”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/17/2013

Sifat anak sulung

Ni aku terjumpa kat FB. Majoritinya boleh dikatakan kena setepek kat aku. Haha

Anak Manja Mak
Eh mana ada, aku dengan dua2 manja haha. Entah, aku rasa dua2 adik aku lagi manja. Especially yang bongsu tu. Eeee gedik gila, semua kehendak dia diikutkan. Rasa nak terajang2 je. Tapi kadang2 aku guna kuasa veto anak sulung, aku paksa mak ayah aku tak ikut cakap dia. And mak ayah ikut cakap aku. Mehmehmeh.

Anak Degil
Eh lagi sekali penafian, mana ada aku degil haha. Yela2, ada2. Aku memang degil, dulu aku nak semua orang ikut cakap aku, by hook or by crook. Aku tak kisah ada yang tersinggung ke, terasa hati ke, janji aku puas! Muahaha kejam gila. Tapi tu dulu. Manusia berubah kennn 0_o

Tak Pandai Pujuk
Haha tepat sekali. Awkward oh nak pujuk orang. Macam mana ha pujuk orang? Aucakkkk! Gitu? Sumpah aku tak reti. Kalau aku buat orang terasa, aku mintak maaf macam biasa. Kalau dia tak maafkan memang takde sesi pujuk memujuk selanjutnya. Lantak kau la, aku da mintak maaf kot. Kerek pulak dia. Bakal suami, harap makan hati untuk pujuk diri sendiri haha. Takpun, saya cuba tak sakitkan hati awak walaupun sound impossible muahahaha.

Bercinta
Katanya anak sulung kalau bercinta memang setia. Ehemmm, off course! Tak caya tanya exs aku. Kalau kau kata kau setia, kenapa ada ex Bairon? Ohhh tu sebab dorang yang tak setia, bukan aku hahahaha.

Hitam / Putih
Kalau hitam katanya, hitam lah, tak boleh toleransi. Haha ada la betulnya. But again, ni perangai aku time tak mumayiz lagi. Kalau aku cakap aku nak ikut mak pergi mana2, aku akan ikut jugak. Walaupun mak cakap kereta tak muat, aku nak pergi jugak, nasiblah siapa yang kena berkorban demi aku. Esok nak pergi, hari ni aku da duduk dalam kereta hahaha jahiliah sungguh perangai kau Nadia!

Hati
Nampak je keras, tapi hati lembut. Tapi tak boleh ditegur. Firs statement sangatlah betul *laju je setuju kalau yang positif*. Aku dalam hati ada taman kanak2 kot. Walaupun nampak macam gensgter, walaupun ayat favourite 'aku tumbuk karang', tapi tetap tengok cartoon *haha takde kena mengena*, tapi tak pernah tumbuk orang, baling pensel case kat kepala orang pernah la T___T. Tapi aku tahu la aku ni hati lembut. Ceyyyy puji diri sendiri. Eh hati aku, aku tau la camne, korang apa tau, tumbuk karang! *ciri lembut ke ni?

Tak boleh ditegur. Dulu, sikit pun aku tak boleh kena tegur, Walaupun aku salah. Pfft nya perangai kau haha. Sekarang da boleh ditegur, but kena cara yang betul. Kalau kau nak tegur aku marah2, tu bukan tegur ye Kak Ton, tu maki. Kau maki aku, aku balas balik dengan ....................... (rahsia. Ingat, aku gangster!)

Berdikari
Ni pun betul hikhikhik. Plus aku duduk asrama dari form1, so aku berdikari sikit. Banyak benda aku buat sendiri. Pergi bayar yuran, pergi sana pergi sini, uruskan hal tu hal ni. Pergi jalan2 tak bagitau mak ayah, berdikari sangatttt haha. Lagipun da 23 kot, takkan nak cari suami pun nak harapkan mak ayah. Eh? haha

Arahan
Susah terima arahan. Suka buat hal sendiri. Hmmm dulu ye aku tak boleh diarah. Sebab dulu ego aku tinggi kot, lagi tinggi dari menara al-bujr. So no arah2 aku please, aku tau la bila nak buat, sebok je haha. Tapi sekarang arah la apa2, hamba menurut perintah. Tapi kalau pijak kepala, aku panahkan je haha

Ada benda aku memang suka buat hal sendiri. Contoh, kalau aku nak beli barang. Aku tak suka ajak orang teman. Sebab aku da ada aim aku. So lepas beli terus balik. Lagipun ada peneman ni karang banyak complain. Itu tak kena, ini tak kena, ada aku tanya? Haha

Pemaaf & Caring
InshaAllah, aku jenis senang maafkan orang. Bagi aku yang buat salah dekat aku tu manusia. Manusia buat silap, aku manusia, aku tau la! Haha emo. Even aku pun banyak buat salah. Yang lepas tu, da la. Buka buku baru. Tapi kalau nama kau takde dalam buku baru aku tu, sila la jangan menyelit even sebagai penanda buku, memang aku buang haha. Maaf tak bermakna aku nak kau balik dalam hidup aku macam sebelum ni. Maaf boleh jadi yang macam; ok aku maafkan, ha apa lagi? Bla la hahaha.

Caring? Haaa. Haha. Aku kurang caring kot. Aku rasa la. Tipu la kalau aku tak risau kalau apa2 jadi dekat orang yang aku sayang. Aku maybe caring tapi tak reti tunjuk hehe.

Pakaian.
Katanya anak sulung semua nak up to date, kemas. Kemas ye. Runsing aku pakaian tak kemas ni. Bersih and kemas and wangi are must! Up to date? Hmmm tak. Aku orang yang simple, semua orang cakap macam tu, even mak aku. Aku bukan perempuan yang ada handbag setiap warna ikut warna baju. Ada satu tu, aku pakai satu je la sampai rosak. Lantak la beg tu warna merah baju aku warna hijau. Baru traffic light haha. Aku tak cerewet. Mak berani belikan aku baju sebab dia tau aku pakai je apa pun, mak ada taste la, tapi kalau Nadzirah mak tak berani belikan tanpa dia ada nak pilih, sebab dia cerewet *gedik*. Aku takde kasut sealmari. Setiap jenis ada sepasang, heels aku takde sebab tak reti pakai. Selipar jamban tinggal satu, mana entah lagi sebelah hilang.

Pakaian formal aku adalah tshirt, jeans dan tudung bawal muehehe. Sampai makcik aku cakap 'Aku nak tengok Nadia kahwin nanti macam mana, macam takde perasaan nak melaram je dia ni' Haha jangan terkejut aku kahwin persis anak rajo nanti ! 

4 comments:

  1. 1st time nak leave comment. hehehehe.

    btw, semua yang nadia tulis tu sama dengan kite. tu je nak comment.

    ReplyDelete
  2. ank sulung jugak? hee. mmg Allah takdirkan prangai anak sulung lebih kurg kot :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Nice entry! Gelak sorang2 baca sbb hampir semua ulasan tu sgt tepat.. Hehe! Anak sulung & kuasa veto mana boleh dipisahkan.. Ye dak? (^_^)

    ReplyDelete
  4. waalaikumslm
    hehe anak sulung harus ad kuasa veto :D.

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!