Jumaat lepas aku pergi Penang tidur rumah Cha. Hari tu dia datang Ipoh, kali ni aku pulak pergi sana. Let's travel!
Komuter Padang Rengas - Butterworth
Ramai tak tahu sekarang perkhidmatan komuter ada dari Padang Rengas, Perak ke Padang Besar, Perlis. Jadual perjalanan lebih kurang selang sejam. Laju boleh tahan, murah banyak dari ETS.
Hari tu aku pergi Butterworth tambang RM8.70. Train pukul 7.00malam, aku sampai Butterworth 8.15. Train punctual ye. Bagus, boleh kahwin dengan train haha. Sampai Bukit Mertajam kena turun train pergi platform 3 ke 4 entah aku lupa (Haha ampun) then tunggu train nak ke Butterworth pulak. Driver train annouce nanti jangan risau. Platform dia sebelah je, tak payah naik-naik tangga ke eskalator ke lif ke memanjat ke, tak payah susah-susah. Tunggu pun tak lama, dalam 5 minit. Lepas tu selang 2 stesen tak silap aku sebelum sampai Butterworth
Eh bawak train kena ada lesen ke?
Ferry Butterworth-Georgetown
Dari stesen train kena jalan 500m untuk pergi terminal ferry, ada direction, ada laluan khas and ada guard jaga so jangan risau kalau sorang-sorang even waktu malam, macam aku hari tu. Tapi mengah jugak weh kena naik jalan berbukit, turun naik jejantas. Nasib baik aku fit *poyo*. Haha. Dah la aku pakai kebaya kain belah siap, berlengas rasanya haha. Kalau orang tua boleh naik shuttle van, dorang ada sediakan free jo. Aku first time naik ferry secara individu, I mean not by car. Tambang RM1.20 je, aku bajet RM7.00 macam harga tol haha.
Time ferry dah sampai guard bukak pintu untuk jalan ke ferry. Aku pun ikutlah orang then aku tertanya-tanya mana ferry nya? Rupanya time tu aku dah ada atas ferry! HAHAHA Bodoh piang. Mana aku tau weh bentuk ferry macam mana, first timer kan. Aku bajet kena naik tangga ke apa rupanya memang terminal tu dah selaras dengan tempat penumpang ferry. Kau lupa ke kau panjat bukit tadi Bairon? Haha. Perjalanan dalam 20min je untuk sampai Georgetown.
Cucuk-Cucuk Padang Brown, Penang
Cha bawak aku pergi dinner dekat food court sini tapi dia pun tak tahu nak makan kedai mana then dia call kawan dia, kawan dia suggest makan steamboat. Not bad, kuah cicah dia sedap. Tiap jenis ada kategori harga dia. Makan berapa cucuk je dah kenyang. Syukur perut kecik.
Roti Canai, Jalan Transfer, Penang
Pagi tu Cha bawak aku breakfast kat sini. Ramai gila orang siap susun kerusi tepi jalan. Ingat sedap sangat tapi bagi aku biasa je, sedap lagi roti canai kat Kuale (nak jugak menangkan tempat sendiri haha). Keistemewaan dia mungkin sebab dia bagi ayam seketul kot. Harga pun RM8.00. Aku tak berapa suka sebab ayam masak merah tu ayam dia tak goreng dulu. Aku tak reti makan macam tu, rasa loya. Tapi habisssss hahaha. Yela, RM8.00 kot wei walaupun nak termuntah makan ayam gitu. Haha
Escape Extreme Park
Okay ini kemuncak cerita. Lepas makan roti canai aku dengan Cha pergi Escape Park. Dia bukak pukul 9.00pagi, kitorang sampai pukul 9.00, nice, Masuk RM83/dewasa. Situ bayaran semua guna sistem. Kau nak belik tiket, beli dekat machine dan siap-siap tambah top-up untuk locker and makanan/minuman. Tapi jangan risau kalau tak cukup still boleh topup kat dalam ada mesin jugak. Orang cakap beli online dapat diskaun dari walk in, entah lah. Kalau ada balance nanti dah last boleh refund guna mesin dekat kiosk jugak.
Nanti dah beli dia bagi resit dengan no siri. No siri tu la kena key in time nak masuk, nak guna locker and nak beli apa-apa. Ingat no siri tu, 5 angka je, takut letak dalam poket dan kena peluh berkecai kertas tu nangis tak boleh bukak locker haha. Locker 1 RM10.00, boleh bukak tutup seberapa banyak kau nak. Tak nak main benda lain nak main locker je pun boleh haha.
Then kitorang mulakan perjalanan. Blur gila weh tak tahu nak mula kat mana. Last tanya dekat guide dia suggest start dari atas sekali dan turun ke bawah. So kitorang mendaki yang agak tinggi untuk main flying fox. Satu kelemahan Escape Park aku rasa direction dia tak banyak, jadi blur nak ke mana.
Dah jumpa first check point kitorang diberi briefing pasal keselamatan and cara pakai harness. Harness dekat situ ada 2 jenis, ada yang cover pinggang dan punggung je, lagi 1 cover belakang badan sampai punggung; tengok pada jenis aktiviti. Once kau dah start journey kau tak boleh nak patah balik or taknak buat certain rintangan, semua kau kena hadap. Benda ni ajar jangan putus asa and you can do it babeh!
Lepas tu berterbangan lah kau. Aku enjoy gila main flying fox, saja aku jerit kuat-kuat nak release tension. Kitorang dapat naik dua2 routes sebab kitorang orang first naik, orang tak ramai lagi. Lepas tu aku dah tak ingat kitorang main apa tapi ada tube slider. Tube tu kena seret naik ke atas, punyalah penat campur berat campur panas. Turun tak sampai 5 minit dah sampai -_- tapi seriously we enjoyed it.
Then ada main A-maze kot nama dia. Masuk macam dalam gua yang muat untuk merangkak je and cari jalan keluar. Berpeluh weh sebab panas, berapa kali jugak la jumpa dead end. Tapi berjaya keluar. Dalam tu ada la tengkorak, ular plastik, bunyi pelik-pelik. Dah keluar baru perasan tu mainan untuk budak rupanya kahkahkah.
Lepas tu ada naik wall climbing, tinggi dalam 3 tingkat. Tangan aku jenis berpeluh, baru nak naik tingkat 3 aku terlepas genggaman, jatuh ke bawah dalam keadaan tak bersedia terseret-seret badan iolss. Nasib baik iolss taff haha.
Then naik swing apa entah nama dia. Gila mampus rasa nak tercabut perut. Kena panjat pangkin atas pokok lepas tu terjun ke bawah dan tali tu akan swing. Time turun tu tuhan je tahu betapa kecutnya perut aku haha.
Aku baru perasan aku ni penakut nak terjun. Flying fox aku enjoy. Lintas antara 2 platform tinggi bangunan 3 tingkat guna tali aku boleh steady pandang bawah tanpa rasa takut. Tapi kawan aku ajak jumping ke bawah dari platform 3 tingkat tobat aku taknak buat haha. Bungee jumping lagilahhhhhh.
Yang ni lah yang aku tak naik tu. Dah tak naik mestilah aku tak terjun haha
Yang ni pejam mata je buat. Kehkehkeh ada bunyi riak di situ.
Ada satu section tutup time tu sebab under maintanance. Sedih sebab benda tu nampak enjoy gila. Dah dekat pukul 1 kitorang dah terkelepet sebab sumpah penat gila. Muka jangan cakap la dah rupa roti kirai, peluh jantan pondan jadi jantan balik dah keluar. Dekat 5 jam kitorang explore. Cuaca pun makin panas. Last check point kitorang main Monkey apa tak tahu.
Dah tau badan penat berlagak ambil top level. Panjat platform tiga tingkat nak habiskan cabaran tu punyalah rasa seret kaki. Tenaga dah flat habis, dah tak bersuara sebab penat. Yang tu ada 6-7 halangan kena lalu then baru sampai platform balik. Ada lagi 3 jalan lain tapi nak habiskan satu pun memang dah tak daya, dah tak rasa kaki.
seksa weh nak lepas benda-benda ni kalau badan dah penat gila. Rasa taknak move haha
Time lalu dekat halangan berjaring kaki aku terperosok jatuh sebab kaki kecik kahkahkah. Punya lah seksa nak tarik ke atas balik sebab kalau rentap kasut aku jatuh ke dalam hutan. Takkan aku nak pulang berkaki ayam? Di manakah letaknya sivik aku? Haha. Nak tunduk tak boleh sebab harness dah lock dekat tali. Maka nasib baik aku hebat dan lemah lembut orangnya (HAHA) dengan penuh kesabaran aku dapat tarik balik kaki dengan jayanya walaupun kaki aku bengkak hahaha. Pondan.
Ada 2 games tak boleh bawak handphone/camera sebab bahaya kalau jatuh kena kepala orang tapi tempat tu la paling worth nak tangkap gambar. Haha sadis. Unless kawan tunggu dekat bawah tolong tangkapkan. Tu je lah serba sedikit pasal Escape Park.
Balik rumah mandi, tidur haha. Sumpah sakit satu badan but it's worth it. Try lah. Tapi kalau nak pergi balik saja-saja tak kot sebab dah merasa kan. Kalau ada nak belanja aku on hahaha.
hmmm apa yang tergantung kat tali tu?
ReplyDeleteenhance.gif
hahahha. hanya yang buka mata hati je boleh nampak
DeleteAdik aku punya la duk melobi suh p escape park sebab best tapi dia tak tau akak dia ni memang allergik ngan aktiviti lasak. So aku tumpang saited jela baca pengalaman ko, nad
ReplyDeletehahaha at least try sekali Day.
Deletemai x habaq, huhu
ReplyDeletela mana ceq tau hangpa orang penang haha
DeleteEscape park..hmmmmm..boleh masukkan dalam list ni..
ReplyDelete"Takkan aku nak pulang berkaki ayam?" Nasib baik ko dapat selamatkan kasut kau kalau tak malu kat ayam..haha..
Menarik gila baca ni.. tapi fee dia macam fuuuuuuhh.. aku ni alergik sikit benda2 kena duit ni...hahaha, almaklumla keturunan haji bakhil..XP
Kalau tak biasa, mahu sakit badan tujuh keturunan jugak ni..
boleh sangattt. silakan.
Deletehaha kan. kat situ dah la memang ada ayam. kat mana aku nak sorok muka kalau itu terjadi hahaha.
haha. boleh Lee. kumpul rm10 sebulan. bulan ke 10 pergi hehe.
ye weh, sakit sendi otot muscle hati semua haha
Uihhh...ayam adventurous betul....haha..
Deletekalaula itu jek yang kena kumpul..haha.. minyak tol semua tak masuk lagi weyh..
tapi aku taktau nak pergi dengan sapa.. *ayat pancing minta hang bawak pi*
hahah okay cmtu kumpul rm15 sebulan. cop kau org mana? haha
Deletemari no hal. share duit minyak and tol hahaha.
cop, koka kola..! yeah.. XP
Deleteaku orang kedah.. tapi sekarang keje kat shah alam..
dok mana-mana pun, masih kena naik highway dan lalu tol..wakaka.. XP
haha kalau dr kedah murah la skit kos nye kehkehkeh
DeleteEscape park pasti akan masuk senarai 'mahu pergi' aku hehehe.
ReplyDeleteyes you should include it in your list! nanti dah pergi review hehe
DeleteRamai dah org cerita pasal escape park ni. Nampak menarik. Aku ada rasa nak pergi jugak. Tapi tu la dia punya tiket mahal wehh pada aku... Budak2 penang cakap dulu tiket dia awal2 rm40 je. Skrg dah viral kemain mahalnya...
ReplyDeleteSo ko rasa berbaloi tak spend duit byk tu utk main aktiviti2 kt situ? Aku pernah ajak adik beradik aku,semua jadi x semangat bila tahu tiket mahal...
aah weh. memula dulu mmg rm40-50 gitu je. sadis.
Deleteuntuk pengalaman sekali seumur hidup berbaloi la provided kau main semua benda. tapi kalau nak pergi kali kedua ketiga tu mcm x berbaloi sgt dah hahaha