Dulu aku jogging tiap petang tapi sekarang petang-petang kena ambil adik aku balik kerja lepas tu bawa dia pergi makan, selalunya 7 lebih baru sampai rumah. Memang ke laut la aku punya jogging.
Aku kena ambil inisiatif, I wanna be healthy, I wanna be fit. So aku decide nak jogging malam. Baru 2 hari start haha. Best rupanya jogging malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil ushar abam dan kakak beryoga ke apa aku tak tahu tengah-tengah padang tu.
1st day pekena 2.8km. 2nd one pekena 3.5km. Jadi lah. Aku selalunya guna running apps hari first je sebab nak tau estimate satu round, kemudian hari seterusnya lantak kau situ pace berapa ke kalori terbakar berapa ke, peduli apa aku haha.
Semalam lepas pekena 5 rounds, aku lepak atas kerusi sambil dengar lagu, pandang padang yang kosong dengan fikiran yang macam ribut taufan. Melayan perasaan yang entah apa-apa, biasalah PMS kehkehkeh.
Tetiba aku nampak sorang laki lambai dekat aku, tengok-tengok kawan aku, let's name him M. Haha. Round ke-2 dia bagi isyarat suruh aku tunggu dia, nanti dia datang. Sementara tunggu dia aku sambung layan perasaan.
Then dia datang.
'Hang buat berapa round ni?'
'5 je hari ni. Kau?'
'Perghh hebat gila, aku 3 je. Patutla hang kekal langsing hahaha. Untung suami hang nanti dapat hang'
'Weh apa kena mengena oh jogging dengan suami?'
'Hahaha. Aku doakan kau dapat suami yang baik'
'Ameen'
Time dia teman aku ke kereta dia cakap lagi yang dia doakan aku dapat suami yang baik. Aku ameen kan je. Benda baik ye dok?
Sampai rumah, aku lulur badan, mandi, tidur.
Malas fikir apa-apa. Enough.
What will be, will be.
***********************
Sometimes we need time alone. Untuk muhasabah diri, untuk tengok mana yang tak kena, untuk fikir apa yang perlu dibuat.
What's the issue?
How to manage/handle it?
When you should start manage it?
Why you must make it settle?
Who will involve?
Dalam sebulan macam-macam boleh jadi, benda yang tak dijangka. Actually bukan dalam masa sebulan, dalam masa seminit pun macam-macam boleh jadi. One lead to another.
Kekadang aku terfikir kalau aku hidup seorang, buat hal aku je, tak pedulikan orang lain, would it be more easy? Tapi akan ada yang terluka kalau aku ignore perasaan aku sendiri.
Kalau aku sakit, ada yang turut sakit. Kalau aku gembira pun, akan ada yang sakit. So being selfish or selfless?
Correct me if I'm wrong, tapi pokok aktif jalani respirasi pada waktu malam.
ReplyDeleteSince malam tiada cahaya matahari, maka fotosintesis tak berlaku waktu malam kecuali kawasan itu berlampu terang.
Dengan kata lain, kandungan udara malam adalah tinggi karbon dioksida dan rendah oksigen, sangat tak elok untuk badan yang aktif menjalani metabolisma.
Pendek kata, jogging malam kurang bagus untuk badan. Plus kelembapan udara boleh masuk ke peparu lebih banyak sebab orang jogging bernafas laju.
Tapi kalau kau rasa okay dan selesa, tak apa. But kalau kau rasa badan ada rasa lain macam sejak jogging malam, sila fikirkan semula ye. Hehe
*sorry panjang lebar*
Hahaha weh scientific nya explanation. Btw thank you so much for ur explanation. Aku bab ni meme la x tau pape.
DeleteSo far okay je rasa. Tapi if rasa sth wrong nnt aku akan stop. Hehe. Noted. Thank you again.
Tula kadang2 sekelip mata je macam2 boleh jadi. So tahniah la hidup dgn bakal suami yg baik tu nanti ya. Huhu..
ReplyDeletekan. mati pun sekelip mata je boleh jadi. Ameen haha
Delete