumpuh seumur hidup. Kalau saya pun akan down'

Teammate aku mengangguk setuju. 

Situasi 3

Kami berpusing-pusing cari rumah No. 30, tak jumpa. Kemudian aku ternampak rumah yang sedeikit terpencil dan dari jauh aku tahu tu rumah bantuan kerajaan (bentuk rumah bantuan kan sama 1 Malaysia). Aku mintak driver masuk ke dalam. Sah! Itu rumah No. 30 yang kami cari.

Kami pun bagi salam, namun tiada sahutan. Kebetulan ada orang kampung situ pun datang nak bagi sumbangan zakat. Sebab dia orang kampung tu, dia dah kenal penghuni tu sampai ke belakang rumah dia cari haha terima kasih pakcik kerana gigih membantu.

Selang beberapa minit pintu dibukak. Keluar seorang budak perempuan (sekolah rendah) diikuti dua orang adik lelaki (umur bawah 6 tahun).

Aku tanya mana mak, dia cakap mak dia pergi kerja. Aku tanya lagi ni rumah siapa, dia cakap rumah nenek dia and nenek dia pun takde dekat rumah.

Budak2 umur macam tu sepatutnya ada di sekolah dan di rumah pengasuh bila mak ayah kerja or bila tiada orang dewasa di rumah. Ni tinggal budak bertiga tu je, mengharapkan kakak yang masih tak matang menjaga adik yang masih ingusan.

Saat budak sebaya dia sibuk dengan gadjet dengan PUBG, Mobile Legend etc, dia dah dipertanggungjawabkan menjaga adik2 yang masih berpampers.

Semoga dipermudahkan semua, semoga dimurahkan rezeki semua, semoga mendapat ganjaran berlipat kali ganda bila di syurga. 

6/16/2020

Benci pada dosa, bukan pendosa

Manusia takkan lari dari buat silap. Aku, kau, dia, mereka, jiran sebelah, pakcik jual goreng pisang, pemandu keretapi semua pernah buat silap. Dari silap kita belajar untuk improve hidup, kalau tak belajar dari kesilapan tu namanya bengap.

Aku tau aku pendosa and that's why aku tak pernah benci pendosa lain, I'm no saint neither maksum. Aku just bencikan dosa tersebut dengan niat aku sendiri takkan melakukannya. Aku takde hak nak benci orang atas dosa dia walhal dosa aku pun tudiaa beratur nalaaa punya panjang. 

Kalau aku benci pada pendosa aku rasa dah ada kes bunuh, dah ada pasangan yang bercerai, dah ada anak yang jadi piatu. But being rational, past is past nothing we can do to change it. We only have choice to shape our future, to be better. We are all a sinner and so do other people. We struggle on our own to accept our past, to forgive ourself and to move on. 

Aku tak kisah orang tak suka aku sebab silap yang aku pernah buat, sebab aku bukan berdosa pada kau pun, aku berdosa pada Pencipta aku. Aku tak perlu minta maaf pada kau, aku hanya perlu minta maaf pada Yang Maha Pengampun. You have nothing to do with me, neither my life. 

Aku rugi? Langsung tak. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Ada keluarga yang memahami, yang sangat rapat, yang concern. Ada Suami yang sayangkan aku, care pasal aku, berusaha untuk bahagiakan aku, yang memahami aku. Alhamdulillah. So aku just fokus pada hidup aku, orang berkepentingan dan cari keberkatan Allah and being happy.

Hidup kalau nak jaga tepi kain orang je padahal kain sendiri pun koyak memang tak ke mana. Hidup dengan ego kau je betul, makan la ego kau tu sampai ke tua. Jangan hidup judge orang bagai kau yang penentu syurga neraka seseorang. Banyakkan membaca buku ilmiah, dengar ceramah agama agar kau lebih nampak makna hidup. Ni asyik baca novel Melayu, tengok drama Melayu waktu Maghrib memang hidup kau pun akan jadi macam drama Melayu. Tak pepasal nak busuk hati, tak pepasal nak berdendam.

Let go the past, be calm, be happy, accept reality, we all make mistakes and please find something good out of it. 


6/09/2020

Tersalah bank in duit

Weekend hari tu aku saja-saja nak check akaun, sekali tengok duit aku ada beribu lebih. Eh mana datang? Takkan gaji dah masuk? Aku memang ada satu pending payment ke akaun aku tapi bukan itu amount dia. So aku cek la details. Tengok yang transfer dekat aku nama company.

Aku google company tu, kedai handphone dekat Alor Star. Aku pun cerita dekat Suami aku. Uuu rezeki terpijak ke apa, katanya. Haha banyak la dia punya rezeki terpijak. Aku cakap dekat Suami aku nanti hari Selasa aku nak call sebab aku google ada nombor telefon kedai tu. Sekali tu gaji orang ke kan, naya je kalau aku buat diam. Dah la sekarang musim kegawatan ekonomi.

So tadi aku pun call la. Betul jangkaan aku, tu memang gaji pekerja dia. Beria cina tu ucap terima kasih dekat aku. Aku pun transfer dekat akaun company dia balik. Lega rasanya. Cina tu cakap dia baru nak pergi bank nak tanya procedure nak retrieve balik. Dia kagum mana aku dapat nombor dia. Haha ayoo sendiri letak dekat google, sendiri tak tahu.

Tak habis-habis cakap terima kasih, mungkin sebab mudahkan kerja dia. Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusan aku pulak lepas ni. Aameen. Alhamdulillah takde setan menghasut aku nak songlap duit tu hahaha. 

Kata la aku buat diam sementara nak tunggu segala procedure bagai, company tu pun takde duit lain nak dulukan, sekali pekerja dia pun memang terdesak nak guna duit, tak ke menaya orang kalau aku buat bodoh je? Aku pun tak selesa nak pegang duit orang lama-lama. So pengajaran dekat sini, memang elok la kalau company tu letak no telefon dekat google. Kalau orang persendirian memang kena call bank bagai aku rasa. 

1/02/2019

Sayonara 2018

2018. The hardest year for me so far. Ada benda suka yang terjadi tetapi apa yang jadi dalam hati ni mereputkan semua yang suka tu. Orang nampak aku function sebagai manusia normal tapi apa yang jadi kat dalam hanya Tuhan yang tahu. Dengan secebis harapan bersama segaris senyuman, aku melangkah meneruskan sisa hidup, entah apa yang menanti di depan aku pun tak pasti.

Aku cuba kuat untuk orang lain. Orang kiri dan kanan aku. Mereka bergantung kepada aku. Tapi aku bergantung kepada siapa? Hanya kekuatan pinjaman Allah. Hidup aku ibarat ditelan mati mak diluah mati ayah. Aku tahu semua terjadi ada sebab dan hikmahnya. Aku tau ini hanyalah fasa dalam kehidupan, tapi nak menempuhnya hanya Allah yang tahu. Tapi aku tahu Allah takkan uji kalau tak mampu. 

Satu-satu benda aku tahu, satu-satu terbongkar dalam dua tahun ni. Satu-satu aku rempuh atas dasar kepercayaan. Tapi tak guna kalau aku je yang percaya orang lain tak. Tak mampu aku nak menongkah arus sorang-sorang. Aku manusia, aku ada kelemahan, aku pun berdosa. Kalau ini balasan kepada dosa-dosa aku, aku redha. 

Buat masa ni aku terus melangkah dan mencari secebis kekuatan tu. Aku berdoa 2019 bawa sinar baru dalam hidup aku dan orang-orang yang aku sayang. Aku doakan kekuatan dan keampunan untuk jiwa-jiwa yang turut diuji. Bersabarlah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. InshaAllah. 

6/21/2018

Mati itu pasti

Baru-baru ni aku terima satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan. Kawan sekolah aku, kawan sekelas aku meninggal dunia pada 1 Syawal hari tu sebab kanser. Mudanya meninggal. Tapi kita memang sedia maklum yang mati tak mengira umur dan waktu.

Tak sangka ada orang sebaya aku yang ada dalam my big circle dah takde. Al-Fatihah untuk arwah Nazira. Hope korang pun boleh sedekahkan Al-Fatihah kat dia. Terima kasih. Dulu time sekolah dia memang ada sakit, hidung dia selalu berdarah yang banyak gila, penuh 1 tudung. Takut tengok. Dan lepas dia sihat dia selalu derma darah sebab dia cakap time dia sakit dia banyak guna darah orang lain. Mulia hati dia, tak semua orang berfikiran macam tu.

Kita hidup terlampau selesa. Kita lupa mati tengah menunggu kita. Kita kejar keseronokan dunia, kita lupa dosa pun sedang mengejar kita. 😥

Bersedia ke kita kalau kita mati esok? Cukup ke amal? Dah diampunkan ke dosa2 kita sesama manusia? Dah habis bayar semua hutang?

Dunia memang seronok dan mengasyikkan. Ada banyak duit lagi seronok. Boleh beli itu ini, maruah pun boleh dibeli kalau banyak duit. Kita selalu hidup seolah-olah kita akan hidup selamanya. Kita selalu rasa esok sentiasa ada untuk kita. Kita lupa selangkah kita tu sebenarnya selangkah menuju kematian.

😞

9/13/2016

Jangan biar rasa mengatasi rational

Tajuk entry ni quote by my best friend. Aku pegang apa dia cakap bila nak buat keputusan.

Emang bener ya rasa boleh menutupkan rational kita. Kita tahu benda tu tak akan jadi or akan jadi isu untuk masa depan yet kita still bertahan and live in denial sebab kita takut nak keluar dari comfort zone kita, kita takut kalau kita ambil keputusan yang salah. The only obstacle is your fear.

Contoh; kita tahu boyfriend kita penagih dadah yang hardcore yang ikut logik akal memang susah gila nak cure and kita tahu kita tak mampu nak ubah dia but still kita nak jugak kahwin dengan dia atas rasa cinta tu. Cinta itu buta, pernah dengar?

Kita kena berani buat keputusan untuk prevent greater damage in future. Jangan ingat rasa kau sekarang akan kekal selamanya. Jangan cuba kalau kau ada instinct masa depan kau akan rosak kalau kau teruskan. 

Sayang memang sayang tapi kenapa nak tempah hidup yang menyeksakan? Kalau dah sedar something wrong, move on. 

Ni memang dah tau pasangan penyangak, penagih dadah, suka main perempuan, panas baran still nak proceed. Hidup ni berlandaskan pilihan yang kita buat berdasarkan akal yang dah Allah kurniakan. Choose wisely. Jangan biar rasa mengatasi rational. Itu semua nafsu. Itu semua syaitan yang nak memesongkan kita.

Sentiasalah berdoa minta petunjuk. When you have decided, put your trust in Allah. Walaupun keputusan tu menyakitkan pada awalnya, inshaAllah hasilnya takkan mengecewakan. Allah tak pernah menzalimi hambaNya, kita yang menzalimi diri sendiri. 

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.

Semoga setiap rasa yang kita korbankan demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan agama akan dapat ganjaran yang setimpal. Ameen.

6/27/2016

Makan secara terang-terangan di bulan Ramadhan

Semalam aku buka twitter banyak isu pasal perempuan period makan secara terang-terangan dekat tempat awam time bulan Ramadhan. Aku tak tahulah isu ni dibahaskan based on statement semata or memang ada perempuan gila sepere pergi makan publicly.

Allah bagi kesenangan pada perempuan untuk tak perlu berpuasa ketika period. Period ni bukan calang-calang ye, kalau yang sengugut teruk boleh pengsan. And we surely need energy sebab terkeluarnya darah dari dinding-dinding rahim itu.

Aku time puasa memang steady sampai petang, kekadang je aku mild gastrik bila dah lepas Asar tapi Alhamdulillah so far aku boleh tahan. Tapi kalau time period tudiaaa pukul 6.30 pagi gigil lapar dah. Satu sebab memang time period akan craving semacam, kedua sebab we need energy, ketiga sebab kita tak niat puasa.

Nak makan, makanlah! Memang Tuhan suruh makan. Tapi hormat bulan Ramadhan tu, hormat orang yang berpuasa. Seorang ustaz pernah cakap dekat aku 'Kami tangkap orang tak puasa bukan sebab dia tak puasa tapi dia tak hormati bulan Ramadhan'

Sebulan ni je pun kau tak boleh makan siang publicly. Amboi kak hari lain pandai tapau, tetiba bulan puasa go green ke apa taknak pakai polistren bagai.

Aku pernah je makan dalam kereta tapi aku bersila atas lantai kereta. Aku drive thru je time bulan puasa. Aku tebalkan sikit muka bila pagi-pagi pergi 7e beli milo dengan ribena buat bekal sampai petang sekali cashier dia laki sengih-sengih pandang aku. 

Seksa tahu sebenarnya tak puasa bila semua orang puasa. Kedai nasi petang baru bukak terpaksalah telan roti je. Tetiba sebelah office kau ada sekolah Cina masak nasi goreng. Hnnfff hnnff. Makan pun kena sorok-sorok. Hari tu aku tengah cek dokumen sambil makan biskut tetiba staff laki main terjah je masuk bilik aku, aku terkedu dia terkedu hahaha. 

Kalau kau selalu tengok perempuan tu bawa handbag kecil tetiba bulan puasa dia bawa handbag besar sure dalam tu ada burger daging cheese special 3 tingkat haha.

Tak segan ke makan secara terang-terangan? Aku beli secara terang-terangan pun segan. Susah sangat ke nak tapau? Haish.

Semalam aku ada RT satu tweet ni. Dia cakap macam ni lebih kurang 'perempuan makan secara terangan kita melenting, laki yang sah-sah tak pergi solat Jumaat kita tak melenting'

Aku setuju dengan second point. Dua-dua perbuatan adalah tidak beretika.

So aku buat conclusion, some people are sick *titik*

Dah besar kan, dah mumayiz, ada akal, fikir-fikirkan lah. Manusia sekarang semua kejar rasa 'cool'. Cool siak makan depan orang ramai time bulan puasa, cool dowh hisap sisha, kau sumpah cool tak pergi solat Jumaat. Dowh. -_-''

Sebenarnya yang lagi lahabau adalah lelaki Islam yang makan secara terang-terangan di bulan yang mulia ni. 

6/05/2016

Marhaban Ya Ramadhan!

Hari tu on the way aku balik dari kerja aku dengar radio ikim.fm frekuensi 102.70 kalau kat Ipoh. Ha kau bagitau frekuensi terus. 

Kebetulan ada tazkirah. Aku pun layankan je la sambil layan jem trafic light. Ni antara isi-isi yang aku dapat grab;

Nabi Muhammad saw pernah kata umur umat dia antara 60-70 tahun saja. Umur kita sangat pendek berbanding umat terdahulu sebagai contoh Nabi Nuh berumur hingga 900++. Phewww. 

So sebagai menunjukkan Allah sayang kat kita dan Allah itu Maha Adil maka Allah hadiahkan kita malam Lailatul Qadr. Siapa yang beribadat malam itu akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda. Hanya satu malam kita boleh dapat pahala macam orang yang hidup beratus tahun. Itu adalah antara rahmat Allah kepada kita. 

Kalau malam Lailatul Qadr tu kau buat kuih raya ibaratnya cukuplah kuih raya tu hasilnya nak edar satu dunia sebalang sorang. 

Orang-orang yang dah mati pun akan diberhentikan/dikurangkan seksa kubur. Ada yang tak dapat privilige ini, depends pada dosa masing-masing tapi generalnya tiadalah seksa kubur sepanjang Ramadhan. 

Pabila tibanya malam terakhir Ramadhan maka menangislah ahli-ahli kubur dan berkata 'Untung kamu manusia yang masih hidup, masih terus dapat beribadat kepada Allah'

Aku tersentak dengar benda ni. Terus aku tanya diri aku 'Takkan dah nak mati nanti baru nak menyesal?' Sesal dulu pendapatan, sesal dah masuk kubur tiada gunanya. 

Sama-sama lah kita muhasabah diri. Moga Ramadhan kali ni memberi 1000 rahmat kepada kita dan semoga semua amal ibadat kita diterima. 

Sultan Perak dah menitahkan semua masjid dan surau di Perak wajib buat 20 rakaat tarawikh tahun ni. InshaAllah Allah permudahkan. Jangan Imam bagi salam rakaat ke 20 nampak tiang masjid je sudah haha. Individu terpulang nak buat 8 rakaat je ke, tapi Imam kena buat 20. 

Selamat Menyambut Ramadhan ya Muslimin dan Muslimat! 

Aku berulang Ipoh-Kuale sepanjang Ramadhan ni sebab nak berbuka sedap dan ramai-ramai and nak sahur ada orang kejut haha. Kalau aku sorang kat sini alamat aku tak bangun sahur, kalau bangun pun mata buka separuh je sambil raba botol air. Jangan lupa dalam sahur tu banyak keberkatan. InshaAllah. 

Baju Raya kaler apa tahun ni wutttt wuttt? Haha. Kalau ternampak aku dekat bazar Raya buat-buat lah tak kenal. Hahaha.

*pasang lagu raya*

Di kesempatan ni aku nak mohon maaf kepada semua samada yang kenal aku secara realiti atau tak, andai aku ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan aku hamba yang penuh khilaf.

3/23/2016

Cerita dalam cerita

Cerita 1

Sekarang musim MashaAllah panas sangat. Mandi tak basah rasanya, tidur tak lena, makan Alhamdulillah kenyang. Tidur pun berpeluh sampai basah baju, tak payah jogging bagai. Dah lah tak mampu pasang aircond, meredho je lah. Tengah solat pun rasa nak cepat je -_-''

Hari tu aku betul tudung tengok cermin. Cermin tu disandarkan kat tingkap. Tingkap tu see through so aku boleh nampak orang luar dari tingkat atas. Time tu aku tengah merungut betapa sekarang panasnya bumi Malaysia ni.

Tetiba aku terpandang luar tingkap dan nampak seorang makcik kerja dengan majlis bandaraya tengah tolak tong sampah besar di bawah terik matahari. Terus aku insaf, terus rasa nak hempuk cermin atas kepala.

Betapa sekarang aku tak bersyukur. Bangun tidur terus pergi pejabat sampai petang santai dalam bilik ber-air cond. Balik pejabat pun naik kereta yang ber-air cond. Kau ni Nadia memang fikir kepala otak kau je eh? Tak fikir orang yang kerja kat sawah bendang yang dari pagi ke petang melayan terik mentari? Teruk, teruk

Cerita 2

Semalam aku on the way balik rumah aku berhenti kat satu traffic light. Sambil tu aku pandang sekeliling. Tetiba ternampak sorang pakcik diri sebelah kereta aku berpakaian elok gendong satu guni  besar yang aku percaya tin kosong. Dia berdiri tegak je. Terus aku sayu, Alhamdulillah Tuhan bagi aku rezeki tak perlu kerja yang susah-susah. Banyak sebenarnya Tuhan bagi tapi kadang aku terlepas pandang, amek ringan semua benda.

Traffic light pun bertukar hijau. Aku pun nak tekan paddle minyak tetiba aku nampak pakcik tu mula berjalan kaki. Lah pakcik ni pun tunggu trafic light ke? Hahahaha dari sayu aku gelak besar terus. Tak pernah aku nampak pedestrian tunggu trafic light. Masalahnya dia bukan nak seberang jalan pun dan memang ada lorong pejalan kaki kat situ. Nak kata gila nampak normal haha.

Cerita 3

Semalam lepas solat Maghrib aku dapat whatsapp dari kawan office, bagitau adik salah sorang staff sini meninggal dunia sebab lemas kat Teluk Senangin. Sedekahkan al-Fatihah untuk arwah Jiji. Dua kawan dia masih di ICU. Mereka berkelah nak celebrate baru habis Diploma UiTM Sri Iskandar.

Sumpah terkejut sebab mengejut sangat. Terus terkesima. Ya Allah betul lah, kalau Allah nak tarik tu sesaat je. Bebila boleh, macam-macam asbab. Kalau dah tu janjinya.

Terus terfikir, aku ni sampai bila agaknya akan hidup, macam mana la cara aku mati nanti, sempat ke minta maaf.

Dunia makin tua, people are  sick, mentally. Orang yang kita harap membela kita, dia lah yang songlap duit kita. Harapkan pegar, pegar makan padi. Sesungguhnya pengharapan itu hanya kepada Allah.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita akan kembali.

Semoga arwah Jiji tenang di 'sana'

1/13/2016

'Penyakit'

Hari tu ada kawan lama aku message (lelaki), ajak jumpa. Dia cakap dia perlukan seseorang untuk bercakap. Dia tengah 'sakit', ada la dia bagi bukti yang dia tengah 'sakit'. Dia rasa jiwa tak tenang, rasa nak nangis, otak rasa serabut. 

Tapi aku tak pergi pun jumpa pun sebab entah la, aku takut karang aku menambahkan lagi masalah je haha. Lagipun dia sungguh tetiba, last aku jumpa dia was 14 years ago, wooooo. I dont know which part I can help, maybe just be a listener sufficient enough. But why me? Memang dulu aku baik dengan dia, lepas tu tukar sekolah terus lost contact, tahun lepas agaknya dia dapat nombor aku balik.

Kesian, but I dont feel like going. Eloklah aku doakan je. Plus aku ada bagi dia contact sebagai alternatif untuk berubat.

Aku percaya penyakit dia tu. Sebab aku pernah tengok depan-depan mata kawan aku kena. Takde angin takde ribut tetiba dia menangis weh! Kalau dalam kelas Sejarah sebab sedih JWW Birch mati logik la jugak, ni kelas Math! Sedih sangat ke Math ni? Aku suka je haha.

Tapi lepas dikaji, memang ada 'sesuatu' mengganggu dia. Sampai tukar sekolah la dia, lepas tu baru okay.

Benda-benda ghaib ni memang kita tak dapat jangka; boleh jadi dari turun temurun, boleh jugak sebab orang hantar. Boleh gila, boleh juga jadi penyebab maut.

Aku pernah baca, nak elak benda-benda ni, lepas solat Subuh dengan Isya', baca Laa illaha illa anta subhanaka inni kuntu minalzhaaliminn. Baca 3x, bukan susah pun. Nak lagi tepat tajwid tengok bahasa Arab punya.

Kita manusia biasa memang tak lari dari hasad dengki orang. Kadang-kadang kita tak buat apa pun tapi sebab kita baik dengan semua orang, Allah murahkan rezeki kita; ada orang dengki. Benda ni out of control kita. So, mohonlah perlindungan dari Yang Maha Melindungi.

InshaAllah.

12/04/2015

What is Islam? I'm confused

Isnin-Rabu hari tu aku ada kursus. Malam last kat sana takde aktiviti so ramai tak stay hotel, aku stay sebab malas nak drive plus balik rumah pun bukan takat suami je takde nak sambut, kucing pun takde haha.

So aku lepak dengan somebody sampai 10.30 malam kat café hotel. Orang kenamaan, politician. Non-muslim. Mula-mula sembang pasal bisnes dia, pasal politik, pasal perkhidmatan kerajaan, pasal kerjaya aku. He’s a nice person, humble walaupun harta berkoyan-koyan.

Tetiba dia tanya aku;

What is Islam? I’m confused. Back then only few people wear tudung but now the amount getting bigger.

So aku explain yang dulu muslim kat Malaysia mungkin kurang kesedaran, tapi sekarang ilmu makin easy access, so ramai dapat kesedaran tu, thanks God.

After that bertubi-tubi dia tanya aku, ada yang aku terkedu nak jawab, rasa hina sangat, rasa macam ya Allah, aku orang Islam, tapi nak jawab pasal Islam pun ter errr errr hmm  lagi.

Antara yang dia tanya and mention;

Why ISIS is so extreme?

Bagi dia ISIS is muslim. So aku emphasise yang ISIS bukan Islam. Islam tak pernah ajar umatnya untuk bertindak melampau. Yes, war is allowed in Islam but we still have limits. Kita tak boleh bunuh budak, wanita contohnya. And war is last resort I guess, cari cara pendamaian lain dulu. Kita berperang untuk pertahankan agama kita, bukan sesaja sesuka je.

Aku jugak cakap, ramai je salah gunakan Islam. They claimed that they're muslim but actually they're not. Nak cerita ilmu ajaran sesat karang melalut ke kerajaan langit ke apa pulak.

Dia pernah cakap kat aku;

You’re different. You’re sweet and reserved.

Memula kembang la jugak kena puji kan hahaha. Then waktu kitorang sembang tu dia ada cakap;

I used to drink, but no more. Dulu saya pergi kelab, saya nampak banyak young Malay girls, partying, dancing. Some shake hands with me, some hugs me as friends. Only now I realise that Malay women cannot shake hands with men, so I never offer my hand anymore but some women, mereka yang hulur tangan pada saya.

Baru aku sedar, kenapa dia cakap aku lain dari yang lain. Mungkin selama ni dia terlampau banyak bergaul dengan manusia yang lupa mereka Islam or lupa apa yang Islam perintahkan. Aku tak kata aku a good muslim, tapi bagi dia aku lain dari young women yang dia kenal. Jimbet, korang yang terkinja, aku yang kena jawab dengan dia.

So aku jawab;

In Islam, we hold tightly on 2 things, first is Quran and 2nd is hadiths. Hadiths are from Prophet Muhammad. In Quran, Allah already clarified the do’s and the don’ts for Muslim together with the consequences. So it’s back to our faith to follow or not.

Ni je aku mampu jawab. Nak jawab lebih-lebih karang takut salah. Patutnya time ni la aku boleh hebahkan betapa indahnya Islam, but I couldn’t, I feel so bad.

Antara soalan besar lain yang dia tanya;

Islam ni lain-lain ke mengikut negara? Why Indonesians Muslim can get married with non-muslim while here it’s strongly prohibited. If allowed, I bet there are so many non-Muslim guys will marry Malay girls.

So aku explain;

Islam is universal. Takde beza pun. Cuma yang membezakan is between practising Muslim and non-practising Muslim. Plus Islam sangat pentingkan nasab keturunan. Kita taknak nanti ayah Islam, mak non muslim nanti anak confused nak ikut agama yang mana, and jadi chaos.

Nak cerita pasal slight different between 4 mazhab, aku pun tak pro. Waaaa kerdilnya diri! Dia buat aku sedar yang banyak lagi aku kena belajar pasal Islam. And dia baru tau Quran ada translation and dia cakap dia nak beli satu, nak baca.

Dia ada jugak cakap kat aku;

I’m intrigue by your values and you as a person.

Bila dia cakap macam tu, aku sedar yang memang kita ni as Muslim adalah role-model untuk agama kita. Tu bukan pujian bagi aku tapi as amaran yang aku selalu kena jaga personality aku as Muslim. Aku ni hancus jugak tapi sebab dia pernah nampak orang lagi hancus dari aku, so dia rasa aku baik. Wahahaha *gelak pun macam syaiton*. Dan terima kasih Tuhan kerana menutup aib-aibku. 

So sedar tak sedar, time aku lepak dengan dia selama 2 setengah jam bukan bagi kesedaran kat dia, tapi kat aku.

Kawan-kawan Islamku, ingatlah, kita akan sentiasa bawa nama Islam dengan kita. Jagalah perilaku semacam mana yang Islam dah aturkan. Jangan buat orang agama lain confused dengan agama kita.

Sekian, khutbah Jumaat. Haha  


10/12/2015

Sempena 1437H

Dah lama rasanya tak bersenang lenang kat sini, busy katako. Hari ni sampai 26 Oktober maybe relaks sikit sebab peralihan term ahli. Fail-fail dalam bilik pun makin surut, kerja pun terpaksa di-pending-kan, just ada satu dua matters kena selesaikan. So nak update blog kejap no harm la kiranya kikiki.

Life is okay, ordinary, nothing unusual. Aku tetap berkerja kat Ipoh, Isnin-Jumaat, 8 pagi - 5 petang, kadang-kadang terlajak sikit. Still single haha. Masih kagum dengan kesabaran F melayan aku yang tak melayan dia. -_-''

I have been blessed surrounded by kind people. Dulu aku jahil juga, tapi bila kita niat untuk menjadi lebih baik, inshaAllah Allah hantar orang yang baik-baik kepada kita. Lebih menggembirkan bila orang yang memang baik dengan kita pun sama-sama nak berubah kepada lebih baik. Alhamdulillah.

Bila aku masuk pejabat ni awal tahun hari tu, aku impress bila semua colleagues solat dhuha seolah-olah solat itu wajib. Setiap pagi jumaat akan ada bacaan yassin dan diikuti tazkirah. Boss aku pegang kerpercayaan yang manusia perlu sentiasa diberi peringatan. I second that. 

Lately aku selalu jugak pergi lunch berdua dengan bos. Setiap kali pergi lunch mesti dia 'bancuh' aku, tak bab jodoh (HAHA), bab hidup. Aku suka moment tu, when someone remind me about Islam in a very smooth way, santai je. 

Jumaat lepas aku pergi lunch dengan dia. Sembang punya sembang, tetiba keluar cerita qiamulail. Apa yang bos aku cakap buat aku tersentak, serius aku tak pernah terlintas benda tu.

'Nadia, saya nak tanya sikit, awak rasa zaman Nabi dulu ada paip tak?'

Aku termenung kejap berfikir. Ada ke eh? Dalam ragu-ragu, aku geleng.

'Takde kan? So boleh tak awak bayangkan iman dorang macam mana? Dorang sangat jaga qiamulail. Tapi pernah tak awak fikir betapa susahnya dorang nak cari sumber air untuk berwudu' demi qiamulail?'

Aku tersentak. Tengah kunyah nasi, peritnya nak telan. Kenapa aku tak pernah fikir benda tu?

'Kita ni, terjaga malam, cek handphone, tidur balik. Padahal paip kat hujung kaki je, bilik ber-aircond siap. Nikmat apa lagi yang kita tak ada sekarang sampai kita nafikan hak qiamulail tu? Ni saya cakap untuk diri saya jugak ni'

Hadam. Sentap.

Aku pernah terbaca quote, kalau kita terjaga malam, kalau malas sangat nak bangun, at least kita istighfar, ada sebab Allah bangunkan kita. Jangan sampai Allah dah tak nak jumpa kita tengah-tengah malam. Yela, dah kejut tak pernah nak bangun. T___T

Sekian saja sikit peringatan sempena nak menyambut Awal Muharam Rabu ni. Aku selalu confuse Awal Muharram dengan Maal Hijrah. Rupanya hari yang sama! Kahhhhh. Bimbo! 

Korang cuti tak Rabu ni? Perak cuti. Wohooo haha. 

Hari tu aku dengar radio Ikim (setahun sekali dengar T___T). Tajuk; Hijrah. Panel tu cakap,

'Takde sorang pun manusia dalam dunia ni yang taknak kebaikan. Even pencuri pun taknak keluarganya dirompak'

Nak berubah ni yang penting niat. Niat mestilah jalan sekali dengan perlakuan. Kalau dalam law, nak prove kejahatan kena ada dua perkara:
(1) actus reus = guilty act, dan
(2) Mens rea = guilty mind.
So sama jugak nak buat baik, kena iring dengan niat yang baik.

Sekian, terima kasih.

9/13/2015

Moga Abang Man tenang di sana

Abang Man, akhirnya Abang Man pergi juga jumpa Tuhan. Dah sampai janji Abang Man dengan Dia. Nadia tahu Allah sayang Abang Man, Dia rindu sebab tu Dia panggil pulang cepat. 

Tadi Nadia nak melawat Abang Man, sampai je kat wad terserempak dengan Pak Mail. Pak Mail yang bagitau Nadia. Nadia terkejut sangat. Terus Nadia masuk wad Abang Man. Nadia selak langsir, nampak sebujur kaku manusia atas katil siap balut. 

Nadia tak percaya itu Abang Man. Nadia tengok Kak Yan. Kak Yan bangun peluk Nadia, Nadia terus nangis teresak-esak. Sampai Kak Yan yang pujuk Nadia. Patutnya Nadia yang tenangkan Kak Yan kan Abang Man? Maafkan Nadia, Nadia just couldn't control it. 

Nadia call Afiq nak bagitau. Nadia tak boleh cakap pun dengan Afiq tapi cakap jugak. Afiq pujuk Nadia sikit. Still Nadia tak okay jugak. 

Terus Nadia terbayang-bayang semua kenangan kita. Gelak Abang Man, cara Abang Man bercakap, mimik-mimik muka Abang Man. Rindu. 

Nadia bukak handphone, lama Nadia tenung nama Abang Man kat contact. Nadia tahu nama tu dah takkan appear dekat handphone Nadia sampai bila-bila. Nadia baca balik message-message kita, tergelak Nadia. Kita memang kelakar kan Abang Man? Hehe. Nadia printscreen mana yang best untuk dibaca time rindu. Nanti la Nadia delete nombor Abang Man, sakit sangat nak delete sekarang. 

Tadi Nadia sempat tengok muka Abang Man sebelum kebumi, Nadia ikut sampai kubur. Alhamdulillah segala urusan Abang Man dipermudahkanNya. 

Tenanglah Abang Man kat sana, moga roh Abang Man ditempatkan di sisi kekasih-kekasih Allah. Moga kita berjumpa lagi di sana nanti. Doa Nadia takkan putus untuk Abang Man. InshaAllah Kak Yan dan anak-anak kuat terima ujian ini. Takkan terputus hubungan yang disulami doa. 

Al-Fatihah. 

9/12/2015

Ke hadapan Abang Man yang Nadia kasihi

Abang Man, 
Ingat tak mula-mula kita jumpa time tu Nadia saja datang office, nak melawat. Time tu kita hai hai je. Lepas tu Nadia decide nak chambering situ, lepas tu baru kita rapat

Nadia banyak sangat belajar dengan Abang Man. Abang Man sabar sangat ajar Nadia. Dalam pejabat tu Nadia paling rapat dengan Abang Man. 

Abang Man ingat tak Abang Man selalu masuk bilik Nadia bila Abang Man takde kerja or Abang Man tension. Kita boleh sembang semua benda, kita jugak suka tak puas hati benda yang sama haha. 

Nadia cerita semua benda dengan Abang Man, Abang Man pun banyak share cerita dengan Nadia. 

Dalam masa yang sama Nadia pun baik dengan isteri Abang Man, Kak Yan. Kak Yan pun sempoi, satu kepala dengan kita. 

Tahun lepas bila Nadia tau Abang Man ada kanser kat kaki, risau jugak. Tapi lepas operation lepas buat radioteraphy Abang Man nampak getting better just tempang sikit. Lega tengok Abang Man macam tu. 

Lepas tu Nadia tukar tempat kerja. Time tu pun ada dilema Nadia cerita kat Abang Man. Lepas tu Abang Man bagi Nadia nasihat, Kak Yan pun bagi nasihat. So Nadia pilih kerja yang sekarang. Sedih jugak nak tinggal Abang Man, takut kat office baru dah takde orang yang boleh jadi kawan baik Nadia. 

Nadia kat pejabat baru pun hari-hari kita message, we shared jokes. Kadang-kadang bila balik Kuale Nadia pergi rumah Abang Man, kita sembang-sembang. 

Sampai lah sebelum raya, Abang Man bagitau Abang Man sakit dada. Tapi Nadia sedapkan hati, inshaAllah takde pape. Abang Man kene refer ke HKL sebab Abang Man ada history kat sana. 

Sebelum raya Abang Man bagitau Abang Man kene raya kat hospital sebab doktor tak bagi balik. Sedih dengar. Tapi Nadia tahu itu yang terbaik. 

Lepas raya Abang Man bagitau doktor dah diagnose Abang Man kene Lung Cancer Stage 4. Terdiam Nadia. Beratnya ujian Abang Man, baru tahun lepas operation kaki. Tapi Nadia sedapkan hati, everything gonna be fine. Nadia sungguh-sungguh doa kat Tuhan, sembuhkan Abang Man. 

Abang Man kata stage 4 tu sebab tak boleh nak buat apa-apa, operation pun tak boleh nak buang 2 tumors tu. Lepas tu Nadia lawat Abang Man time Abang Man buat bacaan yassin, lama jugak kita sembang walaupun nampak Abang Man penat tapi Abang Man nak jugak sembang dengan Nadia. 

Then Abang Man pergi HKL untuk rawatan radiotheraphy and chemoteraphy. Ada jugak kita message tapi tak selalu sebab Nadia taknak kacau Abang Man. 

Jumaat lepas Nadia dapat tau Abang Man admitted kat Hospital Taiping lepas 1st chemo. Nadia melawat Abang Man, Abang Man boleh sembang lagi dengan Nadia. Dan Nadia terus berharap Abang Man akan sembuh sepenuhnya. 

Hari ni Nadia pergi lagi tengok Abang Man. Kak Yan cakap Abang Man punya keadaan makin membimbangkan. Abang dah tak sesemangat dulu, Abang Man dah marah-marah. 

Nadia cakap kat Kak Yan, banyak sabar. Kalau kita dalam keadaan macam Abang Man pun kita buat benda yang sama. Yela dengan sakit lagi, lepas tu rasa down, rasa menyusahkan semua orang. 

Nadia tahu berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kak Yan memang isteri yang baik, sabar layan Abang Man. 

Tapi tadi Abang Man duduk bersandar je, Abang Man tak cakap pun dengan Nadia. Nadia sedih. Kak Yan nangis tadi, Nadia pun nangis. Nadia nak tenangkan Kak Yan tapi Nadia tau kalau Nadia cakap je mesti terus menangis teresak. So Nadia diam, taknak bagi Kak Yan lagi susah hati. 

Kak Yan cakap Abang Man dah beberapa hari tak tidur, Kak Yan pun sama. 

Abang Man, cepatlah sihat. Nadia rindu Abang Man. Nadia rindu nak message dengan Abang Man. Nak dengar and tengok Abang Man gelak. Sumpah Nadia rindu. Tak sanggup Nadia tengok Abang Man macam tu. T____T

Kak Yan, kuatlah. Banyaklah sabar. Allah sayang sangat dengan Kak Yan dengan Abang Man, sebab tu Allah uji. Abang Man sebaik-baik manusia, orang baik memang Allah sayang. Allah takkan membebani hambaNya melebihi kemampuan kita. Ingatlah dunia ni sementara, all pain shall pass. Ganjaran menunggu kita kat sana InshaAllah. 

Ya Allah, ringankanlah beban Abang Man, Kau kuatkanlah kami terima dugaan ini terutama Abang Man sekeluarga. Jika ajalnya telah sampai, Kau permudahkanlah, Kau ringankan jalannya menemui Kau dan redhakanlah kami. Tapi jika masih panjang umurnya, Kau sembuhkanlah dia dari sebarang penyakit sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Hanya Kau tempat kami bermohon dan meminta pertolongan. 

8/28/2015

Kisah 12 Zulkaedah 1436H

Hari ni aku mulakan dengan bangun mandi dan solat Subuh. Pukul 7 aku  bersiap nak ke office. Pagi ni jalan tutup sebab ada raptai kawad kemerdekaan. Aku tak rush pun sebab kalau jalan dah tutup aku hadap je la jalan mana yang bukak walaupun tak tau nak parking mana. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan, aku kereta terakhir yang boleh lalu sebelum main road ditutup, polis trafik lalu betul-betul belakang aku. 

Sampai office aku baca paper. Lepas tu aku cek segala email dan gossips haha. Then baru start kerja.  Then bos aku ajak pergi meeting dekat kedai Nasi Arab Hadramout. Meeting berjalan lancar dari 11.30 sampai 3 petang. Mulut pun lancar melantak haha. 

Pukul 5.15 aku keluar office. Ternampak pakcik tua bermotor kapcai jual mangga muda dengan cempedak. Aku syak tu hasil dia sendiri sebab memang ada beberapa biji je cempedak and beberapa plastik mangga. Teringat adik aku nak mangga muda, coi macam orang mengandung. 

'Pakcik, seplastik mangga ni berapa?'
'RM2, cik kerja mana?'

dalam hati yang masih terkejut woi murahnya seplastik RM2, aku menjawab

'Saya kerja sini pakcik, tingkat 1' 
'Kalau keje sini, pakcik bagi RM1 seplastik'
'Eh pakcik jangan macam tuuuuuu'

aku ambil 2 plastik mangga, bagi note RM10

'Pakcik takde duit kecil cik'
'Takpe, pakcik ambil la baki tu buat belanja'

muka dia sumpah terharu tengok aku, aku yang rasa nak nangis

'Ya Allah terima kasih cik. Moga sejahtera dan mudah hidup cik. Moga Allah murahkan rezeki cik' 

sebelum air mata mata aku jatuh, baik aku bla. Aku senyum kat pakcik tu

'Terima kasih pakcik'

tetiba dia bangun nak ambil lagi seplastik mangga

'Nah cik, pakcik bagi'

Aku keras menolak

'Eh tak payah pakcik, rumah saya takde orang sangat, membazir nanti'

Pakcik tu senyum

Aku terus ke parking lot sambil sembang dengan sorang ustaz. Ustaz tu cakap kat aku 'Nadia, kalau kat kawasan rumah  Nadia ada berlaku maksiat, maklumkan kat saya, boleh kita menegur'. Sambil blur aku angguk. Rasa macam baru dilantik jadi agen pencegah maksiat haha. 

Tetiba aku nampak pakcik tu datang kat aku, bagi sebiji cempedak kecil. 

'Ambil la, manis inshaAllah tapi sikit je isinya'. 

Tengok kesungguhan dia aku dah tak sanggup nak tolak. 



Sampai je rumah F message aku. Cakap dia nak jumpa and dah nak sampai depan rumah sewa aku. Aku keluar kejap jumpa dia. Rupanya dia bagi aku secawan besar coffee ais. Semata mata okay, lepas bagi terus balik. Dah la rumah dia agak jauh dari sini. Erghh. Memang aku pernah cakap aku teringin coffee tu but that was 2 weeks ago. Sungguh la aku tak sangka. Haishhhh. Saja tau F ni buat aku serba salah. Aku ignore dia kot 2 3 menjak ni sebab aku terus terang kat dia aku taknak komitmen for now. Tapi nampaknya dia belum give up.  Arghhh please dont do this again. 

By the way, thank you F.

Tapi cempedak pakcik tu memang manis gila

Terima kasih pakcik. Moga Allah limpahkan rezeki untuk pakcik sekeluarga. 

Bila satu kita memberi, Allah balas dengan 10 pemberian lain. Bila kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Bila kita sentiasa ingat Allah, Allah takkan pernah lupa kita.

Thankyou Allah for today. I learned a lot. 

7/03/2015

Hormatilah bulan Ramadhan

Semalam on the way balik rumah aku singgah kedai mamak, ayah pesan murtabak. Aku pun pergi la order dengan sorang pelayan ni, aku syak dia orang Myanmar.

'Saya mau murtabak ayam 2, daging 1'

Lepas tu dia tunjuk ayam goreng dengan kari daging. Lantas aku menggeleng dengan pantas

'Bukan, bukan, saya nak murtabak' *sambil tunjuk murtabak yang depan mata dia.

'Ohh murtabak'

Derr bukan aku dah cakap ke tadi? Nak kata pekak tak. Nasib baik bulan puasa, kalau tak aku dah sumbatkan murtabak-murtabak tu ke dalam mulut dia dan pinggan tu aku ketuk sekali atas kepala dia.

Selepas penat ulang order, aku pun duduk ambil nafas tunggu murtabak reheat. Tetiba aku rasa aku buang masa, lalu aku bangun pergi bayar siap-siap harga murtabak. Dah bayar, aku ke tempat duduk balik, aku terpandang bahagian lain dalam kedai mamak tu, yang tersorok sikit.

Aku nampak 2 lelaki Melayu dah tua tengah makan wehhh! Hari panas terik takkan la tersilap waktu asar dengan maghrib! Ayooo atok, kalau ada cucu 6 tahun yang sedang belajar puasa datang nak beli nan cheese untuk berbuka ternampak atok tengah makan roti canai, tak ke malu sampai ke kubur nanti?

Ke memang sifat malu dah makin hilang dalam diri manusia?

Aku cuba husnozon, menyangkakan mereka gastrik tak boleh puasa. Perghhh best gila gastrik ada geng. But still kau gastrik ke kau saja taknak puasa ke sila makan sorok-sorok dalam rumah yang takde siapa boleh nampak. Hormatilah Ramadhan itu. Kau taknak puasa sukahati kau lah, dah tua nak mampus tak sedar diri dah bukan kerja siapa-siapa nak menegur.

Seorang hakim mahkamah syariah pernah cakap dekat aku 'Kita akan tangkap orang tu bukan sebab dia tak puasa, tapi sebab dia tak hormati bulan puasa'

Even Indu depan aku yang tengah makan roti canai pun nampak muka serba salah dia sebab makan depan aku. Kejap-kejap dia tengok roti canai, kejap-kejap dia tengok muka aku. Ke sebab muka aku macam roti canai?

Pelik lah aku orang tak puasa ni. Adik aku sekolah all boys, dia cerita ramai je tak puasa langsung. Kawan aku pulak cerita officemates dia ramai-ramai smoking kat tangga. Ya Allah, macam mana tu nak jadi ketua keluarga nanti. Hope sempat berubah. Takutlah aku dapat suami gitu huhu. 

Ada yang puasa tapi tak solat. Padahal dalam rukun Islam, solat datang dulu baru puasa.

Tapi siapalah kita nak mengadili dorang? Kita pun bukanlah sempurna sangat. Doa-doalah mereka ni berubah sebelum ditarik nyawa. Doa untuk kita juga moga terus istiqomah.

Lalu, murtabak aku pun siap. Boleh Myanmar tu tanya lagi;

'Akak, ayam goreng sama itu daging sudah bungkus?' Kerja kedai mamak cakap pun macam mamak dah Myanmar ni.

Bila masa aku nak benda tu? Jangan aku sepak kau sampai ke Myanmar balik! 

Terus aku angkat sebelah tangan tanda enough enough sambil pusingkan sikit kepala gaya India padayappa lalu beredar ke kereta.

4/17/2015

Iman Asas Integriti

Perghhh aku rasa tajuk entry ni paling berilmiah sekali haha. Semalam aku pergi ceramah Ust. Don Danial dekat bangunan SUK. Kerja aku kena cukupkan pergi kursus 7hari ke 7kali entah, so dari kita pergi kursus merepek entah apa-apa, eloklah pergi kursus rupa ni. Next week dengan Ust Kazim Elias pulak, inshaAllah

Aku kagum dengan Ust. Don. Gaya sempoi habis, kelakar boleh tahan. Tapi paling aku kagum bila dia boleh terangkan satu-satu cerita di sebalik ayat-ayat Quran, bacaan Quran pun mantap. Itupun dia cakap iman dia lagi nipis dari kulit bawang. Kalau aku? T___T

Bagi aku, iman memang asas bagi semua benda. Dalam konteks kerja memang kena ada iman untuk jalankan amanah. Ada je manusia yang punch kad pukul 8, pukul 9 balik rumah tidur lepas rehat masuk balik. Tapi Ust cakap, dalam bab-bab maklum, ada kelonggaran. Contohnya, nak jual tuppeware boleh, tapi jangan sampai tahap dari pagi ke petang jaja tuppeware kat setiap meja, siap buat banner kat cubicle haha.

Ust jugak ada cerita pasal Telaga Barahut di Yaman. Korang Google la isu ni. Banyak pendapat. Ust Don pernah kena kecam sebab cerita benda ni, tapi Dr. Zulkifli ada buat buku nak back up isu ni. Wallahualam. Bagi aku cerita Telaga Barahut ni agak mengejutkan, tapi conclusion penting yang disampaikan dalam cerita ni, tak masuk syurga siapa yang memutuskan silaturahim.

Macam dalam suasana pejabat, especially pejabat besar, mesti ada lah Joyah tak puas hati dengan Minah, Minah mengata Joyah dekat orang lain, lepas tu tak bertegur sapa. Padahal isu kecil je, isu tak bayar habis duit tuppeware haha. So fikir-fikirkanlah

Majikan pun jangan sombong untuk mengaku kesalahan sendiri, tapi anak buah kena tegur secara berhemah. Kat sini Ust Don bagi contoh macam mana cucu-cucu Rasulullah dengan berhemahnya tegur seorang pakcik yang salah cara ambil wudu'.

Tu yang aku kagum dengan Ust. Don. Setiap cerita dia akan diselitkan dengan cerita nabi-nabi/ sahabat-sahabat nabi yang memang kena dengan isu yang dikupaskan. Banyak cerita yang kita tak tahu, ke aku je tak tahu? Huahuahua.

Cerita Nabi Sulaiman tentang ketepatan Malaikat, Nabi Musa & Harun tentang menentang Firaun, tentang keyakinan ibu Nabi Musa atas arahan Allah. Khalifah Umar tentang betapa amanahnya beliau, Saidina Abu Bakar tentang betapa berat imannya. Tentang Imam Shafie yang dikecam. Alhamdulillah, banyak input semalam. Tak tertulis kat sini.

Semoga ianya menjadi manfaat untuk aku dan semua yang datang semalam. Aameen

                                    

                        

Gambar pecah sebab aku zoom hehe.