Rabu ke Jumaat lepas aku attend kursus pasal public relation. Sedih aku kursus tu yang daftar 40 orang, yang datang 14 orang. Tak tahu mana silapnya. Urusetia tak follow up ke or peserta yang ada hal last minute tapi tak maklum dekat urusetia. Sayang ooo bayar penceramah mahal-mahal yang dapat ilmu 14 orang je. Aku tak tahu kenapa aku tak suka benda-benda yang aku anggap membazir ni. Makanan pun banyak lebih. Time kelas memang aku dengar betul-betul sebab kalau aku tak dengar lagi membazir duit yang dah dibayar.
Penceramah tu okay, ada input. Banyak la jugak aku belajar. Cuma kelas last aku terpaksa skip sebab ada meeting yang aku terpaksa hadir. Dalam kelas ada 4 je perempuan, yang lain semua lelaki. Yang lelaki pulak majoriti ustaz-ustaz je. Ada masa aku behave ada masa terkeluar jugak perangai sebenar aku, ustaz-ustaz tu gelak je tengok perangai aku sambil geleng kepala. HAHA ampun.
Dalam kelas penceramah banyak ajar macam mana nak handle top management and cara terbaik nak deliver message to lower management. Aku as middle management memang dalam dilema nak bagi arahan dekat lower management especially yang lagi tua dari aku. Kena ada cara yang betul supaya message sampai and hormat tu masih ada. Dalam pejabat aku, aku paling muda so memang awkward.
Memula masuk keje dulu aku buat semua kerja sendiri. SEMUA. Dari mengurus, photostat surat sampai betulkan ceiling bilik yang terjatuh haha. Aku rasa bersalah nak arah orang. Tapi lama-lama aku sedar benda tu tak bagus plus aku tak cukup tangan nak buat semua. Ada masa aku cuti sakit and ada benda emergency dekat office tapi takde siapa boleh cover sebab semua aku handle sendiri. So aku slow-slow belajar mengarah orang dengan cara paling terhormat. So far Alhamdulillah, semua staffs baik dengan aku. Mana yang aku boleh handle, aku handle sendiri. Kalau busy sangat baru aku akan call officeboy untuk kutip fail, kalau tak aku sendiri yang angkat fail masuk office kalau setakat tiga empat fail la, kalau segunung tu aku panggil jugak idok le larat nak angkat terjatuh peranakan aku karang haha.
Aku takde masalah nak deal dengan top management sebab bukan aku yang bagi arahan tapi aku terima arahan. Sampai staffs jadikan aku orang tengah nak cakap dengan bos sebab dorang ingat aku kamceng dengan bos. Takde la kamceng sangat tapi aku boleh la diskuss apa-apa dengan dia openly. Aku tahu macam mana nak deal dengan dia and cara hormat dia. Memula dulu chaos jugak tapi lama-lama kita boleh baca dia orang macam mana.
Hidup ni jangan sombong je. Nak arah orang guna word 'tolong'. 'Abu, boleh tolong saya fax surat ni?'. Nak betulkan apa yang salah, tak salah mulakan dengan word 'maaf'. 'Maaf ye Puan, saya rasa perkara ni lagi sesuai kalau kita buat macam ni bla bla bla'. Word 'terima kasih' pun jangan lupa tak kira la dengan siapa pun kita deal. Bukan susah pun kan? Jangan nak ego sangat. Langgar sat lagi baru tau! Haha *tetiba
Kena pandai bawa diri. Kena pandai baca behaviour orang (pandai la sangat kau tu 😏). Kena pandai sesuaikan diri dengan situasi.
Sekian. Kesian.
aku tak suka org buat kerja akau, hahahah. bukan sbb aku ni mulia sgt tpi aku tak suka org lain mess up, sbb takut nnt jadi lagi panjang cerita yg pendek, hahah..
ReplyDeletetp aku pun mcm kau, kalau kerja bertimbun sampai hampir lemas dlm paperwork aku akan lelambai org mintak tolong. tapi nk allocate kerja pun aku ambik masa setgah hari nk decide, yg paling kacang tanah je aku bagi, huhu..
hahahha sama weh. i feel you. bila banyak lapisan benda jadi leceh dan ambil masa yang lama. ha kan tapi last sekali kene minta tlg orang jugak sebab yela tangan kita ada 2 je kan hihihi
DeleteAku masa mula start keje dulu pernah kena tegur sebab tak hormat senior. Boss aku cakap generation gap. Hahaha. itu duk dalam construction yang orang suka hati hambur bahasa tak kira masa. Still menitik beratkan senioriti. Rasanya memang culture asia kot. Bagus jugak. Hormat menghormati tu kan penting dalam hidup bermasyarakat. ewah..
ReplyDeleteJangan langgar aku!
betul. generation kita jenis cakap direct forward tak reti nak berkias. itu bukan tak hormat, tu memang generasi kita. berbeza cara mengikut zaman. gitu. kita bukan memaki or tinggi suara pun tapi kita tak guna ayat berbunga tu pun boleh dianggap biadap. *sigh*. senioriti pulak bagi aku biar bertempat. eh senang cerita kena saling hormat tak kisah la senior ke junior ke. susah ke pun nak buat haha
Deletekau madu aku, mana boleh langgar hahahaha
aku setakat ni dok bawah jek..haha..
ReplyDeleteso, aku cuma terima arahan saja..huhu.. Tapi patutnya adab ni jaga common courtesy.. start dari umah lagi, kalau nak minta tolong ayah, mak or adik beradik yang lain..
tak kisah kita kat level mana, hormat orang tu wajib ada. Kerja kena ikhlas, lantakkan anasir2 dan parasit2 yang berkaitan haha
DeleteBetul. Pkara paling sukar bila staff under kita jauh lbih berusia. Prnh tegur cara baik sorg staff bila dia buat mistake time kje. Dia merajuk. Jenuh gak. Heheh. Tp skrg dh lama kje dh makin dpt adapt dgn situasi & behaviour org.
ReplyDeletesusah orang tak open minded, hati tisu ni. Kita tegur cara baik tak malukan dia, nak apa lagi? haha. takkan la langsung tak boleh nak ditegur kan huhu. betul makin lama makin faham and tau mana yang perlu diambil perhatian and di-ignore
DeleteIlmu PR as middle management ni aku ada belajar masa study dulu, tapi tak pernah apply pun sebab aku tak masuk middle management hahahaha.
ReplyDeleteI'm my own department, so lower pon aku, middle pon aku, upper pon aku wahahahah pendek kata semua aku buat sendiri.
wow kau la bos kau la kuli? hehe. kau kerja sendiri ke mcm mana ni? hehe pape pun kalau pandai manage hidup, smooth la semuanya inshaAllah
Delete