”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label products' review. Show all posts
Showing posts with label products' review. Show all posts

8/28/2023

MAY REHAB (Cawangan Station 18, Perak) - Chiropractic

2 bulan lepas aku injured time jogging. 1st sebab tak proper stretching (padan muka), 2nd sebab salah landing, track menurun bukit time tu. Seksa ooo, seminggu pertama tu, nak duduk antara 2 sujud pun cacat jadinya. Then dah ok, boleh jalan macam biasa, boleh berbasikal 20km gituh.

Tapi still tak boleh jogging, kalau aku paksa dia akan menyucuk dekat hamstring naik ke pinggang, worst was jari2 tangan aku kebas sama. Rindu gila nak jogging time tu. Biasalah manusia kan, time boleh jogging mengelak, time tak boleh rindu pulak haha. Sebelum injured tu aku dah steady dah jogging 5km without stop. Hnfff.

Dah 2 bulan tak setel2, Didi ajak aku buat chiropractic. Mana yang tak tau boleh tengok dekat utube. Didi pernah buat 2x dengan Chris Leong and Hans time kami duduk KL dulu. Chiro ni rawatan alternatif, dia fokus pada saraf, tulang belakang and muscle (kot) haha.

Kebetulan nampak iklan MAY Rehab baru bukak cawangan dekat Ipoh. Didi cakap dia ni popular jugak so mari kita ikhtiar. Memula Didi suruh aku je buat then dia nak join jugak. Kami amek pakej full body adjustment dengan harga pengenalan RM200 untuk 1 hour session.


Antara rawatan yang ditawarkan

Didi buat dulu. Memula dia akan stretch kan badan kita then baru la dia main tarik and kepak prak prak kat kepala, bahu, kaki, tengkuk. Then baru dia fokus dekat masalah utama, dia buat muscle massage etc. Didi punya badan dah 80% kot habis warranty haha. Dia kan pemain rugby memang semua point la sakit.

Tapi bebudak tu memang professional la, nampak muda tapi sebab memang dorang menuntut ilmu kan, semua point kena. Dorang pegang je tapi Didi mengerang macam nak beranak je dia aku tengok haha. Dorang cakap badan Didi keras tapi walaupun Didi 2x ganda grago dari dorang, steady je dorang kepak kepakkan Didi punya badan haha. Dah nak nangis dah Didi aku tengok haha.


Suamiku dinodai di depan mata tapi ku relakan HAHA

Sambil tongkat dagu je dia buat tu tapi Didi dah hantuk2 kepala dah haha

Settle 1 jam turn aku pulak. Jeng jeng jeng. Debo weh sebab 1st timer kan. Dorang akan tanya apa masalah utama kita then explain la. Proses dia sama je tapi therapists aku sedikit stress untuk stretch kan badan aku sebab dorang cakap aku punya reflex A+ haha. Bila aku reflex, dorang tak boleh nak buat kerja sebab nanti aku yang akan sakit. Banyak juga cubaan untuk lembutkan badan aku haha. Aku cuba wei tapi benda tu auto. Memang master dia cakap, wujud orang macam aku haha.

Sakit oi walaupun tak sesakit Didi sebab aku punya badan tak se problem dia. Time buat tu baru tau kaki aku panjang sebelah haha, dia dah betulkan. And bahagian bahu aku and side belakang belah kiri aku keras gila. Dorang massage nak pecahkan apa benda entah, sakit oiiiiii!

Dont worry ada therapist perempuan cuma bab nak tarik2 and kepak2 tu laki yang buat, dia je kot yang berkelayakan.

Alhamdulillah settle sejam yang sengsara tapi sedap hehe. Settle tu rasa ringan badan. Balik kena tuam ais sebab takut kena muscle sore. 

And Alhamdulillah kaki aku dah sembuh, dah boleh jogging macam biasa. Yeayyy! Kalau korang ada sakit2 back pain ke, muscle ke, sciatica ke, sakit lutut ke korang boleh try buat rawatan ni. Cari yang legit ok, kau jangan main sauk je karang ada yang pergi boleh jalan, balik berkerusi roda.

Orang Ipoh boleh try May Rehab ni, therapists dia semua friendly and they know what they do.

3/30/2023

Basic needs for camping

Yang kami dah beli:

Khemah

Takde brand. Kain dia tak tebal sangat tak nipis sangat. Ok2 je. Berbaloi dengan harga. Kena hati2 sikit la kendalikan takut terkoyak kena pisau ke apa. Kalau gigit tak koyak haha.

Nama pun camping kan mestilah perlukan khemah. Unless kau nak ambil risiko berbasahan sebab hujan or tidur malam buka mata ternampak rambut pontianak berjuraian dari atas pokok atau tetiba terpeluk harimau yang tumpang tidur atas ground sheet kau, ha sila la tak payah beli khemah. Tidur je atas ground sheet berbumbungkan fly sheet.

Semua barang basic khemah aku beli dekat shoppee. Kitorang beli khemah yang boleh muat tidur 6 orang walapun kitorang berdua je. Biasalah Laki aku memang over, nak ada ruang yang selesa untuk tidur tak perlu berhimpit dengan bag bagai haha.

Kitorang beli khemah yang tinggi supaya senang solat dalam tu. Solat dekat luar lagi syahdu tapi kena ribut petir, pishang mat haha.

Tilam

Tilam ni penting jugak bagi aku sebab aku pernah tidur dalam khemah takde tilam seksa oi, terasa tidur atas taburan batu-batu tajam haha.

Kitorang beli tilam nipis je, tak perlu mesin pam pun, pam guna kaki je dekat side bawah tu. Easy peasy. Nipis tapi tak rasa ground. Lena jugak tidur. Leceh sebab bantal built-in, tak boleh nak alih-alih wakakakaka. Nak selesa pergi tidur hotel nunn. 

Ground sheet

Ni penting untuk lapik khemah sebelum pasang supaya nanti korang tak perlu cuci khemah. Plus dia elak khemah korang direct contact dengan batu, pasir bagai so less probability untuk khemah koyak. Pasio ke selut ke kena ground sheet je dulu. Better beli ground sheet yang besar dari khemah, lebih afdhal dan selesa begitu. Kitorang terbeli yang kecik sikit, so kena beli lain la hehe.

Fly sheet

Amat berguna kalau hujan lebat. Lagi besar lagi bagus. Actually khemah yang korang beli selalunya dah ada fly sheet tapi kalau hujan lebat tak cukup nak cover. Kalau nak tukarkan khemah kepada swimming pool, tak payah la guna fly sheet haha.

Tali

Tali penting untuk perkhemahan. Macam2 boleh buat. Tujuan utama adalah untuk buat ampaian haha. Aku syak Suami aku dulu masuk pengakap la, dia teror ikat tali, kagum sayaa haha.

Lampu

Untuk luar aku rasa nak beli yang 100w je nanti

Ni penting. Kalau boleh beli 5 letak dekat penjuru setiap khemah dan dalam khemah 1 haha. Kitorang baru beli 1 untuk dalam khemah. Pastikan fully caj sebelum pergi berkhemah. Tak guna korang bawak kalau tak boleh on haha. And lampu ni penting untuk bawak pergi kencing tengah-tengah malam bagi mengelakkan terkencing dalam sarang ular haha.

Dia ada 3 mode. Terannggg, kurang terang dan lip lap lip lap. Ringan, kecil, padu dan mudah diuruskan. 

Lampu hiasan

Cantikk takk?

Haha ni just tujuan decorate luar khemah but it helps. Cantik dan membantu serba sedikit bab pengcahayaan. Ha yang ni aku beli dekat DIY sebab last minit baru teringat nak beli tapi 4m je yang ada, tak cukup panjang. Nanti nak beli dekat Shopee yang panjang boleh balut khemah punya haha. 

Kerusi healing

Best tau duduk atas kerusi ni. Rasa duduk atas kerusi malas. Plus ringan je nak bawak, siap ada beg. Berbaloi beli

Kerusi ni sebenarnya boleh je kalau korang nak bersemayam atas lantai tapi kalau sakit lutut nak bangun pun susah beli je lahhh. Boleh ambil gambar dengan background lagu tenangggg ribut jiwaaa. Kerusi ni berbaloi beli and letak je dalam kereta. Hari tu teman Suami training rugby takde kerusi dekat padang tu, so kita keluarkan dia dan berbangga dengan penduduk setempat yang duduk atas rumput dan takde tempat untuk bersandar haha.

Powerbank

Ni penting kalau kawasan perkhemahan korang takde sediakan plug point. Bukan untuk caj handphone. Haipp kalau pergi berkhemah nak mengadap handphone baik kau pergi pejabat. Powerbank penting untuk caj lampu, kipas bagai supaya hidup lebih teratur. Ni takde la beli, guna yang sedia ada je

Yang kami belum beli tapi rasa perlu beli:

Kipas

Ni InshaAllah akan dapat soon 😍 Padu angin dia, kawan aku dah beli.

Penting jugak kipas untuk tidur yang lena. Basically tidur dalam khemah time malam memang no problem. Angin just nice, boleh lena. Tapi lain cerita untuk orang macam Laki aku yang hidup nak air cond je. Hari tu aku bawak kipas tangan yang guna bateri, dia guna tu la sementara nak lena. So memang yang ni on the way beli hehe. 

Kalau nak tidur siang dalam khemah memang menggelupur la kena panggang haha.

Alatan Memasak + Ice box + mini stove

Bagi aku ni praktikal sebab boleh lipat lepas habis guna and baca komen memang boleh tahan lama ais dalam ni. 



Wishlist. Mahalll. Kena simpan duit. 1 set almost RM400

Ni kawan dia. Satu set around RM120

Perlu kalau memang masuk betul2 hutan. Sekarang aku tengok ada tempat camping siap ada cafe, senang hidup! Haha. Aku tengah ushar 1 set alatan memasak untuk camping ni tapi tengok harga nangis oooo. So kena kumpul duit dulu sebelum beli.

Ice box untuk simpan barang basah

Glove

Penting. Duduk dalam hutan korang tak tau apa yang korang akan hadapi. Tetiba kena cantas pokok ke apa ke, hand protection penting.

Penyapu + penyodok tangan

Ni penting kalau pasir termasuk dalam khemah. Takkan korang nak bawa vacuum pulak kan? Haha. 

Lapik kaki

Hahah penting ye especially pergi tempat berpasir.

Meja kecil

Kalau aku ambil yang ada storage tu. Senang nak simpan barang 😉

Untuk memudahkan time masak dan makan.

Hammock

Actually ni dah ada tapi Husband cakap nak beli yang kain dia lebih elok dan kurang panas. Husband aku kan putera lilin haha. Layan jugak weh tidur dalam ni. 

Nak kumpul barang ni semua memang makan duit yang agak banyak bagi aku. So kena beli sikit2. Siapa suruh minat camping? Kalau minat main gasing tak ke murah je hobinya haha. 

5/26/2022

Top Gun Maverick 2022

 

Theme: naval aviation, team work, safety, crazy, brave

Action: 5/5

Suspense element: 5/5

Storyline: 5/5 

Face reactions: 😮😲😣😢😀

Hero: 4/5 (-1 for wrinkles haha)

I didn't watch the 1st Top Gun but still can fully understand this. 

Go and watch people!

4/25/2022

Dari Celcom ke Digi

I was a loyal customer to Celcom, for 15 years I guess. Memang tak dinafikan coverage Celcom memang meluas. Sepanjang menjadi pengguna Celcom, ada beberapa kali aku tukar plan, kesemuanya postpaid. Bil dalam lingkungan RM90 ke atas, never less, with 50gb of internet, unlimited calls.

But lately aku rasa tak worth bayar mahal2 dengan servis yang makin lama makin hauk. Sayang nak tukar sebenarnya tapi aku kena jadi pengguna yang bijak. 

So aku dengan Husband dua2 decide nak beralih ke Digi. Yang lebih murah and kalau line problem pun tak la sakit hati sangat haha.

So kitorang decide ambil plan prepaid Digi Next 35. Beli online je, nanti simkad sampai kau tunggu sampai Celcom message tanya betul ke nak tukar perkhidmatan? Kau jawab je ikut arahan message tu. Then tunggu line Celcom mati baru masukkan sim Digi, taraa done!

Sebulan RM35 untuk 30gb + unlimited socials (Instagram, Twitter, Tiktok and Facebook) + unlimited calls. Unlimited calls tu paling penting bagi aku walaupun aku jarang call orang saja2 haha. 

Cukup kot 30gb, yang 50gb Celcom pun aku tak pernah guna habis. Yela, dekat rumah Mak pakai Unifi, dekat rumah aku nanti nak pasang wifi jugak, sekarang tak pasang lagi sebab taman baru takde port lagi. Dekat office pun aku pakai wifi je kadang2. Just risau nak tengok Netflix je la tak cukup.

Setakat ni aku pakai memang rasa la sikit perbezaan coverage tu but worth for what I paid for. Jimat RM60 kot sebulan, boleh pergi makan steak hahaha. Lagipun kalau tak boleh bla jugak, bebila boleh tukar balik ke Celcom sebab takde kontrak and boleh guna no yang sama hehe. Sebab tu aku tukar, sebab boleh stick dengan nombor yang sama.

Dear Digi, hope you can serve me well. We'll see how.

3/16/2022

Whatsapp vs Telegram

Aku mula berjinak dengan whatsapp sejak tahun 2014, memula pakai smartphone. Tak ingat smartphone pertama aku, samsung atau sony. Sebelum aku join keluarga Apple, aku pakai android antara Samsung or Sony je sebab time tu mana ada la ada jenama Oppo, Xiaomi, Vio bagai ni. 

Time memula guna whatsapp excited kemain sebab boleh type satu satu perkataan terus hantar, tak payah nak muatkan dalam satu pharagraph sebab takut extra charge haha what a good old days. Whatsapp is a astounding innovation for me. 

Then tetiba Telegram muncul, memula tak berminat then Husband ajak download and dia buat group kami berdua kat situ. Dia suka benda yang rare, dia cakap guna Telegram baru rare haha. Paling tak tahan group tu wehh. Motif buat group berdua je? Haha. Kawan aku ada ternampak group kitorang, dia punya gelak, dia cakap dm je la nak group buat apa? Haha. Entah la Laki aku tu, aku layankan je. Time tu tahun 2017 tak silap, ramai lagi tak guna Telegram. 

Makin lama aku tengok ramai mula download Telegram. Menyebok je hahahha. Bagi aku ada features Telegram yang buatkan dia dapat extra credit berbanding Whatsapp. Antaranya?

1. Hantar gambar dekat Telegram quality akan lebih better berbanding Whatsapp.

2. Boleh join bermacam-macam channel. Aku of course banyak join channel racun Shopee (lepas tu kau bising duit habis) hahaha dan channel travelling. Suami aku banyak join channel trading and movies kot. 

Apa channel ni? Channel ni kau boleh create untuk sebarkan apa2 contents. Dulu MKN pernah buat untuk info Covid. Aku dah left sebab maleh akuu dengan Covid ni, annoying hahaha.

Aku pun ada channel tapi untuk kegunaan peribadi je la and subscribers dia aku dengan Husband je and I make it private of course. Aku just buat channel financial tracking. Ada 3 channel; perbelanjaan harian, rumah dan kereta. Semua resit dan spending aku dumb dalam tu sebagai rekod. 

So senang bila aku nak tengok no bil air ke, details cukai taksiran ke, nak tengok 1st service kereta aku berapa haribulan dan berapa kos, nak tengok graph perbelanjaan aku samada berhemah atau boros haha. Aku memang jenis manusia suka plan dan rekod, rasa aman hidup haha.

3. Sticker. Sticker dia comel2 weh hahaha. Cousin aku (3 tahun) kadang main handphone aku sebab dia excited tengok sticker lepas tu dia spam banyak2 dekat no adik aku, bengang je member sekali dapat message beratus, ingat boyfren bagi sekali spam stickers haha. Aku kadang2 communicate dengan Husband guna sticker je. 


4. Privacy. Dulu aku pernah pergi lab bahagian risikan. Pegawai sana cakap telegram memang susah gila nak hack berbanding whatsapp (2019). Dorang pernah nak hack telegram, tak keluar pun text, keluar wombs je (tulisan macam cacing). Tapi aku rasa whatsapp pun dah improve bahagian tu. 

5. Storage. Aku punya banyak benda simpan dekat Tele tapi makan storage aku tak sampai 5gb. Husband aku cakap tele ada cloud dia sendiri, so dia tak makan sangat space hp kita. Entah la aku tak faham sangat bab2 teknologi ni, enlightens me please. 

Tu je kot but overall aku rasa whatsapp is more formal la. 



3/09/2022

Insurans Kereta; Agreed Value or Market Value?

Aku baru lepas renew insurans and roadtax kereta 😭 Jap2 nak pergi nangis dalam bonet sebab duit dah habis huaaa. Itulah resam bila ada kereta, kena siap2 ada duit untuk maintanance, insurans, roadtax, tukar tayar, emergency dan etc.

Aku selalu renew roadtax sendiri je tak guna agen. Kalau guna agen aku tengok quotation dia mahal lebih kurang RM200 daripada buat sendiri. Baik buat sendiri ye dak?

Aku dari dulu memang guna insurans Etiqa sebab ada pengalaman yang bagus. Aku pernah accident dulu, senang je nak claim tak banyak songeh. And kalau tak claim dalam tahun insured tu dorang akan bagi rebate, selalu aku dapat dalam RM100++. Siapa nak bagi kan? Zaman2 duit berlalu pergi tanpa disedari ni kenalah jimat mana yang boleh jimat, kaut mana yang boleh kaut. Haha.

Oh berbalik kepada insurans, kalau korang pilih agreed value ke market value? Kalau korang, ikut suka korang la hahaha. Kalau tanya aku, it depends hehe. Macam semalam aku renew aku ambil agreed value. Kalau ikutkan agreed value mahal sikit dari market value.

Apa beza agreed value dengan market value? Ni berdasarkan pembacaan dan pemahaman aku semata-mata tau, kalau korang rasa salah sila tegur baik2 ye sebab aku hati kaca, orang marah sikit nanti aku nangis *sambung nangis dalam bonet.

Ok market value kereta adalah nilai semasa kereta kau pada tahun yang berkenaan. Dia akan bagitau siap2 berapa current market value kereta korang. Contoh market value nya RM71k. So korang boleh insured RM71k or less than that. Selalunya dia bagi range yang boleh insured antara RM67k - RM71k. Tak boleh kurang daripada tu.

Ok agreed valued pulak nilai persetujuan bersama antara korang dengan insurans company. Kalau market value tadi RM71k, agreed value akan tinggi sikit, around RM76k - RM 81k macam tu, so korang boleh insured based on range tu.

So basically, agreed value mahal sikit dari market value. Lagi mahal korang insured lagi mahal la bayarannya. 

So sekarang apa bezanya?

For market value, korang akan dapat pampasan berdasarkan harga pasaran kereta ketika kejadian berlakunya kemalangan/ kereta dicuri. So ada risiko di situ, kalau underpaid korang kena bayar lebihan dengan duit sendiri, kalau ada lebih dorang akan compensate kepada korang tapi tak semestinya ikut market value semasa. Faham tak?

Kalau agreed value, apa2 jadi dekat kereta insurans akan cover ikut value yang kita dah setuju tak ambil kira harga pasaran semasa.

So mana lagi untung?

My personal view, kalau kereta korang baru, less than 5 years, tak pernah accident boleh la consider ambil yang agreed value. Beza dalam RM200-RM400 gitu bergantung pada nilai yang korang pilih. Kalau kereta tu bila kau pandang dah takde rasa kasih, kalau tengok dia berhujan panas takde rasa kesian boleh la ambil market value, more cheaper.

Yang duduk area selalu banjir please la tambah yang cover bencana alam, dunia sekarang ikut dan dia je bila nak panas bila nak hujan, dah tak ikut schedule dah. Sian betul aku tengok kereta-kereta jadi kapal selam time banjir kilat baru2 ni kat KL. Kereta mahal2 pulak tu deknon oi. Kalau takde insurans bencana alam halmaklum la menangis la sampai banjir pun, duit sendiri tetap kena keluarkan. Berat ujian kita sejak kebelakangan ni kan? Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik. 

Ok done bebel. Siapa nak aku tolong renew kan insurans kereta Etiqa (dokumen online, cetak sendiri)  dan roadtax boleh e-mel aku dekat nadiaroslan261@gmail.com haha. Aku caj tak lebih 2 angka hahahha.

Oh lagi 1, tahun ni Etiqa ada buat satu kempen, Drive Less Safe More. Free subscriptions. Kempen tu lagi kurang milage korang dalam setahun, lagi banyak rebate korang dapat nanti bila nak renew tahun depannya. Dia ada milage dia maximum berapa setahun. Gitulah. Lupa dah aku spesifiknya tapi purata sehari max drive kena dalam 42km je. Kalau aku jangan harap, kira-kira sehari purata aku drive dalam 85km haha tapi saje subscribe sebab free hehe. Siapa less commute memang disarankan sangat2 untuk ambil hehe. Siapa nak bagi kan? Dia kira dari harga yang korang insured tolak NCD.

2/16/2022

Review Ipad 9th Gen

Holaaa. *tiberr. Saja nak share dengan korang pengalaman aku membeli dan menggunakan Ipad. Aku dah lama teringin nak pakai sebab nampak begitu versatile ambil note guna ipad *padahal kau guna main game township*. Aku mintak kat Suami nak beli tapi dia tak izinkan, dari tahun 2020 aku mintak. I was eyeing on Ipad Air actually *sniff sniff*

Tahun ni, dalam bulan 11 tetiba Suami aku cakap yang dia nampak bos dia ambil note guna Ipad, sungguh style, katanya. Aku apa lagi terus mengecek tanya nak beli boleh tak? Lagipun time tu ada promotion Apple Education, dapat la murah sikit. Susah ye Apple nak bagi diskaun or turunkan harga.

Kecekan aku berjaya, Suami benarkan beli. Oyeahhh. Terus beli immediately sebab takut dia berubah fikiran haha. Ikutkan nafsu nak beli Ipad Air tapi beza harga almost 1k. Aku tengok youtube pros and cons dia and decided go for Ipad 9th Gen je sebab aku bukanlah pelukis grafik nak yang canggih, aku hanyalah pelukis orang lidi kaki tinggi sebelah haha.

Aku order on 13 Nov 2021. Aku nak beli sekali pencil dia tapi ingat nak beli dekat Shopee je tapi Suami suruh ambil Apple Pencil terus sebab jaminan kualiti, alang2 katanya. So aku order Apple Pencil 1st Gen on 15 Nov 2021. Dua2 ada harga diskaun. Alhamdulillah rezeki.

On 18 Nov 2021 aku dah terima Apple Pencil. Laju kan? Pos dari Singapore kot. Apple guna perkhidmatan DHL, I can say it's secured. Tapi apalah guna pencil kalau Ipad nya takde. Penantian itu satu penyeksaan ye haha.

Akhirnya on 19 Dis sampai la Ipad yang ditunggu-tunggu tapi time tu aku kat Kelantan, rasa nak terbang balik pergi ambil *over hahaha. 

So setekat ni dah hampir 2 bulan pakai and I can say I'm a satisfied customer. Aku buat Ipad tu sebagai note taker, planner, tengok Netflix, main game hehe. Bagi aku it's a good investment. Aku siap beli apps Microsoft untuk memudahkan kerja. Dia tak se compatible laptop kalau nak buat kerja heavy, but it helps. 

Pergi mesyuarat ambil minit guna Ipad je. Senang nak search tak perlu selak sana sini. Untuk note kerja aku guna apps OneNote. Untuk planner aku guna apps Planner and Trello, untuk merasa jadi artis aku guna apps SketchBook, untuk note personal aku guna apps Notability. Semua apps yang free *cheapskate

Lagi satu aku suka Ipad sebab aku boleh baca ebooks aku dekat screen yang lebih besar, baca kat handphone kecik sangat and bila bunyi noti terus bukak lepas tu terus tak sambung membaca, terus melagho bukak medsoc. Dasarrrrr haha. 

Sejak aku beli Ipad aku dah masuk ebook kedua dah, kalau tak entah bila nak habiskan, aku beli ebooks tu dah bertahun kot kakaka.

Aku beli screen protector yang paper like, sedap menulis tapi tu la, nampak messy sebab ada tinggalkan kesan finger prints etc. Casing and screen protector aku beli dekat Shopee je. Dah tengok aku pakai, Suami pun nak beli katanya. Suka tiruu hahaha. Bagi aku memang recomended untuk orang yang berkerja. Sekian, done racun. 

8/11/2021

Review Apple Watch series 3 vs Garmin Venu SQ

Setahun aku pakai Apple Watch then gatal nak try pakai Garmin pulak, ni semua salah Laki aku menghasut haha. Hari tu ada rezeki lebih sikit, aku pun ambil la Garmin Venu SQ sebab aku suka jam bermuka petak tapi aku tak suka orang bermuka-muka *tberr.

Disebabkan pandemik yang tak settle2 lagi ni, aku pun beli dekat Shopee je. Nama kedai perfect365shoppe. Preferred+ shop by shopee and trusted. Aku ambil yang Venu SQ Music, RM1,160 dapat banyak gila free gifts walaupun ada yang tak berguna sangat tapi stilll siapa tak suka barang free woi hahaha.

From my personal view, nak compare Apple Watch yang aku pakai setahun dengan Garmin yang aku baru pakai sebulan, aku lagi suka Garmin atas sebab2 berikut:

Berat

Garmin ringan dari Apple Watch. Rasa tak pakai apa dekat tangan.

Ketahanan Bateri

Garmin punya bateri boleh tahan 2-3 hari walaupun selalu on GPS, kalau tak on boleh tahan dekat 4-5 hari. Apple tak on GPS pun sehari dah habis battery.

Apps

Garmin ada apps sendiri yang boleh cope dengan pelbagai data and aktiviti2 kita. Macam Apple aku tak suka sangat apps Health dia, susah nak baca. Time guna Apple dulu aku download 3rd party apps tapi dia takde features yang aku nak, kalau ada kena beli. Koserrr, aku kan cheapskate haha (sanggup beli jam dari beli apps, mende kau ni hahaha) And one more thing yang aku perasan, Apple punya GPS tak accurate sangat.

Music

Venu SQ boleh simpan lagu dalam jam! 3.6gb yang boleh muatkan lebih kurang 500 lagu. Ha muntah kau dengar. So tak payah bawak handphone pun kau boleh menikmati lagu raggae sambil bersenam hehe. 

Tapi kalau kau nak lebihkan lifestyle boleh ambil Apple Watch. Ni aku compare dengan yang Series 3 tau, yang Series 6 maybe lebih padu dari Garmin sebab harga lagi mencekik darah kan. We compare an apple to an apple (epal buah bukan brand haha) la kan, tak adil nak compare epal dengan harumanis.

Dari segi paparan screen memang Apple menang la, macam tengok handphone screen dia. And kelebihan Apple boleh angkat call and bercakap dekat jam, boleh reply text. Garmin hanya boleh dapat notifications.

Garmin - Me
Suunto - Husband
Tak boleh nak compare dengan Suunto dia sebab harga tak sekufu. Suunto dia ada features tracking jalan, so nak explore jalan baru senang sebab ada tracking
Aku punya takde tapi aku lagi selalu pulang ke jalan yang benerrr hahaha

4/23/2021

Review: Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron & Philips SpeedPro Max Aqua Cordless Stick Vacuum Cleaner

 Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron


Aku dah pakai iron ni around 2 bulan. Ni hadiah hari jadi dari Suami aku. Thank you Sayang saya hehe. Yela, nak menggosok baju dia jugak ye dak? Hehe. Kitorang beli dekat Aeon. Harga RM600++ sekali iron board tapi iron board nya idok le dapat2 lagi. Hari tu kata takde stok, katanya seminggu boleh dapat tapi sekarang dah nak 2 bulan tak mandang lagi. Tunggu aku nak pergi serang Aeon nanti.

Perfomance? Memang padu! Siap boleh iron muka kau yang dah mula berkedut tu amboii haha. Berbaloi beli. Jimat masa dan tenaga badan jua tenaga elektrik. Sekarang iron baju sap sap soi je dah siap sebab perlu iron one side je, side belakang automatik teriron sekali. Jimat masa den. Iron ni berat sikit berbanding model iron steam philips yang lain. Tapi dari segi bentuk aku suka yang ni sebab kalau yang warna hitam gold tu kedudukan iron dia mencuram sangat, takut tergelongsor ke bawah. Nangis wehh. Aku pernah guna yang warna hitam gold tu makcik aku punya, tank air dia lagi besar tapi perfomance bagi aku sama je. Yang tu mahal RM1k++ lagi. 

Tapi ada cerita sedih sikit. Time hari first bawak dia balik rumah aku mestilah terus rasmi kan. Guna la iron board DIY sebab iron board dia kan tak dapat lagi 😤 Tengah2 iron tetiba bahagian letak iron ni jatuh weh. Ya Allah sakit jantung aku. Nak nangis rasa. Tapi Alhamdulillah masih function well, just body dia rosak sikit je. But stilllll. Hari 1st kot. Erghhhh. Rasa bersalah dekat Suami tapi bukan salah aku haha. So kami berdua pujuk hati 'it's okay, janji masih function'.

Cara guna? Macam iron biasa lah! Haha takde la pulak dia jalan sendiri. On button, tunggu kejap sampai dia bunyi beep baru iron. Sebulan sekali kena cuci iron ni. Ada caranya nanti seller akan ajar. Jangan pulak korang mandikan menatang ni haha.

Philips SpeedPro Max Aqua Cordless Stick Vacuum Cleaner


Aku dah lama aim nak beli cordless vaccum ni tapi sebenarnya jatuh cinta dengan Dyson tapi mak ai harganya sebulan gaji oi haha so lupakan je lah. Tetiba hari tu tengok kawan aku iklankan benda ni. Tertarik la pulak, harga half la kot dari Dyson. Tengok kawan aku vacuum rumah dia, tengok hasil habuknya weh rasa puas hati sangat.

Aku pun recce la dengan dia, tengok dia cakap boleh main kutu. Apa lagey kan? Aku terus on nak join. Nak tunggu duit segedebuk camtu macam sayang la pulek nak guna bila dah ada haha. Aku bayar RM187.50/sebulan selama 10 bulan. Tapi Alhamdulillah bulan ketiga aku dapat rezeki lebih, aku terus bayar habis and seminggu lepas tu agent terus hantar kat rumah siap demo.

Komen? Bagi aku berat sikit and kalau karpet tebal tu agak susah nak glide. Oh lupa nak mention vacuum ni sekali dengan mop. Makk sukaaaa! Senang weh 2in1. Caj dia agak lama dalam 4 jam. Kalau kau pakai level biasa2 je sempat la vacuum 1 rumah 2 tingkat kalau bateri 100%. Kalau kau pakai mode turbo sempat vaccum 1 tingkat je kot. Begitulah perumpamaannya.

Dia boleh vacuum sawang2 di siling jugak tapi itu suruh laki kau la sebab berat sikit kan. Boleh vacuum sofa, kereta, macam2 lah. Nak try vacuum dosa lah. Bahahhaa.

Hari tu Suami aku bawak balik rumah Mama benda ni. Dia yang vacuum 1 rumah, aku tengok je dia buat. Menantu mithali kan? Hahaha. Nak tengok tak hasil nya? Ni hasil 2 karpet je weh. Nampak bersih kot karpet tu tapi habuk2 kecil tu yang jahatnya.


😖 Tengok la wehhh! Memang puas hati. Kiri habuk halus, kanan tu habuk kasar. Berbaloi beli. Warranty 5 tahun pulak tu. Silalah beli untuk menjamin kesejahteraan hidup. Hehe.

Sekian. 

2/01/2021

Hukum Warnakan Rambut

Aku membesar dengan pelbagai keinginan. Aku teringin nak dye rambut, aku teringin nak ada tatoo haha. Tapi sebagai seorang Islam, we have our do's and don'ts. Dari dulu aku difahamkan yang warnakan rambut ni HAROMMMMM. So tanpa buat kajian aku pun percaya dan matikan niat tersebut. Aku nak dye rambut memang suka2 je sebab aku bertudung, memang untuk tatapan sendiri jeww.

Satu hari Suami cakap 'Yang, cuba dye rambut'. Wow permintaan yang luar biasa. Pucuk dicita ulam mendatang haha. Berdosa ni kalau ingkar permintaan Suami haha. Cis kauu bab ni laju je nak patuh, bab lain kau degil cakap Suami slumber je kan. Kahkahkah.

Aku pun buat kajian di internet tentang hukum dye rambut. Suami aku suruh ni mesti dia tau boleh kan, takkan dia nak suruh buat benda haram, biasaaa dia tuu! Haha. So aku pun dengar ceramah beberapa orang ustaz yang aku percaya, baca beberapa artikel.

Dan baru aku tau hukum mewarnakan rambut adalah harus, even zaman Nabi pun ada orang warnakan rambut. Tapiiii setiap benda mesti ada syaratnya. Nabi tak bagi colourkan warna hitam. Bahan pewarna mestilah halal dan tidak bernajis. Paling penting bahan pewarna kena telap air. Maksudnya air mesti kena lalu pada rambut waktu ambil wudu' dan mandi wajib. Pewarna tu cirinya mestilah meresap ke rambut bukan membaluti rambut. 

Niat pun penting. Kalau untuk Suami wuwuwu (kau kenapa gedik setan? haha) mestilah dapat pahala. Kalau niat kau nak meniru orang kafir, haram hukumnya. And Ustaz galakkan untuk mewarnakan rambut seakan-akan warna rambut kita jugak, warna2 inai macam tu.

Ada beberapa jenama yang boleh bawa solat setakat yang aku tahu: Garnier, April Skin, Liese, Shurah, Gumash. Kena cari yang permanent, bukan semi permanent. 

So satu hari aku pergi Guardian. Ternampak yang jenama Liese and aku baca ni paling senang pakai macam shampoo. So tanpa banyak fikir aku ambil warna:


Nak pakai senang je, ikut je instruction dia tapi bau dia memang boleh buat sakit hidung. Aku tak bleach pun rambut dulu sebab taknak rambut rosak and walaupun tak bleach, it turns out amazingly redish haha. Rambut asal aku bukan hitam 100%, keperangan jugak. Aku baca review ramai yang cakap tak jadi tapi aku menjadi, dia jadi macam warna atas sekali tu antara 3 lines dekat gambar tu. Kalau bawah cahaya nampak macam line kedua. Haha.

The price range between RM25-RM30. Sebab dia permanent memang dia akan hilang seiring pemanjangan rambut la. Mungkin tahun depan pulak aku dye balik hahaha. Nak try warna biru la bahahhaha (dengan izin Suami, ahgiteww) .

10/22/2020

Skincare Routine

Ahh gitu, bajet flawless haha. Sebab dah beberapa orang tegur muka aku nampak sihat dan glow lately, saja nak share rutin aku dengan korang. Benda2 yang aku apply ni aku dapat tau dari pembacaan dekat Twitter kahkahkah. Tapi mungkin tak berkesan dekat semua orang. Dekat aku Alhamdulillah. Kulit aku tak sensitif, Alhamdulillah. Kalau aku pakai produk baru sama ada dia berkesan dengan tak je. Jarang la menimbulkan jerawat durjana ke apa. So sekarang ni bangun pagi senyum je tengok muka kat cermin, tak kusam dah, tak macam Mak Lampir dah. 

Morning Routine


Aku takde pencuci muka spesifik. Aku pakai beli je mana yang nampak menarik. Oh btw, range kulit aku is normal. So currently aku pakai yang ni. Nothing fancy but when it's Simple, you know it's safer. Gel dia ni ada buih, aku suka. Aku pernah beli pencuci muka gel takde buih, aku tak suka. Aku suka berparti buih haha.

Range harga RM17-RM20 (murah bebeno)

Tahan max: 2 bulan


Then aku akan apply toner. Hydrating toner / Brightening Toner. Aku beli ikut dan aku je mana yang aku nak antara dua ni. Dua2 ada hyaluronic acid. Penting benda ni sebab dia mantainkan air dalam kulit kita. Air yang cukup dekat kulit akan buat kulit nampak sihat dan glow, tak dry and dull. This is my favourite so far. Pernah try Jelita punya, ok la tapi aku tak suka sebab ada bau weird. Aku memang akan beli premium sebab rasa rich. Mudah meresap don't worry, just need a minute kot or lesser. Brightening tu aku rasa tak mencerahkan wajah pun tapi gasaklah janji dia retain water dalam kulit aku. 

Range harga RM45 - RM65 (aku selalu beli RM44++ je sebab selalu sale)

Tahan min: 2 bulan




I love this both. Currently pakai yang Yuja Niacin je. Dua2 cepat gila serap. Setiap 2 pilihan mesti akan ada most favourite kan? So I think I love most is TO. Dua2 ada niacinamide. Niacinamide ni tujuan dia kurangkan penampakan entiti seperti liang2 pori, dia juga boleh seragamkan balik warna kulit korang, kurangkan kedutan2 di muka so takde la muka ada line macam peta and buat muka gloww. Aku recomend benda ni kat kawan aku, dia bagi feedback yang sama. Muka nampak glow.

Actually aku beli benda ni untuk kurangkan penampakan entiti jeragat (penyakit keturunan) tapi tak la nampak pudar sangat pun, sikit2 je. Orang kata kalau bab tu Alpha Arbutin lagi berkesan sebab dia memang ada brightening agent. Lepas ni nak try AA pulak la. Hehe. Cakap dekat Suami nak buat laser. Dia cakap tak payah, cantik dah kulit sekarang. Eleh taknak kene pow la tu haha.

Range harga RM30 - RM60 

Tahan max: 2 bulan
The best and cheap moisturizer. Dia tak menyebabkan kulit berminyak. Bila pakai memang rasa soft and moist. Moisturizer penting ye. Dia yang halang air keluar dari kulit muka. Macam dah pakai hydrating toner tadi kan, so kerja moisturizer ni lock air dalam kulit muka so muka kekal moist dan glow. 

Range harga RM15 - RM20

Tahan min: 3 bulan



Elemen paling penting dalam morning routine sebelum keluar rumah especially orang yang berjeragat macam aku ni. Selain masalah keturunan, cahaya matahari pun punca jeragat. Suncreen ni elak muka wrinkles jugak. Suncreen ni memang sesuai dengan kulit muka aku and paling penting murah uolss. Dia tak melekit, takde white cast, cepat jugak meresap. Dia macam cream. Suncreen ni macam2 jenis, ikut la kesesuaian kulit korang. 

Range harga RM10 - RM15

Tahan min: 3 bulan

Night Routine


Aku akan mulakan routine aku dengan cleansing oil. Cleansing oil ni akan buat deep cleansing. Aku pernah terangkan dekat entry sebelum2 ni, cari la sendiri haha. So far this is the best for me. Baru 1st bottle. Fragrance free. Aku suka texture dia yang tak too oily, macam ada campur air sikit but work effectively. Senang nak tanggal makeup and aku perasan bila pakai memang keluar daki2 dekat muka. You can feel it on your palm. Sebelum ni aku suka Biore tapi bye2 la Biore. Takde duit boleh beli Biore sebab murah sikit hehe. Ni pun cara buat kulit glow; double cleansing.

Range harga RM35 - RM40

Tahan min: 3 bulan

Then aku pakai pencuci muka seperti di atas.


Muka aku obvious nampak glow lepas pakai benda alah ni. Dia ada active ingredients which aku tak tahu apa haha tapi function dia untuk glowing la (obviously stated at the bottle kot Beronn. Lol) Haha. And memang function. Aku berani pakai bila aku rasa basic aku dah strong. Aku dah bina satu sisi/benteng yang kuat untuk kulit muka aku. Haha. Basic yang dah strong bermaksud kau pakai pencuci muka, moisturizer and sunscreen tanpa skip. Kalau kau pakai active ingredients tapi tak pakai suncreen awas kau ye, nanti muka jadi lagi teruk. And sebab tu aku pakai ni malam je. Ada orang pakai sekali dua seminggu. Boleh je pakai hari2 siang malam, depends pada muka korang. Eksperimen sendiri la ye. 

Range harga RM55 - RM100 (ada 2 sizes)

Tahan min: 3 bulan (100ml)

Then aku akan layerkan dengan hydrating toner (seperti di atas) untuk hilangkan rasa itchy (sikit) bila pakai glow tonic ni. 

Then aku pakai moisturizer seperti di atas. Itu sahaja. Ohh seminggu 2x aku pakai sleeping mask lepas apply moisturizer.

Bila bangun pagi muka extra soft hehehe. Ni adik beradik serum yang aku pakai tadi. Dua2 bau citrus.

Range harga RM50 - RM60 

Tahan min: 5 bulan 

Benda2 ni aku rajin bila kat rumah je. Bila aku travel aku just bawak yang basic sebab malas nak angkut haha. 

Oh and now setiap pagi aku akan blend buah oren + apple + lobak + halia untuk breakfast. Tujuan aku nak cuci perut hehe. Tapi tak tau la kalau Vit C buah oren tu sikit sebanyak membantu menyihatkan kulit ku giteww. Tapi resipi tu sumpah sedap, you guys should try. Aku tak tapis pun hampagas dia. Tu la fibre nye pun kan and bagi kenyang. 

Aku guna yang ni. Beli dengan Suami aku dekat Aeon tengah offer RM89. Berbaloi. Dapat 2 bekas and boleh terus jadikan bekas air.

Jadi laki jugak senang kan? Laki aku kadang2 pow aku punya pencuci muka, tapi mostly dia tak pernah cuci muka. Nak pakai cream2 tu lagi le idak. Tapi elok je mukanya pun takde la kusam ke apa. Hishh nyampahh haha. 

9/30/2020

EziBox PosLaju

 Korang tau tak EziBox tu apa? Jap aku letak gambar.

Ini inisiatif poslaju yang sangat memudahkan orang yang takde dekat rumah time siang tapi gatei nak shopping online, aku la tu haha. Selalu kalau aku shopping online aku pos ke pejabat Suami aku sebab kalau pos ke office aku, sebulan baru dapat agaknya sebab security akan bukak parcel tu cek apa semua. Takuit aku beli bomb la tuww haha.

Tup tup Suami aku kene pindah office pulak, so sebelum dia biasakan diri kat sana kena la aku cari inisiatif lain. Kalau tak terkozut kawan2 office dia nanti baru pindah hari2 lori pos datang hantar barang. Amboi dia tu. 

Dulu aku ingat EziBox ni untuk drop barang yang nak post je sekali boleh jadikan as address kita. Very convinient! Bravo PosLaju. Ni ada senarai locations EziBox. Korang cari la mana yang terdekat dengan tempat korang. Paling best sebab dia 24 jam. Kalau korang terjaga nak solat tahajud tetiba teringat ada parcel tak ambil lagi boleh la keluar bertelekung pukul 3 pagi pergi ambil. No hal. Cuma takut orang azan je la ingat korang pontianak haha. And one thing aku tak pasti kalau kita guna courier service yang lain boleh ke drop barang dekat situ or dia terhad untuk barang yang guna Poslaju je. Nanti aku cuba and bagitau haha.

So aku pun try la untuk 1st time. Senang je nak guna, korang just ikut arahan dekat screen. Bila posmen dah drop nanti dia bagi SMS no pin, kena collect dalam masa 48 jam, kalau tak ambil dia transfer ke pejabat pos berdekatan kot, aku pun tak sure. Atenye dah sampai tu pergi je la amek, nak tunggu apa lagi. Tak ekseted ke barang dah sampai? Kalau miker (aku) ekseted, rasa macam dapat hadiah dari peminat (aku meminati diri sendiri) haha. Dah orang sediakan platform yang menyenangkan sila bersyukur. Ajenye gemo melehe (delay). Biasa dia tuu.

Memula korang kena tekan menu nak ambil barang, then masukkan no parcel (ada sekali dalam sms). Then dia mintak masukkan nama and no ic orang yang ambil. Then masukkan no pin yang dia sms. Taraa pintu yang terisi barang korang akan terbukak dengan sendirinya. Wow hebat! Haha. Senang kan? Ahh I love technology.

Semalam time aku ambil ada sorang kakak ni tanya aku kenapa dia tak boleh nak ambil. Aku pun tolong tengokkan. Lepas tu Suami aku suruh tanya betul ke alamat. Rupanya alamat lain. So korang kena tengok betul2 sebab dalam 1 kawasan kadang2 ada 2-3 EziBox. Area rumah aku je ada 3. And jangan la beli meja makan or tv pulak unless benda tu korang boleh lipat jadi size A4, agak2 la size yang bersesuaian.

Senang kerja aku nak shopping lepas ni. Boleh shopping tanpa pengetahuan Suami. Eh? Hahha. Lepas dia dah stabil di pejabat baru, dia suruh aku pos ke dia balik. Yes, he's clingy liddat hahaha.

Oh talking about technology, cuba korang tengok YouTube pengacara Trivago tu, Dahlia Shazwan, pasal tour rumah dia. Aku tak boleh nak attach kan link sebab office ni blok youtube. Heh lame. Rumah dia smart home wehhhh! Ahh amazing gila untuk orang pemalas macam aku. Command je google untuk on TV, AC, lampu, kipas etc. Ada rezeki nanti aku nak buat rumah aku macam tu jugak la. Suami aku setuju je bab2 memalaskan diri ni haha. Doakan rezeki kami murah. Oyeahhh! Eh? Aameen. 

9/06/2020

Double Cleansing: Oil Cleansing or Milk Cleansing?

Aku ni baru je tahu pasal method double cleansing. Double cleansing ni kau buat cucian muka dua kali. First guna oil cleanser or milk cleanser. Second baru guna pencuci muka yang biasa korang pakai. 

Tujuan double cleansing ni adalah nak hilangkan minyak, makeup, debu kat muka korang yang dah seharian disidaikan di luar rumah. Kadang2 guna cleanser biasa je tak cukup. Memang muka lagi glow kalau guna teknik ni. Aku buat during night routine je, siang tak. Ada yang buat dua2. Bagi aku pagi2 muka aku memang clean (aceyhhh konfiden), sebab baru bangun tidur kan, jadah nak pakai makeup time tidur haha.

Aku pernah guna dua2. Oil and milk. Personally aku suka yang oil rasa lagi deep cucian dia berbanding milk cleanser. Milk cleanser aku pernah guna Nano White. Tak memuaskan sangat.

Oil cleanser aku pernah try dua je iaitu Biore and Simple. Biore murah dari Simple and personally aku suka Biore sebab bagi aku lagi best haha. Simple dah la bau minyak masak and rasa tak clean sangat. Ada yang cakap Biore tak elok, depends pada kulit masing2 kot. Kulit aku ni desa je, nak barang mur mur je 😝

Cara pakai dia, just pump an appropriate amount on your dry palm. Then gosok lah. Aku suggest ambil masa 60 saat untuk cuci muka korang. Kira la dalam hati or set jam haha. Boleh you tube kelebihan dia. Memang rasa bersih muka.

Lepas ni aku nak try oil cleansing Hada Labo, Nutox dengan Muji. Aku memang tukar2 skincare ni haha. Selamat mencuba.

9/03/2020

Air Asia - Credit Account

Sepatutnya bulan ni aku dengan Suami bercadang nak ke Perth, tiket dah dibeli. Tapi sejak Covid memunculkan diri tanpa dijemput ni, kitorang memang dah redha dah tak jadi pergi. Nasib la awal tahun dulu time nak cari penginapan Suami aku suruh tangguh dulu. Tup2 bulan 3 taraa here I come, Corona said proudly. 😤

Hari tu time kat Kuantan sembang2 dengan Suami pasal benda ni. Tengok2 malam tu Air Asia bagi email cancel flight. Dalam email dia bagi arahan macam mana nak tukar ke Credit Account (CA). Hari Selasa baru aku buat dekat desktop.

Kau tekan je link yang dia bagi automatik akan connect terus ke chat AVA. AVA tu robot Airasia yang akan proses CA kita. Dia akan minta booking number, family name and departure city. Senang sangat proses dia. 

Semua proses yang berjaya AirAsia akan emel progress. Semalam aku dapat emel yang permohonan aku sedang diproses, tup2 pagi ni dapat emel tiket aku dah di kreditkan dalam CA aku. Alhamdulillahh. 2 hari je proses. Nak tengok CA log in Air Asia, pergi kat menu ada menu CA. Tekan jeww and taraa. Boleh cek via website je, apps mobile tak boleh.

Dia bagi amount exactly harga tiket cancel tu. Boleh diguna dalam masa 2 tahun dari tarikh amaun dikredit ke CA. Kalau harga tiket (boleh termasuk luggage, meal) next yang korang nak beli mahal sikit, balance boleh bayar guna online banking or kredit kad. Kalau CA ada balance, boleh guna untuk next purchase. 

Thankyou Air Asia for fast service. Time puji kita puji, time kecam kita kecam haha. Aku dan Suami dah bincang nak pergi mana guna CA tu. Tunguuu. 

8/24/2020

Iphone XS Max masuk air. Alahai.

Aku pakai Ip XS Max ni baru setahun. Elok je aku beli, 2 minggu lepas tu keluar Ip 11 hahaha berengsek. Aku sayang handphone ni sebab aku beli time aku tengah dalam mood dukacita. Dia ibarat menemani aku. Gitu. Kamera dia pun paduaq.

Sayang2 pun aku terpecahkan glass belakang dia, jatuhhh bahaha. Retak 1000 seperti mana retaknya hatiku haha. Aku biarkan keretakan tu sebab aku tanya nak repair kos antara RM270-RM380. So biar dulu, kita cover pakai casing je.

So time aku pergi sungai tu mestilah nak posing2 kan plus Suami aku pandai ambil gambar, bonus di situ hihi. Time tu aku nak pergi dekat dia nak pass handphone letak atas batu, sekaliii aku terpijak batu licin, aku dengan handphone terendam. Tahniahhh! Haha

Tapi still boleh guna. Suami aku suruh off tapi aku tak off for the fact Ip tu actually memang water resistant tapi aku tak juga consider the fact that glass belakang tu dah pecah. Haha bodo piang, tulah tak dengar cakap Suami jugak tu.

On the way balik aku nak charge tak boleh sebab dia keluar noti yang charging port tu berair. So tunggu je la dia kering kononnya. Balik rumah letak dalam beras (petua katanya). Letak dalam 2-3 jam je. Lepas tu guna macam biasa sebab dah boleh charging waktu ni. 

Bangun pagi esoknya tengok ada bintik2 berbentuk garisan memanjang dekat screen tapi lama2 dia hilang. Ah sudah. Tapi aku masih berfikiran positif kata ni semua dunia semata haha kata ni hanya sementara. 

Bila tengahari ada keluar line hijau, mula segaris nipis lama2 segaris tebal. Walaweiii hahaha. Dan tanpa warning tetiba screen shut off. Wehhhh! Ottoke? Bagitau Suami aku biar dia serabut sama haha. Dia pun tolong google itu ini, tanya sana sini memang kena repair la cerita dia.

Time tu aku dah nak balik KL. Handphone masih on so boleh connect dekat Iwatch untuk baca and reply message or jawab call. Alhamdulillah. Sampai je rumah aku terus on kan sim dekat handphone Vivo aku yang aku dapat free and tak pernah guna. Alhamdulillah ada handphone spare.

Malam Isnin runner ambil handphone aku untuk repair. Konfiden kan aku bagi kat runner je without resit ke apa haha. Runner tu kerja tempat repair handphone tu jugak la cerita dia. Dia boleh buat apa je pun kan sebab handphone memang rosak haha.

Aku repair dekat rocket.repair (nama IG). Servis okay, customer service pun okay siap boleh pickup handphone without any charge kalau dalam radius beberapa km. Tapi melayang la RM1340! Huaaaa. Handphone siap dalam 3 hari sebab aku tukar back glass tu sekali. Kalau untuk repair water damage tu dalam sehari je boleh siap.

If water damage bateri automatik kena tukar. So handphone aku memang macam handphone baru la. Battery tukar, LCD tukar, back glass tukar.

Ni kos aku kena:

Chemical cleaning -RM90

Back glass - RM250

Battery - RM250

LCD - RM750

😭😭😭

Nasiblah salah sendiri. Degil taknak dengar cakap Suami pulak tu, ni la padahnya bahahaha. Btw, thank you Suami for your support 😉

Bagi aku kedai tu recommended. Battery and LCD ada 2 months warranty. Harga standard aku rasa tapi back glass tu murah daripada apa yang aku pernah tanya sebelum2 ni. Kerja pun nampak kemas. LCD lepas tukar pun sedap je sentuh, no problem at all. Katanya LCD original, ntah la. Selagi touch dia padu I dont have any issue. 

Konklusinya kalau air masuk handphone, matikan terus dan ikut petua letak dalam beras for 24hrs. Bersabar la sikit. Konklusi selanjutnya, kena lebih berhati-hati dan dengar cakap Suami bahahaha.

8/10/2020

Review Iwatch 3

Ehemm. Haha. Bukan nak riak, just nak hasut korang terjebak sama. Dari aku kecik aku tak pernah beli jam sendiri. Time UPSR ke PMR ntah Pakcik aku hadiahkan aku jam Adidas, lama jugak aku pakai, beberapa kali tukar tali. Then SPM makcik aku hadiahkan jam Looney Tunes atas permintaan aku sebab asalnya dia nak belikan jam berjenama tapi jenis besi dan berkerawang. Wohh memang tidak la ye, time tu aku dah la separuh lelaki, geli aku nak pakai jam camtu haha.

Tapi time tu boyfriend aku tak suka aku pakai jam tu. So dia belikan aku jam Fossil. Jam dia bagi la aku pakai dekat 10 tahun or lebih. Bukan tak boleh move on tapi dah takde sape nak belikan jam lain. Haha. Plus jam tu elok and aku berkenan design dia. Simple, bermuka petak dan tidak bermuka-muka, tali leather. Aku dah mintak halal kat dia, dia pun ok je. Nasib bukan jenis meroyan mintak barang2 balik lepas putus, memang aku campak jam tu kat muka dia haha.

Dah kahwin pun aku still pakai jam tu and Suami aku pun takde masalah. Nasib dapat Suami yang cool hehe. Tapi sebab dah lama, pernah sekali ada bahagian kat tali jam tu koyak, Suami aku tolong jahitkan. Sweet takk?? Tolong jahitkan jam bini yang dihadiahkan oleh ex boyfriend haha. Then aku pakai macam biasa sampai la dia terkoyak kali ke-2 kat part lain. Walaweiii. Dah time dah ni, dah time.

Memang sejak dua menjak ni aku macam teringin nak pakai smart watch. Dah nak beli dah yang murah punya dalam 200++ tapi asyik berat hati je, entah kenapa. Bila dah tekad tu terus cari Iwatch kauu. Aku tengok series 3 tengah murah (berbanding yang lain), RM849 tapi semua store kat Malaysia dah out of stock. Aku ambil series 3 sebab tu je yang aku mampu and dia ada size 38mm yang suit dengan tangan aku. 

So aku order dekat Apple Singapore. Not bad la penghantaran dia dalam 5 hari dah sampai, as promised. Best ke tak? Bagi aku berbaloi and hope tahan 10 tahun haha. Aku baru pakai dalam sebulan. Memang rasa handsome bila pakai sebab aku suka jam petak. Reason aku tak beli jam selama ni sebab tak jumpa yang berkenan. Bagi aku jam kena ada tarikh and senang tengok. Aku paling tak suka jam jarum nombor roman. Walaupun kedudukan jarum boleh bagitau jam pukul berapa tapi aku tetap tak suka haha.

Jam ni kena charge 2 hari sekali. Tempoh nak charge tak lama sangat, tak sampai sejam. Jam ni boleh terima notification and boleh reply dekat jam tapi kau kene doodle la. Simple text would be nice. Aku ambil yang GPS je bukan GPS + Cellular. Kalau ada cellular ibarat kau ada 2nd handphone sebab dia boleh terima notification even handphone kau tertinggal dekat rumah. Yang cellular ni kena bayar fees sikit dekat telco, aku tengok Celcom dalam RM15 sebulan.

Jam ni boleh jawab call. Hari tu aku kat dapur, handphone dekat ruang tamu then Laki aku called so aku angkat guna jam. Not bad. Clear suara dia, suara aku kat dia pun clear. Benda lain macam smartwatch biasa la, boleh track activity etc, aku tak habis explore sangat lagi.

Aku suka apps Breathe dia. Apps ni ingatkan kita untuk ambil masa seminit dan tumpukan perhatian pada breathing. Dia akan guide bila nak inhale bila nak exhale. Best wehh, memang rasa calm. Kalau aku ngantuk aku pergi la kat situ and buat, Alhamdulillah hilang ngantuk. Hehe.

So far aku berpuas hati dengan jam ni. Harap berbaloi dengan harga. Nak beli Iwatch 5 memang tak mampu la nak. Jadi la Iwatch 3 pun. And jam ni pun waterproof. Hari tu time aku hiking Batu Putih aku terhentak jam ni kat batu. Woooo nasib baik pakai tempered glass, pecah baii tempered glass tu. So berhati-hati la ye. Dah la aku beli tempered glass tu mahai, RM50. Last sekali aku beli dekat Shopee je RM10, Laki aku pasangkan haha. Yang aku beli bukan tempered glass tapi macam satu plastic hydro gel katanya. So far ok la, taknak bagi calar je. Tapi yang ni tak tahan hentakan aku rasa. Wuwuwu.

Bila aku dah pakai smartwatch ni Laki aku pun dah hint dia nak beli Suunto weh. Taknak kalah yee. Suunto lagi mahal, yang dia kenan harga RM2-3k. Aku just boleh bagi semangat untuk dia kumpul duit je la haha. 

6/05/2020

Epilator vs Shaver

Korang tau tak epilator tu apa? Aku survey ramai yang tak tahu. Meh aku tunjuk rupa dia sikit
Aku dah pakai epilator sejak tahun 2016. Bagi aku best walaupun mula-mula perit jugak woi dia tarik dari akar. Sayang sebab aku lambat tahu. 

Epilator ni ada banyak jenis. Ada yang wireless ada yang kena plug in, ada yang boleh kena air ada yang tak boleh. Selalunya yang plug-in tak boleh kena air.

Aku beli satu set dulu dalam RM200++, a very good investment, dah 4 tahun pakai, still work well. Kalau beli shaver selama 4 tahun ni pun dah 200 lebih aku rasa. Nak pergi buat kat kedai pun mahal, so buat sendiri lagi bagus. 

Kelebihan guna epilator ni bagi aku dia tak menghitamkan kulit and dia cabut dari akar. So bulu baru yang tumbuh lebih halus dan lambat tumbuh. Sebelum epilate, kalau rajin (haha) aku exfoliate guna scrub dulu. Lepas dah epilate letak aloe vera untuk sooth kan balik. 

Hari tu aku balik kampung lama malas bawak so I opt for shaver. Lepas tu menyesal sebab cepat tumbuh balik and kasar haha padan muka, sape suruh jadi pemalas. 

Kalau korang ada extra money, invest la benda ni, berbaloi. Sakit ke tak? Bearable. Lagi lama pakai lagi less pain. Korang jangan epilate time bulu merimbun sepanjang semak belakang rumah pulak, kalau panjang sangat gunting dulu sikit. Time panjang memang sakit la oi (aku agak je). Euww gila siapa yang suka simpan bulu panjang ni. Tapi jangan pendek sangat nanti mata epilator tu tak dapat grab pulak.

Sekian perkongsian hari ini. 

5/15/2020

Shopping tapi dapat duit?

Musim tengkujuh ekonomi sekarang memang semua orang pun struggle cari duit sana sini. Dalam konon takde duit tu laju jugak tangan shopping online. Lemah betul la aku dengan Shopee ni sebab time bosan aku suka window shopping kat sana tapi kekadang termasuk dalam bakul jugak. Lepas tu Suami aku bising 'Nadiahhhhh, beli apa lagi tuuu?' Haha dia kalau nak marah aku memang panggil nama siap khokholah. 

So bagi memberhentikan bebelan dia, aku pun cerita la yang aku shopping ni dapat pulangan balik. Sebelum ni aku shopping online guna ShopBack tapi entah kenapa ShopBack dah tak support Shopee and Lazada. Tu je la pun aku selalu shopping.

Pulangan dia takde la bomm kebabommmm. Dapat la sekali beli dalam 6% tapi siapa nak bagi woi? Aku ni sejak PKP je rajin beli online, kalau tak takde la sangat. Tu pun duit aku terkumpul dekat RM50 jugak woo. Aku tengok ada yang beribu, weh korang beli apa? Maruah? Haha. Bagi rakyat marhaen macam aku, RM50 tu dah banyak dah. 

So bila ShopBack dah tak support Lazada and Shopee, aku terjumpa alternative lain. Milkadeal nama apps tu. Aku tengok banyak jugakk kedai dia support, macam masyuk jeeee. Hehe. Ni antara kedai maya popular yang dia support. 




Banyak kan? Ni baru suku yee. Banyak lagi options lain.  Apa lagi download la. Untung atas angin orang cakap. Nah aku bagi link untuk download:


Lagi satu apps korang boleh try My Smart Shopper (MSS). MSS ni boleh guna untuk bayar bil2 korang. TNB, air, Celcom, etc. Nanti kau dapat cashback and points. Cashback dia tak la banyak sangat tapi boleh la dari takde kan? Points tu boleh tukar hadiah. Memang bercinta la sikit nak kumpul tapi effort apa je yang kau perlukan? Once again, untung atas angin haha. Alang-alang korang memang nak beli barang and bayar bil tiap bulan kan, dah ada peluang jana income and dapat barang, why not?

So aku dengan Suami aku deal macam ni, aku uruskan akaun Milkadeal so dia nak beli apa2 aku akan belikan. Dia urus akaun MSS, so segala bil dia yang bayarkan guna apps. Bijak ke tidak? Haha. Nanti dah withdraw cashback boleh belanja masing-masing candle light dinner haha. 

Macam dekat MSS aku dah cakap kat Suami aku, aku nak claim  Electrolux Vacuum Cleaner yang memerlukan points 62, 440, yang mana kitorang baru ada 100 points huahuahua. Gigih kan? Usaha tangga kejayaan siszzz! Haha.