”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label selfcare. Show all posts
Showing posts with label selfcare. Show all posts

8/28/2023

MAY REHAB (Cawangan Station 18, Perak) - Chiropractic

2 bulan lepas aku injured time jogging. 1st sebab tak proper stretching (padan muka), 2nd sebab salah landing, track menurun bukit time tu. Seksa ooo, seminggu pertama tu, nak duduk antara 2 sujud pun cacat jadinya. Then dah ok, boleh jalan macam biasa, boleh berbasikal 20km gituh.

Tapi still tak boleh jogging, kalau aku paksa dia akan menyucuk dekat hamstring naik ke pinggang, worst was jari2 tangan aku kebas sama. Rindu gila nak jogging time tu. Biasalah manusia kan, time boleh jogging mengelak, time tak boleh rindu pulak haha. Sebelum injured tu aku dah steady dah jogging 5km without stop. Hnfff.

Dah 2 bulan tak setel2, Didi ajak aku buat chiropractic. Mana yang tak tau boleh tengok dekat utube. Didi pernah buat 2x dengan Chris Leong and Hans time kami duduk KL dulu. Chiro ni rawatan alternatif, dia fokus pada saraf, tulang belakang and muscle (kot) haha.

Kebetulan nampak iklan MAY Rehab baru bukak cawangan dekat Ipoh. Didi cakap dia ni popular jugak so mari kita ikhtiar. Memula Didi suruh aku je buat then dia nak join jugak. Kami amek pakej full body adjustment dengan harga pengenalan RM200 untuk 1 hour session.


Antara rawatan yang ditawarkan

Didi buat dulu. Memula dia akan stretch kan badan kita then baru la dia main tarik and kepak prak prak kat kepala, bahu, kaki, tengkuk. Then baru dia fokus dekat masalah utama, dia buat muscle massage etc. Didi punya badan dah 80% kot habis warranty haha. Dia kan pemain rugby memang semua point la sakit.

Tapi bebudak tu memang professional la, nampak muda tapi sebab memang dorang menuntut ilmu kan, semua point kena. Dorang pegang je tapi Didi mengerang macam nak beranak je dia aku tengok haha. Dorang cakap badan Didi keras tapi walaupun Didi 2x ganda grago dari dorang, steady je dorang kepak kepakkan Didi punya badan haha. Dah nak nangis dah Didi aku tengok haha.


Suamiku dinodai di depan mata tapi ku relakan HAHA

Sambil tongkat dagu je dia buat tu tapi Didi dah hantuk2 kepala dah haha

Settle 1 jam turn aku pulak. Jeng jeng jeng. Debo weh sebab 1st timer kan. Dorang akan tanya apa masalah utama kita then explain la. Proses dia sama je tapi therapists aku sedikit stress untuk stretch kan badan aku sebab dorang cakap aku punya reflex A+ haha. Bila aku reflex, dorang tak boleh nak buat kerja sebab nanti aku yang akan sakit. Banyak juga cubaan untuk lembutkan badan aku haha. Aku cuba wei tapi benda tu auto. Memang master dia cakap, wujud orang macam aku haha.

Sakit oi walaupun tak sesakit Didi sebab aku punya badan tak se problem dia. Time buat tu baru tau kaki aku panjang sebelah haha, dia dah betulkan. And bahagian bahu aku and side belakang belah kiri aku keras gila. Dorang massage nak pecahkan apa benda entah, sakit oiiiiii!

Dont worry ada therapist perempuan cuma bab nak tarik2 and kepak2 tu laki yang buat, dia je kot yang berkelayakan.

Alhamdulillah settle sejam yang sengsara tapi sedap hehe. Settle tu rasa ringan badan. Balik kena tuam ais sebab takut kena muscle sore. 

And Alhamdulillah kaki aku dah sembuh, dah boleh jogging macam biasa. Yeayyy! Kalau korang ada sakit2 back pain ke, muscle ke, sciatica ke, sakit lutut ke korang boleh try buat rawatan ni. Cari yang legit ok, kau jangan main sauk je karang ada yang pergi boleh jalan, balik berkerusi roda.

Orang Ipoh boleh try May Rehab ni, therapists dia semua friendly and they know what they do.

7/03/2023

Braces-less!

Bila diingatkan balik, aku rasa aku pakai braces September tahun lepas. Setiap bulan aku religously pergi appoinment and memang dah 2x pergi sebelum ni pergi doktor cakap gigi aku dah ok.

Jumaat lepas aku pergi appointment yang aku tak sangka akan jadi appoinment terakhir aku. Bila doktor cakap dah boleh cabut braces hari tu, tetiba aku sedih ibarat nak berpisah dengan besfwen hahaha kau dah kenapa? 

Yela, dia dah attach dengan kita so bila nak berpisah tu ada la sikit attachment issue haha poyo. Aku rasa aku orang paling kejap pakai braces, tak sampai setahun wehh. Ramai terkejut. Eh dah bukak? Ye dah. Sekali doktor tu scam aku kan? Haha.

Didi pun sedih aku dah tak pakai braces, sebab dia cakap aku pakai braces comel, macam arnab 😒

Hasilnya? Gigi aku yang senget tu dah straight tapi overall aku macam tak berapa puas hati lagi dengan hasilnya huahuahua. So kalau ada duit lebih nanti aku nak pergi dapatkan 2nd opinion dari dentist lain. Mesti Didi marah baca ni haha.

Time hari Jumaat tu dorang terus ambil acuan untuk buat retainer. Sekali hari Sabtu dorang suruh datang balik sebab acuan yang dorang ambil hari Jumaat tu tak boleh guna. Dah la time tu aku kat rumah Mak. Gigihlah aku drive sejam pergi balik semata-mata nak ambil acuan gigi yang side bawah je.

Then hari Ahad dorang call suruh datang ambil retainer, memang tak la hari2 nak berulang. Aku cakap aku nak ambil hari ni tapi klinik pulak tutup, so aku ambil esok. Semalam semua gigi aku rasa lenguh haha. Takkan dah gerak kot? Biasaaaa dia tu, tak reti duduk diam.

Rupanya tanggal braces lagi menyeksakan. Ngilu amat time dia cuci gam2 tu. Aku biar rasa sakit lagi dari rasa ngilu. Benci betul rasa ngilu tu, rasa nak tendang doktor tu haha. 

2/21/2023

Hannan Medispa Kuala Kangsar - 3rd session

11 Feb 2023

Basically kali ni buat treatments ni:

1. Cuci muka + urut muka, banyak kali jugak, 2-3 kali. 

2. Wap muka dalam 10 minit untuk buka pori. 

3. Remove segala black head dekat muka. 

4. Iced Hammer 

5. Pakai LED mask untuk remove kuman + bakteria. 

6. Pakai sunscreen. 

Iced Hammer tu best sebab sejuk, nyaman je. Tapi bila fikir balik kan, benda tu boleh je buat kat rumah, DIY. Letak gel aloe vera dekat muka, ambil ais, balut la dengan apa2 kain then rub je dekat muka haha. Spa punya ada la alat khas dia, yang moden, kita buat la cara conventional.

Untuk treatment kali ni aku tak puas hati dengan beautician dia, bimbo gila hahaha. Aku allergic tau dengan orang yang tak tau benda basic haha. Tu 1 bab lain la, yang penting dia buat treatment buang black head and white head tu tak memuaskan langsung.

Lepas tu dah habis dia suruh aku duduk untuk dia urut sikit katanya. Mak ai dia tumbuk belakang aku macam nak terkeluar organ-organ dalaman dari rib cage haha.

Kelemahan spa ni so far aku rasa sebab beautician dia bertukar-tukar tiap kali kita buat treatment. Aku faham la mungkin ada kekangan dari segi rotation shift etc but please educate your beautician thoroughly before treatment started. 

Sehari sebelum ambil kes, beautician kena baca file client betul2, apa masalahnya, nak fokus dekat treatment mana, apa treatment yang dah ambil etc. Ni kita pulak kena cerita apa kita dah buat 😕 

Lepas habis treatment dorang akan whatsapp suruh rating aku tak pernah rate sebab aku rasa dorang ni defensive and akan publish yang good rating je dekat media sosial haha. 

Aku ada beli skincare dorang, saja nak try kebetulan skincare aku nak habis dah. Range harga 1 produk dalam RM90 ke atas. Aku beli toner, serum dengan moisturizer. Katanya tahan 3-4 bulan dalam 1 botol, we'll see. Pakai best sebab cepat serap, effect tak tahu lagi. Cuma tak suka packaging toner dia, jenis tekan and memancut keluar. Dorang tak pernah tengok ke botol toner jenama lain? Haha. Kan tuang je senang, takde membazir.

Good 2 : Bad 3

2/09/2023

Hannan Medispa Kuala Kangsar - 2nd session

I've been so so busy lately and already foresee my busyness until Ramadhan. Sampai aku lupa pasal post aku yang sebelum ni. Terkejut aku bila baca orang komen dekat post tu sebab aku sendiri tertanya-tanya, eh bila aku update? Haha rupanya tu scheduled post. Ada masa aku tengah galak nak menulis memang aku boleh merepek buat 3 posts sekaligus tapi takkan nak posts serentak kan? Gelojoh beno kamu pun haha so scheduled post it is.

Ya Allah, help me to get through whatever that waiting for me, smoothly and successfully. Sekian kata-kata aluan yang menagih kata-kata semangat haha.

Aku memang niat nak keep safe here my journey buat facial dekat Hannan Medispa ni sebab bila aku baca review ada yang ok ada yang tak. So aku laburkan duit aku untuk alami sendiri, share kat sini untuk penilaian korang sendiri whether it is worth it or not. 

This is not paid review obviously. Siapalah yang nak sponsor muka aku yang macam mak bawang merah yang jadi ikan kaloi tu. Yeke mak dia? Eh korang tau sebenarnya nama dorang Bunga Merah dan Bunga Putih. Siapalah typo pergi register as Bawang hahahaha. Dah la busuk. Nasib baik bukan bangang jadinya haha.

Ok my second treatment was on 28/1/2023. Beautician lain yang attend aku. So basically kali ni dorang buat treatments berikut dekat muka aku:

1. Cuci muka + urut muka, banyak kali jugak, 2-3 kali. 

2. Wap muka dalam 10 minit untuk buka pori. 

3. Remove segala black head dekat muka. 

4. Whitening Treatment (sebab rawatan aku fokus pada jeragat)

5. Pakai LED mask untuk remove kuman + bakteria. 

6. Pakai sunscreen. 

Aku suka beautician yang kali ni sebab dia urut sedappp. Ending pun dia urut lagi sekali, muka + kepala. Memang mantap! Kebetulan waktu tu aku memang tengah stress so urutan dia did help a lot. Thank you! Cuma time remove blackhead sakit sikit but bearable. Rawatan ambil masa dalam 2 jam gitu. Setakat ni takde perubahan yang ketara on jeragat aku tapi rasa kulit makin smooth tu ada la. 

Time buat treatment ada la sembang-sembang. And dia tanya taknak buat dermapen ke? Kos untuk 3 sesi RM699 - promosi katanya, kalau tak 1 sesi RM400+ kot, kononnya lah. Aku tanya apa function dia? Dia cakap dermapen memang terbukti lagi cepat hilangkan jeragat and anjalkan muka, dia macam triggered collagen muka.

Time ni aku tertanya-tanya dalam hati kenapa tak sekalikan pakej ni dalam pakej yang aku ambil sebab fokus aku memang jeragat. Kenapa consultant yang mula-mula tak brief thoroughly bab ni? Kenapa aku kena ambil pakej berasingan? Banyak lah kenapanya tapi sebab time tu aku takde mood nak argue, aku diam je. Aku ingat dah balik tu aku nak whatsapp dorang tanya tapi sampai sekarang aku tak whatsapp sebab entah, lupa la busy la. Minggu ni aku ada treatment lagi aku akan tanya habis-habisan sebab tengok testimoni memang nampak ketara perubahannya.

Apa tu Dermapen?

Balik tu aku terus study bab dermapen. Dia guna pen yang ada microneedles (pelbagai sizes) and pen tu akan diratakan ke seluruh muka, depends pada point mana yang perlu diberi fokus. Sakit ke tak? Entah tak pernah buat tapi baca review tak sakit sebab dia akan letak numb cream. And lepas buat, 2-4 hari tak boleh letak apa-apa dekat muka kecuali sunscreen. So elok la buat over the weekend. 

Rupanya benda tu boleh buat sendiri, antara berani dengan tak je. Dekat shopee berlambak jual dermapen tu dengan range harga RM50-RM200 and tutorial dia banyak dekat youtube. Ramai je yang dah pernah buat dekat spa, decide nak buat sendiri dekat rumah.

Aku? Memang tak la nak buat sendiri. Elok muka licin karang jadi macam jalan raya di Malaysia pulak haha. Adakah aku akan ambil pakej dekat Spa? Hmmm depends kalau tetiba ada duit terpijak, ada orang nak belanja ke 😉 haha. 

Tapi sebelum apa2 aku akan selidik sedalam-dalamnya dulu. Nanti aku hudpate ye!

Good 2: Bad 2

1/16/2023

Facial (Jeragat & Pores) - Hannan Medispa Kuala Kangsar

15 Jan 2023 (Sesi 1)

Resolution tahun 2023 adalah love yourself more! Ahh gituu. Maka, marilah menganjalkan apa yang dah mula kendur, glow kan apa yang dah mula kusam, biasalah umur makin meningkat kann 😅

Actually aku pergi nak buat facial biasa je RM55 + basuh rambut. Tapi tu la dia tuuu. Memula mestilah nak scan muka bagai.

Terkejut I nyahhh dengan keadaan muka akuu! Horror! Muka aku dari dulu memang takde masalah jerawat, ada masalah jeragat je.

Lepas scan rupanya lebih dari itu. Aku combination skin, so berminyak dekat T zone and dry dekat U zone. Paling horor adalah liang pori aku terbuka. So bila terbuka banyak bendasing (make up/ skincare/ habuk) yang tersumbat dalam tu. Bila tersumbat makanya aku pakai skincare apa pun tak boleh serap ke dermis, setakat epidermis je. Beli la skincare mahal macama mana pun, gitulah je lah keadaannya. 

Then jeragat aku mashaAllah! Sekarang memang dah ada tapi tepek foundation dia jadi less obvious la. Rupa-rupanya, akar jeragat tu penuh okay dekat kawasan pipi akuu! Geli gila tengok. Akar tu kalau tak matikan memang akan muncul la di kulit pipiku yang mulus ini haha 🙄

Aku memang ada niat nak pergi hilangkan jeragat ni sebab aku tau serum ke apa ke takkan boleh heal benda tu. By the way, jeragat aku ni keturunan + aku lambat dapat kesedaran untuk pakai sunscreen. Sobss. 

So aku pun setuju nak ambil pakej (mudah terpedaya) dengan Hannan ni. Aku ambil pakej paling murah, nak tengok progress. Kalau mehhh aku nak ke Dr. KO teruss hah gituuu! Haha. Pakej aku ambil ni, 1 sesi kos dia dalam RM111, 2 minggu sekali. Erkkk! *harus pow Husband, cantik untuk dia, cenggituu haha.

Kalau ambil sesi satu satu rugi sebab per session RM250-RM350. Walaupun aku tau tu semua marketing tapi tetaplah aku husnuzon hahaha.

Maka semalam bermula la sesi 1. 

1. Cuci muka + urut muka, banyak kali jugak, 2-3 kali. 

2. Wap muka dalam 10 minit untuk buka pori. 

3. Remove segala black head dekat muka. 

4. Treatment silk peel. Yang ni memang nak buang kotoran yang tersumbat dekat muka. Habis je treatment ni dia tunjuk aku lendiran yang dia sedut guna mesin. Memang eyekkk. Benda tu ada kat muka aku selama ni?? Aigooo.

5. Pakai LED mask untuk remove kuman + bakteria. 

6. Pakai sunscreen. 

Dekat 2 jam jugak treatment tu. Lepas treatment memang puas hati, muka rasa ringan dan fresh. Paling best bila pegang muka aduhaiii licin and lembut gilaa. Tu letak tisu mau melurut jatuh tu haha

Bad side is, dekat pipi aku ada burn sikit sebab peeling proses tu. Pedih oiii! Aku dah whatsapp dorang nak saman haha tak la, aku tanya kenapa situ je burn bla3, dia cakap 2-3 hari akan heal. So we'll see. Memang pagi tadi dah kurang pedih tapi kalau tinggal parut awasss kamoo!

So markah untuk sesi 1

Good 1 : Bad 1

12/05/2022

Tukar branch dentist

20/11/2022

Aku book appointment dengan dentist untuk check-up braces. Aku masuk je klinik tengok receptionist orang lain. Takpelah kan, shift lain la kot. 

Then nama aku dipanggil untuk masuk bilik, terkejut aku tengok Dr pun lain. Terus aku pandang keliling. Eh aku salah masuk klinik ke? Haha.

Then Dr tu explain yang dia substitute Dr. Dr lama dah lari. What?? Againn? Did I misheard you? Larii? Ikut jantan manaa?? Ha gitu drama haha.

Dr baru tak bagitau kenapa Dr lama lari. Lari sekali dengan staffs pulak tu. Aku syak dia bukak klinik lain but dentists ni bukan ada community dorang ke? Kau nak lari ke mana pun? Bukak klinik baru semua akan berdaftar nanti bawah community tu.

So dia bagi aku option. Untuk teruskan dengan klinik ni tapi weekend basis je sebab Dr ganti yang akan datang sebelum dorang cari permanent Dr or pindah branch lain. Dia tanya aku duduk mana semua then suggest aku punya kes transfer ke LS Klebang.

Aku pun setuju je la. 15 minit je dari rumah aku. Kalau aku stay LS Sg Siput, kalau tiap kali appointment Dr nya lain2 tak ke penat hidup aku nak explain progress kes aku.

2/12/2022

Appointment dekat klinik baru lepas 2x tangguh sebab aku busy *flip hair*. Apa yang aku busy kan entah la. 

Dr baru aku lelaki dan berbangsa Cina. Baik orangnya. Dia tanya apa aku dah buat dekat klinik lama. Aku terangkan. Nasib la aku baru 3 appointments je dengan yang lama. So dia cek balik gigi aku.

Dia cakap ada gigi yang kena tampal. Then aku cakap Dr lama pun ada cakap yang sama tapi dia tak tampal pun. Dr tu reply, kami pun pening dengan Dr tu, banyak buat masalah.

Fuhh, nasib aku tak teruskan dengan dia. Tapi sepanjang aku ambil servis dengan Dr lama tu dia okay je.

Then Dr baru ni explain pulak apa plan dia untuk aku. Dia cakap gigi bawah aku kena cabut untuk bagi ruang pergerakan, kena cabut kiri dan kanan untuk seimbang. Then dia cakap gigi atas aku dah ada pergerakan positif and dia akan tampal apa yang patut, then polish then cantik dah la, dia cakap.

Dia bagi aku option sama ada nak cabut ke tak gigi bawah memandangkan gigi bawah aku yang terkehel dari landasan tu tak nampak sebab dia gigi geraham. So kalau biarkan pun takpe.

Laju aku setuju untuk taknak cabut, tergelak nurse tu dengan betapa lajunya aku respon haha. 

Tapi maknanya aku pakai braces bawah ni hiasan semata la? Huahuahua

Aku suka Dr baru ni sebab dia explain in details apa perancangan dia untuk gigi aku. Dr lama tak explain pun macam tu and dia tak buat apa yang dia cakap 😒

Aku paling ngeri time nak cabut and pasang getah. Kau bayangkan kalau getah tu terlastik bibir aku, tak ke dari bibir jadi bibior? Nasib Dr tu profesional walaupun terasa ketat time dia nak cabut and pasang tu namun tiada sebarang tragedi berlaku. Yang lepas pakai getah warna grey, kali ni aku ambil dark brown. Lepas ni nak tanya ada tak glow in the dark. Baru la Suami aku nampak aku tersenyum dalam gelap sebelum tidur haha.

Dah setel semua, aku pun pergi buat payment. Aku dimintak untuk sign borang and dapat receipt. Selama ni aku kat branch lama aku tak pernah dapat resit! Aku ingat tak payah, dia just bagi resit kad je and aku tak pernah sign apa2. Klinik baru pun terkejut aku tak pernah dibagi resit. Adoii. Macam2 la. Nasib tak kena tipu. Hoho

Harapnya cepatlah gigi aku cantik sebab aku ingat nak buat part time jadi model iklan kodomo lion haha. Dah setel gigi nak buat treatment pigmentation pulak, yang tu Suami aku cakap dia nak sponsor huahauhauau.

9/21/2022

Pengalaman pakai braces

Aku dah lama rasa nak pakai braces sebab gigi aku tak elok sangat walaupun tak kritikal, saja gatei orang cakap haha. Lepas aku pakai braces ramai orang tanya kenapa aku pakai sebab dorang tak nampak pun apa masalahnya gigi aku. Itulah kawan2, kadang2 tak semua masalah kita perlu bagitau dekat orang hahaha.

Aku cakap dekat Husband, memula dia tak approved, then tetiba dia approved! Yeayy. Haha. Dia cakap dia mimpi aku pakai braces, comel katanya. Eh eh kau ni, aku macam mana pun memang comel hahahah. 

Sebelum dia tarik balik kebenaran tu, aku cepat2 survey sana sini, tak banyak pun klinik yang aku survey, 2 je haha. Malas aku nak survey banyak2 haha.

Pemilihan Klinik dan Kos

1 Dentabay dekat Ipoh, lagi 1 LS dekat Sg Siput. Dua2 klinik baru and nama dah established sebab banyak cawangan dekat tempat lain. 

Dentabay punya pakej RM4.5k ++ tak termasuk xray dan retainer.

LS RM3.5k termasuk xray dan retainer.

Of course la pilih yang cheaper kan walaupun bayaran bulanan LS tinggi lagi tapi cepat la habis bayarnya. 

LS 4 appointments pertama kena bayar RM500/ each and  each following check-up RM200 sampai la habis bayar RM3.5k tu.

Dentabay pulak deposit semua dalam RM250 je, bulan2 RM165 tak silap.

Tapi total up, lagi untung LS.

Consultation

1st appointment aku pergi consultation je, free. Aku buat scaling sekali time tu, RM50. Dr dia perempuan India, cantik Dr nya, macam pelakon tamil haha berdasarkan mata je la sebab dia pakai mask. Tapi bagi aku cara dia scaling kasar sikit. 20% more kasar dari dentist yang aku pernah pergi sebelum ni. Yang sebelum ni aku pergi tak sakit langsung time scaling, ngilu je. Benci gila rasa ngilu, better sakit than ngilu huhu. 

X-ray Gigi

Then Dr suruh buat xray gigi dekat LS Station 18 sebab situ je ada mesin xray gigi. Aku pun pergi buat. Kejap je buat benda tu, dah mintak LS Sg Siput set kan appointement siap2. Then dorang yang akan e-melkan film ke LS Sg Siput.

Acuan Gigi

Then aku set next appointment untuk buat acuan gigi. Tak sakit pun. Dr masukkan macam plastesin yang mint dalam mulut, tunggu dia keras then keluarkan, siap! Dr cakap gigi bawah aku maybe ada yang kena cabut sebab penuh sangat. Patutla selama ni laju je aku makan, ada support sytem yang memberangsangkan rupanya haha. Cabut gigi, tampal gigi lain kos. Time ni bayar RM500.

Pasang Braces (Gigi Atas)

Next appointment adalah pasang braces! Haha. Kawan tanya nervous ke tak, aku cakap tak sebab aku memang tak takut dentist dari kecik. Hehe.

Untuk 1st ni Dr pasangkan atas dulu sebab dia takut aku tak boleh bear the pain kalau pasang atas bawah sekali. Aku pun okay je. Pasang dia tak lama pun, less than 30minutes and tak sakit langsung. Dr cakap ada nak tampal gigi aku sikit tapi dia tak caj pun. Still bayar RM500 je time ni. Aku pilih getah warna kelabu, 1st timer tak boleh nak kebabom sangat warnanya. Tunggu next kita amek shocking pink diselangi hijau florescent haha. Kalau ada glow in the dark lagi ngammm! Hahaha

Sakit ke tak?

Orang cakap akan sakit lepas 3-4 jam tapi sumpah aku tak sakit. Tegang tu rasa la tapi nak kata sakit sampai tak boleh makan tu tak. Kawan aku pasang braces dia punya sakit sampai dia kurus la sebab berbulan makan sup and susu je haha. Aku inginkan begitu tapi nampaknya aku boleh makan macam biasa, balak pun aku boleh gigit haha. So punahlah la nampaknya harapan nak kurus haha. 

Sebab aku pasang atas je kot so tak rasa lagi sakitnya. Tak selesa tu yes. Memula aku suka rasa dia, rasa tegang or tarik gigi tu. Tak tahu kenapa aku suka, rasa macam relief. Makin lama rasa tu makin hilang, aku kecewa. Haha. Ke Dr tu salah pasang? Bahahaha.

Pemakanan dan penjagaan lepas pasang

Nak makan susah sikit la, kuasa mengigit tu dah menurun. Tapi kawan aku cakap, lama-lama boleh makan macam biasa. Aku macam nak ke arah tu dah ni haha.

Paling leceh makanan suka tersekat dekat besi2 tu. Sekarang pergi mana memang bawak floss gigi and kalau kat rumah/office, lepas je makan terus kumur guna listerine and floss gigi. Bagus jugak, bersih gigi haha. Selama ni gosok gigi pagi and sebelum tidur je, and listerine lepas makan heavy. Ni kadang2 makan keropok pun kena cuci gigi hihi.

Dr cakap elak makan makanan keras, takut tercabut agaknya. Setakat ni aku try la, mana yang aku mampu nak gigit aku bedal je kacang semua, mana yang aku tak mampu aku let it go. And makan sekarang aku banyak potong kecik2 supaya senang kunyah hihi.

Next appointement aku 2 Okt untuk pasang bawah pulak. Nanti aku sambung journey aku pakai braces. Nak tunjuk gigi malu, nanti gigi dah cantik macam Fazura aku tayang eh haha.