”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/17/2016

Hubungan sulit Mak dengan tuppeware.

Aku sukar nak faham jiwa mak-mak ni sebab aku tak jadi mak lagi, kot? Mak aku (dan mungkin Mak kalian jugak) gemar sangat beli tuppeware. Okay itu takpelah, tuppeware memang elok tapi tak pasti sama ada harga dia berbaloi ke tak sebenarnya. Bagi aku mahal *cheapskate*

Mak ada satu almari tuppeware. Salah satu tarikan tuppeware adalah sebab warna dia yang bermacam jenis. Memang cantik dilihat.

Yang aku peliknya, kalau dah beli mahal-mahal kenapa dibuat perhiasan dong? Kalau aku ambil guna kemain marah, tipuware jugak yang dia hulur untuk aku guna T__T

Disebabkan hubungan Mak yang akrab dengan tuppeware, aku dengan adik bercadang untuk belikan Mak tuppeware sebagai hadiah harijadi. Adik aku tunjuk satu gambar set tuppeware cakap Mak pernah kata ni cantik tapi tunggu ada duit baru beli.

Makcik aku agent tuppeware tapi tuppeware yang Mak nak tu design dari Indonesia, kat Malaysia takde. So kitorang tahu Mak selalu deal dengan sorang seller ni yang jual tuppeware designs luar Malaysia. Seller tu pun dah kenal Mak aku. -_-''

So tugas adik aku tanya kat seller tu samada mak aku pernah beli ke tak. Tugas aku pergi tengok kat almari tuppeware tu ada tak design tu. So dua-dua negative, kitorang pun proceed order dengan harapan dapat mengukir sedikit senyuman di wajah ibu tercinta.

Dan semalam tuppeware tu pun sampai ke rumah. Mak whatsapp ucap terima kasih banyak-banyak. Dan mak bagitau mak dah ada yang tu.

What?

Cerok mana mak sorok lagi tuppeware Mak? Ke Mak sebenarnya memang dah ada gudang tuppeware tanpa pengetahuan kitorang?

Dengan siapa Mak order?

Rupanya Mak order dengan orang lain pulak kali ni -_-''. Rupanya orang tu pos ke alamat rumah Nenek aku. Mak taknak ayah tahu lettewwww haha. Sabau je la. 

Aku tanya nak tukar tak, Mak cakap takpe ada 2 sets, senang nak kenduri. Yelah. Tapi aku lagi prefer sebenarnya kalau Mak dapat design yang dia tak pernah ada. Tapi takpelah, nak rezeki ada dua sets.

Mission almost failed. Haha.

Selain tuppeware Mak aku jugak banyak pinggan mangkuk YANG TAK DIGUNAKAN tersimpan rapi dalam almari. Tu pun satu kepelikan. Kenapa beli kalau tak guna?

Satu hari aku terdengar dia cakap dekat makcik aku, time tu aku tahu dia tengah susun pinggan mangkok tu. Dia cakap;

'Ni nanti Nadia kahwin nak bagi dia'

Sejurus selepas itu, setiap kali Mak nak beli pinggan mangkok, aku galakkan je hahahhaa.

10 comments:

  1. Hahahahaha mak-mak selalunya mcmtu. suka beli tp syg nk guna. jgn kata mak-mak, aku pun mcmtu, beli buku best tp syg nk baca takut habis, wahahahaha!

    Tengok dari gayanya, lepas kawen nnt ko tak payah beli lg pinggan mangkuk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah bab buku kita sama, bab tuppeware tu bukan umur kita lg kot. haha

      tula, hope so. wakakaka

      Delete
  2. Ceit ko nad, malas nak beli pinggan mangkuk la tu, kemain nak galakkan..haha!

    Arwah ummi IQ dulu pun kemain suka tupperware ni...kalau pakai, asyik ingatkan jer suruh bawak balik..*in case masa bawak balik rumah sendiri dulu..

    Kenangan betul ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mestilah.

      sama. kalau bwk pergi ofis mesti ingatkn bwk blk. kalau tertinggal mesti bising haha

      Delete
  3. Laaa, aku ingat mak aku je yang jensi beli tupperware pastu simpan tak guna.
    Rupanya itu isu mak-mak sejagat.
    Sama jugak dgn pinggan mangkuk. Banyak dah tersimpan dalam kabinet.
    Bila tanya kenapa tak guna, ada dua jawapan: 1) sayang nak guna, dan 2) nak guna waktu majlis istimewa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, mak-mak memang macam tu haha.
      haha sama mak kita. syg nak gunaaa. kalau ada majlis pun lps majlis terus simpan dengan rapi tanpa tunggu sesaat pun haha :'D

      Delete
  4. Hahahahha.. ko ambik kesempatan kannn..
    aku plak, mak aku pun sama... semua di akumpul, hatta blender sekalipun, tapi biasanya setiap kali aku balik rumah dia, balik rumah sendiri mesti ade jer barang dia angkut bawak balik sekali.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. blender? haha. tu first time dengar. memang mak2 resamnya begitu kau. weh kau lagi ambil kesempatan! haha. mak kau tak tuntut balik plk? mustahil mak2 tak sedar brg dia hilang.

      Delete
  5. Anonymous4/12/2016

    best gilaaaaa pls entri ni. miss you !
    M.

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!