”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label sikap kendiri. Show all posts
Showing posts with label sikap kendiri. Show all posts

6/30/2017

Zodiak; Aries

Aku suka baca zodiak. Aku berzodiak Aries iaitu zodiak 'sulung'. Kalau sulung ni melambangkan kepimpinan dan kelahiran. Kalau baca karakter-karakter zodiak memang 90% kena dengan karakter aku. Kalau bab meramal masa depan tu aku tak percayalah.

So aku wonder, adakah orang yang dalam signs yang sama mempunyai circle characters yang sama? Aku tau sorang yang sama birthday dengan aku, perangai sebijik macam aku haha. So aku akan senaraikan karakter aku based on zodiac, siapa ada zodiac yang sama and karakter yang sama sila angkat tangan nanti aku create group kita dengan nama 'Perangai Serupa Tongkang' Haha.

1. Aku tahu lebih dari apa yang orang sangka aku tahu. Faham tak? Haha. Kekadang aku tahu benda tu tapi aku diamkan sebab aku nak tengok karakter orang yang kononnya maha tahu bab benda tu. Kekadang pulak saja aku nak tengok sejauh mana benda tu boleh pergi dengan orang tu beranggapan bahawa aku tak tahu. Berbelit sungguh ayat aku. Harap korang faham haha.

2. Aku tak suka bila aku emosi. Haha. Aku orang yang sangat calm, bukan nak riak I have strong will to control my emotion. Kalau putus cinta pun aku tak meroyan. Aku selalu berpegang pada prinsip 'your lost, not mine, I have nothing to lose'. Sebegitu sekali kekonfidenan aku haha.  

3. Aku tak suka disuruh dan aku tak suka orang persoalkan pilihan aku. Yes ego. Aku memang ego. Benda yang aku niat nak buat tetiba ada orang arah aku buat especially dengan cara yang tak menyenangkan memang mati terus niat and sampai sudah aku tak dibuat apa yang disuruh. Haha. Aku suka shopping sorang sebab aku tak suka orang complaint pilihan aku especially complaint yang tak dipinta. Eh suka hati lah aku yang nak pakai, kau sebok kenapa? Ha gitu. Haha

4. Dalam hubungan once aku dah sayang, aku akan terima kekurangan dia dan kekurangan dia takkan effect apa-apa kat aku. Bab hubungan I can say I tolerate well, very well. Benda yang aku boleh pejamkan mata, aku pejamkan je mata. Dalam hubungan aku akan elak konflik, benda yang tak boleh elak jarang la gaduh, dia clash terus! Hahaha. Aku tak suka benda yang serabut. Kalau aku rasa aku memang dah tak boleh nak tolerate, off me go. Aku yang akan pergi.

5. Pain make your stronger, heartbreak make you wiser. Yes indeed. Benda tu takkan buat aku jatuh tapi buat aku bangun. It relates with ego. Kau fikir kau buat aku jatuh aku tak boleh bangun balik? Kau fikir aku nak meratap merayu kat kau? I'll be better and you'll regret what you did to me. Haagituu.

6. Setia. Kahkahkah. Serious aku tak pernah curang. Cuci-cuci mata wuuu wuuu tu pernah la. Hahaha. 

7. Kekadang aku taknak bercakap. Hahaha. Aku ada benda nak cerita tapi bila sampai mood taknak bercakap tu memang satu cerita tak keluar. Kalau orang tanya pun aku jawab sepatah-sepatah je.

8. Don't worry about pleasing everyone because it's impossible. Yeszaa. Aku hanya concern kan small circle aku je, yang out of the circle memang aku tak ambil peduli, nak hidup ke nak tertonggeng ke nak mengata aku ke nak sanjung aku ke, suka hati korang lah hidup korang.

9. Berdikari. Aku sangat berdikari dan aku tak suka nak mengharap pada orang sebab aku tak suka perasaan menyusahkan orang. Selagi aku boleh buat sendiri aku buat. Hari tu aku nak ubah kedudukan perabot dalam bilik aku. Aku buat sorang. Semalam Mak masuk bilik Mak tanya aku ubah dengan siapa, aku jawab la, sorang je. Aku beli kabinet DIY semua aku pasang sendiri, bertukang lah aku. Kepuasan bila dah siap tu tak terungkap. Rasa gagah dari sesetengah jatey hahaha.

10. Tak suka mulakan sesuatu especially text orang, rasa menggangu. Nak berkenalan pun aku tak suka mulakan sebab tu aku tak ramai kawan yang hi hi ni. Selagi orang tak tegur aku memang membatu la aku kat situ main handphone ke apa ke. 

Okay tu je buat masa ni, nak cerita semua karakter aku based on apa zodiak cakap memang sampai raya haji tak habis, aku dah hidup 27 tahun kot. 

4/15/2017

Kecik hati

Hidup ni tentang pilihan. Dan aku selalu buat pilihan yang akan menyenangkan kepala otak aku.

Orang cakap aku easy minded. Yes, I'm. Aku tak suka la serabut-serabut ni. Menyemak.

Ada orang cakap aku takde perasaan. Woo that's too much. Aku bukan takde perasaan, tapi aku banyak pilih untuk ignore kan perasaan itu.

Ada masanya aku kecik hati. Yang kecik, yang aku boleh ignore and terasa tu hanya singgah beberapa saat dan tak meninggalkan apa-apa kesan di sanubari. 

Bila kena time kecik hati tu aku terus fikir; 

Berbaloi tak aku nak drag benda ni? Tak berbaloi? Ok dismissed.

Kalau aku tolerate lagi memudahkan kerja tak? Memudahkan? Okay tolerate.

Kalau aku besarkan isu tu, apa aku dapat? Tak dapat apa? Okay stop.

Bila aku decide untuk tak ambil hal, perasaan tu pun akan berlalu pergi as ordered. Hati aku pun senang, kepala otak aku pun lapang. 

Mungkin tak semua orang jenis senang nak let go, tapi Alhamdulillah it's quite easy for me. Harap terus beginilah. 

Sebab tu kot aku jarang gila bergaduh dengan orang, sebab bergaduh ni merimaskan. Kan?

Aku cuba sedaya upaya aku jadi yang terbaik untuk orang sekeliling aku. Mungkin tanpa sedar aku ada jugak sakitkan hati dorang dan dorang pun tak ambil hal. Terima kasih.

Ada jugak masa level aku kecik hati tu agak tinggi (especially time PMS haha). Aku akan kaji kenapa aku kecik hati. Memang hati aku tengah mengada or memang pihak lagi satu yang bertanggungjawab. Kalau aku memang mengada, aku tampar sikit pipi sendiri dan cakap; 

'Ah kau jangan mengada Beron!'

Kalau memang aku terasa betul, memang hati aku tak boleh tolerate, aku akan diam. Pujuk diri sendiri. Akan ambil masa sedikit lama berbanding kecik hati level rendah. Dan aku akan questions diri sendiri;

'What I do wrong?'

'Where is lacking?'

Kalau puncanya bermula dari aku, aku akan minta maaf dan aku akan pujuk diri sendiri; kau takde hak pun nak kecik hati, kau yang cari pasal!

Kalau aku tak contribute apa-apa kesalahan kepada isu itu, aku tetap akan diam sampailah ditanya, itupun tak tentu aku jawab. Memaafkan lebih mudah kekadang. 

Lama-lama aku akan okay. One thing for sure, aku bukan manusia pendendam. Kau buatlah tahi macam mana pun kat aku, aku anggap itu pengajaran hidup untuk aku, something good to take a lesson from. Silap-silap bila aku dah betul boleh terima keadaan tu, aku siap akan doakan kebaikan untuk kau. InshaAllah. 

11/23/2016

My bad

Aku manusia yang tak fikir apa orang rasa, aku just tahu apa yang aku rasa and that's enough. Sebab dari apa aku rasa aku tahu limit aku, aku tahu niat aku so peribliskan apa orang nak kata.

Tapi tu lah sebab perangai aku macam ni ada musibah / masalah yang menimpa pada orang lain. Sebab? Sebab salah sangka padahal benda tu takde apa pun. Dan aku sedar aku tak boleh terus macam ni. Bagi aku memang takde masalah tapi bagi orang lain ye benda tu satu masalah. Aku tak boleh fikir diri aku je, aku kena consider perasaan orang lain, aku kena take into account benda-benda tu untuk menjamin kemaslahatan ummah. Haha. 

Aku mengaku aku orang yang mesra bila aku dah selesa dengan orang tu. Laki ke perempuan aku layan sama je. Tapi sebenarnya dengan kawan laki tak boleh dilayan sama macam dengan kawan perempuan. Seriously selama ni aku treat kawan laki dengan perempuan equally. 

Mereka ajak keluar aku keluar, mereka nak cerita masalah aku dengar, mereka nak nasihat aku bagi, mereka buat lawak aku gelak, mereka sedih aku tumpang simpati. Sama tiada beza. Bila aku dah anggap kawan bagi aku jantina tiada beza. Cuma dengan laki tidaklah aku bersentuhan atau panggil mereka sayang or sewaktu dengannya. Dari segi lain memang aku tak bezakan. Macam mana aku loyar buruk dengan kawan laki, begitulah juga dengan kawan perempuan, macam mana aku concern dekat kawan perempuan, begitulah juga dengan kawan laki.

Aku tak sangka cara layanan aku menimbulkan rasa tak senang sesetengah pihak. Aku tak sangka cara layanan aku disalah tafsir oleh kawan aku yang berjantina lelaki. Dan bila ditegur, bila aku kaji semula aku sedar dan akui cara pergaulan aku dengan kawan laki perlu ada limit dia. 

Ramai kawan-kawan laki bagitau suka kawan dengan aku sebab aku kelakar dan aku orang yang positif. Dan sebagai kawan I feel obliged untuk jawab setiap message dorang or call dorang or ajakan mereka untuk lepak sambil bergossip. Aku rasa bersalah bila aku terpaksa kecewakan dorang which tanpa sedar aku turut kecewakan pihak ketiga atas layanan aku yang tersebut.

Friends are matter to me. Aku tak banyak kawan, so yang mana ada tu memang valueable untuk aku. Kawan here bukanlah yang setakat hi hi bye bye, kawan in real friend context. Yang ada time susah senang jatuh bangun gelak duka, yang always there for you, yang never judge you for who you are. 

Ada orang cakap aku naive. Aku tak boleh nampak niat orang kat aku, aku nampak yang tersurat tapi bukan yang tersirat. Entahlah, ye kot.

To whom it may concern, I'm so sorry. I still digest the limit that I should put on my friendship (with guy) coz before this I thought friendship has no limit. 

Apa salahnya berkawan? Apa salahnya bergurau dengan kawan? Apa salahnya keluar dengan kawan?

Ada salahnya Nadia. Memang ada beza pergaulan antara kawan laki dengan perempuan. 

I'm sorry for any inconvenience. My bad.

11/02/2016

The happiest person is the saddest

Aku bersuara kuat dan lantang. Memang tak payah pakai mikrofon. Tapi aku selalu rasa suara aku biasa-biasa je haha. Aku dah biasa hidup dengan orang yang suara macam halilintar so bila orang cakap lemah lembut tali kecapi dengan aku, memang aku tak dengar woi haha. Telinga aku dah ada standard frequency dia, bawah sikit je terus siaran tergendala.

Macam-macam cara aku pernah kena tegur

'Woi aku kat sebelah kau je, yang kau cakap macam aku 2 marhalah dari kau kenapa?'

'Kau punya bisik macam orang normal cakap'

'Eh ni kau nak cerita dekat aso sana jugak ke?' *sambil tunjuk meja makan paling hujung -_-

'Maaf ye cik, suara dia ni memang macam tertelan microfon dari lahir, dalam badan dia ada amplifier' 

Penah juga kena tutup mulut. HAHA biadap semua orang. Family aku memang suara kuat-kuat. Rumah kitorang retak sebab suara sendiri la. Haha. Just imagine tok aku keturunan india, nenek aku cina, dua2 jenis bersuara lantang HAHA.  

Lagi satu aku kuat gelak. Aku mudah terhibur, dengan orang lain dan diri sendiri. LOL. I always have naughty and weird imagination in my mind. I always create a conversation within myself. Kekadang aku cakap dengan kereta dengan signboards, kadang-kadang aku cakap dengan semut tapi dalam hati je la, kau gila aku nak cakap kuat-kuat! HAHA. Kekadang aku angkat-angkat kening dengan anjing, kekadang aku sergah kucing yang tengah makan friskies. Kekadang aku belai kumbang. Kadang-kadang aku cakap dengan Beron.

Bila fikir-fikir balik, aku rasa aku gila. Ke korang pun gitu? Haha. Harap bakal suami aku redho.

Aku suka senyum jugak. Cikgu sekolah pernah tegur aku 'Nadia awak memang tak pernah ada masalah ke? Saya tengok awak ni senyum je'. Ha tu lah masalah saya cikgu, saya senyum je haha. Sampai ada laki pernah cakap aku suka dia sebab setiap kali terserempak dengan dia aku senyum. Dah tu? Takkan dia nak aku lepuk dia pulak. Macam tu ramai la orang aku suka. Wow! Haha. Tapi lepas incident tu, aku jarang dah senyum kat laki, aku jalan tunduk je taknak pandang. Sebab kalau pandang mesti aku senyum.

Ada sorang ustaz kat sini handsome woo walaupun dah tua haha. Tapi sebab dia ustaz takde la aku senyum  kat dia, aku just tundukkan sikit kepala. bajet-bajet sopan gitu. HAHAHA fake Nadia fake! Satu hari aku tengah gelak-gelak sekali ustaz tu lalu maka aku tersenyum kat dia. Then sejak hari tu kalau dia jumpa aku dia senyum dia tunduk sikit and bagi salam. Rasa macam nak gugur jantung aku terus rasa nak pakai purdah HAHAHA. 

Ye aku kuat main, aku kuat gurau aku jarang serius. Siapa yang betul kenal aku je aku nampak part serius aku. Sebab tu kalau aku PMS ke apa ke orang boleh perasan sebab aku jadi sikit passive and nampak dekat rias muka walau macam mana pun aku try hide. Sampai budak kantin pun akan tegur.

Aku jenis manusia yang hide sedih aku, taknak siapa tahu. Macam mana aku down pun aku akan lari dari orang. Kalau betul-betul nak burst aku akan keluar, lepak sorang-sorang. Selalunya malam la, aku cari tempat yang tenang tapi ada orang. Tengok orang bergembira boleh tenangkan aku sikit, aku boleh senyum tanpa sedar. Tengok family tengah bergurau, tengok orang main skate sampai tertonggeng, tengok budak-budak berlari sambil gelak, tu semua kind of therapy. Dah okay nanti aku balik la or if makin tak okay aku nangis sorang-sorang sebab tu aku pilih malam takde orang nampak aku nangis haha. Drama kuat kau ni

I know how to share happiness but not sadness. Aku rasa kesedihan tu satu beban dan beban tu biar aku sorang yang tanggung sebab aku tak nak orang lain rasa apa aku rasa sebab rasa tu benda yang tak best. 

Tapi aku paling tak malu dengan Allah. Lepas solat aku boleh burst terus tanpa sempat nak selindung dah. I know that I always have him, no matter what. I know He's always here for me. He knows I'm broken inside even I didn't tell Him. He has the cure.

Betul la orang cakap, kekadang the happiest person is the saddest. Perghhhhh padu ! HAHA. 

9/28/2016

My memory's storage

Weh busy weh hidup aku lately. Ni curi masa sikit sebab rasa blog makin hambar haha. Semalam dekat pukul 11malam baru sampai rumah. Aku agak suka kehidupan yang busy (yang tak stress kan aku) sebab aku rasa aku fully utilise hidup aku. Kalau tak aku rasa hidup aku hambar dan tidak berguna sama sekali hahaha

Aku rasa kan otak aku ni memilih jenisnya. Sebab banyak kali dah aku encounter situasi yang sama, waktu yang sama tapi aku ingat scene 1 secara jelas, scene 2 samar-samar dan scene 3 tak ingat langsung-langsung. Bukan je melibatkan kejadian malah manusia haha.

Semalam aku ada formal dinner. Then ada sorang pegawai ni sembang punya rancak  siap tahu nama aku. Aku pun layan kan je.

Persoalannya sekarang;

Siapa dia?

Mana dia kenal aku? 

Sebelum ni kitorang berjumpa kat mana?

Sebelum ni aku pernah sembang dengan dia ke?

Hahaha it's so confusing. Aku punya elak bercakap dengan dia yang memerlukan panggil nama sebab aku langsung tak tahu nama dia. Nasib baik la dia pegawai makanya aku boleh panggil dia Encik je. Aku tunggu jugak dia cakap occasion mana yang kitorang pernah bertembung tapi dia tak cakap.

Risau jugak aku dengan diri sendiri ni.

Ada benda yang jadi dalam hidup aku Mak aku and kawan-kawan yang lebih ingat dari aku. Sampai gaduh-gaduh aku dengan Mak pertahankan benda tu tak pernah jadi and lepas buat confirmation dengan kawan aku sah benda tu pernah terjadi hahahah

Oh why? Oh why?

Takkan ni effect aku kena jahit kat kepala 17 jahitan sebab accident dulu kot? 

Tapi Alhamdulillah benda yang penting yang aku pilih untuk ingat inshaAllah aku ingat.

So nak kata aku perempuan yang akan ingat tarikh 1st date ke pakai baju apa ke memang tak ye aku nak ingat. Buang memory aku je.

7/13/2016

Ciri-ciri introvert

sumber:Tumblr

Aku selalu rasa aku anti-social. Aku tak suka berdamping dengan manusia yang aku tak biasa. Aku tak suka pergi apa-apa majlis. Walaupun berdamping dengan manusia yang aku selesa, bila lama sangat aku rasa exhausted dan akan kacau mood aku dan mungkin mood mereka juga. Sian mereka. Aku tak tahu mereka perasan ke tak but I try to hide it. Ada sekali tu aku minta maaf dekat someone kalau dia notice aku macam takde mood time keluar dengan dia, dengan harapan dia akan cakap eh taklah okay je, sekali dia kata aah dia perasan but it's okay. I'm sorry, I can't help it. 

Aku sumpah excited nak keluar dengan family and kawan-kawan rapat, just bukan untuk masa yang lama. Aku cepat bosan, exhausted, rasa nak balik je. 

Dulu aku pelik kenapa aku cepat rasa exhausted bila keluar lama sangat dengan manusia lain, then aku terjumpa satu web pasal introvert . Memang exactly macam aku. Now aku faham dah kenapa aku macam tu, aku introvert rupanya. 

Aku tak suka shopping lama gila, aku tak suka survey barang, mana yang aku nampak dan berkenan aku ambil je, tak peduli harga kat situ lagi mahal dari kedai sebelah ke apa ke. Kalau ikut orang shopping lagi la aku rasa nak mengamuk haha sycho. 

Antara ciri-ciri aku yang tersenarai dalam senarai ciri-ciri introvert:

1. Kalau pergi mana-mana majlis or duduk dalam public transport, aku akan duduk paling dekat dengan pintu keluar. Senang aku nak bla.

2. Tak boleh lepak kat tempat bising. Aku paling tak suka pergi kenduri yang pasang lagu kuat-kuat tambah pulak dengan semua orang bercakap kuat nak atasi bunyi music. Rasa nak meletup kepala aku.

3. Aku suka berdua dengan orang yang aku rapat, tak suka berkumpulan. Kalau keluar berkumpulan aku lagi cepat rasa exhausted dari keluar berdua. 

4. Kawan yang tahu pasal hidup aku almost 90% sikit sangat. Boleh kira dengan jari. Ni bukan sebab trust issue, sebab aku malas bercerita benda yang sama berkali-kali haha. So aku choose beberapa orang je untuk aku cerita hoho.

5. Aku tak suka mula nak berkawan sebab aku tak suka small talk. Sebab tu aku jarang gila approach orang dulu dekat event apa-apa pun, senyum je dah memadai bagi aku. Kalau orang tu start dulu aku layan lah takde lah pulak aku buat pekak. Kuangjo sangat haha.

6. Aku suka bercakap pasal kehidupan, anything. Pasal percutian, life's goals, opinion on something, etc. 

7. Suka menulis. Yes. Blog ni bukti lah. Aku ada lagi satu blog yang aku luahkan side hati aku yang tak berapa best tapi tu aku sorang je lah tahu hehe. Sebab memang meluahkan melalui penulisan (typing) ni memang boleh buat aku lega.

8. Aku suka perhatikan gelagat orang. Aku boleh duduk dekat mall sorang-sorang leka perhatikan orang.

9. Plan. Ingat tak entri aku pasal aku tak suka plan aku dikacau? Ha memang itu perangai introvert. Aku suka plan dulu kehidupan aku seminit kehadapan. Apa aku nak cakap pun kalau ada masa aku susun dulu ayat dalam kepala otak.

10. Suka membaca, tengok movie, dengar muzik sesorang. Bliss.

11. Tak reti luahkan apa aku rasa. Kadang-kadang sendiri tak faham apa sendiri rasa, dah tu macam mana aku nak luahkan? Sebab tu most people yang kenal aku cakap aku takde perasaan. Bukan takde woi haha just aku tak reti nak express kan.

12. Suka explore nature. Aku sumpah tak pernah ada keinginan nak pergi London ke Paris ke or mana-mana bandar besar. Swirtzeland, New Zealand, Australia, Kashmir ye aku minat.

13. Aku lagi suka melepet dekat rumah dari keluar bersosial. 

14. Aku tak banyak cakap, aku lebih mendengar. 

Sebab aku suka buat banyak benda sesorang, sebab tu aku tak kisah aku takde boyfriend kot hahaha.

6/01/2016

Rutin yang sukar diubah

Aku tak tahu kenapa lately aku rajin jaga diri/jaga kesihatan/jaga badan. Mungkin sedar diri makin tua uhuk uhuk uhuk. Atau pun sebab bosan duduk sorang, so banyak masa nak layan diri sendiri. Dan rasa nak guna badan ni lama lagi, kalau panjang umur. 

 Aku  jenis manusia yang sangat suka bermain dengan masa. Bila aku dah setkan macam tu, aku akan buat macam yang dah ditetapkan oleh kepala otak aku, kalau tak buat or lupa buat aku akan kecewa.

Aku set kan setiap pagi aku akan minum lemon + honey atau green tea suam

Lepas lunch ambil vitamin C

Petang aku akan jogging kalau takde apa yang menghalang; cuaca dan nafsu lain haha

Malam aku akan makan buah atau susu kambing + kurma kalau tak craving macam orang gila tetiba nak makan Nasi Lemak yang tukang masak dia dah meninggal.

Selang sehari aku kena shampoo rambut. Oh by the way, aku ada masalah kulit kepala itchy, sebab kelemumur kot. Aku pakai Pantene dah lama, sejak lepas pantang hahaha sejak zaman universiti lagi. So aku rasa Pantene dah tak sesuai dengan aku, tetiba kepala aku banyak tumbuh jerawat :( Aku try pakai Selsun Blu tutup merah. So far berkesan walaupun agak pricey, terpaksalah aku gagahkan juga. Paling aku benci shampoo tu bau hospital!! Ahhhhh.

Okay sambung.

Aku dah setkan jugak hari Isnin dan Rabu time mandi malam aku akan lulurkan badan aku nak buang segala daki

Malam Rabu aku akan scrub muka dan pakai mask after that

So kadang-kadang ada benda yang aku tak buat or tak sempat buat or leka dengan benda lain, lepas tu aku kecewa. Bukan kecewa sebab nanti badan buruk ke apa ke (motif??) tapi kecewa sebab aku tak ikut set masa yang aku dah tentukan. Sycho.

Contohnya malam Rabu aku kena scrub muka tapi tertidur lepas Maghrib bangun nak Isya' mamai terus guna sabun biasa je. Lepas dah solat dah waras balik baru teringat. So aku akan kecewa. Aku takkan pakai dah malam Khamis ke apa ke, tunggu Rabu depannya pulak aku pakai balik. Seolah macam dekat direction ada bagitau boleh pakai Rabu je, kalau pakai hari lain nanti jadi Shrek. Sebab bila lari dari masa yang aku setkan, aku rasa aku betray diri sendiri.

Itu belum cerita benda lain lagi. Rutin aku pun aku tak suka diubah sangat. Lepas mandi pagi aku akan Subuh then pakai toner muka. Sementara nak tunggu toner meresap aku pakai deodorant dengan sapu losyen satu badan. Lepas tu pakai BB Cream sebab toner tadi dah meresap. Sementara tunggu BB cream blend dengan muka, aku pakai serum rambut. Then baru apply compact powder, eye liner dan lipstick.

Kalau aku terpakai deodrant dulu aku macam kecewa sebab nanti in between nak tunggu toner meresap aku macam buang masa. Tak boleh nak pakai serum rambut dulu nanti tangan jadi oily sikit and tak best nak letak BB cream atas tangan.

Aku kalau boleh sehabis baik taknak buang masa menunggu dan buat kerja 2 3 kali. So sebelum buat apa-apa aku akan setkan dulu dalam kepala otak apa patut aku buat. Contoh nak pergi gosok baju; apa aku boleh buat sementara nak tunggu iron panas? Selalunya aku basuh pinggan. Lepas gosok baju aku sangkut dekat rak pinggan sekejap then terus cuci muka dengan gosok gigi. Aku tak pergi sangkut baju dalam bilik dulu sebab nanti aku kena patah balik nak ke toilet.

Faham tak masalah aku yang membawa kepada kekacauan jiwa? 

Ya hampunnnn Nadiaaaaaaaaaaaaaaa! Kau dah kenapa? Sakit? 

Yeahhh perempuan memang sycho, nampak je normal. Hahahhaha.

Eh ke aku je?

5/26/2016

TERbeli

Sejak bergaji sendiri ni, baru aku sedar aku suka perasaan membeli tu. Bukan shopping tak tentu hala (yeke??) tapi beli benda keperluan bila dapat gaji; toiletries, groceries.

Aku akan senaraikan benda yang aku kena beli dan selalunya terlajak beli benda lain yang tetiba ternampak lepas tu mata tak lepas dari memandangnya walaupun dah tolak trolley dengan laju tapi dari pandangan sisi yang sipi tetap ternampak tetap tergoda tetiba terus buat emergency break, reverse sikit kalau perlu (ha kau satu nafas)

Ada juga benda yang aku senaraikan memang keperluan tapi bila pegang rasa eh tak payah lahhhh tunggu bulan depan lah.

Ada masanya aku ter-over shopping like OMG how it happened? Was someone hypnotic me? Can someone ensure that was me?

Contohnya kelmarin aku pergi Aeon sebab nak pergi Secret Recipe, teringin kek. Itu saja ye. Kek. KEK.  Aku singgah ATM dulu nak cucuk duit. Ontheway nak ke SR aku lalu depan kedai Crocs, nampak advertisement BUY 1 FREE 1. OMG WHO CAN RESIST THAT?

Aku masuk. Aku memang nak beli satu kasut Crocs bawak pergi pasar (cubaan menjadi Dato Vida) tapi tak senarai lagi dalam list pembelian aku coz Crocs can wait. NO CROCS CANT WAIT ANYMORE.

So end up I bought 1 pair and got FOR FREE another pair. I'm a happy crocodile.

Lepas tu pergi beli kek sebab perut dah lapar.

Lalu aku berjalan nak keluar Aeon. Jangan sesiapa (butik) tahan aku lagi. Jangan! Aku keluar dengan muka yang bengis. Tetiba terlalu depan SASA. Tetiba teringat BB Cream yang MUNGKIN nak habis sebab dah pakai 2 bulan.

Termasuk SASA. Tertanya BB Cream DR.G sebab baru review ramai kata best. Yang aku nak beli tu mahal sangat, tak mampu den, muka tetap kertu begitu walau pakai apa pun. So aku beli yang murah sikit jenama yang sama. BB Cream aku pakai sekarang RM45 untuk 15 ml, bermakna 1ml=RM3. Yang aku beli ni RM70 untuk 45ml bermakna 1ml=1.55. See, it's a long term investment! -_-''

Lepas tu orang tu berjaya goda aku beli mask (Mask aku memang dah habis tapi tak niat nak beli lagi). Berjaya jugak goda aku beli shower gel, memang shower gel aku nak habis tapi sampai bulan depan cukup lagi sebenarnya. Tapi banyak lagi godaan yang aku berjaya tepis. I'm proud of myself. Nak beli eye cream mahal sangat RM100++ T_T. Tunggu duit jatuh dari poket orang lain lah haha.

Kemudian aku terlalu depan Watsons teringat nak beli shampoo. Ye itu ada dalam senarai. Aku beli shampoo je sebab dah insaf.

Aku dah warning diri sendiri *cakap depan cermin*; Jangan beli benda yang kau tak perlu walaupun murah walaupun orang bagi free. Nanti kau buang je. Membaziaqqqq! Jadilah seperti Nadia yang berhemah, jangan jadi Nadia yang mengikut hawa nafsu.

Btw, I love pay day!

Eh tapi kan, kenapa aku pergi Aeon sebab nak beli kek? Bukan ke ada kedai SR kat shoplot yang tak perlu menempuh segala nafsu yang bukan-bukan. Hmmm pelik di situ. I doubt that was me. Wahahaha.

4/20/2016

Introvert


                      

Aku terjumpa ayat ni dekat IG kawan aku. This is absolutely me! Aku memang tak suka small talk sebab tu semua orang rasa aku bosan bila baru-baru start kawan dengan aku. But I try to be nice but erghhhh boring gila soalan yang sama; Dah makan? Dah solat? Dah kawen belum? Zzzz. Cliche weh, mana ada orang hidup tak makan dengan tak solat err tak solat ada.

Aku lebih suka terus jump kepada topik yang boleh dibincangkan/disembangkan. Contohnya kenapa kaki kucing 4, bukan 6. Review mana-mana movie. Cerita pasal penyelewengan kewangan yang makin berleluasa (amboi, serius sangat ni), cerita kenapa perlu tengok Zootopia berbanding Kung Fu Panda 3, cerita pengalaman pergi mana-mana, impian hidup and so on. 

And yes bagi aku senyum pada stranger tu dah memadai. Aku yang sentiasa senyum pada stranger even time jogging pun, orang kata sombong lagi. Orang yang tak reti senyum tu apa pulak? Cantik? Haha. Aku bukan sombong, aku berat mulut hehe.

Aku memang most of the time kecuali time impromptu, aku akan digest segala benda yang aku akan katakan dulu. Perlu ke aku cakap macam ni? Orang sakit hati tak kalau aku cakap macam ni? Kalau ye, diam lagi bagus. Kecuali ada certain time aku tengah marah je aku tak boleh control, but surely I'll try to control first. Tak boleh control tu maknanya marah sangat and pms hahaha.

Kau berdiri depan aku dengan tegapnya, sihat la tu. Kau solat ke tak, makan ke belum not my business. I never bother about anyone's personal life kecuali within my circle la tu pun setahun sekali je kot aku small talk dengan dorang. Sebab hari lain memang joyah terus cerita isu Donald Trump contohnya haha.

Aku paling tak suka orang tanya benda yang dah jelas dan nyata. Call aku, aku angkat then tanya 'eh belum tidur?' Derr kalau aku dah tidur tak koser aku angkat. 'Tak mengganggu ke ni?' Kalau menggangu pun aku tak angkat. Dah pukul 9pagi message tanya aku dah pergi kerja ke belum, macam la tak tahu pejabat aku start 8pagi -..-

Kadang-kadang out of courtesy aku terpaksa la berbasi-basi jugak. Bila orang tanya aku soalan cliche, aku terpaksa tanya soalan yang sama balik walaupun aku tak suka that kind of questions -_-. Tapi tu lah kan, terpaksa la untuk memastikan kelansungan hidup hahaha.

1/28/2016

Fobia of baby bump

Semalam aku dapat sepupu baru, yang ke 34 hoi. Aku cucu yang ke 7. Bayangkan betapa banyak batallion bawah aku, sekali balik earthquake terus rumah tu. Ni bulan 5 nak masuk yang ke 35. *start menabung duit raya tahun ni*

Semalam anak Cumi (uncle) lahir, baby girl, dagu runcing ada lesung pipit and mata sepet. Aku orang first melawat semalam dekat Hospital Ar-Ridzuan Ipoh. Bagi aku best lah hospital tu, kita masuk je dia greet dengan salam. Setiap kali masuk waktu ada azan dalam bilik, pepagi ada tazkirah. Doktor pun Islamic, briefing tentang baby pun best. Malam pertama baby nurse jaga sebab bagi mak rehat cukup sebelum battle starts! Hahaha.

Aku excited sikit tengok Cumi dapat baby, dorang tunggu dekat 5 tahun jugak la. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki. Lagi satu aku excited sebab aku rapat dengan Cumi. Aku duduk serumah dengan Cumi dari dia form 2, lepas nenek meninggal Ayah take over jaga adik-adik dia. Then time aku study kat UiTM Shah Alam rumah dia belakang tu je, ramai orang ingat dia boyfriend aku bila dia datang hantar makanan. Haha.

Tahniah Cumi and Cutie for your baby girl. Semalam berdekah aku gelak bila Cumi taknak pegang baby sebab takut. I know what you feel. *pat your back*

Aku ada satu perasaan ngilu yakmat bila tengok perut ibu mengandung. Aku tak tahu kenapa, especially yang besar. Aku tak pernah pegang perut ibu mengandung, I just cant. I know it's only a mind set, but aku tak kuat lagi nak ubah mind set tu haha.

Dulu cikgu sejarah aku suka sangkut perut dia atas meja aku. Kau tak dapat bayangkan betapa aku rasa nak cakap 'please move your baby bump from my sight". Bukan aku tak suka, aku just ngilu. Aku rasa bila aku sentuh it'll explode. Pardon my weird imagination.

Hari tu makcik aku dah sarat mengandung. Aku baring atas katil, then dia datang baring sebelah aku dengan perut mengadap langit. So takpelah. Dia tarik baju dia sikit, so aku nampak betapa tegangnya perut dia. Aku terus mengiring tak pandang dah haha. Tetiba dia mengiring and I feel her stomach on my back. Ohmygod! Terus aku macam kaku kedu kelu tak bergerak. Dengan penuh berhati-hati aku bangun, time aku bangun aku pastikan less geseran berlaku.

Waaaa. Whats wrong with me? Haha. Aku try nak pegang tapi tangan aku tak boleh nak lekat, macam magnet kutub yang sama haha. Adik aku punya excited kalau dapat rasa baby bergerak, aku kalau orang panggil nak bagi rasa baby bergerak memang aku yang bergerak laju tinggalkan mereka haha.

Oh oh tiny little baby, the most fragile one, be safe in there. I won't touch you didn't mean that I hate you, I wuvv you so much but if I touch your mom's stomach, I afraid that it will hurt you inside. Be safe till we meet. I will cuddle you when you are 3 months and above. I also will buy you presents! Can't wait ha? 

12/14/2015

Aik, marah?

Hari tu bos panggil untuk penilaian prestasi. Alhamdulillah tak sangka dapat markah setinggi tu for my first year sebab aku rasa aku tak betul-betul reti lagi manage works properly. Ikutkan markah, gred aku A+, bangga jap walaupun rasa tak deserved haha. 

Then bos aku ada cakap;

Awak sorang je staff saya yang tak tarik muka bila kena tegur, kena marah. Yang langsung tak simpan dalam hati, yang act like nothing happens a second after awak keluar dari bilik saya. Yang bersifat terbuka.

Hahaha dah memang salah aku, takkan aku nak diva pulak tak boleh ditegur. Kau ingat kau siapa? Haha. Dah memang salah, admit je la and betulkan. Time muda ni la kita belajar bukan menyombong diri.

Lagi satu, aku sebenarnya tak reti beza orang tu marah ke tak unless dia mention dia tengah marah. Maybe sebab family aku semua bersuara lantang so orang naik suara sikit aku memang tak rasa dia marah. So sesiapa nak masuk family aku sila bersedia untuk pekak hahaha.

Even cara aku bercakap, siapa yang tak biasa pun selalu ingat aku marah. Haha tak weh, aku paling jarang marah orang luar. Memang suara aku kuat and cara cakap macam tu. Aku kalau dalam meeting tak payah guna microphone pun satu bilik mesyuarat boleh dengar suara aku hahaha. 


Hari tu time keluar dari mesyuarat, dorang bising bos marah-marah. Terus aku cakap dalam hati, oh marah eh tu? Haha. Lepas tu aku angguk je la dengar luahan perasaan mereka padahal aku tak rasa pun bos marah.

Dorang yang pelik ke aku yang pelik? Betul la tuh bila orang cakap aku takde perasaan. Macam mana nak bagi ada perasaan? Ada supplement tak? haha

11/21/2015

Apa entah masalah seorang Beron ni?

Aku rasa aku dah makin tua la. Bukan rasa Beron, memang kau makin tua, takde siapa dalam dunia ni yang makin muda haha. 

Aku sekarang cepat bosan and no fun. Sebab takde life selain kerja and family ke macam mana?

Aku perasan sekarang ni aku MALAS GILA-GILA nak bertexting dengan orang unless my favourite girlfriends hewhewhew. Group whatsapp lagi la aku pandang sepi. Padahal aku bukan ada benda lain yang berpekdah pun nak buat. Tapi aku lagi rasa tenang pandang kosong siling rumah dari  berbalas message dengan orang. Haha. 

Ni bukan masalah orang yang message aku tu, tapi masalah aku sendiri. I dont know what is wrong with my inner me while on the outside I look fantastic as always hahaha. 

I dont bother to ask back whatever (s)he asking me. Contoh dia tanya;

Kau sihat?

Sihat. 

Dah makan?

Dah. 

Dan cengkerik pun mula menyanyi kan lagu irama syahdu. Haha. 

Dan aku jarang gila reply bila orang text aku just bagi penyataan bukan pertanyaan. Contoh:

Assalam. Selamat pagi. Salam Jumaat. Have a nice day. 

Memang sampai sudah aku tak jawab. Paling tidak pun aku bagi emoji thumb's up. Haha. 

Ada yang bagi salam tapi aku tak jawab then cakap dosa tak jawab salam. Aku balas la jugak, aku cakap salam yang tak dilafaz tak wajib jawab. Diam terus dia haha. 

Yang message guna shortforms yang bukan-bukan and guna words yang tak wujud dalam kamus dewan lagi la annoying. 

Ucuk, anje, mamam, pale, otak, lu

Aku takde masa tahu nak layan benda-benda macam ni. Kalau ada benda penting nak cakap terus je cakap. Aku adalah manusia straight forward and direct takde kona kona. Cakap berbelit ni dah la aku tak faham, buang masa pulak tu. 

Maaf lah kepada sesiapa yang message aku tapi aku bagi bluetick or tak baca langsung. Sejak dua menjak ni berbalas message ain't my thing. Belum sampai musim lagi kot. Haha. I'm really not in mood untuk sembang-sembang kosong. Aku rasa aku dah mula develop jadi manusia yang bervisi dan matang la haha. 

Dulu aku tak suka call orang. Sekarang mula tak suka text dengan orang. Apa masalah kau Bairon? You are weird. 

Hari tu mak tanya aku pasal 'kawan'. Aku cakap tak sebab aku malas nak layan message2 ni, rimas, kalau fun tak pe jugak, ni boring! Hahaha. Lepas tu mak cakap

Ha lepas ni tak payah kenal kenal, kahwin je terus. 

Amboi, marah ke perli tu? Hahaha. 

Sekarang ni aku lagi prefer cakap depan-depan kot. Dah bukan umur aku nak main-main balas message ni. Not 24/7. Sekali sekala boleh la. Nak cakap apa duh message tak berhenti-henti ni?

Aku perasan aku malas message orang bila dia message aku nak taknak reply tapi bila jumpa depan depan seronok je aku bersembang dengan dia. Mesti dia pelik. Dalam whatsapp dingin nak mampus, dah jumpa tak berhenti bercakap. Gila apa perempuan ni haha. 

Kadang-kadang aku tak balas sebab aku malas nak type hahaha. Kronik tak tahap kemalasan aku? Tapi nak guna voice note pun aku taknak. Devices bukan best medium of communication untuk aku kot. 

Kadang kadang nak jumpa orang pun aku malas. Aku lagi suka cakap sorang sorang macam sekarang ni kot.  Omaigod anti sosial and psycho sangat dah ni. Hahaha lantok situ, mereputlah kau sorang-sorang. 

9/02/2015

Merdeka dah ke 58, tapi aku tetap pengecut.

Last week was a long weekend and I have love-hate relationship with long weekend. Siapa ja tak suka long weekend habaq mai. Tapi malam Isnin tu dah benci rasa nak apply cuti sampai kiamat. Haha inilah contoh manusia yang tak reti bersyukur. Aku lah tu.

Aku malas nak ulas isu Bersih ke kotor ke tengah kemas ke. Aku malas nak deklimasikan sajak untuk Malaysia sempena kemerdekaannya. Kat Mak Ayah aku pun aku jarang-jarang sampaikan rasa sayang, ni kan pulak kat Malaysia. Faham-faham sendiri la ye haha.

Disebabkan cuti sampai Isnin maka ramailah ambil kesempatan untuk berkahwin. Tidak termasuk aku. Sebab aku tak suka ambil kesempatan haha. So Ahad aku pergi kenduri Dinie. Tak sangka aku dah kahwin dah minah tu.

Tahniah Dinie. Moga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 


First time jumpa Ahmad Mikhail Haziq. Dobot gila weh, aku picit-picitkan sebab geram sampai Zul berjanji takkan bawa bayi dia jumpa aku kelak haha. Semalam Ibu Dobot whatsapp cakap BMI Dobot tak normal. Hahaha aku gelak sampai tak cukup nafas. Aku tak tahu BMI juga penting untuk bayi. Kalau aku jadi doktor, tidaklah aku sampai hati nak cakap depan Dobot yang BMI dia overweight. Haha.

Lepas balik dari kenduri Dinie, aku dengan Ros lepak tepi Sungai Perak sambil menikmati burger tepi jalan yang panas sambil berkongsi kisah hidup dalam cuaca yang mendung baru lepas hujan. Sungguh ini antara nikmat dunia. Hehe.

Hari Sabtu aku ke kedai spek nak tukar spek. Bodoh jugak ayat tu, takkan aku ke kedai spek nak tukar bateri kereta! Aku sekarang dalam fasa berjimat cermat (masih gagal) sebab sebab sebab aku malas nak ulas, korang fikirlah sendiri haha. Aku cuba la spek yang harganya murah untuk bingkai spek, mak aku komen "Tak cantiklah Nadia, macam spek pasar malam" Haha *ketawa sambil nangis*. Lalu aku pergi pilih di rak bingkai yang mahal tapi aku ambil paling murah dan paksa cina tu bagi diskaun kat aku. Lalu aku berjaya dapatkan spek less than RM400, ada warranty setahun, dan memuaskan hati ibu ku haha.

Aku rasa telinga aku sengetlah. Bila pakai spek jadi senget, aku kene adjust sebelah batang (is it batang we called it? What ever) bagi naik sikit means dia tak terletak betul-betul atas telinga. Aku cerita dekat Mak tentang masalah body system aku itu. Dan sambil kunyah keropok Mak membalas dengan ikhlasnya 'Kamu memang senget pun'

Lalu aku berhuhuhu sampai Subuh.

Eh korang tahu tak cerita Lepat yang anak dia dibawa lari ke oversea tu oleh ex-isteri minah saleh dia? Kenapa aku tanya ramai orang tak tahu cerita dia? Kemon keluar mastika kot cerita dia haha. Tapi aku bukan tahu dari Mastika. Aku tahu dari youtube sebab tertarik dengan kecomelan anak-anak dia dengan isteri baru dia orang German tak silap. Hebat Lepat ni, omputeh je bini-bini dia haha.

Last week aku beli buku dia, cerita dia sendiri bukan cerita media. Tajuk Buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang'. Bila tengok tajuk buku tu terus aku teringat cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang haha. Bahasa buku tu agak tinggi bagi orang yang dungu dungu alam bahasa macam aku. 

Tapi aku boleh faham la, ada yang aku tak faham tapi buat-buat faham. Buku ni dia pertahankan bapak dia yang media tuduh ajar ilmu sesat. Buku ni buat aku banyak berfikir. Lepat dengan bapak dia belajar ilmu Makrifat which aku tak tahu apa benda. Ilmu ni lah yang menyebabkan dorang dituduh sesat.

Sekarang aku curious apa itu ilmu Makrifat. Curiosity killed the cat. Dari bacaan aku dapat rasakan ianya bukan calang-calang ilmu dan boleh gila kalau tersalah langkah. Wallahualam.

Tapi banyak isi dalam buku ni memang buat aku sentap ke ruang paling dalam. Kira ruang yang belum aku sendiri teroka. Sentap aku masih di situ, bersendiri dalam kegelapan tanpa teman. Aku sendiri pun takut untuk ke situ dan selamatkan nya. Harap sentap aku jumpa jalan yang akan membebaskan ia.

Aku tahu Allah itu wujud, aku tahu Allah itu satu. Tapi kenal sungguhkah aku pada yang Satu itu?
Kenal sungguhkah kita pada Dia yang Maha Berkuasa itu? Kenal sungguh kah?

Aku sedar aku ni pengecut. Pengecut nak keluar dari comfort zone. Pengecut nak find out sesuatu yang baru. Pengecut nak terima dan adapt dengan sesuatu yang baru. Pengecut nak terima hakikat yang selama ni aku salah percaturan. Pengecut!

Ada satu page dalam buku ni yang aku nak kongsikan bersama. Salah satu page antara beratus pages yang buat aku sentap:


Makin tua aku makin dapat pedoman hidup. Hidup jangan kerja nak menghakimi/menghukum orang je. Kita bukan wakil Allah yang pegang kunci neraka atau syurga Dia. Mana yang baik kita ambil buat pedoman, yang buruk kita ambil as pengajaran.

8/27/2015

Dulu, masa aku kecil dan masih comel.

1. Dulu aku pernah tangkap seekor kumbang sebesar satu titik marker hitam. Aku namakan dia Minami. Aku simpan dia dalam botol asam taik idung. Aku tebuk 5 lubang guna jarum di penutup botol untuk Minami bernafas. Aku bawa Minami ke Kelantan. Sampai Kelantan Minami mati. Sebab aku tak bagi makan ke? Tapi kumbang makan apa ha? Aku syukur Minami mati depan mata aku, kalau aku tinggalkan kat Perak sian Minami mati sekor-sekor dalam rumah.

2. Dulu masa tadika aku pernah panjat pagar sekolah sebab nak berjalan kaki ke pejabat ayah. Hari tu ayah ambil lambat, pukul 12 cikgu tutup pagar sebab cikgu nak memasak untuk tengahari. Time cikgu masak, aku panjat pagar. Kebetulan ayah terserempak dengan aku di tengah jalan, ayah dah terlepas sebenarnya, dua kali dia pandang ke belakang baru dia datang ambil aku letak dalam raga depan motor. Mungkin dia tak sangka yang budak comel jalan sorang-sorang itu anak kesayangan dia. Kemudian ayah ke sekolah untuk bagitau cikgu aku lari dari sekolah. Ayah tak marah cikgu sebab aku yang panjat pagar. Ayah hanya bagi nasihat kat aku. Nasib baik ejen van putih masih tak berleluasa ketika itu.

3. Dulu aku main lari-lari dengan kawan-kawan lelaki lalu aku tersadung jatuh. Lutut aku luka parah sebab pakai short ketika itu. Ayah berlari dengan cemas lalu dukung aku bawa masuk rumah. Kemudian seminggu aku tak ke sekolah sebab sakit nak berjalan.

4. Dulu selain main race basikal dengan bebudak lelaki (perumahan aku takde perempuan sebaya, or dorang tak fun main barbie doll dalam rumah), kami juga menyusuri longkang cari berudu.

5. Dulu sebelum aku pindah ke kampung, kawan baik laki aku nangis, dia janji dah besar dia nak kahwin dengan aku. Masalahnya sekarang kalau terserempak dia malu-malu. Janji palsu! Hahahaha.

6. Dulu aku pernah protes dalam tandas sebab cikgu asingkan tempat duduk aku dengan kawan baik laki aku (orang yang sama seperti no 5) sebab aku boleh membaca dengan lancar, sedangkan dia masih merangkak membaca.

7. Dulu cikgu pernah letak aku sebelah meja guru sebab aku tak berhenti bercakap. Tapi duduk sebelah cikgu pun aku masih tak berhenti bercakap. Cikgu give up dan bersembang dengan aku.

8. Dulu aku pernah kena kejar dengan pengawas sebab dia suruh aku angkat tangan luruskan barisan tapi aku tak buat instead aku menjawab. Aku selamatkan diri di tandas perempuan. Bila petang dia kejar aku dengan basikal kat perumahan kami. Kurang hajar. Hal sekolah jangan bawa balik ke rumah. Begitu juga untuk prinsip kerja sekolah. Kerja sekolah kene siapkan di sekolah.

9. Aku pernah main gelongsor di bukit tanah merah. Sungguh seronok sebab bukit itu sangat tinggi, takde papan gelongsor setinggi tu. Balik rumah kena marah dengan mak sebab baju kotor dan koyak. Tapi sumpah berbaloi kena marah.

10. Aku pernah balik sekolah lalu jalan illegal yang berbukit dan curam. Sebelum sampai rumah sempat singgah kedai runcit beli aiskrim pong yang boleh dipatah dua dengan menghempukkan tengahnya di peha. Balik dengan keadaan gembira dan rasa adventure boleh panjat bukit pakai baju kurung. Langsung tak terfikir yang mak ayah risau macam nak pitam tak jumpa aku kat sekolah. 

8/24/2015

Dilema sang kaki

Pagi semalam aku pergi Parkson Ipoh nak cari kasut kerja. Kasut kerja aku dah rabak. Aku ada 3 kasut actually tapi aku tetap pakai yang satu tu je sebab selesa. Lagi dua tutup tak penuh. Tutup atas sikit dari jari kaki je, I don't like.

Tak suka beli jugak! Haha. Aku jarang pakai kasut before this, so aku tak tahu mana keselesaan aku. Rupanya lagi tutup penuh lagi aku suka. Plus lagi 2 tu tapak licin. Kalau macam boot lagi aku suka, nampak macho gitu haha. Aku tak suka nampak feminine hehe.

Dulu aku agak boyish sikit. Orang cakap kita akan dapat suami opposite perangai kita dan sebab ingin mengelakkan dapat suami pondan, aku berubah sikit-sikit hehe. Sampai mak kawan aku tak kenal la aku sekarag 'Ya Allah Nadia ke ni? Dulu tomboy' Bahahaha lagi sikit aku nak tersembur nasi kenduri yang aku tengah makan dengan penuh keayuan. Tapi kekasaran aku masih ada tersisa dalam badan ye. Bahahaha.

Eh mana cerita kasut? Haha

Okay, aku memang mark ada 2 kasut kat Parkson ni. Bila sampai je aku terus mintak size untuk dua-dua jenis kasut. Sekali habis size weh! T___T Hampa, patutlah kasut tu diskaun 50% semalam, dah nak habis rupanya. Lepas tu aku tawaf la shopping mall tu, jumpa 2 3 yang berkenan, semua takde size. I hate you!

Aku dah lah susah nak jatuh cinta sebab taste aku rare hehe. Sekali jatuh cinta tengok tak available. Macam tu jugak dengan manusia, sekali aku suka sekali orang punya daaa haha. T__T

Lepas tu pergi la JJ Kinta pulak, cuba nasib. Padahal Jumaat lepas pergi dah, memang takde berkenan pada pandangan pertama. Mana tahu berkenan pandang kedua. Rupanya nasib tak menyelebahi aku again. Cuba 4 5 pasang jugak, semua takde size. Aku dah berputus asa, pakai je lah kasut rabak tu huhu.

Mak suruh buat final round, ambil je yang mana ada size. At last jumpa jugak, display punya pulak tu. Taram je la labu, aku dah penat tawaf JJ, hampir rasa nak mengamuk dah.

Aku kalau nak beli sandal ke selipar jepun ke memang takde masalah sebab besar sikit pun takpe. Nak beli kasut memang membencikan. Kasut sukan takde masalah sebab boleh beli size kanak-kanak. Haha.

Kaki aku ni krisis identiti kau tau, kejap size 3, kejap size 4, kejap size 5.

Syukurlah ada kaki Nadia. Gulp!

4/15/2015

Betul bendul

Life has been so hectic these days. Ni pun aku curi masa sikit. I miss myself. But I proud coz I feel like I live my life to the fullest. Sementara bujang ni marilah kita workaholic. Kumpul duit, nak kahwin, beli rumah, belanja family, belanja diri sendiri, belanja orang yang memerlukan, pergi melancong.

Hari tu sembang-sembang dengan family. Cakap la aku nak beli rumah, ada auntie aku suggest kan beli rumah dua tingkat. Aku cakap aku tak suka, aku suka setingkat and ada kawasan lapang nak main badminton ke nak tanam bawang ke nak korek buat swimming pool ke nak korek buat kubur ke kahhhhh!

Lepas tu Che Man sampuk "Tak yah beli rumah besar-besar Beron, nak kiamat dah"

Hahaha boleh sound gitu? Sabo je laaa!

Hari tu ada orang cakap aku betul bendul. Caitttttt! Aku memang gini weh, kadang-kadang blur (yeke kadang-kadang?) Kalau benda tu tak, aku straight forward cakap tak, tanpa fikir jawapan aku mungkin akan kecilkan hati sesetengah orang. Tapi ye lah, dah tak, takkan aku nak ye kan?

Biar sakit terima kebenaran dari seronok hidup dalam penipuan.

Aku blur kenapa dia cakap aku betul bendul. Tengok, blur je kerja kau Nadia! Haha

Siap cakap aku kena dapat suami yang 'bijak' sikit. Kuangjorrrr! Sebab aku naive katanya. Eee aku tumbok jugak dia ni. I'm not naive, I'm being honest. Takkan aku nak menipu nak sedapkan hati semua orang. Kerja nak jaga hati orang je. Hati orang aku kena jaga, hati aku, aku kena jaga, takde masa aihhh nak jaga hati orang yang tak berkepentingan! Hahaha Emo pulak si Nadia ni pagi-pagi.

This week ada kursus Pembangunan Modal Insan Maqasid Syariah. Amek kau nama dia! Haha.

1hb - 6hb May aku cuti! Yaribaaa hongga hongga! Nak pergi mana eh? Mintak-mintak dah dapat gaji time tu :( Nak kahwin la! Hahaha

Fast Furious 7 pun tak tengok lagi sebab takde duit haha siannya hidup kau Beron. Hari tu ada orang nak belanja midnight movie, couple seats, tapi aku takde couple nak ajak. Aku risau pergi sorang karang 'couple' sebelah aku ikut balik rumah pulak haha. 

Malam semalam aku keluar sorang-sorang pergi JJ. Jalan-jalan cari makan. Aku jarang makan malam, tapi sebab PMS ni memang craving supo (serupa) monster. Aku tak kisah buat benda sorang-sorang, kadang-kadang better sorang-sorang. Just Mak Ayah risau la, aku tak risau pun! Haha

Dah la nak sambung kerja. Eh nak pergi toilet dulu. Sakit pulak perut terminum susu basi hahaha
-_-''

TWMA!

4/10/2015

I'm growing older

Ye Nadia ye, semua orang makin tua, bukan kau sorang je, takde siapa makin muda.
But I'm young at heart. Hahaha nak jugak.

Pagi tadi aku dengar phone ringing, aku ingat alarm, so aku slide, rupanya orang called. Nasib baik aku tak biar dia cakap sorang-sorang haha.

Then dia cakap 'Dah tua dah kau, dah 25, bila nak kahwin?'
Aku dah la separa sedar, belum solat Subuh pun, tetiba tanya bila nak kahwin, memang aku blur la apehal tiba-tiba sangat dia ni. Kalau ye pun nak tanya aku kahwin bila, tanya la lepas Jumaat ke lepas Isya' ke.

Then dia cakap lagi, "Selamat hari tua! Bla bla bla....."
Waktu ni aku dah duduk, then baru aku sedar, Ya Allah hari ni birthday aku! Hahaha. Semalam 11.30 aku tidur without any idea that today is my birthday. Tahun ni serius aku lupa birthday aku. Workload banyak sangat kot, sampai tak fikir benda-benda tu.

I'm kind of person that think birthday is not a big deal, it just your age increase and death is nearer. Sejak kecil (seingat aku), aku tak pernah sambut birthday, not my family's practice. First time aku sambut birthday when I was 20 kot, ke 21 tak ingat dah. Kawan-kawan kat UUM sambut kat court squash haha. I was so touched, not because it's my birthday's celebration, but because Allah gave me such an awesome friends :')

I don't mind people don't wish me 'Happy Birthday' and I also don't bother to wish theirs (except the loved ones). Just 'Happy Birthday', bring no meaning for me. Tak tahu kenapa ada rasa cenggitu haha. Maafkan saya yang kurang berperasaan. Orang yang aku wish memang aku wish panjang berjela and I mean it. 

But I appreciate those warm wishes. Thank you!

Kat whiteboard pejabat dorang tulis besar-besar "Happy birthday Cik Nadia". Ya Allah malu I. Rasa taknak keluar bilik. Ada yang ketuk bilik aku semata nak wish. Alolo sweet sangat ni. Siap announce dalam bilik mesyuarat lepas tu nyanyi. Sungguh ku rasa nak nyorok bawah meja meeting. Dato' siap nak sponsor kek. Alahai terharuu T___T Kalau dah dapat gaji, boleh belanja haha. Aku ingat dorang tak tahu birthday aku sebab aku baru masuk sini tak sampai 2 bulan. Macam mana la dorang boleh tahu?? haha.

Dah 25 dah aku, to be exact pukul 12.05pm karang. Tengahari rembang lahirnya, orang cakap lahir tengahari ni degil, memandai jeeeee! :P Haha. 25 is suku abad ke dekad ke jubli ke purnama ke sangkakala eh? Biarlah Haha

Everyday, not only on my birthday, I just pray that I'll be a better Muslimah. When you are a better Muslimah, you'll be better in every aspects of life. 

InshaAllah. Aameen. 

25 and nothing to proud of. Hmmmm

99% orang wish aku kahwin. Hmmm. Hahaha. InshaAllah

1/03/2015

Macam mana nak bersosial?

Ramai orang cakap aku sombong (How dare you?) Tapi bila dah lama kenal aku, ramai yang cakap aku gila (Again, how dare you?)

Aku bukan sombong weh, aku tak reti macam mana nak mulakan conversation.

Hai makcik, tengah sapu sampah ke tuu? Ada anak laki yang bujang tak? Dulu beranak normal ke ceasar?

Takkan macam tu pulak kan?

So I better remain silent. Unless you approach me first.

Aku sumpah tak tahu nak sembang apa dengan strangers. I will prevent to state the obvious, I will not too quick to ask about personal matters.

Someone texted me;
Hai Nadia
Hai
Eh tak tidur lagi?
Habis kau ingat ni saka aku yang balas ke apa?

Aku memang banyak diam dari bercakap, aku bercakap dengan diri sendiri dan dengan orang2 yang aku selesa je. Aku tak faham macam mana mak aku (or orang lain) boleh bersembang punya lama dengan random people. Mak aku memang peramah, kadang2 sampai aku naik marah tunggu dia habis bersembang haha.

Ada masanya pulak aku malas bercakap. Haha dasar kau ni Nadia, cakap pun boleh malas. Kadang2 I don't feel like sharing anything to anyone.

Kalau pergi kenduri kahwin, sesetengah orang akan masuk rumah tengok pelamin, tengok hantaran dan bilik pengantin. Akan sembang berapa hantaran, laki orang mana, bila nak sambut pihak lelaki bla bla bla. 

Soooo not me. Aku rasa awkward untuk tanya orang2 yang aku tak rapat those kind of questions. Lantak kau lah hantaran berapa pun, laki orang mana pun. Baik aku duduk luar repeat ABC ke aiskrim ke, berpekdah jugak.

Aku tak kisah orang tanya aku pasal personal tapi yang dasar je. Adik beradik ada berapa, anak ke berapa, ayah kerja apa. Mungkin sebab dah terbiasa dengan soalan2 ni di setiap sesi ice breaking.

Tapi aku pelik kalau orang tanya too deep. Gaji berapa sebulan, pakai kereta apa, dah beli rumah belum, kenapa tak kahwin lagi. Gila apa? Haha

Kadang2 bagi aku elok jadi busy body sikit2, at least we concern. Tapi aku belum tahap tu lagi. Kalau awkward sangat aku tanya la datang dari mana, lepas tu diam kalau dia tak tanya apa2 balik haha.

Ni kira aku dah improve banyak la ni. Dulu dengan family pun aku awkward. Duduk je dalam bilik, rasa kena sisih. Padahal tak pun, poyo je lebih feeling sorang2 haha. I try to mingle with everyone, eh no, the selected ones haha

Lagi satu, aku tak bertanya sebab bagi aku, kalau dorang nak share, dorang yang akan bukak mulut dulu. Especially bab masalah. Kalau nak bercerita, aku sentiasa sudi mendengar.

Ada bab2 pulak, aku tak akan bagitau kalau tak tanya, yang mana aku rasa tak penting nak bagitau.

Nadia tahu tak pasal benda ni?
Tahu
La kenapa tak bagitahu?
Tak tanya pun. Kau tahu ke?
Tahu
Dah tahu, buat apa nak tanya lagi.
Saja je la nak tahu Nadia dah tahu belum

Perlu ke? Haha

Dengan clients aku takde masalah sebab we talk about business. 

Tapi kadang2 kita kena buat2 ramah, kena langgar sikit prinsip hidup untuk bersosial dengan masyarakat.

Sometimes I prefer being alone but not lonely.

I really love my family and best friends because they are world to me. Kalau takde dorang, jadilah aku bagai katak bawah tempurung.

Aku susah nak cari kawan baik, Alhamdulillah Allah bagi aku yang betul2 suit dengan diri aku beberapa ketul kawan baik haha. I really Thanks Allah for that.

11/28/2014

Ignorant

Aku ni manusia yang tak berapa ambil peduli pasal orang sekeliling. Dulu lagi teruk, aku tak ambil peduli perasaan orang langsung kakaka. Tapi dah makin matured, I try harder untuk jaga hati orang sekeliling aku.

Tapi selagi kau tak kacau hidup aku, orang2 yang aku sayang, aku tak peduli kau nak kahwin 4 ke, nak skandal dengan suami orang ke, nak bercinta dengan beruk ke, nak beli kereta 3 tingkat ke, lantak kau la, hidup kau.

Sebab aku macam ni, I'm a better listener than advisor coz sometimes people just need our ears not our mouth.

Situation is getting weird bila someone important to society call kau whatsapp kau, mengadu hal ehwal rasmi yang rumit. Big issues. Like  him/her only trust you in that situation. Tell you apa yang dia tak puas hati dan macam berharap you come with  excellent solutions to the problems.

Krikkkk krikkkk krikkkk

I'm the worst decision maker/problem solver ever. It gives me tense. What should I say? What if she/he takes my words and thing getting worst?

OMG, that is your territory, not mine. I understand he/she needs someone to talk to, but definitely I'm not the one haha.

Selalunya, aku tak join group gossip bukan bukan tak tentu hala ni. Aku buat kerja aku. Tapi ada satu issue timbul that need me to get involve, have to.

Bila dorang tengok aku ni jenis tak ambil tahu hal orang lain, tak busy body, tak menyampaikan cerita, so dorang datang kat aku untuk bercerita dan percaya aku takkan menyampaikan.

Memang aku tak sampaikan, but can you please don't burden me with your problems dan ketidakpuasan hati kau pasal bla bla bla or whatever?

Aku diam means aku taknak involve. Kenapa drag aku sekali? Benci tau simpan cerita orang. B kata C, C kata B. Ntah2 belakang aku B and C kata aku. Who knows? You are not more than 'just-someone-I-know', neither family nor best friends.

Dah tua kan masing2? (aku muda lagi) Bahahaha. Matured please. Apa ke joyah sangat. Get your work done and ignore unnecessary things.  Boleh?

4/29/2014

Orang Kuale memang baik2 belake

Tadi aku pergi court Kuala, buat YBGK yang entah bila nak complete tu. Aku assist satu lawyer India, very kind young lawyer, banyak gila aku belajar dari dia. Da la handsome mihmihmih

Then nampak sorang Inspektor India, pun handsome. Weh kau apasal Beron suka orang India ni? Haha. Agak2 kalau aku nak kahwin dengan orang India En.Roslan bagi tak? Kakaka jangan harap!

Lepas habis kes, aku pergi minum dengan lawyer tu, macam2 kitorang sembang, especially about legal world la off course!

Tiba2 dia cakap dekat aku 'I found Kuala Kangsar people are very nice, much more proper than other towns people, talk politely, you can see it inside you'

Omaigodddd! First time dalam 24 tahun aku hidup orang puji aku sopan. Sebab jarang kena puji sopan, aku tak tahu nak react macam mana, 'no la you ni' *sambil senyum tutup2 mulut dengan tangan*, tu da gedik namanya, so aku senyum je, bajet cool, macam memang da biasa orang cakap aku sopan hahhaha kena puji cantik selalu la, tau la nak handle kah kah kah just kidding. Ini satu pencapaian yang membanggakan! Rasa nak ajak dia kahwin haha Harus tulis dalam diary ni hahaha. 

Tak jadi la nak pergi kerja kat Kelompo tahun depan, aku harus kekalkan imej sopan itu bertakhta di Kuala Kangsar. Hahaha

Kbye!