Aku lately dah tak jogging tapi daki bukit. Ada satu bukit dekat kawasan sini aku selalu naik. Dia ada 3 tracks, satu jalan tar, satu naik kot tangga and satu lagi macam jungle trekking. Aku pernah try naik ikut jalan bertar dengan tangga je.
Ikut jalan bertar untuk naik je dalam 4km. Trek dia okay la, ada la 2 3 yang betul2 curam, yang lain tak la mengundang maki sangat.
Semalam aku try naik ikut tangga. It was intense wehhh! Naik kot tangga dalam 1km je tapi dia punya berpeluh macam berlari naik ikut jalan bertar. Sampai ada tahap aku tak rasa kewujudan lutut dan betis aku.
Dah sampai satu checkpoint and rest kejap lepas tu dah lega sikit rasa addicted nak naik lagi. Berpeluh memang memuaskan sanubari, rasa relief gila.
Masa nak balik aku singgah kedai runcit beli garam batu nak buat rendam kaki, cari garam bukit takde pulak. Patutnya aku hakis je batu-batu kat bukit tu jadikan garam, mesti masin sebab banyak peluh orang kahkahkah. Dari naik ikut jalan tar hari tu betis aku dah sakit, so someone told me to do so as a healing process.
Balik tu sebelum mandi aku panaskan air, letak dalam baldi, bancuh air kasi suam-suam gitu and tabur garam. Lepas tu rendamkan kaki perghhhhh lega betul perasaan itu. Bila kaki yang penat direndamkan dalam air suam tudia memang layan sungguh. Tu kalau tetiba laki suruh pergi buat air ada yang makan air garam tu. Kacau je hahahaha *ciri-ciri bakal bini derhaka*
Pagi tadi aku google la khasiat rendam kaki air garam, *dah buat baru cari khasiat haha* banyak khasiatnya. Yela, kaki kan pusat berakarnya semua jenis urat saraf tali belikat (yeke? hahaha) Antaranya;
1) Dapat kualiti tidur. Semalam memang lena aku tidur, penat satu hal la kan. Aku tidur semalam dari pukul 10 malam terjaga pukul 4pagi kejap lajak sampai pukul 7pagi. Tapi dapat la rasa keenakan tidur yang berkualiti tu.
2) Hilangkan bau kaki. Air garam ni akan hapuskan kuman and bakteria so bau kaki pun akan terhapus sekali.
3) Haluskan kulit kaki. Tumit kaki selalu merekah kan? Aku tak merekah tapi kasar jugak la. Harapnya lepas ni kulit tumit aku mulus bak direndam softlan 7 hari 7 malam.
4) Redakan demam/selsema/batuk.
5) Menyegarkan badan. Yasss tak dapat dinafikan. Memang rasa fresh betul. Lepas buat rendaman semalam aku mandi pulak tudiaa rasa seperti baru dilahirkan haha.
Tapi aku baca orang yang darah rendah and kencing manis tak boleh buat rendaman kaki ni sebab untuk darah rendah boleh pengsan and untuk kencing manis boleh menyebabkan luka which tak baik untuk mereka.
Hari tu time naik bukit aku pijak batu-batu refleksologi tu. And ada sorang uncle datang sembang, dia cakap orang gemuk tak boleh buat refleksologi tu sebab nanti pressure tinggi dekat kaki and boleh menyebabkan veins pecah. Doktor cakap kat dia, dia cakap lah. Ada logiknya kat situ. Aku pun baru tahu hari tu.
Wutttt akj rasa darah aku rendah. Tapi aku teringinnn sgt nk rendam kaki dgn garam. Bath salt boleh kot? Huhuhu..
ReplyDeleteaku tak sure, better consult doktor dulu. nanti pape jadi susah pulak
Deleteokeh, balik nanti nak rendam kaki la, IQ ada beli garam bukit tapi beli jer, tak tahu nak buat apa, dan sekarang dah tahu apa function garam tu nanti, hehe..thanks nadia! info yang sangat2 berguna, IQ pun keletihan sebab baru balik dari terengganu, drive jauh2 ni memang memenatkan, sakit tulang belakang. balik nanti nak try!!!! yeah! * terlebih eksaited
ReplyDeletehehe try la, memang bestt. Boleh relief kan keletihan. nadia pun rasa nak buat lagi balik ni. hehe
DeleteBeberapa bulan lepas aku busy tak ingat. Sampai berjalan pun rasa macam pijak kaca. Agaknya adik aku kesian kat aku kot. Masuk gaji dia belikan sekotak garam bukit utk buat rendam kaki. Ah, romantik jugak budak tu.
ReplyDeleteSekarang dia dah tak duk ngan aku sebab sambung belajar. Tolong doakan adik aku rajin belajar. Baik budaknya
alala comelnya adik kau. so sweettt. mesti rasa dihargai kan hehe. aku doakan adik kau berjaya dalam hidup, dapat kerja best dan dapat belikan kau garam bukit lagi.
DeleteOhh dah faham dah kenapa kena rendam kaki dlm air garam. Serius best ke? Macam nak buat jugak la. Garam utk masak kt rumah tak habis2 ni boleh pakai tak?
ReplyDeletehaha best wehh. rasa relief je. buat laa.. boleh je. jangan guna gula sudah, bersemutt haha
Deleteuit2. hiking mana?
ReplyDeletebukit kledang jeee hehe
Delete