”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/18/2014

Hari huru hara

Ini cerita Jumaat lepas

Cek diary, ada 2 kes hari Jumaat. Aku pun travel pagi2 buta nak sampai court pukul 9. Da sampai aku tengok senarai, takde kes firm aku. Aku pergi tanya dekat pejabat, sekali kes aku sebenarnya 17/6 bukan 13/6. Huwaaa sia2 aku datang, jauh tauu, buang masa dan tenaga. Tapi tak boleh nak salahkan siapa2, memang salah aku sebab aku yang ambil date. Pekak kah aku?

Ini cerita semalam.

Parents aku takde kat rumah, pergi HKL ziarah cousin aku yang baru operate buah pinggang. Pagi2 aku bangun kejutkan adik nak hantar dia ke sekolah. 7.10 keluar rumah terus aku shoot ke Court Taiping. Awal la aku sampai, dalam pukul 8, kes start pukul 9.

Aku parking kereta dekat McD, 300m kot dari Court. Aku jalan ke Court, then pergi toilet. Sekali ada orang bagitau hari ni takde air. Aku pun patah balik ke McD, pergi toilet kat sana. Da alang2 kat sana, aku breakfast sementara nak tunggu pukul 9.

Aku makan pancakes, tengah2 makan macam mana entah aku tertumpahkan air kopi, terkena la tudung aku sikit. Takpelah.

Da siap makan, aku menapak ke mahkamah balik. Pergi cek notis board, nak cek kes nombor berapa. Sekali terbaca notis kes untuk hari ni start pukul 10.45pagi T___T Apakah? Maka melangut la aku sementara nak tunggu pukul 10.45. Da la panas walaupun mendung. Amboi mengeluh

Da setel kes, aku balik la. On the way aku rasa kereta aku semacam je, macam nak mati, tersengguk-sengguk, semput and vibrate, especially kalau baru masuk gear D. And aku tak lepas nak bawa lebih 60km/j. Gila tension, aku dah la drifter haha. Lori simen pun boleh take over aku semalam

Dua kali jugak lah aku berhenti. Mula2 ingatkan tayar, aku sepak2 tayar tu, ha keras. Tapi sebab tak puas hati aku isi angin tayar, tapi macam tu jugak. Semput2 la nak sampaikan ke bengkel.

Da repair, melayang RM200 T___T Cina tu explain apa yang rosak, haram aku tak faham. Haha aku kereta tahu bawa and isi minyak je huahuahua. Lepas ni kena berguru dengan mekanik la.

On the way nak ke office aku nak take over orang yang tengah test JPJ, aku tak perasan ada besen besar baq ang kat tengah jalan tak tau dari langit ke berapa dia jatuh, tak sempat brek, aku langgar, berkecai, serpihan tu terpelanting ke sekeliling, nasib baik kereta belakang aku tak accident.

Sekian sahaja kisah hidup aku yang huru hara.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!