Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Perkahwinan bukan bersifat sehari. Kita tak boleh kahwin sebab orang lain kahwin. Kita tak boleh kahwin sebab orang sekeliling suruh kita kahwin. Sebab apa-apa yang tak baik jadi selepas perkahwinan, manusia yang sama yang suruh kahwin ni jugaklah yang akan mencemuh.
Aku pernah terfikir untuk kahwin atas sebab aku taknak bersendiri bila dah tua nanti. Tapi boleh ke aku jamin walaupun aku kahwin aku tak bersendiri nanti? Kalau suami dan anak-anak aku mati dulu macam mana? Lagilah perit nak menahan rasa kehilangan tu seumur hidup.
Kita tak boleh fikir secara macam kita boleh control dunia ni. Kita tak boleh nak set kalau buat macam ni hasilnya begini, kalau buat macam tu hasilnya begitu. Kita tak boleh ambil kehidupan orang lain sebagai contoh sebab setiap set kehidupan adalah unik.
Kenapa kita set kan sesuatu itu adalah buruk? Kenapa kita hanya melihat pada dasarnya? Kenapa kita suka melabel?
Kenapa dalam masyarakat kita kahwin lambat ibarat macam satu dosa? Mengapa bergelar janda kadang-kadang dipandang hina? Mereka ke berdoa kepada tuhan meminta itu semua?
Kita seolah-olah telah setkan di minda kita yang orang yang berkahwin dan mempunyai anak adalah yang paling berjaya, yang dulu masuk syurga.
Tak salah aku dulu aku belajar soalan pertama yang akan ditanya di 'sana' adalah tentang solat kita. Bukannya ditanya;
Kamu kahwin umur berapa?
Kamu isteri ke berapa?
Anak ada berapa?
Berapa kali kahwin?
Berapa tahun perkahwinan bertahan?
Jangan rasa kesian kepada mereka yang tidak lagi berkahwin. Kamu rasa kamu paling bahagia sebab ada suami tercinta di sisi. Kamu lupa mereka juga paling bahagia dapat tengok muka mak ayah hari-hari?
Kesimpulannya, jalani la kehidupan kamu sebaiknya sebab kehidupan kamu, kehidupan dia, kehidupan mereka, kehidupan aku semua adalah pinjaman. Jika kamu sedar akan hal tu, kamu takkan isi masa kamu sibukkan kehidupan orang lain.
Ngerti?
Kehidupan kamu, kehidupan kamu. Kehiduoan dia, kehidupan dia. Gitu.. dah kenapa nak tanya arah tuju jalanan kehidupannya.
ReplyDeleteSebenarnya, abang main taram jer taip ni dah tak tahu nak komen apa.. wlwkwkw.. hai Beronad 😄😄
haha betul la tuuuu.
Deletehai Abam. lama menyepi? haha
Baru nak aktif balik 😆😆
DeleteIQ bahagia bila ada anak membesar di hadapan IQ sekarang. =)
ReplyDeletetak ada orang boleh merancang segala apa yang berlaku. hanya kita perlu berusaha dan tawakal kepada-Nya.
Alhamdulillah :)
Deletebetul. Allah sebaik-baik perancang :)
Betul2. Stuju dgn tulisan sis. Asking when i'm getting married is like asking when qiamat is, i dont know. Perharp the time is near. Huhu. Sy pn pernah terfikir utk kwen je sbb dh bosan dgr mulut org. Tp bila fikir balik knapa kena ikut ckp org, sedangkn ini kehidupan kita. Kita yg akan lalui susah senang bukan diorg. So, better wait long than marry wrong. Hehe. Smoga kita akan dipertemukan jodoh dgn pilihan Allah yg terbaik mengikut kehendak dan ketentuanNYA. Take care sis.
ReplyDeletehaha kan. kalau kita pegang buku hidup kita hah sonang menjawab. betul, saya pun pernah fikir benda yg sama.
Deletemarriage is a gamble kan. dah hadap baru tahu jackpot ke tak ke. Ameen. You too :)
wow. sentap sekejap. sedih baca ni.betul tu.antara hari yg wt kita bahagia is with our parent's :'( tsk.
ReplyDeletethanks for the advice.
teringat jugak dl kt skolah, ada ceramah tentang akhirnye kita sendiri. semua akan tinggalkan kita. jadi buatlah bekalan lain, dan harus kita tempuh hari2 lain macam biasa.
yes betul. Akhirnya kita sendiri. macam mana kita manage hidup tu yg penting. org boleh nampak apa yang dorang nak nampak, yang laluinya kita yang rasanya kita. may all of us have a good ending :)
Delete