”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/15/2015

2nd review Axia, on my P.O.V

Hi. Even we didn't met one another for a long time, we still can get along happily, laugh uncontrollably, and no awkward krik krik moment. That's best friends, that defines the relationship between my blog and I nowadays haha.

Sekarang ni wekend baru balik rumah. Bila hari Jumaat je perasaan tu sama dengan minggu overnight time duduk asrama dulu. Excited! Dan soul pun dah terbang ke rumah malam Khamis lagi. So buat kerja pun half hearted haha.

Since ramai tanya pasal Axia yang aku pakai sekarang, aku nak review 2 perkara penting bagi aku. Satu baik, satu kureng baik.  Aku dah review before, tapi tu early review la. And this will be the last. Lepas ni aku review Audi pulak bahahaha.

Dah 3 bulan lebih aku guna. Korang nak dengar berita yang baik ke yang buruk dulu? Dah tak payah jawab, I won't listen haha.

Okay, yang baiknya, kereta ni jimat minyak like seriously. Aku isi ron97 untuk kereta aku. Dulu aku berulang 4x sehari dari rumah ke office which one way is around 7 km. And aku isi RM30, time tu harga ron97 RM2.00 seliter, and minyak bertahan 10 hari, tak termasuk kadang² aku pergi keluar makan malam².

Murah sangat nak di compare dengan kereta Saga BLM ayah aku, same route around RM50 for 5 days. Ye memang Saga 1.3cc and Axia 1.0cc, tapi for short distance, you know which one is worth it. Kalau korang rasa tu pun mahal, aku suggest korang isi air hujan je, tengok berapa jauh boleh pergi haha.

Pick up Axia not bad. Aku pernah tekan 120km/h, rasa tak selamat sikit la. Tapi slumber. Haha. Time drive aku akan selalu target satu random kereta untuk aku race, 80% aku menang haha. Imaginary racing haha.

Okay sekarang mari kita ke keburukannya. Bagi aku, brake dia lambat cengkam. Kena tekan paddle brake dari jauh lagi, kalau dah dekat baru nak tekan memang kena tekan habis macam brek mengejut dan terpelanting la semua harta dalam kereta termasuk anak (kalau ada anak), in my case, ayam percik pun terpelanting T___T.

Nak ikut rapat belakang kereta lain pun bahaya. Kot dia brek mengejut, memang saling berciuman la kereta kita dan berjodohan la kita. Eh? Haha.

Tu je kot. Yang lain okay. Enjin berbunyi sikit, bergetar sikit, standard laaa. Kau ingat kau beli Audi? Hahaha.

Dah, aku nak keluar beli barang rumah. Bye.

2 comments:

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!