”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/07/2016

Mira's Wedding

Kat sekolah aku ada geng nama FREMMIN. Mira salah satu dari M tu. Jumaat lepas Mira selamat diijabkabulkan dengan Amin. Alhamdulillah. Makanya tinggal Ros, Ili dengan aku je yang masih boleh berfoya-foya tanpa minta kebenaran suami haha.

Pagi Jumaat aku dengan Faz gerak ke KL naik ETS. Sampai pukul 12 lebih, delay sikit sebab ETS slow dekat Batu Gajah area train tergelincir hari tu, dorang masih dalam proses cuci landasan. Kot. Haha. Sampai KL Sentral pergi makan makanan Korea kat B.Bap kot nama kedai tu, not bad, acceptable. Jangan tanya aku makan apa, tak reti nak nyebutnya.

Then Ili ambil kitorang terus shoot ke Melaka nak ambil Ros. Lepas tu shoot ke Muar. Mira nikah lepas Isya'. 


Cantik sangat gefwen kita. Baju cantik, makeup pun cantik.

Selesai nikah kitorang pergi melantak ayam, kambing bakar dengan nasi goreng. Sedap woi. Eyda pun dah sampai time tu bersama anak dia, Haziq,  yang kekwat. Haha. Aku nak dukung dia taknak weh. Siap buat muka, geleng dan buat isyarat taknak guna tangan. Aku siap sound 'eh Tiya yang cantik ni pun taknak ke?' Bahahhaha. Dah umpan nak cari kucing baru dia nak kat aku siap taknak kat ayah dia haha. Kau ingat senang nak car kucing tengah-tengah malam dalam kem polis tu? Nasib baik aku hebat dan aku berjaya jumpa kucing, lalu Haziq sayang pada aku hahaha. 

Hari kenduri tugas kitorang hanyalah angkat dulang hantaran, menghabiskan makanan, bergambar dan makan lagi. Haha. 


Bridesmaid yang tak berapa nak berguna HAHA. Tiga tiga atas tu tengah pregnant. Aku kahwin nanti semua pregnant agaknya. HAHAHAtaklawakwoi

Tahniah Amira & Amin. Wah gitu nama dekat-dekat. Anak laki nanti nama Amir, anak perempuan nama Aminah. Deal? Deal! Haha sukahati kau je.
Semoga berbahagia hingga ke syurgaNya
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
I love you so much Mir, jadi isteri yang toat hehe

Dah settle semua kitorang gerak balik Melaka dalam pukul 5 nak tidur rumah Ros. Lepas Maghrib kitorang keluar konon nak pergi makan Asam Pedas Claypot last-last semua kelepet sebab Asam Pedas kena tunggu 2 jam tu pun tak tentu ada lagi. Dah la nak ke sana jam gila rasa nak mengamuk je. Pfft. Aku dah lapar sangat time tu nasib baik ada bag goodies dalam kereta, selongkar jumpa kek dan air, kira jadi. Then kitorang tak kisah dah nak makan, singgah kedai Thai untuk sesi lantakan.

Sebelum balik rumah singgah Big Bowl Ice ke apa ntah nama dia, beli snow ice magga + karamel OMG sedap gila. Teringat ais buah mangga dekat Bukit Bendera. Tu pun sedap jugak. Nak pergi lah nanti. Haha.

Balik je terus tidur tak fikir apa dah. Esoknya balik Perak lepas tu rasa nak demam sebab memikirkan hari ni kerja. Haha. Dan dan kau ni. 

Sampai je rumah aku kemas baju. Half je aku kemas lagi half aku campak sebab sumpah aku dah tak larat, nak senyum pun tak larat. Time gosok baju Mak ajak makan pun aku taknak sebab dah takde selera. Lepas settle semua aku mandi then aku tidur.

Pukul 2 pagi aku terjaga sebab rasa tak selesa. Baru aku perasan aku lupa pakai pad wehhh! HAHAHA kerja gila betul, dah berbelas tahun period boleh pulak aku lupa pakai. Dah satu kerja pukul 2 pagi aku bangun memberus. Dah la penat, rasa nak nangis, rasa nak marah kat diri sendiri pun ye jugak haha. Over kan penat aku? Padahal bukan aku drive pun. Tapi travel memang penat. Nasib baik sekali sekala je. Pagi ni pergi kerja badan rasa weak but okay.

Apa-apa pun I had fun with them. Bukan selalu dapat jumpa macam ni. Masing-masing dah ada jalan hidup masing-masing but still I love them so much no matter what. Membesar dengan dorang is among the happiest moments that I'll never forget :)

Okay siapa next? Ili ke Ros?? Haha.

Thankyou Mira for the hospitality. Makanan kenduri sumpah sedap, kalau tau banyak lebih kitorang dah mintak bungkus dah. Haha dasar tak tahu malu.

6 comments:

  1. Hang bila lagi? Kehkehkeh.. Ada rasa nak tumbuk muka aku dak? XP

    Melaka.....hmmmmmmm.. 2 minggu lepas aku pergi jenjalan Melaka.. Hmmmm, masa habis diluangkan bersama jammed dan juga beratur.. =_=

    And.....terlupa nak pakai pad time period is like...............speechless.. Dahsyat betul level penat hang.. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha hang orang ke 56798 tanya. tak tahu Lee tak tahuuuu huuu huuu *bergema* hahahha. Takde rasa nak tumbuk aih, aku dah immune

      kan. aku terfikir jugak apa yg menarik sgt melaka ni. bukankah rumah tenpat paling menarik? *introvert hahaha

      kan weh, aku pun rasa dasyat sangat penat kali ni hahahaha. kepala dah x betoi

      Delete
  2. peh, bridesmaid je berapa persalinan tu? kejap merah kejap pink, ekekeke.
    ter..terlupa pakai pad? wow, aku kagum. hahahahah!




    hang bila lagi? *lari laju2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yang merah tu aku edit sebab nak samakan dengan background hahaha.
      wow kan! aku pun kagum dengan diri sendiri hahaha

      aku? hmmm *lari dengan kau* hahahahha

      Delete
  3. Aku macam dah kirim salah dekat bridesmaid yang pakai spek tu tapi nak kirim salam lagi hahahahaha **kena baling selipar**

    Aku pun nak tanya 'kau bila lagi' tapi aku pun sedar diri aku pun dah tua ganyut hahahahahahaha **kena baling pasu bunga**

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. setakat jawab salam dia takde hal. sambut selipar pun takde hal haha

      tanya la soalan yang tiada jawapan tu hahaha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!