”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/02/2014

Teluk Senangin & Yong Tau Fu Manjung

Hari Rabu mak ajak pergi Manjung, Khamis nak pergi mandi manda katanya. Aku okay je, padahal dalam hati 'ohmy katil,ohmy cuti,ohmy sleep' haha dasar betul. Woi ni tahun first aku hargai hari buruh tahu tak, dulu takde makna cuti hari buruh untuk aku. Its such a token of appreciation for me. Apehal bagi hari buruh oh? Bagi la bulan buruh haha.

So malam Rabu tidur rumah PakTeh kat Sri Manjung. Sampai pukul 12pagi, MakTeh buat mee kari pulak siap ada sosej cheese. Nehi kaba nehi, gemuk la aku makan 12 pagi *sambil cedok sosej 10 keping dalam pinggan* I cannot tolak makanan berunsurkan cheese, rasa berdosa pada tekak haha

Pagi Khamis, dalam pukul 9 mak kejut suruh siap2. Mula2 ingat nak pergi Teluk Batik, tapi dorang cakap crowded and kotor, so kita ke Teluk Senangin. Teluk Senangin terbaik, nyaman dan bersih. MakTeh masak nasi lemak dengan mee goreng dengan sandwich, semua aku makan, I need energy to swim you know? You dont know, I know haha.

Pergi dengan family MakSu, so melayan la anak2 nyet dia. Fina takpe da besar, yang paling kena tengok Hadif, da la pendek, ada hati nak ke tengah laut. Pakai pelampung punya laju dia kayuh ke tengah, lepas tu 'alamak kaki kita tak sampai da, tak sampai da' Haha gelabah! Aku biarkan je dulu. PakSu belikan dorang pelampung, bola dengan layang2. Haziq pulak nak aku dukung dalam laut, bukan dukung je tau, sambil dukung kena lompat2 sekali, kena dive kan dia sikit, barulah hatinya gembira 'agi ayong agi' pffft lenguh tangan aku, nasib baik baru umur 2 tahun, kalau da 4 tahun aku campak je dalam laut tu haha.

Terbaik cuaca semalam, angin kuat jugak so main layang2 like a pro, kalau tidak aku nak bagi naik pun tak lepas kakaka. Redup je cuaca, so tak payah risau sunburn mihmihmih. Lepas tu hujan, bila rintik2 je terus terjun balik, demam ke tak belakang cerita.



Balik tu singgah JJ Manjung, rambang mata semalam banyak sale, tapi kena tahan nafsu, kalau tak habis duit aku. Aku beli casing handphone je. Aku beli dekat kedai bawah RM15 je, the exact same casing kat atas RM30. What the case? Tiba2 rasa aku pengguna yang bijak hehe.

Balik tidur sampai Asar, bangun makan lunch pulak. Lepas Maghrib balik Kuala, sebelum tu singgah makan Yong Tau Fu dekat Manjung. Siapa orang area sana mesti tau YTF mana yang aku maksudkan. Perghhhhh marvellous terbaik borneto d carpio (nampak tak usaha aku nak bagitau betapa sedapnya mereka?). Kedai dia sebelah rumah dia je, macam2 makanan ada, depan perumahan 2G tak salah aku. Siapa datang sana please la nikmatinya, kalau tak makan YTF pun makan la jugak on my behalf, pretty please? *Genggam dua tangan, sambil kedip2 mata*

Sampai rumah 11.30malam sebab lalu Sri Iskandar, so jauh sikit. Takut lalu Beruas malam2, sunyi. Balik terus tidur, dan sekarang aku berada di office.

Bye. Till we meet again Teluk Senangin dan Yong Tau Fo *drooling*

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!