”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/03/2014

Korang tahu apa aku rasa sekarang?

Korang tahu apa aku rasa sekarang? Aku rasa penat dengan hidup. Ni semua salah hormon haha. Rasa over exhausted, buat kerja rasa cepat je penat, lepas tu cepat je nak marah. 

Lagi 20 hari aku habis chambering. Nama je habis, tapi procedure nak long call tu, aku da rasa penat da sekarang *suka over*. Training Program (TP) aku tak complete lagi, dorang da bagi tarikh untuk attend hujung bulan ni. Second TP aku jatuh 1st puasa. Exam da la sampai petang. Aku da dapat bayangkan diri aku berbuka nasi ayam KFC *da ada menu* dekat KL Sentral seorang diri. Harap KL Sentral tak pasang lagu raya lagi time tu. T___T

YBGK aku tak settle lagi 3 hari. I'll miss orang2 dekat mahkamah yang sangat baik dan bagi kerjasama dekat aku, especially lawyers YBGK, polis2, inspektor2, interpreter, kawan2 seperjuangan yang banyak menolong. Ada 2 3 orang polis, yang sangat baik, ramah, senyum sentiasa, da rasa macam bapa sendiri dah.

Aku ada kena buat Afidavit Jawapan untuk satu kes ni, tapi aku takde mood nak buat. Esok la buat. Aku nak jawab : Sesungguhnya saya tiada sebarang bantahan kerana saya tiada kepentingan dalam hal ini. Saya menyerahkan keputusan kes ini kepada pihak mahkamah dan akan mematuhinya. Haha mesti aku kena maki dengan client.

Okay la nak balik, nak tidur. *still in the mode of blaming hormone*

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!