Adik bongsu aku baru lulus ujian kereta. Wohhhh tetiba rasa diri ni tua sebab yang bongsu dah boleh drive. Tapi akak suka je sebab akak dah dapat bayangkan akak bersandar di seat belakang sambil mengarahkan supir ke sana dan ke mari hahaha.
Last 2 weeks dia gagal ujian kereta sebab tak pakai seat belt kah kah kah. Memang kena gelak la dengan aku, kesalahan alahai haha. Tak sempat keluar ke jalan raya besar pun haha. Time tu JPJ perempuan.
Hari ni dia dapat JPJ lelaki, pegawai tu tanya kenapa gagal yang first, dia cerita la. Lepas tu pegawai tu cakap 'Hak ala sebab tu je? Okay bawak elok-elok, saya bagi lulus'
Tak dinafikan JPJ laki lagi sempoi dari JPJ perempuan. Dalam apa-apa jawatan or pekara pun memang perempuan lebih fussy dan thorough. Itu nature perempuan, kot?
Aku ingat lagi time aku ambil ujian kereta dulu, aku dapat JPJ lelaki. Ada kena lalu depan satu sekolah and time aku lalu tu ada 2 backhoes. Aku dengan konfiden take over backhoes berkenaan dan melepasi speed limit. Lepas tu pegawai tu cakap, nasib baik awak potong, kalau tak saya gagalkan awak hahaha.
Kawan aku pulak kena dengan JPJ lelaki jugak bila bawak 60km/h je dekat jalan lurus and lengang; Hey kamu jangan nak berpura ye bawak laju ni je bila dapat lesen nanti, laju sikit kalau taknak gagal. Hahaha. Time aku test dulu memang 2/3 yang dapat JPJ perempuan fail. Nasib la labu.
Aku memang tak berapa suka deal dengan perempuan. Kalau boleh pilih counter nak berurusan memang aku pergi kaunter laki jaga kecuali aku nampak perempuan tu manis wajahnya. Perempuan ni emosi dia lain macam (tak semua). Kalau yang tak reti control tu especially tengah PMS hmmm lagi la rasa nak tenyeh muka dia dekat stamp pad.
Kita pulak kena hati-hati cakap dengan dia, kita pulak kena bersabar. Yang lagi hauk kita senyum dia tak senyum balik, kita bagi salam dia jawab hmmm je. Eeee la aku pantang orang duduk kat kaunter perangai rupa ni. Orang macam ni patut kerja dalam stor.
Bak kata cousin aku yang pernah test dengan JPJ perempuan 'Dah la muka macam zombie, tak nak sembang-sembang, aku pergi majlis pengebumian lagi meriah'
Hahaha.
Aku dulu dapat JPJ perempuan.
ReplyDeleteMemang betul bengis muka makcik tu, aku bagi salam dia angguk je. Pastu tak pernah senyum sepanjang test. Nasib baik lulus.
Banyak gak citer aku dengar yg dapat JPJ perempuan asyik gagal je. Ntah laa. Over-strict kot? Huhuhu
haha kia kau hebat la lulus dengan org mcm tu
Deleteye kot, and cerewet hahah boleh?
sama lahhh! Dulu dapat JPJ lelaki dia skip banyak jalan sebab nak cepat habis. alhamdulillah lulus jugak walaupun hari tu nervous teruk
ReplyDeletehaha kan, sama la, dorang pilih jln senang je. time test tu mmg semua org nervous kot hehe
Deleteayat last tak ley blah...hahaha!!
ReplyDeletetapi tak semua la JPJ lelaki tu peramah ape semua...IQ dapat JPJ lelaki yang menjadi blacklist untuk sape yang ambik ujian JPJ tu...punya la berdoa jangan dapat JPJ tu tapi sekali haaaa!!
Nasib lepas la..tu pun atas pagar lepasnya..silap sikit sebab ada kereta bengong potong belah kiri yang membuatkan emosiku terganggu..hahaha!!
hahah rezeki tu IQ. hebat lah lulus dengan JPJ yg digeruni hehehe.
Delete