”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label practicum session ayyomaa. Show all posts
Showing posts with label practicum session ayyomaa. Show all posts

8/01/2013

Meraikan habis praktikal di Hotel Syuen, Ipoh.

Semalam aku habis praktikal. Syok bukan main, pukul 4.30 turun tangga office siap nyanyi2 girang. Tapi sedih ada jugak, walaupun baru sebulan kenal staffs kat sana, tapi dorang semua baik2, sangat helpful, boleh gurau sama2. Dengan lawyer aku buat main je. Boss kat sana pun tak buat kita stress.Tapi maaflah Puan Rose, bukan saya taknak sambung, tapi memang taknak haha. Saya nak berbakti kepada keluarga kejap sebelum start chambering pulak.

Lepas Asar aku menuju ke Ipoh, nak iftar dekat Hotel Syuen. Kemain, padahal ada orang belanja haha. Makcik aku ajak pergi, sekali dengan anak2 murid dia, budak IB MCKK. Haruslah berkenalan dengan budak2 yang bakal fly ke oversea. Bukan la nak jadikan anak ikan pulak, dorang tu 4 tahun muda dari aku oi. Just nak pesan beli kan wallet Fossil and sling bag Zara dari sana tanpa caj pengeposan hahaha.

Buffet dekat Syuen sorang dewasa RM30, kanak2 RM18. Banyak jugak pilihan makanan, tapi rasa so2 je. Amount aku makan semalam adalah anggaran dalam RM10.35 sahaja. Orang macam aku memang rugi bawa makan buffet.

Sekarang aku tengah sibuk uruskan report praktikal. Pffft. Pening kepala otak aku. Tak sabar nak Sabtu nak serahkan untuk di-bind-kan. Then pos, hah hilang beban.

Da la, nak siapkan sisa2 report. Tak haman hidup aku selagi tak siapkan perkara2 yang remeh itewww.

7/04/2013

Praktikum II

Aku start praktikal da, Isnin lepas, dekat firm area Kuala Kangsar je. Nasib baik start pukul 9pagi, takde la bangun awal sangat haha. Habis 5.30 petang. Nasib baik ada Azam dengan Tasha budak UIA, takde lah bohsan sangat.

Staffs semua ok, baik, boleh gelak sama2. Tapi tu la, firm aku buat convey, so majority kes pasal Sale & Purchase, aku da naik hafal agreement dia haha. Tu yang bosan sikit, hari2 kau mengadap benda yang sama, tak variety. Kadang2 takde keje, online je la keje aku, Wifi free kan haha

Aku habis 31st July ni. Harap bertabah. Da start kerja ni, takde life wohhhh. Malam2 tidur awal, sangat mak2. Bangun Subuh tidur balik kejap haha dasarr. Nasib baik lunch boleh balik rumah, takde aku stress duduk ofis sepanjang hari haha

Da kerja ni rasa takde masa nak update blog hahaha kekwat sebegitu rupa haha. Bosan la cerita pasal kerja, ye dak? Nanti aku pergi beronggeng bersuka ria, aku canannkan kat sini. Sementara aku menghadapi kehidupan yang kusam ni, biarlah aku pendam sendiri hahaha

1/23/2013

Problem is masalah u know

Semalam baru je aku cerita aku dapat firm dekat Kuala Kangsar kan? Dapat memang dapat, tapi dia suruh aku buat dekat cawangan Taiping. Ayommaaa. Setakat sebulan, memang aku malas berulang. Dari Taiping baik aku buat kat Ipoh, sama je jauh dia. T__T

Then mula2 ingat boleh buat dekat pejabat kerajaan yang ada bahagian law, baru ingat nak buat kat pejabat ayah aku je, bahagian land. Kalau aku pergi firm tu pun bahagian land jugak, pejabat lagi expert bab land. Sekali aku tanya lecturer, dia cakap tak boleh, kalau nak buat kena buat dekat Pejabat Guaman Negeri, or Bantuan Guaman Negeri, pun dekat Ipoh.

Faham tak perasaan malas nak berulang? Penat tau tak? Kos lagi. Tiada kehidupan normal. Pffttt.

Firms kat Kuala Kangsar ni ada 7 jewww. Major buat tanah. Biasalah orang Kuala Kangsar berbudi pekerti, tak buat jenayah haha. Kalau ada kes besar2 selalu dorang refer kat firm dekat dengan High Court, which are Taiping and Ipoh. Firm2 dekat KK ni pun cawangan je, induk (betul ke induk stand for HQ?) dorang still kat Taiping or Ipoh, sebab tu dorang suruh aku practical dekat Taiping. Tak berbaloi la nak berulang 2 jam pergi balik semata-mata untuk praktikal sebulan. 

Firms kat KK semua ayah kenal, kat pejabat dorang deal dengan ayah la, ayah recommend kan 2 firms je. Satu yang suruh aku buat dekat Taiping tu, satu firm Cina. Erk kalau boleh aku nak cari yang Melayu. Yang Cina tu buat semua staffs dia cong ceng cong ceng, aku nak buat apa kat sana, makan limau?

Tapi sebulan je pun kan, hentam je la mana2 firm pun. Kalau terpaksa, chambering nanti aku berulang la, tak pun aku duduk KL dengan makcik aku yang lawyer tu, chambering kat sana. Tapi stay KL is my very last option. Kalau dipaksa kahwin, aku sanggup kahwin hahaha.

7/06/2011

wordless wednesday..amboii, hari2 kau nak wordless Nadia!

orang duduk atas kerusi buat report, aku duduk atas meja main game -_-''

aku selalu rasa aku paling besar antara mereka tapi sebenarnya tak 
will miss u girls

lawyer buruk yang cantik to be haha

she's chinese and i'm malay. yeah! 1 malaysia - one

7/05/2011

hari2 terakhir praktikal (gambar) wordless tuesday boleh?

friends, tq for the memories :)

bila lawyer-entah-jadi-ke-tak buat perangai

bajet da grad -_-''

aku macam tido je haha

and presenting.......








student paling senget













berakhirnya satu episod kehidupan :)

Selepas sebulan, hari ni tamatlah dengan rasminya tugas aku sebagai student praktikal kat Mahkamah Tinggi Ipoh. Nak cerita ilmu yang dapat digali, penggali kubur pun tak tergali agaknya. Banyak sangat ilmu yang dapat, pengalaman dengan kawan2, yang dulu kat UUM tak bertegur sape, sampai time praktikal siap bertepuk tampar u olls! Mesra gitewww! haha

Semua staffs kat sana sangatlah friendly macam Thomas & Friends very helpful. Especially Pakcik Ahmad, Cik Tom, Abang Jep, Uncle Linggam. Tak terbalas rasanya jasa dorang. 

Pakcik Ahmad, thank you so much for everything! Pakcik ni banyak sangat tolong kitorang, arrangekan visitation kitorang, siap bagi hadiah lagi wa cakap lu. Kau ada? haha. Nanti saya kahwin, saya jemput pakcik jadi VIP eh? hehe. Hanya Allah yang dapat balas budi baik pakcik :)

with Pakcik Ahmad

To all the staffs, thank you for the knowledge! Mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, terlebih gurau, terlalu tepi tapi tak tegur, tersepak kasut kat surau, terbising time hearing, macam2 ter la. Kenangan kat sana tak kan dilupakan! Will miss you all. Special thanx to kroni2 dato' hehe :)

6/25/2011

seminggu sekali :)

Hamboih hamboih Saodah oiii, sejak praktikal ni, kemainn busy ye, nak update blog pun jarang2. Kesian blog aku ketandusan kasih sayang dari seorang manusia yang penyayang dan disyangi ramai hahahaha.Eh ok la, aku update semingu sekali dari setahun sekali. Tunggu aku habis praktikal, hari2 aku update nanti. Nasib baik tak kahwin lagi, kalau tak dengan suami aku terabai haha.

Minggu ni praktikal seperti biasa. Ada mooting, visitation, tidur dalam bilik mesyuarat, attach dengan officer, macam2 lagi lah. Semalam baru pergi bilik mayat. Oh oh kah kahena. Aku boleh je nak tengok mayat ke gambar orang hilang perut sebab kene geles ngan tayar lori balak ke. Gua ok je der, ok je! Just gua tak kan sentuh apa2 makanan dalam tempoh 6 jam selepas kejadian. Heh!

Makin hari makin malas nak praktikal. Tak tahulah kenapa, mungkin kecewa tak dapat cuci mata haha. Polis2 penjara banyak yang kacak2, ehem! haha. Ada sorang tu muka macam skandal Abby Abadi, bulu mata melentik you ollss! Tapi kekwat macam kau paling hensem dalam dunia ni. Boleh bla! haha

Ok la, tak tahu nak bebel apa da. Da lama tak menulis, macam ni la jadinye -_-'' selalunya baca kes setebal 248pages je, bagi aku novel lagi bagus!

*say whatever you want, do whatever you wish. I don't mind and I don't care at all.

6/12/2011

1st week at High Court Ipoh

Semuanya berjalan lancar. Students practical dari Unisza and UIA pun sangat friendly, baru beberapa hari jumpa da boleh gelak sama2, boleh bergambar sama2 :D Pakcik Ahmad yang jaga kitorang for 1 week ni pun sempoi habis padahal da sebaya ayah aku, bak kata dia 'I'm young at heart' hahaha. Tapi kitorang tak jumpa lagi supervisor kitorang sebab dia cuti seminggu hari tu

Macam2 yang kitorang dapat belajar. Melawat Legal Aid Department and Pejabat Penasihat Undang2, and gain a lots of knowledges. So far, orang yang entertain kitorang sangatlah peramah and tak kedekut ilmu. Alhamdulilllah :) Mintak2 la sampai habis praktikal semuanya berjalan lancar

Aku pening nak pilih tajuk report. Betul lah kalau bagi banyak pilihan pun susah nak pilih. Kalau suruh aku pilih antara Cyril Takayama, Johnny Depp, Ady Putra, Shah Iskandar and Zahiril Adzim, maybe aku kena istikarah jugak =P Log book untuk minggu lepas pun baru terisi 2 hari haha. Weekend aku penuh dengan aktiviti tidur and tengok TV. Selama seminggu aku rasa sunguh loser bila tidur sebelum pukul 11 malam and bangun time ayam pun tak gosok gigi lagi haha

Bila mak aku tegur 'baru praktikal muka da penat macam tu, kerja betul nanti macam mana? Kalau da kahwin lagi la takde masa rehat langsung'. Erk! Mak buat aku rasa takut nak kahwin haha. Kena cari suami suri rumah ni bahahaha. Aku penat sebab tak biasa lagi kot, plus aku travel hari2, sejam ohh! So exhausted. Tak kan aku nak tidur dekat St John Church dengan budak2 Chinese pulak kan? =P

Next week maybe pergi mortuary. Aku tak tahu aku pengsan ke tak kalau dia bawa keluar half dead body person untuk di post-mortem. Aku baru tengok gambar bedah siasat dari file of murder case pun aku da takde selera makan lunch walaupun si mati present in whole complete body. I can't imagine kalau aku tengok depan2. Erk! Doakan aku tetap cool babeh! =P

future lawyers (maybe) with pakcik Ahmad :)

6/07/2011

update orang bekerjaya memang begini. tehee :)

Semalam aku start practical kat High Court Ipoh. So far, judges, lawyers and all the staffs are really kind, helpful and joker sometimes. Aku travel hari2, start pukul 6.45pagi and sampai rumah balik 6.15petang, what a hectic days! Makanya setiap malam paling cikai tidur pukul 11pm, kalau tak esoknya aku akan drive on opposite road -_-''

Hari2 pakai baju black and white (borringgg!). Pakai heels 1inch! Lebih2 inch tak berani, karang aku tergolek depan lawyer handsome siapa nak ganti maruah aku?  Boleh dikatakan 1st time seumur hidup aku pakai heels, selama ni paling otai pun pakai wedges je. Boleh diiktiraf heels sebagai kasut terbenci aku dalam dunia sebab buat aku sakit kaki je! Sebab apa saya suka sandals? Sebab dia bestttttt! 

Kalau ada visit or masuk court untuk attend court hearing, kena pakai blazer, sungguh keparat korporat perilaku itu aku rasakan.

Will updates more later, on weekend I guess. Have a restful day people =P My days turn to uptown downtown (upside down)!