”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/28/2015

Jahatnya manusia

Kadang² aku tak faham dengan sesetengah manusia ni. Dorang pandang dunia ni dari sudut mana? Apa yang dorang harapkan dari dunia ni sebenarnya? Dorang lupa ke ni semua pinjaman dan sementara?

Kalau setakat dengki, iri hati, tapi hanya beraja dalam hati aku tak kisah lagi. Aku pun kadang² ada tak puas hati dengan orang, rasa jealous dia dapat apa aku tak dapat. But that's it. Rasa tu sekejap je. Lepas tu hilang entah ke mana². Rasa yang hanya menyinggah.

Tapi aku pelik dengan orang yang busuk hati lalu mengenakan orang lain. Mulut macam longkang yang dipenuhi sampah. Melaga-lagakan orang. Baik kau jadi ikan laga la dari jadi orang. Nak tutup kesalahan sendiri fitnah orang lain. Syabas betei syabas *clap clap clap*. Semoga kau sempat jumpa setiap orang yang kau fitnah sebelum kau mati. Semoga kau sempat langsaikan segala pecah amanah yang dah kau buat.

Mulut satu hal. Betul lah peribahasa ada menyatakan, kerana mulut badan binasa. Siakap senohong gelama ikan duri, mula² bohong lama² mencuri.

Tapi manusia paling celaka bila guna makhluk halus sebagai jalan penyelesaian terakhir. Aduhai. Dah habis fikir ke? Kau memuja syaitan untuk menganiya orang lain. Astaghfirullahalazim. 

Sebab kau tak dapat laki yang kau nak, sebab laki tu suka kawan kau, kau sanggup sihirkan kawan baik kau sendiri? Apa salah dia? 

Kau pernah bercinta ke tak sebenarnya? Kau tau tak cinta tak boleh dipaksa? Kau bersumpah perempuan tu takkan bahagia? Amboi² kak, kau lupa agaknya siapa yang berkuasa. Dan mungkin juga kau lupa yang dunia ni bukan milik kita.

Hmmm. Semoga aku dan orang2 yang aku sayang dijauhi dari jahatnya manusia dan jahanamnya syaitan.

Tadi tengah kencang membincangkan perkara² di atas kat whatsapp family, suasana tengah serius, tiba² Cheman hantar gambar ni

Bila la family aku boleh serius dengan seriusnya? Kononnya aku dah insaf pakai purdah pulak sekarang
 ╥﹏╥

Dan mula la cousin aku hantar gambar aku selfie kat handphone dorang secara curi²

Macam tenuk dah muka aku
⊙︿⊙


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!