”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/08/2017

Self-reminder #1

Dear Nadia a.k.a Beron, here are some self-reminder for you. Take note!

In marriage (if one day you get married);

1. Jangan cerita masalah rumah tangga kat Mak Ayah. Bila cerita kau dalam keadaan emosi, masalah 10sen pun bunyi macam masalah 10ringgit. Padahal esoknya kau dah berbaik semula dengan suami. Tapiiiiii, Mak Ayah akan terus ada rasa tak best dekat menantu dia tu. Mak Ayah mana yang suka dengar ada orang buat anak dia? Walaupun hakikatnya kau ada salah jugak tapi bila bercerita nak ke cerita salah kau bila kau tengah nak raih simpati?  

2. Jangan cerita masalah rumah tangga dekat media social, jangan bagi hints pun. Jangan post quote ke apa ke yang boleh buat orang berfikir/fitnah buruk pasal suami kau. Jangan timbulkan punca yang boleh menyebabkan fitnah. Jangan share cerita orang yang bercerita buruk pasal suami dia, impliedly orang akan rasa kau ada masalah yang sama. Senang cerita, apa kata media social tu kau post gambar kucing je?

3. Jangan terlampau tunjuk kebahagiaan suami isteri. Nak post gambar pergi bercuti ke apa ke, silakan, tapi jangan setiap 5 minit post dan aksi tu jangan keterlaluan. Jangan post gambar bercium ke berpeluk ke, tu kau sila simpan sorang-sorang. 

4. Jangan terlampau memuji suami dekat orang / media social. Macam kau sorang je ada laki, macam laki kau sorang je baik. Memula orang akan rasa sweet tapi lama-lama orang akan rasa meluat. Sweet, baik suami kau, biar kau je tahu. Kau cerita banyak-banyak karang orang berkenan kat laki kau karang. Ha? Ha? Takut tak? Hahhaha

5. Kalau kau kawen dengan orang omputeh sekali pun dan dikurniakan anak mata sebelah warna turqoise, sebelah warna biru laut, tolong jangan upload gambar anak kau sejam sekali. Sebulan sekali memadai okay? Fikirlah hati orang yang tengah berusaha nak ada anak tu. 

6. Hormat dan sayang mertua. Kalau ditakdirkan mertua kau tak suka kau pun (nauzubillah) tetap hormat dia macam mak ayah kau sebab dorang memang mak ayah kau walaupun satu hari kau dah tak berjodohan dengan suami kau (nauzubillah). Always ingat syurga suami kau dekat kaki mak dia, bukan kaki kau. Kalau suami kau tak masuk syurga sebab derhaka dekat mak dia sebab ikutkan kata kau, kau rasa kau boleh masuk syurga? Tu syurga kau ada kat kaki suami kau yang tengah dalam neraka tu. (Ni idealogi aku je, bukan hak aku nak mensyurga atau meneraka kan orang)

Kalau mertua tak suka, usaha la ambil hati dia. Jangan layan ego kau je. Ingat dorang orang tua, kalau betul caranya, lembut lah hati dorang nanti. Kalau kau dah usaha tapi takde perubahan, teruskan usaha dan doa dan terus hormat dan sayang dorang. 

Hmm tu je kot buat masa ni, nanti ada lagi aku tambah. Ok Nadia? Faham tak? Tak faham aku cepuk. Binjai. 

8 comments:

  1. haha! binjai tu ape? kerepek binjai IQ tahu la.

    segala perkara di atas diaplikasikan IQ masa Arwah ada dulu, rindunya nak buat semua tu lagi, anyway, pos gambar anak je laaa, boleh laa boleh laaa, hehe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau la apa. pakai type je hahaha.

      hehe Alhamdulillah. Boleh Iq, hak memasing. ni just reminder utk Nadia, personally. hehe

      Delete
  2. Ini adalah pesanan yang wajar diberikan ke seluruh kaum wanita yang dah bergelar isteri. Seronok sangat luah perasaan kat FB. Banyak yg menyampah-nyampah semua kat FB. Hal rumah tangga, bahagia atau tak, tak perlu canang kat orang dek non. Lainlah laki ko tu memang dajal xhingat xde hala dah nak setel melainkan sokongan viral. Tapi memang kes terpencil sangat la tu kan?

    gittew. panjang komen aku. memang aku suka tulis comment essay camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la, malas nak komen lebih2 sebab tak jadi isteri lagi kan. krg takut terbuat. tu buat self reminder. aah sangat terpencil, patutnya pun boleh je rujuk mahkamah terus.

      nanti kalau kau ternampak aku buat gitu kau tolong post balik entri ni bagi aku hahahha.

      Delete
  3. Hashriq2/13/2017

    statement u suruh "day goon" post blik entri ni sama terlintas bila baca reminder tu smua sblm baca komen2 ni.. reminder yg u coretkan tu jika la menjadi kenyataan ternyata amat beruntung la sang 'suami' tu... semoga dibukakan hati smua wanita di dunia ni berfikir dan mempraktikkan 'reminder' u tu. tk klise sgt kan statement i kan nad :) hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh hope I can be who i wish wanna be. It's solely my personal opinion on how i wanna conduct my life. no offense. hehe. untung eh? hope so haha.
      ameennn.
      tak la. hehe.

      Delete
  4. this is for all of us women, Amin.....InshaAllah

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!