Hari Jumaat lepas, lepas Subuh aku baring-baring kejap sebelum nak pergi kerja. Then aku rasa ada benda dekat atas bahu kanan aku so tangan aku ke situlah nak kenal pasti apa benda nya, sekali kena sengat! Wuwuwu sakit gila rasa nak bukak puasa.
Lepas tu aku nampak lebah terbang dengan bontot yang besar dengan slumber nya tanpa toleh ke belakang memohon ampun. Aku tengah sakit tak sempat nak bunuh mahu pun herdik.
Sepanjang perjalanan pun sakit lagi walaupun segala ubat aku dah letak, ubat gigi pun aku letak tak tahu kenapa.
Sampai je pejabat aku tengok satu badan aku tumbuh bintik-bintik. Lepas tu rasa nak demam (ni psychology je aku rasa). Aku mengadu dekat officemates dorang suruh pergi klinik untuk cucuk. Lagi satu cara minum air kelapa pure untuk hilangkan bisa. Bukan masalah puasa, masalahnya mana nak cari kelapa? Haha
Dorang nak hantar aku pergi klinik tapi aku taknak, aku nak drive sendiri walaupun tangan dah kebas sikit. Aku kan degil haha dan tak suka menyusahkan orang.
Sampai je klinik aku orang ke-2 jumpa doktor sebab awal pagi lagi. Ya Allah doktor tu lembut gila, sangat motherly. Time turn baby dia keluar sendiri dari bilik dia panggil patient and parents masuk. Cakap pun lembut je, melting. Bila aku nak lembut begitu haha
Then dia suruh aku tunjuk tempat kena gigit, dia kata makin bengkak and tengok bintik-bintik dekat badan aku and dia cakap aku allergic dengan bisa lebah. Siapa je tak allergic? Bukan semua allergic ke?
Lepas tu dia cucuk. Doktor ni walaupun lembut mungkin kurang skill cucuk sebab 2 hari tempat cucuk aku bengkak haha. Takpelah sebab dia baik, aku maafkan haha.
Dia bagi aku MC sehari sebab dia kata aku tak mampu berkerja hari tu. Aku pelik jugak, aku okay je aku rasa. Tapi rezeki jangan ditolak ye dak? Nak MC boleh serahkan diri kat lebah haha.
So aku balik rumah. Kiranya hari tu aku datang Ipoh semata-mata nak ambil MC, macam dekat Kuale takde klinik -_-''. Mana aku tahu boleh MC.
Bila sampai rumah aku rehat then baru aku tahu apa maksud doktor tu aku tak boleh berkerja, rupanya 1 badan aku bengkak-bengkak termasuk muka! Scary tengok muka sendiri lebam gitu.
Aku tidur je sepanjang hari sebab rasa lemah. Lepas bebuka makan ubat baru surut bengkak.
Alhamdulillah.
I hate you bee!
I hate you bee!
salam nadia,sy pun slalu kna dulu... bleh imagine saat kena sengat tu,tambah lgi time lebah melepaskan bisa sengatan dia tu pehhhh pedih chor.....Btw nasib baik nadia x kawin lgi klau x ni petanda nk dpt madu la ni hahaha
ReplyDeletesakit kan, pedih campur tertusuk gitu haha. eh sy dah ada madu, ada 3 botol :P
Deletehahahah selama ni aku sangka lebah comel sbb nama pun comel, bee. hahaha.
ReplyDeleteaku rasa lebah yg sengat ko t tu sarat dgn madu. aku salu bayangkan picit perut lebah dlm mulut, wth
Kalau sarat dengan madu patutnya dia menyembuhkan aku haha. OMg imagination kau, scaryyy! hahahaha
DeleteKalau yang hidup lepas sengat tu tebuan kan? Aduih mna datang la menatang tu semua. Aku tak pernah kena, alhamdulillah.. Selamat berihat, Nad
ReplyDeleteSiapa yang hidup? Aku ke tebuan? hahaha. Aku tak tahu beza mereka. Tu la, doktor tu suruh aku cari sarang dah hapuskan. Rumah aku keliling hutan kot haha. tq, sihat dah alhamdulillah :)
DeleteLebah tu. hahaha. kalau ko dah mati agak ajaib jugak blh taip entry dari alam barzagh.. hahahahaha
Deletehahahhahaha. wow I must did well in dunya if i got wifi connection there. lol
Deletebro, sebelum tu aku nak betulkan, lebah tak gigit. dia sengat... koh koh koh *nazi tatabahasa*
ReplyDeleteaku pernah tersepak lebah. tengok tengok sengat dia dah tercacak kat tapak kaki, bengkak sikit jer... nasib baik tak bengkak beso
kahkahkah betul2. terima kasih kerana membetulkan kekhilafan hamba kehkekeh
Deletetersepak? ke terpijak? haha. sepupu aku pernah gigit lebah. dia gigit lebah! haha