Macam mana nak hilangkan rasa takut pada perkahwinan? Benda ni kadang-kadang kacau niat aku nak kahwin tahun depan yang entah dengan siapa tu. Aku tahu jalan hidup orang lain-lain but still benda-benda ni mengganggu fikiran aku haha.
Lately banyak sangat aku dengar rakan sebaya aku bercerai/nak bercerai. It's so heartbreaking when you heard the news sebab muda lagi oi, baru 26 dah terpaksa menempuhi dugaan sebesar ni, ada tu yang dah ada anak pun.
People always said that the first 5 years of marriage is the toughest, I don't know how far it's true sebab aku tak pernah menghadapinya. So yang bercerai baru setahun dua berkahwin ni tak tough nak hadapi ujian ke macam mana? Tapi kalau aku dengar ujian dorang pun aku tak mampu noks nak hadapi.
Paling scary bila the one yang kita letak harapan akan jaga kita dan bahagiakan kita hingga akhir hayat, turns out be the one we never thought of. Betul lah musim bercinta dengan fasa perkahwinan adalah sesuatu yang jauh beza.
Time bercinta keluar kejap-kejap, keluar cantik-cantik wangi-wangi, senseng lengan baju pun kemas kemain siap seterika macam line baju army. Tengah tak dapat kan, kentut pun harum. Bila dah kahwin kau kena hadap muka air liur basi dia, morning breathe dia, yang balik kerja stokin sebelah campak bawah kerusi sebelah campak atas meja makan.
Jangan ingat orang yang kau bercinta ke sana sini bertahun-tahun tu adalah orang yang sama lepas akad nikah. Aku dah tanya dah benda-benda ni dekat orang yang dah kahwin. Memang semua cakap yang kita kenal sebelum kahwin tu 20% je. Semua nampak indah je time bercinta sebab buruknya syaitan dah tutup.
Perangai-perangai buruk yang kecik-kecik ni semua orang boleh tolerate aku rasa. Yelah, kita pun tak sempurna mana, kadang-kadang tidur berdengkur, kadang-kadang kena sembelit, ada masanya malas betul nak mandi haha. Itu manusia normal.
Tapi paling seriau bila dia ada perangai kita tak boleh tolerate. Kaki pukul, kaki botol, kaki perempuan. Ke ada yang boleh tolerate? Benda macam ni memang boleh sorok time bercinta. Nauzubillah.
Aku selalu tertanya-tanya 'How would I know that he's the one?' And they replied 'You'll never know'. Shit. Haha
Then aku terus berpegang pada janji Allah 'Lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik, and vice versa'. Yang tahu terbaik untuk aku hanyalah Allah, maka berdoalah, beristikarah lah.
Kalau dah buat semua tu, dah try jadi terbaik, but ujian datang jugak, itulah dugaan dari Maha Esa. Ingat, dunia ni bukan selamanya. All pain shall pass. Memang sakit, aku tahu walaupun aku tak pernah rasa. Tapi itulah, ujian ni datang untuk melemahkan kita atau menguatkan iman kita, you choose. Nabi-nabi yang maksum pun diuji, inikan kita.
Kepada sesiapa yang tengah menghadapi ujian perkahwinan, bersabar dan bertabahlah. Carilah inisiatif untuk selamatkan perkahwinan, jangan ambil jalan mudah yang mungkin akan menyukarkan masa depan. Berdoalah, istikarah lah mohon jalan yang terbaik.
Lantakkan kata orang, yang hadapi kau, bukan mereka. Manusia memang pandai berkata-kata, ada tu mulut je berfungsi, akal jumud.
Bila kita diuji baru kita sedar yang dalam dunia ni kita hanya ada Allah. Orang boleh mendengar boleh bagi nasihat, tapi bercerita dekat Allah paling soothing. Percayalah. Apa jadi jangan pernah putuskan hubungan dengan Allah. Kalau dah tersasar jauh tu, dekatkanlah balik diri pada Allah. He's always there.
Time bercinta jangan beria sangat, sebab manisnya akan hilang, takut tinggal yang pahit je lepas bernikah. Kita tak boleh nak pastikan pun yang kita heret ke hulu hilir tu akan jadi suami kita. Kan?
Keep praying Nadia, keep praying.
aku ada baca novel fiksyen inggeris. bagus novel tu. bercerita pasal 15 tahun lepas fasa 'happy ending'. mmg aku ada byk baca cerita masam masin lepas kawen, tp itu tak mematahkan semgt aku utk berkahwin. malah, cerita masam masin tu aku jdkan pedoman dan ikhtibar utk jd isteri terbaik.
ReplyDeleteWah kau, mcm lah esok nak kawen, sabar Z sabar.
apa tajuknya? nak cari lah. bagus! smgt itu yang kita mahu. bak sikit haha.
Deletesabar, sabar, your time will come soon hehe
Hmmmmmm.. orang2 terdekat aku ramai jugak yang ada masalah cerai berai ni..
ReplyDeleteAku takdela rasa takut, cuma buat masa ni aku sangat selesa hidup sorang.. Tu pun aku rasa masa tak pernah cukup walaupun sorang2, tambahla bila berdua, tiga, empat..
Ayah aku kata, kahwin ni macam perjudian..huhuhu.. Apa-apa pun as orang Islam, kita wajib percaya qada' dan qadar.. so, itulah.. Basically, you have said everything necessary regarding this matter yourself..
Aku selalu dengar orang cakap ni, when the time comes, you'll be ready.. So, I guess the time is still yet to come so sebab tula ko rasa takut je koooot.. sampai masa nanti, insya-allah, Allah akan permudahkan.. ^^
yee sangat selesa hidup sorang pun salah satu masalah jugak sebenarnya coz it becomes addicting haha. sebab tu aku makin tua makin kecik circle social aku.
Deletebetul kata ayah kau. marriage is a gamble, we never know what will happen.
maybe laaa. inshaAllah ameen. for you too :)
"all pain shall pass"... frasa ni paling nyentuh kalbu.. you're right sis
ReplyDeletekan. it just takes some freaking time. so bersabarlah. setiap kesabaran ada ganjaran :)
DeleteSemoga Sis Nadia cepat-cepatlah berkahwin dan berbahagia hingga syurga dengan jodoh yang sekarang entah siapa dan di mana tu? (elehh boleh percaya ke ni single lagi? hahahah ) . Ameeennnnn!
ReplyDeletehaha. ameennnnn (30kali)
DeletePada aku, sebab kau banyak dengar cerita buruk macam tu laa yang akan buatkan kau lebih beruntung. Kau tahu apa yang patut kau lakukan (or tidak lakukan) tanpa perlu laluinya, so next time kau nak bina keluarga dgn lelaki bertuah itu, kau dah dapat tahu apa yang patut (dan tak patut) kau lakukan untuk jadikannya berpanjangan hingga ke jannah.
ReplyDeletePsst psst, dah ada calon? Hehehe
aku tak risau sangat dengan diri aku (kahhh bajet perform), I mean I can manage myself. Yang aku takut bakal pasangan aku turn out to be someone I never thought of. Gay, contohnya haha. Nauzubillah.
DeleteCalon ramai cumanya dorang la taknak kat aku hahahha
It depends to couple nad. If kte dan dia rse btul2 serasi, kita takkan ada masalah. Apa dugaan yang datang InsyaAllah akan dihadapi bersama, yang penting adalah berterus terang sesama pasangan.
ReplyDeleteIQ teringin nak jalani khidupan suami isteri dengan lebih lama. Tapi Allah lebih sayangkan Arwah. Impian bersama berhenti di tengah jalan. Dan pastinya ia memang satu dugaan untuk IQ tempuh.
Alamilah alam perkahwinan. InsyaAllah indah jika kita mahukan dan jagakan dengan baik.
yes betul. good advice IQ. thankyou. paling menakutkan tu lah, bila kahwin baru sedar tak serasi lah apa lah.tujuan kahwin tu kene sama kan.
DeleteBe strong ye IQ. No soul will be burdened beyond it can bear. Keep praying and inshaAllah berjumpa kembali kat 'sana'
Kena kahwin dulu then baru akan tau dan faham.. :)
ReplyDeleteinshaAllah :)
DeleteKau perempuan. So rasa insecure yg kau ada ni normal je utk org perempuan. Kau kena fikir positif sikit. Benda yg kau baca, benda yg berlaku kt sekeliling kau ni utk kau jadikan pengajaran supaya kau x buat the same mistake.
ReplyDeleteKalau kau nak tahu lelaki tu sesuai ke tak maybe kau boleh share dgn dia confession2 dari page ksrt ke, xpun iium confession(confession u tapi semua jenis org ada) n tanya pendapat dia tentang sesuatu isu kt dlm tu.. So tahu la sikit2 dia jenis camne.. tak tau la boleh pakai ke x idea aku ni. Tapi boleh cuba... Pada aku la... kalau dua2 boleh transparent between each other n still boleh terima each other. Then, boleh kahwin.
Asalkan dia ada rasa sentiasa nak jadi baik dh cukup baik dah. Kalau yg rasa diri dh cukup baik tu yg bahaya... Haihh macam dh terlebih poyo pulak aku punya komen ni. Haha..
baiklah. i try to run from that way of thinking
Deletehaha thanks for the idea. i'll try. yes transparent, trust, honesty semua kene ada.
haha. jadi baik bersama kan? so sweet kahhhhhh!