”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/26/2017

sembang sorang-sorang #28

Hollaaa mama mia!

Elok sangat mukadimah kau tu Beron sempena nak Ramadhan ni. 

Aku baru balik kursus sebenarnya, 3 hari buat dekat Kem Intan Suraya, Sg Siput. Nama pun kem kan? So janganlah ada ekspetasi yang layanan setaraf hotel waima 3 bintang. 

Intipati kursus tu lebih kepada membentuk peribadi seorang pegawai. Kursus hari tu aku nampak lebih kepada teknikal dan saintifik dari penekanan rohani tapi ada input yang aku grab. Antaranya;

Otak menghasilkan toksik dan toksik dalam otak hanya boleh dibuang bila kita tidur mengiring. So kat situ dah nampak kenapa nabi suruh tidur mengiring kan? Dan toksik perlu dibuang selepas 8 jam dari waktu bangun pagi. It explains kenapa kita disunatkan power nap (15minit) sebelum zohor. Makin lama makin banyak bukti saintifik tentang sunnah-sunnah nabi. Subhanallah.

Ke aku je baru tahu benda ni? Haha.

Then ada buat ujian personaliti. Ada 4 elemen dan Alhamdulillah aku manusia normal hahaha. Aku just kena improve bahagian dominasi. Karakter aku lebih kepada suka kan pendamaian. So thats explain kenapa aku tak dominan. Aku tak suka mengarah. Aku tak suka nak fikir benda-benda serabut. I'm just going with the flow. 

Semalam hari last kursus kitorang buat lawatan ke pejabat SPRM. Dapatlah melawat lokap SPRM. Sadis weh kehidupan dalam lokap. Nasib baik jamban ada flush. Tidur atas papan, bantal takde. So kita janganlah ambil rasuah. Makan rasuah ni sedap kejap je tapi merana seumur hidup. Ha gitu pesanan khidmat masyarakat.

Psst, perasan tak header blog aku dah tukar. Cool kan? Cool kan? Mestilah bukan aku yang buat! Haha. Yang buat ni orang yang sama buat header aku sebelum ni. Ni as reward dapat lesen diving katanya. Auww so thoughtful, selama ni kerjanya nak condemn aku je haha :P Thankyou Mr You Know Who You Are. I appreciate that! Hehe.

So, selamat menyambut Ramadhan. Moga semua ibadat kita diterima olehNya. Jangan beria solat tarawikh tapi solat wajib tak jaga. Jangan makan banyak sangat time berbuka. Jangan main mercun. Jangan membazir. Jangan minta duit raya.

Kbye.

By the way tahun ni aku tak excited sangat nak raya, entah kenapa. Mungkin faktor umur agaknya *cough cough*. Tahun ni aku tekad taknak beli kasut raya, nak pakai yang ada je. Just nak beli sepasang kebaya/kebarung kalau jumpa yang cantik and nak beli pair of jeans. Harap stick to the plan haha. 

12 comments:

  1. xmain bunga api tu xjanji ye Nad hahahaa
    selamat berpuasa Jugak!
    yes I noticed! I thought selama ni perasan kepe. wish it were bigger, but this is cool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau main hati-hati hehe
      haha memang size tu je boleh sebab template dia. Tak reti nak edit-edit hehe cool right?

      Delete
    2. its cool ! thumbs up

      Delete
    3. haha thankyou on behalf :P

      Delete
  2. Selamat berpuasa Nadia. Ni ada servis percuma nanti dia call kejut bangun sahur setiap hari http://ramadan.servishero.com

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Nad..!

    Soalan kau.. "Ke aku je baru tahu benda ni? Haha."
    Dari dulu dah ada cuma sekarang baru orang sebok dok dedahkan. Even kebaikan solat dari segi saintifik pun dah ada buku.. Takpe, tak pernah terlambat untuk tahu.. UvUd

    Wewittt..! Kebaya..! Wewiiitt lagi.. XP Moga2 tercapai..! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku tertinggal train la ni? banyak baca buku lagho aku ni >.<

      haha. nantikan kemunculan lady in kebaya! kahkahkah

      Delete
  4. "toksik dalam otak hanya boleh dibuang bila kita tidur mengiring"
    Hmmm interesting. Sekarang saya ada alasan untuk tido lama, nak buang banyak toksik hahaha.

    "Psst, perasan tak header blog aku dah tukar. Cool kan?"
    Tak cool pon header baru tu! Design yg lama lagi cool 😝😝

    "Harap stick to the plan"
    Come on nadia, we all know that shopping plan will never stick hahaha 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha we got the valid reason after all aite?

      Tak la ni lagi cool. the simplest the coolest. eh jangan jeles la. menyebok je hahahahaha.

      we'll see. we'll see. dont challenge me. wait for my update hahaha.

      Delete
  5. dem dem dem!!! IQ pun nak beli kebarung/kebaya tahun ni. aishhh, mana bley sama ni? hahaha!! tapi IQ da grab vincci rm 29 dua pasang, beli time sale berbaloi2..hehe

    first buka blog pun dah tahu motif header tu, sebab baru dapat diving license, terus tukar header, motif sangat! hahahahaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. jgn terbeli design yg sama sudah. wah murahnya. nadia tak suka sangat kasut vincci, selalu beli sakit pakai

      hahaha tu sebab ada orang buatkan, kalau tak non hado nak tukar haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!