Dulu aku delete FB sebab aku rasa ianya nonsense. Buang masa aku. Manusia merepek di situ dengan benda yang tak perlu direpekkan. Hmmm sedapnya kerepek. Upload gambar bercium, cerita aib suami dekat orang, viralkan benda palsu. So much negativity.
Ada orang cakap dekat aku;
Sucinya awak ni takde FB.
Aku sedang mensucikan hati, that's why I deleted it.
Lagi satu aku deactivate FB sebab takde lah orang ajak aku pergi kenduri kahwin. LOL. Sebab kalau dah jemput wajib pergi kan? Aku tak suka pergi majlis keramaian. Aku tak suka crowded place. Aku tak suka tempat yang bingit. I have problem to socialize with people *introvert alerts neenongg neenongg*
Lagi satu aku deactivate FB sebab takde lah orang ajak aku pergi kenduri kahwin. LOL. Sebab kalau dah jemput wajib pergi kan? Aku tak suka pergi majlis keramaian. Aku tak suka crowded place. Aku tak suka tempat yang bingit. I have problem to socialize with people *introvert alerts neenongg neenongg*
Kemudian aku tumpukan pada twitter. Tumpukan. Wah macam nak masuk syllibus exam. Twitter lebih mudah aku rasa sebab orang tak boleh meroyan panjang-panjang. Kalau malas baca just scroll, scroll nak skip pun tak perlu lama sebab content dia sikit. Aku pun banyak meroyan dekat sana haha.
Tapi ada masanya menyampah juga. Dekat twitter ni aku tengok ramai orang yang liberal, berfikir guna logik dan ke-coolness kepala otak mereka.
Mungkin satu hari aku akan delete twitter jugak. Mungkin.
Instagram. Aku suka instagram sebab gambar. Aku jarang baca captions, I just enjoy scrolling all the pictures. Stalk mereka yang berjaya, yang anak comel, perempuan cantik, gambar cantik. Certain gambar adalah seni, bagi aku.
Aku kalau bosan aku buka tab 'explore' stalk random people yang aku rasa menarik. Tapi ia agak membinasakan coz I tend to judge people. Lol.
Ada satu couple ni, kahwin muda, lepas SPM. Perempuan berpurdah. Itu takpe, biarlah mereka bahagia. Biarlah mereka nak upload gambar/video yang sweet-sweet. Instagram mereka kan? Tiada siapa suruh kau pergi tengok kan?
Atas sebab kebosanan melampau dan nak habiskan battery handphone, aku baca komen-komen pada satu video mereka. Terus aku kemurungan.
Kita guna social media (socmed) ni kita kena pandai kawal, bukan socmed yang kawal kita. Kita tak boleh nak samakan kehidupan kita dengan kehidupan orang. Kita tak boleh demand nak begitu dan begini sebab apa yang kita fikir baik untuk kita belum tentu baik untuk kita.
Aku paling butthurt dengan #relationshipgoal. Kebanyakan komen berbunyi begini
Nak macam ni jugakkk *ikon menangis*
Weh sweet teruk ni
B, nanti kita jadi macam ni yeh *tag nama boyfriend*
Lolotolololololol
Kemon girls? Kemon? Korang boleh tak faham apa aku rasa dan cuba sampaikan?
Kita berlumba nak jadi best macam certain orang yang memang hanya tunjuk best side of them je. Hidup bukan jalan cerita yang kita boleh garap (wujud ke word ni?) ikut kemahuan kita.
Nak kahwin muda, nak ambil video sambil baring atas peha suami, nak tunjuk kat dunia suami buat suprise annivesary celebration, nak tunjuk dekat dunia suami belikan bag LV. Nak bagitau dunia suami dia paling best dalam dunia.
Kau confirm lepas kau kahwin kau dapat semua ni macam yang orang lain hebahkan?
Please live your life as it is. Jangan berangan lebih-lebih, jangan nak apa yang orang ada sebab rezeki manusia lain-lain.
Sesetengah benda harusnya kita simpan as kenangan peribadi. Lebih baik.
Kalau aku jadi pakwe yang kena tag dekat video/gambar entah siapa-siapa memang aku mintak clash. Rugi bercinta dengan orang yang tak realistik ni haha.
Assignment copy paste, hidup orang pun nak copy paste ke?
Jadinya aku tekad itulah kali pertama dan terakhir aku baca komen-komen dekat gambar strangers ni. Semalam pun aku dah terfikir nak deactivate IG just nak deactivate kena guna desktop, so ingat nak tunggu pagi ni.
Pagi ni tak jadi nak deactivate haha. Aku perlu tahu perkembangan kawan-kawan aku. Cukuplah aku takde FB dan aku langsung tak tahu certain kawan aku tetiba dah ada anak nak masuk darjah 1! hahaha. Dorang kahwin bila pun aku tak tahu T_T Eloklah aku bersosial sikit, anti-sosial sangat aku nih. haha
Sy pn terfikir benda sama jgk. Deactivate fb. Lg2 skrg ni mcm2 hal. People bergaduh dlm fb tu mcm tiada hari esok. Komen2 sumpah seranah. Psl vaksin. Psl mcm2. Kdg2 terfikir knape dgn manusia ni. Bulan Ramadhan. Diorg mcm xhormat bulan Ramadhan pulak.
ReplyDeleteRasa sedih tgk.
Smoga Allah melindungi kita semua.
tu la. deactivate je. menjamin kesejahteraan hidup haha. wpun tu hidup dorang tapi kita baca kita pun sakit hati. buat apa sakitkan hati sendiri bila boleh dpt ketenangan haha
Deleteameen
I pun takde FB..
ReplyDeleteTenang.
Tapi Twitter pun kadang pening gak tengok masing-masing kongsi benda merepek.
Sigh~
(-___-)"
sangat tenang. soothing.
Deleteye pening. tambah2 kalau tengok dorang gaduh. ada yg rupa takde agama bila bergaduh. huh
Aku load fb kunun2 nak ikuti perkembangan semasa..LOL.. tapi aku rasa 9gag lagi interesting.. Dahla fb aku pun makin bosan dan annoying sebab ramai budak2 baru nak up, 24 jam post komen.. nasib baikla aku jenis load seminggu sekali..sekarang ni rajin balik sebab berurusan dengan client kt fb, senang sikit..
ReplyDeleteGarap? Ye, wujud..! UvUd
Yup, the core point is it's up to you.. Kalau ko nak amek the bad side out of all these socmedia, then it's a bad thing..but we're human being, iman pun kadang turun timbul tenggelam naik, apetah lagi hati yang selalu berbolak balik ni.. Awwwwaaa, saya taaa kuaaattt..
Kena pandai.. Kalau rasa takde lagi bagus, ye, tiada kan aje.. Kalau dah murung, hmmmmmm, disconnect/deactivate..
aku pun selalu bukak 9gag menghiburkan hati sendiri yg mudah terhibur haha. salah satu sebab aku deactivate, banyak bebudak agas. yg style buktikan cinta dgn toreh tangan. bebudak yg act mcm org dewasa. i kennotttt. mmg ada kebaikan FB ni, it depends on how we use it. mcm aku, takde kebaikan aku dpt dr sana.
Deleteoh thankyou
tu la. semua berbalik pd kita. aku ni dh la iman x kuat haha. so aku choose to be ignorant, easy that way. kalau ada mesti nak bukak lepas tu mengata. kalau takde pandai pulak aku duduk diam2 haha
aku ada fb, ig, twitter, blog, haaa apa lagi. wahahahaha.
ReplyDeleteyup socmed mmg byk benda negatif, tpp aku berusaha sedaya mungkin mencari yg positif, bagai menyelam ke dlm lautan longkang mencari permta beharga gitu.. hahahah. sbb tu aku friend dgn positif pple je, yg tak suka meroyan, yg tak share benda tah pape. mostly geng komik.
dan psl IG, aku mmg menghindari ig org femes sbb nk elak dri dari sifat hasad, hahah kenmain. baik aku tengok gambar buku dr tgok pasangan sweet yg mcm ko ckp, mana nya nk tayang the dark side of couple life khenn
aku paling setia dengan blog la. dah nak masuk darjah 3 dah ikutkan blog aku ni.
Deletebetul tu, tapi aku kalau nak approve within circle aku je, mesti kawan aku x sampai 20 org kt fb tu haha. bagus zyra, keep digging the positive side of all things!
tu la, aku pun kena hindarkan lps ni. aku dah start unfollow ig online shopping juga. hahaha. hope we can grab only the ones that can benefit us, here and hereafter.
first thing to say, perkataan garap tu ada, tapi sangat sikit orang menggunakannya..haha!!
ReplyDeleteIQ ada tiga2 akaun media sosial tapi of course tak semua layan sepenuhnya. Pernah FB jadi padang jarak padang tekukur..(eh betul ke ni)...sebab fb jadi tempat orang share benda yang langsung tak berfaedah (mungkin ada kawan2 yang baru nak up, baru nak live the life, mungkin) dan sekarang baru stabil sikit..
IQ paling suka IG, dulu suke buat seni dekat instagram tapi sekarang memang muka Qa'id je muncul kat situ...muka sendiri dapat likes paling kurang..haha!!
Twitter tempat meroyan, biase laaahh
blog tempat bercerita....haha!
social media ni buat org cepat melatah. cepat meluahkan tanpa fikir dua kali. siapa yg dapat control Alhamdulillah.
Deleteeh baby memang disukai ramai, mak baby sila redha ye haha
blog paling best rasanya hhehehe.
Semua aku ada.
ReplyDeleteFb, Ig, twitter dll.
Pada ku mudah, aku pilih content yang aku nak brain.
Aku tak pernah layan goals-goals ngarut, debat internet drpd keyboard warrior dsb.
Aku hanya follow org yg bg vibe positif, dan kengkawan yg tak sakitkan kepala.
AKu tweet apa aku suka, kalau ada yg butthurt itu masalah dia, bukan aku.
Fb personal wujud semata2 sbb aku main game je kena login fb. Hahahahaha
Blog je yg paling best. Hehehe
kau perlukan platform tu semua utk berkarya lagipun kan. pandai control should be no problem. aku tak boleh sikit. aku rasa dunia makin sakit bila byk sgt benda negatif aku tau. not good utk kelansungan hidup aku haha. sebab benda kalau ada aku tend to bc, so better aku jadi org yg x ambil peduli lgsung.
Deleteyeahhh blog is the best kekeke
Saya pun dag jarang nak scroll facebook nie.. banyak negatif dan khayalan daripada kenyataan..
ReplyDeletekan. kita tapis2 la mana yg patut. we know how to control ourselves better :)
Delete