”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/06/2015

Rumah anak yatim Annur Maisarah, Qasidah al-Ansori, dan Tempatan Fest, Ipoh.

Sabtu lepas office aku anjurkan program muhibah bersama anak-anak yatim Rumah Annur Maisarah dengan pelajar-pelajar tahfiz al-Ansori. Alhamdulillah we managed kumpul sikit dana dan bantuan untuk dorang. Dapat almari baru, P.A system, kerusi baru, kain baju raya, wang, makanan. Semoga Allah merahmati  semua yang menjayakan niat ikhlas kami. Aameen

Acara mula pagi dengan makan dulu. Lepas tu sukaneka. Ada 3 kumpulan. Aku kumpulan merah campur dengan budak-budak ni. Satu kumpulan dalam 10 orang. Wakil office, aku paling muda, so dorang tolak aku main dengan budak-budak ni. Aku pun dengan excited nya main tiup belon sampai pecah (aku pijakkan) dan cari gula-gula dalam tepung. Pedih weh hidung aku tersedut tepung -_-''

Lepas tu kitorang lepaskan budak-budak ni beraktiviti dengan Maskot Didi (Maskot perpustakaan Negeri Perak) dan staffs semua gotong royong bersihkan kawasan sekitar. Group aku kemas library, pilihan yang bijak sebab dalam library ada air cond haha.

Dah siap semua makan tengahari, then solat zohor. Lepas tu nampak budak-budak Tahfiz group game aku tadi masuk surau berjubah berserban bagai nak qasidah. Malu wehhhh! Tiba-tiba menyesal bersorak bila kumpulan Merah menang (Yaaayyyyy!). Mesti dorang musykil, ada jugak wujud perempuan tak senonoh gini T___T

Syahdu dengar Qasidah dorang. Syahdu tengok anak-anak yatim. They enjoy every little things in their life. Dorang takde tab ke toys ke, macam adik-adik/anak-anak kita. Main batu kat luar pun bukan main excited. Bagi belon pun berebut-rebut. Bila tengok dorang, tahu kisah hidup dorang, memang rasa insaf, rasa kita ni kurang sangat bersyukur dengan apa yang Allah dah pinjamkan kat kita.

Dalam pukul 3.30 kitorang bersurai.

sampai-sampai korek hidung dulu HAHA

Apa la dorang ni sembangkan. Tengok aku, rileks je tenggong dan cubaan gebang budak-budak kat sana bahawa aku baru tingkatan 3.

serve makanan

Ushar ganas ustaz ambil ayam part favourite aku

Sebelum semua budak serbu Perpustakaan Bergerak ni, aku senyap-senyap naik tengok Madagascar ;D

Team Merah dan cubaan aku memakai purdah -_-

Bersorak suruh budak tu cepat

Puiii tak sedap langsung tepung! 

Apa ntah nama game ni, aku tak main, aku cuba berlindung dari cahaya matahari dengan sehelai sapu tangan

Sebab terlampau panas, aku main air dalam baldi

Aku tak reti ikat belon, abang sebelah aku tu pun tak reti. Tapi dua-dua sebok nak tiup belon haha

Wawa ni comellll gila. Dah la ganas haha. Tetiba ada budak datang mengadu kat aku "Kakak (auww kakak), tadi kan Wawa tumbuk adik kita" Dan Wawa tetap muka slumber hahaha

Majlis sambut hari jadi budak-budak ni

Our team and the kids and Didi

Team kemas library. Bab-bab memanjat ni memang aku suka

Lunch. Serius baru aku perasan Hafizah-hafizah tepi aku tu makan pun tak bukak purdah. Tengok lah aku, dah la tak senonoh, tak senonoh pulak tu T__T Lepas tu tau segan. Tapi dari mata dorang aku tau dorang cantik. Dah la cantik, tengah hafal Quran pulak tu, lemah lembut, berbudi bahasa. Memang patut pun kau segan Bairon. Huhu
                         
Yang atas tu group Qasidah Al-Ansori dari Chemor, Perak. Boleh tempah dorang untuk apa-apa majlis, sedap dan syahdu walaupun tak berapa nak faham Bahasa Arab. Ada kot nombor pengurusan dorang kat Google. Maafkan aku yang malas ambil brochure yang jauh dari pandangan mata haha. Kalau tak jumpa nanti komen, aku bagi nombor.

Jika ada nak buat sumbangan ke anak-anak yatim boleh salurkan ke Yayasan Amanah An Nur Maisarah
No. Akaun 0809 5010 0007 69 (Bank Islam)
Dikecualikan Cukai Pendapatan. Ruj LHDN: 01/35/42/51/179-6.6186

Sebelum aku cerita pasal hari Ahad, tataplah dulu lobang hidung ku sebagai pedoman di hari tua kah kah kah

                                       

Petang semalam adik aku PAKSA aku bawak dia pergi Tempatan Fest dekat Ipoh. Aku dah lah tak dapat gaji lagi tapi sebagai kakak yang budiman, bawak jugak lah. Dah la susah gila cari parking hnnfff hnfff. First time aku pergi tempat-tempat gini. Ya Allah crowded gila dengan budak-budak hispter. Aku dah la tak suka tempat crowded, dengan budak-budak gitu lagi. Hokk alooo sangat. Mereka bergaya shade bulat, jacket denim, celak rupa panda melentik rupa firaun, skinny jeans, sneakers. Dengan orang buat konsert melalak sampai susah nak buat urusan jual beli. Heh

Tapi tak nafikan ada tshirt-tshirt yang design memang style. The simple, the lesser, the better. Nasib baik dapat pow adik casing handphone, kalau tak sia-sia je aku pergi -_-

Begitulah cerita aku weekend ni, weekend depan kena attend kursus tak dapat balik Kuale tak dapat makan laksa. Pffft.

4 comments:

  1. Anonymous4/08/2015

    summary muka gambar2 kat atas:
    :|

    kecuali panjat kerusi:
    :)

    haha :p

    ReplyDelete
  2. Anonymous4/08/2015

    Coz u only smiled happily in that one picture. Yg lain sume :|
    Haha

    ReplyDelete
  3. because indeed i'm a serious person haha :P

    tq for noticed coz i didnt

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!