”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/24/2016

How to keep a relationship?

Ehemm ehemm *betulkan mic* Testing testing. Mari baca apa aku nak gebang. Gebang si paku gebang, gebang si rama-rama. Tengok tajuk macam poyo, macam bagus je kau ni, macam dah kahwin 26 tahun dengan anak 6 dan bakal dapat cucu kedua. Kahkahkah baca je lah tengah aku ada idea nak update ni. 

Ok, here is some guidances that I gathered based on my experiences and thought, how to keep a relationship smooth sailing (sangat *mata ke atas)

Trust
Benda ni penting. Takde trust susah kau nak teruskan hubungan. Kau akan sentiasa syak wasangka, overthinking padahal takde apa pun. Syak wasangka tu memang kadang-kadang kita tak cari pun dia, dia yang jelmakan diri tapi cepat-cepat la tepis kalau takde bukti yang kukuh. Jangan meroyan on mere assumption. Buang masa buat sakit kepala je. Tapi kalau dah ada bukti silalah keluarkan pedang samurai hiyarghh hiyarghh hiyarghh. 

Give and take/Adapt/Tolerate
Awal perhubungan kena build benda ni. Pasangan kita manusia, kita pun manusia. Kita tak boleh nak set behaviour orang. Once kau dah decide nak dia jadi pasangan kau, terima dia apa adanya dia. Kau jangan nak orang je ikut perangai kau, tapi kau taknak sesuaikan diri dengan perangai orang. Choi sangat perangai. 

Jinak-jinak burung merpati
Dengan pasangan ni jangan konkong sangat. Tu pentingnya trust jugak. Kau nak kongkong sampai mana pun? Nak ikat lepas tu kunci dalam almari? Nak bawak pergi office suruh duduk bawah meja?Kalau dia nak buat perangai kau gari tangan dia pun dia boleh buat perangai. Janji masing-masing tahu limit masing-masing. Kau jangan buat apa yang aku tak suka buat, aku tak buat apa yang kau tak suka aku buat. We know our spouse.

Don't lie
Hips don't lie *tetiba, Being transparent. Menipu ni akan drag and drag and last sekali kantoi maka berderailah trust yang telah dibina. Kekadang kita tak niat nak tipu tapi kita taknak bagitau sebab taknak dia terasa hati. Tapi kalau dia dapat tahu tanpa sengaja, jangan tipu, bagitau je apa jadi and justification kau kenapa kau tak bagitau dari awal. 

Aku dalam hubungan memang transparent. It depends macam mana pasangan kita jugak kot. Macam aku being transparents is the best policy sebab dia memahami and boleh tolerate. Bila dia boleh tolerate aku pun akan tolerate bila aku rasa benda tu aku tak patut buat, aku akan elak dari awal. Kalau tak boleh nak being transparent, jangan menipu, kalau benda boleh elak, elak la. 

Aku kalau nak keluar dengan kawan laki aku bagitau je. Aku tau dah kahwin nanti memang dah tak boleh huha huha sangat, so marilah berkawan sebelum menjadi isteri yang to'at haha. 

Why I never fight for any relationship?
Aku punya prinsip senang je, kau taknak aku sudah, mesti ada orang lain untuk aku or memang kau bukan yang terbaik untuk aku. Ada orang kata aku ego kahkahkah. Ye kot. Kenapa nak terhegeh dekat orang yang memang dah buang kita dari hidup dia? Perasaan bukan something yang senang nak hilang/datang/dipupuk. Takkan nak stay in relationship yang hambar dan sendu? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Lain lah kau bunyikan dengan mulut, tu namanya menipu dan sedapkan hati. Bertepuk-tepuk tangan bertepuk tangan.....tak ingat lirik.  Baiklah kau single and mingle hahaha. 

Aku pernah je dicurangi. Haha. Tenang, hidup kena tenang kahkahkah. Aku tanya nak aku ke nak dia? Dia kata nak aku. Ok fine. That was your fisrt mistake, I forgave you, mari betulkan apa yang tak betul. People make mistake, so do I, mistake yang dia maafkan jugak. Tapi aku tak curanglah, aku setia woi walaupun banyak main. Nasib baik dia tak cakap nak dua-dua, pengsan kejap hahahahaha. 

Tapi kalau jadi kali kedua, itu terpulanglah nak buat apa. Nak tinggalkan ke, nak naik hantu ke nak pergi tolong gali kubur untuk dia ke. Terpulang, terpulang. HAHAHA. 

If something bad happen memang sakit. Tipu tak sakit. Nampak je tenang padahal rasa nak separuh mati. *Over*. Kita dah buat yang terbaik, jadi yang terbaik tapi benda tu jadi jugak. Anggap je la takde jodoh. Amboi senang cakap haha. 

Dah tu apa lagi kau boleh buat? Tak semua dalam dunia ni jadi macam yang kita plan. Banyak benda out of our control. Sampai masanya kita akan redha. Sementara nak tunggu heal tu janganlah cari pasal pulak layan je perasaan tu, get up and fight to heal! 

Jodoh ni unik, kekadang kita bertemu jodoh atas kesalahan yang kita buat, kekadang kita bertemu jodoh atas kesengsaraan orang lain. Nampak kejam tapi itulah yang terbaik. Allah knows, you don't. Tapi hendaknya biarlah bertemu jodoh dengan cara yang baik dengan orang yang baik. Semua benda yang jadi baik ke buruk, hikmahnya baik. Percayalah.

Dear you,
Thankyou for always being there for me when I have no one to turn to. Thankyou for tolerating me. Thankyou for accepting me for who I'm and never try to change me but make me being a better me. Thankyou for all your wise words.

12 comments:

  1. Uuuuuu...aku macam nampak bunga-bunga je dekat perenggan last tu huhuhu

    Based on MY experience, aku approve segala point kau ni.
    Walaupun memang senang je point out all of this, tapi percayalah susah oo nak execute semua, terutamanya bab trust tu sebab otak manusia memang dah hardwired untuk persoalkan segalanya...

    ...tapi itulah keindahan hubungan. Kalau seseorang tu betul-betul trust, secara amnya dia sudahpun overrule program otak untuk mempersoalkan segalanya tu dan sekaligus hubungan jadi lebih kuat dan jitu. Dia dalam kawalan akal dan minda sendiri.

    I wish you all the best.
    Jaga diri jaga hubungan, bukan dgn manusia sahaja tapi dengan Maha Berkuasa juga.
    Wish me luck too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's a complicated cEro hahaha. haish if only I can tell.

      ye susah, aku tahu. benda tu susah nak build tapi senang gila nak hancurkan. minda kena kuat nak kawal benda-benda ni.

      thankyou cEro. I wish the same for youu. :)

      Delete
    2. Hahaha tak pe aku tahu.

      Kau kena ingat semua ni satu proses.
      Proses selalunya ada perkembangan. Sama ada menuju ke jalan baik atau tidak, perkembangan still adalah perkembangan.

      Just do your best.
      Aku nak suggest kau jadi diri sendiri tapi itu agak tak tepat jadi aku suggest kau jadi the best version of yourself, dan segalanya akan jadi baik :)

      Delete
    3. i hope ianya menuju ke arah yang baik la kan.

      hehe thankyou C. appreciate that, seriously.

      Delete
  2. I am the last person on earth yg ko akan cari utk sembang fasal hubungan.

    I seriusli hv no idea. Apa yg nk pasangan aku tahu, kalau aku sayang kau, aku sayang kau jelah. Aku marah, aku jeles aku jauh hati sbb aku syg. Kalau aku tak peduli tu tanda sumpah aku tak sayang.
    Aku nk laki paham mendalah ni je dulu sblm hal lain yg rumit.

    Mungkin sbb tu aku alone sampai sekrg, hahahahah *nangis atas kerusi bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu. kalau dah x peduli pasangan perlu risau. selalunya people take relationship for granted esp kalau dia rasa dia dh dalam comfort zone. bila dah takde baru mengelabah.

      hahaha kau suka bagi situasi yg kelakar. sedap sikit ye dak nangis atas kerusi empuk? haha

      Delete
  3. tak sangka nadia tulis entry mcm ni.
    kbel ingatkan blog ni kena hack masa baca mula2 hahaha.

    p/s semoga bahagia. tolong reveal siapa jejaka bertuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbg orang yg dah kahwin, boleh guna tak tips ni? hahaha
      ni cerita2 lama kak bell hahahha

      Delete
  4. Ni tips lebih kepada perempuan ke? Takpe la aku try guna gak nanti. Haha..

    Ok aku nak tanya kau ada wishlist tak utk lelaki idaman kau? Biasa perempuan ada wishlist2 dia. Possible tak kalau lelaki ada satu perangai yg boleh overwrite semua wishlist perempuan? Kira point tolerate tu la...

    Akhirnya... kau nak kahwin gak. Nice la... Tak lama lagi dapat jugak aku baca post2 di blog yg sama tapi dari dua penulis yg berbeza. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm unisex aku rasa.

      ada tu ada. tapi kan bila kau dah jumpa orang yang kau suka wishlist tu semua x penting. possible2. aku jamin ianya possible.

      bila aku nak kahwin weii? mana adoooo hahahahha

      Delete
  5. Hmmmmm, based on my experience, semua di atas adalah benar dan benar benar belaka..

    Satu lagi, in short, semua benda kat atas ni kenala dua-dua pihak.. Kalau sorang jek tak boleh jalan jugak.. bak kata kau tepuk tangan kena dua-dua belah, baru bunyi.. bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan..haha..

    Yang last tuh, why you never fight for any r/shipt.. Aku setuju to certain extent.. ada orang cakap, aku tak kekal lama sebab aku tak menunjukkan feedback yang sepatutnya dalam hubungan.. lelaki ni kadang2 dia berusaha dapatkan kita tapi sampai masa dia akan fedap jugak kalau kita terus mengamalkan prinsip ko nak aku, ko kenala berusaha.. abeh, kita yang pompuan ni takyah berusaha ke? gitteuw.. Masa ada sayang tu memang sayang, baik lelaki mahupun perempuan.. 1st r/ship aku tak berjaya sebab ni la.. Pada aku satu jek, kalau aku sayang dia, aku akan berusaha jugak.. Kalau aku tak berusaha juga maksudnya aku tak cukup sayang kau..haha..gittuh.. I learnt from mistakes but my next r/ship pun tak berjaya juga, atas alasan dia bosan sebab aku bagi feedback yang sepatutnya.. dia seronok part the chase tu jek.. Pelik kan? Haha.. owh, well, jodoh belum sampai..

    Sebenarnya semua ni bergantung pada compatibility..ada orang suka dikongkong, ada orang tak suka.. ada orang suka jiwang-jiwang, ada orang rasa geli..

    tapi kena ingat nad, physiologically and emotionally, lelaki boleh sayang and cinta lebih daripada seorang perempuan dalam satu masa. Itu nature dorang.. Aku cakap boleh, takla bermaksud mesti or wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl, mmg kena dua2 pihak.

      haha setiap hubungan tu unik. sebab manusia tu unik. kena pandai sesuaikan diri. maksud aku kat ats, bila aku dah usaha, dia nk tinggal jugak memang dipersilakan. usaha tu ada ketika masih dalam hubungan. ada yg dah lepas lepas tu baru sedar baru nak usaha balik. zzzz.

      betul, aku setuju!

      aku tau boleh, ustaz aku pun pernah cakap. perempuan x blh. kalau dia psg 2, sbnrnya dia sayang sorang je, lagi sorang hanyalah hiburan. hoho

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!