”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/23/2013

To Affan, be strong buddy!

Pagi tadi Freyn called aku, the 2nd ringing, I picked up the call. Aku dengar dia menangis, terus aku panic. Dia khabarkan bapa Affan meninggal. Sumpah aku terkejut, terkedu, tak tahu nak respond apa. Then lepas tu aku da tak boleh lelapkan mata. Affan dengan Freyn kawan baik kitorang tapi study dekat UiTM.

Lepas tutorial evidence, kitorang sepakat nak menziarah keluarga Affan dekat Perak. Dari UUM, dua kereta pergi. Kami gerak pukul 2 petang, sampai 5.30 petang. Tak sempat nak ziarah arwah, sebab kebumi pukul 3.30ptg. Arwah Pakcik Yaakob pergi menghadap Ilahi pagi tadi, punca kemalangan. Innalillah.

Sampai je rumah Affan, aku cari mak dia. Aku salam, aku peluk. Lama mak dia peluk aku. Mak dia cakap 'makcik tak sangka pakcik pergi macam ni', sambil menangis. Air mata aku bergenang, aku cuba untuk tak menangis depan mak dia. Aku hanya mampu suruh bersabar. Time nak balik, mama Affan cakap 'Makcik kuat' :') Yee makcik, Nadia tahu makcik kuat. Allah never burden a soul greater than you can bear.

Aku kenal family Affan  since 2009. Family aku kenal family dia. Aku beberapa kali pergi rumah dia. Dan kehilangan tu turut aku rasai.

Affan,
Be strong. That's all I can say. I promise, I'll always be there for you. I'll pray for your family and your late father. May Allah give your family strength to accept this fate.

Affan,
Mati itu pasti. Itu janji Allah. Kita semua akan menghadapinya. Aku tahu keperitan ni, walaupun aku tak melaluinya lagi. Tabahlah sahabat. Kau anak lelaki, kau kena kuat!

Affan, 
Papa kau pergi sehelai sepinggang, even seringgit pun tak terselit di kain kafannya. Tapi dia akan kaya di alam sana dengan doa anak yang soleh seperti kau.

Affan,
Dunia tak berhenti setakat ni saja. Beramallah sebaik mungkin. InshaAllah di syurga kelak, kalian berjumpa kembali. Banyakkan bersabar.

Affan,
We love you, I love you.

Semoga arwah Pakcik Yaakob ditempatkan di sisi orang beriman. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!