”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label resepi sesedap tekak. Show all posts
Showing posts with label resepi sesedap tekak. Show all posts

6/22/2015

Resipi sotong goreng butter telur masin

Ngantuk oi ngantuk! Lepas sahur dah tak boleh tidur sangat, terus bangun mandi and pergi kerja. Hari ni Pakcik aku drive, aku tidur-tidur ayam kat sebelah. Syokk rupanya ada driver. Nak hire driver la, ke kahwin lagi jimat? Hahaha

Dah nak masuk 5 hari berpuasa. Alhamdulillah masih penuh :P Dan masih berjaya berbuka dengan family. Dugaan puasa tahun ni, panas oi. Dehydrated gila aku, rasa nak teguk air masa ambil wudu'. Kanak-kanak sangat perangai tu. Sebab panas, nak tidur pun tak lena. So lesu lah aku di siang hari. Dengan aircond office sejuk, bertambah lapar.

Hek elehhhh Nadia, ujian kecil je ni. At least kau berbuka makan lauk mewah-mewah. Kau tak fikir orang yang nak beli juadah berbuka pun tak mampu? Hek elehhh sangat kau ni.

Jumaat lepas aku cuti sebab malas pergi kerja. Amboi sangat tu, malas je cuti, senang hidup haha. Aku rasa nak cuti sebulan setengah, tapi tak cukup pulak cuti :P

So Jumaat sampai Ahad aku tolong mak buat tempahan biskut raya. Kebas bontot duduk tak bergerak dari pukul 10.30pagi -2.30 petang. Sebagai upah, Mak nak belanja gua handbag raya. Kah kah kah! I likeeee. *ushar bag kat Zalora*



Nama biskut ni Black Magic. Tak tahu la sihir apa digunanya, tapi memang berhantu. Ramai gila order yang ni, lepas tu paling susah nak buat. Mencikkkk!

Kak Lang puasa tak?
Puasalah! *sambil kunyah biskut*
-_-''
Budak tak faham bahasa. Rambut dia afro. Hari tu dia mengadu dekat Ummi dia "Mi, Tak Lang bocan la dengan rambut ni"
Hahaha. Bukan bosan la word dia, rimas maybe? Pandai komplen :P 

Lepas Asar nak tunggu ke Maghrib memang hazab. Rasa masa tak berjalan. Dah la start bau makanan, bau makanan kat Bazar Ramadhan yang 7km jauh pun boleh bau :P  Klimaks hazab 5 minit terakhir haha.

Sedapnya sotong goreng butter ni. Sumpah sedap. Kejap-kejap, aku share resipi. Aku ni bulan puasa je rajin sedekah resipi. Hehe

Bahan-bahan
1. Sotong
2. Putih Telur
3. Tepung Beras
4. Butter
5. Cili Melaka (nak beli dekat Perak pun boleh, orang Melaka ada export)
6. Bawang Putih
7. Daun Kari
8. Kuning telur masin
9. Susu pekat manis

*Kuantiti ikut instinct please haha

Cara-Cara
1. Celupkan sotong dengan putih telur. Then gaul dengan tepung beras. Gorengkan. Dah siap, ketepikan.
2. Tumiskan butter bersama cili melaka, bawang putih (dicincang) dan daun kari. Tumis sampai naik bau.
3. Then masukkan kuning telur masin ke dalam tumisan tersebut, kacau sampai hancur. Masukkan 1 sudu susu pekat manis (jangan 1 sudu penuh sangat, nanti manis sangat pulak). Lepas tu letak garam secukup rasa (jangan rasa di bulan Puasa!)
4. Akhir sekali, campurkan dengan sotong yang telah digoreng tadi.
5. Tadaaa, dah siap! Alihkan dalam pinggan, hidang atas meja. Ambil camera, snap, masukkan dalam Instagram. Lepas tu kau mengadap la lauk tu sampai berbuka! Haha

Selamat mencuba!

8/14/2012

resepi puding roti

Kau memang cari nahas Nadia nak update resepi time tengah2 hari buta ni. Hehe. Aku dapat resepi ni dari Maria. Tapi yang ni takde sos kastard dia.

Bahan2:

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 50g gula
  • 235ml fresh milk
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • kismis
Cara2:
  • Toast roti - Jangan garing sangat
  • Siat roti - 4-6 slices 1 roti
  • Tabur kismis - Celah2 roti dan atas roti
  • Tuang butter yang telah dicairkan
  • Pukul telur, susu, gula, esen vanilla sehingga sebati
  • Tuang bahan2 yang da sebati dalam adunan
  • Biar kejap - sampai bahan2 tu da diserap roti
  • Bakar 180c (20-25min)

Ini hasil air tangan aku haha. Ni pertama kali aku buat dan aku makan. Aku sebenarnya tak suka makan kismis dalam roti ke, kek ke, nasi ke. Aku tak tahu kenapa aku buat. Ohhhh sebab makcik aku nak, so aku buatkan, bajet anak saudara mithali hee.

Sebelum mak makan, mak tanya aku, sedap ke? Aku jawab 'Entah, ni first time Nadia makan, bagi Nadia sedaplah' haha Tak malu cakap buatan sendiri sedap. Ayah gelak je. Takde la, aku tak pernah makan sebelum ni, so aku tak tau macam mana rasa dia sebenarnya. Mak cakap rasa kek buah. Aku suka sebab rasa milky2 sikit, tapi aku tetap tak suka kismis tu. Lepas ni, nak ganti dengan laici boleh?

Kalau adik aku buat ada sos kastard tu. Aku? Tak payah! Malas! haha

8/08/2012

resepi tagine

Hah mesti semua rasa salah masuk blog bila tengok tajuk entri aku ni. Yela, da 5 tahun berblog, 1st time nak tulis resepi dekat sini. Bukan apa, bukan nak mengajar orang, tapi simpan untuk diri sendiri haha. Tapi kalau sesiapa teringin nak cuba, dialukan. :)

Resepi aku dapat dari kawan aku, Dila. Selalu pergi rumah dia memang 2 tray dia buat tak cukup. Sedap 1 hal, memang dasar kuat melantak 1 hal. Dila kata nama dia Tagine. Tak pernah aku makan sebelum ni. Tapi bila aku buat sendiri, aku cakap kat sedara2 aku, aku masak lasagna jawa haha. Suka hati kau la Beron.

Jumaat lepas aku buat untuk juadah berbuka, Alhamdulillah 1 tray cukup, siap adik saudara bawa balik UiTM. Harap2 dia bagi pensyarah muda dia rasa. :D

Banyak cakap la Beron, mana resepinyooo? Ha sini2

Bahan2:
  1. 8 kentang (potong dadu) - tapi korang nak buat bentuk pyramid ke hexagon ke lantak korang. Kalau tak suka kentang sangat, kurangkan lah
  2. 6 biji telur ayam - telur itik tak tahu boleh pakai ke tak, telur puyuh sah tak boleh guna
  3. 2 paket kecil daging cincang
  4. 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  5. Daun ketumbar (ikut instinct/hiris nipis) - aku guna 2 tangkai sebab tak suka sangat bau dia
  6. Oregano leaves (ikut instinct) - Dila cakap nak guna oregano powder pun boleh
  7. Garam (ikut instinct)
  8. Black pepper (ikut instinct)
  9. Cheese sagat
Cara2:
  1. Goreng kentang tadi sampai kekuningan.
  2. Campur dan gaulkan hingga sebati [bahan 1-8]
  3. Masukkan dalam tray
  4. Bakar dalam oven, bukan dalam api. 180c [30-35min] - aku buat 35 min, nak garing2 sikit
  5. Bila oven da bunyi KTINGGG, keluarkan. Tabur Cheese bagi rata atas 
  6. Bakar balik dalam oven 180c. [5-10min]- aku buat 10min
Taraaaa! Maka siaplah. Mudah kan? Sedap pun sedap. Cheesy je. bagi tekak aku lah. Yang bahagian ikut instinct tu memang betul aku ikut instinct. Bila orang tanya agak2 berapa sudu aku guna. Aku jawab 'ikut sesedap tangan menabur dan berhenti bila hati cakap cukup' haha Boleh gitew?


Nak kata aku buat sedap gila tak la, tapi boleh telan haha. Tapi Dila punya air tangan memang tak boleh kalah. Ibarat dia punya ayam KFC, aku ayam KFD. Tak la jauh beza sangat C dengan D haha

Orang kata bila nak masak kena ikhlas, kena penuh kasih sayang, baru menjadi. Alhmadulillah, hari tu aku memang niat nak bagi orang bukak puasa makan. Siapa sediakan hidangan bukak puasa kan dapat pahala berkali ganda ;) InsyaAllah. 

Sebelum masak bacalah;
Bismillahir Rohmanir Rahimm
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bismillahil Kaafi
Dengan nama Allah yang Mencukupkan 

InsyaAllah menjadi :)

Ni gambar tagine aku buat. Tapi buruk sikit sebab cheese tak cukup tabur haha.

Lepas ni nak try alter nak campur sos spagheti tak pun tambah kiub ayam seperti dicadangkan Dila

Thank You Dila for this recipe :)