Aku ni manusia biasa, ilmu agama pun cetek, kimia pun hampir nak fail. Konsep aku senang je, makanan yang ada logo halal itu halal. Especially kalau logo halal tu dari JAKIM. Kalau dah masuk supermarket berkoyan-koyan, takkan la logo tu pelesu.
Bagi aku, aku takde kuasa nak mengharamkan sesuatu yang halal. Nak cek halal ke haram ke tu luar bidang kuasa aku, kat rumah aku takde kit halal, kit mengandung pun takde, kit kat pun dah habis.
Aku bengang bila dapat whatsapp yang suruh sebarkan sekian-sekian benda tak boleh makan sebab haram. Tapi tunjuk gambar plastik yang ada logo halal, produk yang digunakan sebelum zaman Jepun lagi oleh penduduk Malaysia tetiba tahun ni haram. Boleh?
Siap screenshot perbualan dengan manager kilang tu through whatsapp. Sebelum kau nak buktikan benda tu haram, buktikan dulu kat aku yang manager tu wujud dan bekerja dekat kilang makanan tu. Aku pun boleh save no Ayah aku as Manager Mee Segera cap Popular then message sendiri, balas sendiri, screenshot sebar dekat orang.
Salah sebar jadi fitnah tahu? Periuk nasi orang tu. Tahu tak dosa fitnah macam mana?
Benda-benda macam ni kena melalui medium yang betul. Kalau JAKIM dah umumkan dekat TV yang sijil halal sekian-sekian ditarik balik, baru aku percaya.
Aku tak suka benda yang takde asas. Dulu pernah kecoh kena cek dekat ingredients kalau ada kod sekian-sekian maknanya makanan tu haram walaupun logo halal dekat plastik dia lagi besar dari logo jenama dia. Weh time tu ada beratus kot kod. Memang aku tak pernah ambil tahu. Sumber tu dari mana?
Aku paling tak suka bila ada orang quote benda-benda macam ni kat hujung message ada tulis Mufti Uganda, Ulama Tersohor. Dey tunjukkan lah sumber tu dari buku mana, akhbar mana, petikan internet sumber mana.
Lagi satu bagi aku kan, ada benda kita tak perlu kaji ke akar umbi. Kalau bab makanan ni, nak kaji mendalam aku rasa satu makanan pun tak boleh makan. Ternampak babi berkubang dalam bendang, dah tu langsung tak payah makan nasi?
Bukan aku ambil ringan tapi tu lah, aku percaya pada authority kita dah cukup telus bab-bab ni. Takkan la negara kita satu bab pun tak telus? -_-'' Ini isu darah daging kot.
Yang aku pelik kan, dalam kecoh-kecoh isu ni kan, ramai je ostat dan ostajah masuk kedai makan Cina yang sah-sah takde logo halal. Ada satu kedai dekat Kuale tu time breakfast penuh orang Islam. Sijil Halal memang takde. Bila tanya dia kata Cina tu tak masak babi, perkakasannya confirm tak pernah masak babi? Tanya siapa bagitau dia tak masak babi? Tukang masak tu bagitau katanya. Oh okayyyyyyyyy. Faham, faham.
Tolonglah jangan viralkan benda yang tak sahih kebenarannya.
Yang JAKIM dah kata halal tu, halal lah. Dan tak semua benda yang takde logo halal adalah haram.
Aku pernah makan dekat kedai orang India sebab aku tau India tak makan babi. Dan aku tak ambil la ayam/daging sebab tak tahu proses sembelihan dia macam mana. Aku ambil yang aku yakin halal je, omaigod sedap gila masakan dia haha.
Eleh kau ingat kedai mamak kat Malaysia ni semua Muslim ke, idok yek. Dorang pakai kopiah je terus umat kita kata dia Muslim. Kahkahkah.
hahah klako pun ada. sebarkan kt wasap ckp secret recipe haram tp kt fb JAKIM kata halal siap ckp tlg jgn sebarkn fitnah kot ye pun nk boikot produk yahudi
ReplyDeleteambui kit mengandung.. hahahah!
haha ha kan. lagi satu kan people treat produk yahudi as haram. hang nak boikot ikut hang lah tapi janganlah label benda tu haram. amboi rasa nak makan kek pulak tetiba hahaha.
Deletesalam nadia,erghhhh x tahulah nk ckp org kita ni mcm mana,gemar sangat sebarkan news yg x tahu hujung pangkal.bnyk sngt hearsay dari member la,tok wan operator kilang la,jiran sebelah rumah la.pastu sebarkan dlm grup wasap konon2 dia la org first yg tau bnda ni semua.bila mintak sumber mula la mcm2 alasan.hemmmm......
ReplyDeletememang masalah benda viral ni. bukan je bab makanan, tapi kdg2 bab hidup mati org. tlg la pemikiran tu jgn jumud sgt hohoho
DeleteBab halal haram ni dah ada badan pemantau kot. Ada jugak cawangan tak berdaftar nak jadi mata-mata kononnya. Mata-mata ke mati-mati busuk hati nak sabotaj periuk nasi orang? Bukan susah sangat nak check sebelum sebar satu benda tapi aku tgk rata-rata main taram terus share maka cancer fitnah ni pun tersebar dengan gembiranya.
ReplyDeleteShitty betullah
ye betul. semua org main hentam je share. kdg2 logik pun ke mana entha dorang simpan, ada yang sumpah nonsense. marilah kita berdoa supaya manusia2 begini sedar akan natijah perbuatan mereka
Deleteok...ni IQ setuju tapi isu sebarkan pasal ada satu restoren non halal tapi nama restoren macam halal tu betul...sebab tadi IQ pun nampak banner restoren tu dan diaorg pun tulis NON-HALAL...
ReplyDeleteyang pasti cek kesahihan kedai, jangan main taruk masuk jer...hehe
ada yang betul memang betul, see ada bukti banner. ini bengang yang sah-sah halal, diharamkan oleh sesetengah individu. huhu
DeleteKebetulan, aku pun dihujani dgn wassep isu halal haram ni.
ReplyDeleteSiap ada list lagi mana haram mana takleh makan.
Pastu macam yg kau cakap, petik laa nama mufti itu ini. Pastu tamat.
Sesenang je nak haramkan apa-apa.
Kita muda mudi ni boleh laa fikir panjang.
Mak Abah Atuk Nenek yang dah berusia tu, dapat wassep camni mesti terus percaya.
Dulu ada isu Secret Recipe kena tarik sijil halal sbb dah tamat tempoh, aku punya laa kena explain panjang lebar sbb sebelum ni kalau nak sambut besday mesti beli kek kat situ so Mak Abah aku dah meragui apa yg diorang pernah makan. Dah laa nak explain dekat orang berusia ni susah sikit sbb term-term dan fahaman yg berbeza. Penat ooo.
Laa ni, aku guna konsep macam kau ni jugak, akalau JAKIM kata haram, baru aku tolak.
Setakat wassep main forward2 ni aku skroll sebelah mata je. Huhuhuh
*sori panjang lebar*
kan, benda yang sah sah haram takde pulak mereka menegaskannya.
Deletebetul tu, selalunya makcik-makcik la cepat percaya dan terus panik. kalau aku rajin aku explain, kalau aku annoy aku diam je haha.dan selalunya dorang akan pertahankan, tak tau la sebab ego tua ke apa ke
yeahh, sep sikit! *eh haram* hahaha
tak boleh la suka suki je labelkan produk haram halal tu..kena yg expert je
ReplyDeleteyes betul tu. kita tak berhak menghukum
Delete