”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/15/2016

Maria's Big Day

Malam Khamis lepas aku naik ETS ke Seremban pukul 10.30 malam and arrived at 2.30am. Cha pick up aku then kitorang terus shoot ke Melaka pergi rumah Dira. Sampai rumah Dira pukul 3.30 pagi. Ha elok ketuk rumah orang pagi-pagi buta. Nasib baik Dira sedar, kalau tak aku dengan Cha cadang nak tidur atas pokok depan rumah Dira je.

Pagi esoknya dalam pukul 9 gerak pergi rumah pengantin dekat Skudai, Johor. Dalam pukul 11pagi sampai. Aku tidur dekat belakang, Cha je teman Dira kahhhh! Sampai-sampai je terus pakai inai, kalah pengantin menyebok punya perangai haha.

Then balik homestay untuk siap-siap untuk majlis nikah. Pukul 3pm kitorang sampai rumah pengantin and dapat briefing apa kena buat. Debor weh nak angkat dulang turun tangga. Dah la dulang berat kalau tengah control ayu tersadung tergolek terus depan tok kadi macam mana? Haha

Alhamdulillah everything went well. Lepas tu kitorang melantak lah apa lagi. Tengah-tengah makan DJ panggil masuk rumah untuk bergambar. Lepas tangkap gambar keluar makan balik haha dasarrrr.


Dulang girls. Dulang girls dalam setiap kenduri memang function adalah buat-buat busy dan paksa photographer ambil gambar banyak-banyak. Just bear with us haha.

Aku adalah manusia yang tak reti pakai shawl and tak pernah make up. By make up I mean all the blusher, eye shadows whatsoever. Aku hanya tahu basic make up iaitu BB Cream, compact powder, eye liner dan lipstick. So this was my first make up of course not by me. Haha. Make up by Sheril. Dia bukan MUA pun, dia safety officer dekat construction site! Risau aku muka jadi macam bangla sebab dia kata aku experiment dia -_-'' But she did great walaupun marah-marah aku tak duduk diam haha. Kalau bagi kat aku tak tahu apa jadi.

Shawl aku dipakaikan oleh Freyn. Ibaratnya hari tu aku lah pengantin sebab aku berdiri macam patung je, orang lain yang kerjakan aku. Haha. thankyou girlfriends. Muaahh sikit. 

Malam tu lepas makan dekat Singgah Selalu, Danga Bay kitorang pergi dewan nak final rehearsal. Sampai dewan dekat pukul 11 malam sebab sesat haha. Jalan JB kenapa complicated sangat? Kalau Shah Alam terkenal dengan roundabout, JB pulak banyak gila flyover yang memeningkan kepala. Dalam 12 lebih baru balik.

Pagi esok dalam pukul 11 kitorang dah gerak ke dewan. Conquer photobooth dulu sebab orang tak ramai lagi. Habis kodak kat kitorang je dah bergulung-gulung haha. Tapi aku kena gastrik pulak, tak boleh diri lama, duduk je. 

Dekat pukul 1 pengantin sampai so bridesmaid la yang mengiringi pengantin. Adik-adik Maria lead rombongan dengan selawat sampai ke pentas pelamin. Perghhh suara adik-adik dia gold oh. Meremang bulu roma aku dengar. Oh btw, Amira Othman yang nyanyi lagu Hati-Hati tu adik Maria and Irfan Ceria PopStar pun adik dia, so faham-faham lah kenapa Maria tak bagi kitorang yang nyanyi hahaha. Artis AF batch adik dia pun ada buat perfomance.

Lepas dah reda sikit kitorang pun pergi makan. Makanan sangat superb dan semua sedap-sedap. Ada nasi, laksa johor, spaghetti, aiskrim, candy corner, desserts. 10 kali ulang alik ambil makanan. Haha

Bridesmaid ada 15 tapi yang lain dah berselerakan time ni



Shawl by Dira. Thankyou love.

Pukul 4 aku naik surau tidur hahaha sebab dah tak larat tahan gastrik, ubat tak sempat beli. Pukul 5 baru turun balik and dekat pukul 7 baru keluar ikut pengantin outdoor photoshoot dekat construction site! Haha. Time tu sunset, memang cantik gambar.

Esoknya pukul 7 dah gerak pergi Airport Senai sebab Freyn dengan Mag punya flight pukul 8.50am, aku pukul 10.10am so alang-alang tu gerak sekali. Aku fly direct ke Ipoh. Semua orang tanya aku, eh Ipoh ada airport? Weh kuangjo ye semua memandang rendah pada Ipoh! Ada la! Haha. 

Sekali flight aku, flight aku ye, flight aku! Haha. Flight delay 3 jam! 3 jam weh! I hate waiting, so much. Sakit kepala aku menunggu. Delay sebab ada masalah teknikal. Nasib baik bagi refreshment Subway walaupun sejuk nak mampus roti tu haha. Redha je lah. Landing dekat Ipoh pukul 2.30 petang. Dah la penerbangan tak smooth langsung haha banyak komen kau ni. Tapi Alhamdulillah selamat mendarat atas landasan yang benar tak terjunam ke dalam tasik ke apa ke. 

Sampai rumah dalam 4.30 lepas singgah lunch semua. Begitulah kisah weekend aku yang lepas. Greatest moment I had with them my favourite girls. Dari malam Sabtu dah rindu dorang. Now I miss them even more. Bila la lagi nak jumpa.

Dear Maria dan Faiz,
Selamat Pengantin Baru! 
Semoga bahagia selalu hingga ke syurgaNya.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Selamat melayari alam rumah tangga, you guys will make a great team!

Dear my lovely Maria,
I love you so much! Jadi isteri yang baik, I know you'll coz you're indeed a very kind-hearted person in every way. 

Dear Faiz,
Jaga Maria aku elok-elok. Be a responsible husband, loving and caring, we know how Maria is haha. You're a great man for Maria, kalau tak mestilah aku tak approve kau jadi abang ipar aku haha.

Sebak pulak. Bye.

12 comments:

  1. see, bile bestie kawen, kita yang sebak...sobs...

    sangat cantik nad pakai shawl, ok bai~ haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. sedih dalam masa yg sama happy for her. sedih sebab rasa dia dirampas dari kita. lol

      haha cantik la sangat *tangan kat bahu, rolling eyes* haha btw tq :D

      Delete
  2. Seronok kan ada moment macam ni.. heh.. you look great. !
    take care .. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok lps tu tak boleh move on haha. thankyou :)
      you too

      Delete
  3. bestnyaaa korangg. hehe
    btw, baru tau ipoh ada airport hahahaha maafkan i

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe best2.
      hahaha takpelah, i dah redho dah haha

      Delete
  4. Nad, kalau aku lelaki, dh lama aku masuk meminang hang! Cun, ayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kenapa kau tak laki? hahahhaa. dalam gambar je nampak ayu, aku grago sebenarnya hahaha

      Delete
  5. fuhhh... ayu2 semua. ada yg blum bpunya keee... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua single tapi not available haha

      Delete
  6. Pergghh!
    Kawan dengan famili artis tu. Hahahaha

    Jauh kau merantau hanya untuk kawan ek.
    Bagus kau ni Nad. Bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kawan dulu baru dorang jadi artis.

      kawan baik meh, mestilah pergi. kalau x, x pun kekeke

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!