”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/30/2016

Adik yang tak boleh diharap

Aku ada sorang adik lelaki, bongsu, Hafiz nama dia, baru lepas SPM dan tak boleh harap. Ye, tak boleh harap. Betul la tu, tak boleh harap.

-..-

Dia selalu buli Nadzirah, semua suruh Nadzirah buat sebab kalau suruh aku jangan harap aku layan ye, aku kakak yang tegas. Tapi lepas Nadzirah pergi Kelantan aku yang kena layan dia atas sebab Mak aku minta tolong aku, kalau dia cakap aku tak layan. Tapi tak semua aku tolong, ada benda yang aku bantah jugak cakap Mak aku sambil menjawab 'Suruh la dia buat sendiri, oh melampau semua orang nak buatkan, dulu Nadia boleh je buat sendiri, perempuan lagi'

Contoh macam gosok baju sekolah. Mak aku ada masalah saraf dekat jari sikit so tak boleh genggam lama-lama, so bab gosok baju kerja ayah kalau Nadzirah takde, aku buat. Dan Mak suruh tolong gosok baju dia sekali. Nehi kaba nehi. Dah umur 16 tahun kejadahnya tak reti gosok baju sendiri? Memang aku buat slumber aku je tak gosokkan. Dan dia lagi slumber boleh pakai baju tak bergosok pergi sekolah. Pffft. So pagi-pagi Mak aku kesiankan dia, Mak aku gosokkan la, aku pulak rasa bersalah. Ceittt. Lepas tu aku bambu dia sekali berkolabrasi dengan Nadzirah, akhirnya dia pandai gosok baju sendiri. Eeee tau pun, saja je.

Eh melampau ye semua nak disuap. Aku tak tahulah sebab dia anak bongsu or generasi sekarang memang baloq liat. Sabo je aku dengan perangai dia ni.

Hari tu lepas SPM Nadzirah yang tolong isi Borang UPU dia. Alasan dia senang je 'Mana aku tau'. Tak tahu belajar la samdol! Grrrr. Senang je alasan. Memang kena la dengan aku; Habis kamu ingat aku dari lahir-lahir dah tau ke nak isi borang UPU?Belajar la! Tapi dia ni memang tak makan saman, slumber je keluar bagai aku ni bercakap dengan topi keledar.

Dan lepas dapat result (yang maha teruk) aku yang sakit otak nak pilihkan course apa yang sesuai dengan dia; again atas permohonan pertolongan oleh Mak aku, kalau tak, tak koser yeee.

'Ayong, kamu isi je la apa-apa, aku nak pergi main futsal ni'

Ya Allah tolonglah titipkan kesabaran dalam diri aku dengan perangai adik aku sorang ni, nasib aku tak bako je kasut bola dia tu.

'Kamu minat apa?'

'Aku pun tak tahu aku minat apa'

Whatttttttttttttttttt? Pffft!

So aku memang ikut hentam aku lah sesedap jari menekan mouse. Sekarang dah senang ye, masukkan je result akan keluar semua list course yang kita layak. Zaman akak dulu juling mata nak tengok satu-satu kelayakan permohonan. Dah macam tu aku jugak yang kena buatkan lagi? Zzzzz

So senang sikit lah kerja aku. Heyy fikir adik je. Bengang tak baca perangai adik aku ni? Kalau korang bengang aku apa entahkan lagi.

So last week kot result keluar.

Dia dapat..............

Nanti aku sambung sebab panjang lagi bengang aku kat dia ni, tak berkesudahan lagi. Erghhh.

10 comments:

  1. memang perangai budak sekarang mcm tu kot..sebab students kbel boleh kata semua perangai cmtu. bila tanya kenapa tak buat kerja yg kita bg alasan dia bagi 'taktahu' senang jeeee jawapan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah senang je kan jawapan dorang? omg! orang suruh buat tu nak bagi tahu la. ayooo. bertabahla kak bell. kak bell lagi banyak deal dengan spesiss gitu haha

      Delete
  2. Hahahaha.. Aku takde adik lelaki. Setakat ni adik-adik aku semua main pilih sendiri, handle sendiri UPU, JPA ke apa ke.. alhamdulillah kalau tak kosser aku nak melayan. Tapi aku kagum ngan adik ko ni Nad. Kagum gila dia buat tak heran je. Ya Allah ko titipkanlah kesabaran buat sahabatku ini.. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain weh adik perempuan dengan adik laki. adik perempuan aku dulu aku x tau pape pasal dia, tau tau dah nak masuk U je. dengan yg ni, tarikh tutup UPU pun kitorang yang kena alert. Astaghfirullah sangat perngai dia. Terima kasih mendoakan, I really need that doa T__T Hahaha

      Delete
  3. Anonymous5/31/2016

    salam nadia,rileks la nnt dia berubah la tu sbb sebab skrg ni semua org bgi perhatian kat dia.tp klau sendiri2 bleh je berdikari.nnt bile dia masuk zaman IPTA baru la dia belajar berdikari.lgi satu ank laki bongsu memang suka kena marah hahaha.mcm mane tau sy tau,sbb sy pun ank laki bongsu jgk perangai adik nadia sebijik mcm sy dulu2 tp kat rmh la dgn org luar tak.tp bab baju kedut tu tak same la dgn sy hahaha.rindunya nk kena marah dgn kakak sy mcm zman sekolah dulu2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hope so. perangai dia memang menyakitkan hati dalam masa yg sama rasa nak gelak sambil hempuk sikit hahah. oh memang laki bongsu perangan sepesen eh? sabo je la -_-''. Ha betul tu, dengan org lain bukan main jadi manusia paling baik dalam dunia kann. zzzz.

      rindu nak kena marah? peliknya haha

      Delete
    2. Anonymous5/31/2016

      marah2 syg org ckp,bkn marah btul2.sy pernah tanye kakak2 sy,memang suka marah org ke apa? ke hobi?,diorang ckp nk marah sape lgi klau bkn adik sendiri, x kan nk marah abah dgn mak kot...(haaaa nasib badan).tp sy tau diorang marah sbb kebaikan (ehhh tp rase ade je marah sbb suka2 ke sbb PMS??)

      Delete
    3. aah memang hobi marah adik ni. saya dengan org luar x garang langsung, dengan adik2 mmg suka garang2 ni. :P nasib lah siapa suruh jadi adik haha.

      Delete
  4. hahaha..sy rs bukan sebab ank bongsu je kot..sebab sy pun ank bongsu tp lebih suka berdikari..ni sebab bongsu+lelaki+malas (sori ye)+dah biasa semua bnd org buatkan..xpe..dh msk ipt nnt die sndr akan sedar sndr..xkan sume bnd nk org buat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, laki ni lain sikit -_-''. Walaupun tak semua tapi majoritinya mcm tu sebab laki ni lambat matang. plus dia lahir hujung tahun lagi la lain mcm lambat dia hahaha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!