”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/05/2016

Marhaban Ya Ramadhan!

Hari tu on the way aku balik dari kerja aku dengar radio ikim.fm frekuensi 102.70 kalau kat Ipoh. Ha kau bagitau frekuensi terus. 

Kebetulan ada tazkirah. Aku pun layankan je la sambil layan jem trafic light. Ni antara isi-isi yang aku dapat grab;

Nabi Muhammad saw pernah kata umur umat dia antara 60-70 tahun saja. Umur kita sangat pendek berbanding umat terdahulu sebagai contoh Nabi Nuh berumur hingga 900++. Phewww. 

So sebagai menunjukkan Allah sayang kat kita dan Allah itu Maha Adil maka Allah hadiahkan kita malam Lailatul Qadr. Siapa yang beribadat malam itu akan dikurniakan pahala berlipat kali ganda. Hanya satu malam kita boleh dapat pahala macam orang yang hidup beratus tahun. Itu adalah antara rahmat Allah kepada kita. 

Kalau malam Lailatul Qadr tu kau buat kuih raya ibaratnya cukuplah kuih raya tu hasilnya nak edar satu dunia sebalang sorang. 

Orang-orang yang dah mati pun akan diberhentikan/dikurangkan seksa kubur. Ada yang tak dapat privilige ini, depends pada dosa masing-masing tapi generalnya tiadalah seksa kubur sepanjang Ramadhan. 

Pabila tibanya malam terakhir Ramadhan maka menangislah ahli-ahli kubur dan berkata 'Untung kamu manusia yang masih hidup, masih terus dapat beribadat kepada Allah'

Aku tersentak dengar benda ni. Terus aku tanya diri aku 'Takkan dah nak mati nanti baru nak menyesal?' Sesal dulu pendapatan, sesal dah masuk kubur tiada gunanya. 

Sama-sama lah kita muhasabah diri. Moga Ramadhan kali ni memberi 1000 rahmat kepada kita dan semoga semua amal ibadat kita diterima. 

Sultan Perak dah menitahkan semua masjid dan surau di Perak wajib buat 20 rakaat tarawikh tahun ni. InshaAllah Allah permudahkan. Jangan Imam bagi salam rakaat ke 20 nampak tiang masjid je sudah haha. Individu terpulang nak buat 8 rakaat je ke, tapi Imam kena buat 20. 

Selamat Menyambut Ramadhan ya Muslimin dan Muslimat! 

Aku berulang Ipoh-Kuale sepanjang Ramadhan ni sebab nak berbuka sedap dan ramai-ramai and nak sahur ada orang kejut haha. Kalau aku sorang kat sini alamat aku tak bangun sahur, kalau bangun pun mata buka separuh je sambil raba botol air. Jangan lupa dalam sahur tu banyak keberkatan. InshaAllah. 

Baju Raya kaler apa tahun ni wutttt wuttt? Haha. Kalau ternampak aku dekat bazar Raya buat-buat lah tak kenal. Hahaha.

*pasang lagu raya*

Di kesempatan ni aku nak mohon maaf kepada semua samada yang kenal aku secara realiti atau tak, andai aku ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan aku hamba yang penuh khilaf.

6 comments:

  1. Baju aku tahun ni merah. Ko pun pakai laa merah baru matching **tetiba**

    Masalah umat kita ni, dekat hujung Ramadhan nanti jadi makin malas nak berterawih, padahal malam-malam akhir tu laa ada Lailatul Qadar nyer. Nasib laa malam tu rahsia. Kalau tak rahsia maka mesti penuh satu malam je masjid tu. Huhuhu

    Selamat menempuh Ramadhan, Nad :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala aku dah beli kaler biru, tahun depan la tahun depan hahhaa

      ye betul tu, termasuk lah diri ni hoho. kan, kalau x org buat mlm tu je.

      Delete
  2. selamat berpuasa jgk sis..
    terkedu baca..btl..time ujung2 pose tu la org sibuk utk buat kuih raya etc..tp semuanya utk keperluan sendiri..bkn org lain, sy sndr pun mcm tu..pdhal ujung2 pose tu la sepatutnya kita cari lailatulQadr.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, time raya mmg bazar raya lagi penuh dr masjid. husnuzon la yg kita semua solat tariwikh sendiri dekat rumah lepas dah seronok dpt rezeki beli baju raya hehe

      Delete
  3. Baju aku takde kaler lagi, hahahahaa bukan sbb belum beli tapi sbb aku pun tak tau dia kaler apa, ngeh

    Selamat berpuasa Nad. Yayy rasanya sepuluh mlm terkahir aku tak cuti, semoga sempat sampai ke akhirnya, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha tu lawak. hang google je range kaler dia, nanti match kan hahaha

      aku pun. aku tengah rasanya. semoga ibadat kita diterima. ameen

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!