Ahad lepas 2 orang kawan aku dari zaman Asasi *zaman konon, macam jadi sejuta tahun lepas* turun Ipoh. So sebagai tuan rumah, Azam, Affan dengan aku bawa lah mereka pusing Ipoh. I didn't contribute any idea where to lepak coz later I realize I know nothing bout Ipoh except JJ, court, and other typical places. Actually Ipoh has so many cool cafes / restaurants / kedai makan tepi jalan. Yeah I do define one place as amazing depends on what they can offer in term of makanan haha. And shame me, I don't even know my own place and I classified myself as tourist last Sunday.
Aku lepak dengan Tasha, Melle, Azam dengan Affan dari tengahari sampai la ETS dorang gerak pukul 9 malam. We just tour cafes around Ipoh till our stomachs bloated haha. Bermula dengan Nasi ganja, Taufoofaa Funny Mountain, Stan n Brew, STG, and lastly Harold's Bread Cafe. Kat Harolds sumpah aku dah rasa nak muntah tapi kena paksa dengan Tasha makan spageti carbonara, kena sumbat dengan Pizza oleh Melle haha.
Walaupun da tak jumpa 6 tahun, but they never changed a bit, tetap loqlaq haha. How I miss my Asasi time. Setahun yang penuh suka. Yang duka cumalah picisan kehidupan. Gituhhhh. Hope to see others soon. Group B Asasi Law KPTM 2008/2009. Time Asasi aku nakal sikit, suka keluar semalaman, sampai kolej 6 pagi lepas tu meroyan tak boleh tidur sebab terlampau penat haha. Tak de lah buat benda bukan2, just tengok wayang, lepak mamak, lepak kat Putrajaya sampai kena halau dengan JAKIM kah kah kah padiaa kitorang berkumpulan kot, bukan berdua-duaan. Memori, heh, memori *geleng2 kepala sambil senyum*
Okay enough recall memories. Isnin aku pergi Taiping ada open house office sana. Then mintak sign bos untuk Sijil Kerajinan. Bos tanya 'Rajin ke hang ni?' Dengan laju dan pantas aku jawab 'ehh saya memang rajin' haha. Hidup kena konfiden. Siapa claim dia rajin tapi takde sijil kerajinan baik diam haha. Jumpa Kak Dayah mintak sign sijil kelakuan baik, jumpa Jau untuk gossip dan pulangkan notes haha. Sijil2 ni akan ku tunjuk pada bakal mak mentua sebagai prove evidence yang anak dia akan berbahagia di samping aku kah kah kah. Tak lah, sijil ni untuk aku filing nak long call next week. Tehee
Selasa pulak aku ke Ipoh kutip sijil YBGK. Da berbulan benda tu siap baru nak collect. Syabas betei syabas, you never change haha.
Rabu aku siapkan kerja. Khamis siapkan dokumen nak filing, tapi tak siap2 lagi -_-". Lepas tu pergi open house Agrobank dengan Bank Persatuan dekat Ipoh. Aku mati2 ingat Bank Persatuan tu da bankrupt, wujud lagi rupanya haha. Sedap2 makanan open house hari ni. Rezekiiii, Alhamdulillah.
Hari ni hari berkabung untuk MH17. Salam takziah kepada semua keluarga mangsa. InshaAllah they are now in better place. Al-Fatihah.
InshaAllah Isnin ni aku ke KL untuk urusan filing borang 6,7,8. Doakan segala urusan aku dipermudahkan. Aameen
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!