Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku ambil exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Hope it helps somehow kepada sesiapa yang memang bercita-cita nak jadi PTD. Enjoy reading!
1)Ujian Online
1)Ujian Online
Ni adalah first step melangkah ke alam PTD. Aku ambil ujian ni 3 kali, kali ketiga baru lulus. HAHA. Yang kali ketiga aku ambil tu aku tak study langsung sebab malas. Sebab aku rasa study pun bukan lulus (ciri-ciri orang yang mudah berputus asa, jangan tiru!). Aku busy dengan kerja lagipun time tu (alasannnn). Plus tak tahu nak study apa because it's too broad. Pengetahuan am kot. Aku dah la bukan manusia ambil tahu hal dunia.
Hari nak ambil exam tu aku pergi buat dekat rumah kawan, tumpang internet dia. Sampai sana sekali aku bawak laptop je tak bawak charger and bateri. Kahkahkah. Time tu memang rasa malas gila nak buat, lantak situ. Tapi kawan aku bagi pinjam laptop dia, so aku pun buatlah. 2 papers. Paper 1 pengetahuan am, paper 2 soalan maths (daya menyelesaikan masalah - I tak daya nyahhh haha). Soalan maths tak susah tapi tak cukup sangat masa menjawab. Hentam is the best solution haha. Kawan aku dan suami dia banyak membantu. (Thank you so much).
Seminggu lepas habis buat tu, dengan 0 harapan adik aku tolong cek kan result.
Alhamdulillah lulus.
Sumpah tak sangka. Yang time paling aku tak ambil hal la, time tu lulus. Aku bukan nak bagitau korang tak payah study, ini just pengalaman aku sebagai manusia yang tiada wawasan hidup haha.
2) PTD Assessment Centre (PAC)
Ok ni step seterusnya. Nanti akan dapat tarikh pergi pusat latihan seperti yang diarahkan selama 2 hari untuk jalani assessment. Aku kena 2 hari dekat Sg Petani. Penginapan tidak disediakan.
Memula dia akan cek BMI, saringan kesihatan dan ujian fizikal. Ujian fizikal ni ada bip test, sit up, kelenturan, kekuatan genggaman tangan (seingat aku). Lain PAC mungkin berlainan jenis ujian. Dah habis semua ni, urusetia akan bagi keputusan sama ada lulus atau tak. Kalau gagal, boleh balik. Half day je ujian ni. BMI yang diperlukan antara 19-29 kalau tak salah aku. Tak lepas BMI pun tak boleh teruskan.
Alhamdulillah, aku lulus.
Lepas lunch hari first ada ujian essay, BM dan BI. Lepas tu dibahagikan dalam kumpulan untuk aktiviti berkumpulan. Kita akan duduk dalam kumpulan yang sama sampailah akhir program keesokan harinya. Malam tiada apa-apa aktiviti,
Esoknya pulak dimulakan dengan pengucapan awam kemudian public speaking. Tajuk pengucapan awam dan public speaking diberi pada penghujung hari pertama. Habis je tu terus perbincangan berkumpulan dalam BM dan BI. Lepas tu balik la. Tunggu result.
Alhamdulillah, aku lulus.
Untuk PAC pun aku tak prepare apa-apa sebab tak tahu nak prepare apa. Soalan-soalan dia semua general, tidak terlalu fakta. Boleh goreng haha. Soalan untuk pengucapan awam dan public speaking memang sempat la nak cari bahan malam tu. Perbincangan berkumpulan dapat soalan on the spot.
Apa-apa bergerak dalam kumpulan. So masa public speaking (5 minit sorang) kita just bentang dalam kumpulan je bukan the whole batch. Satu kumpulan dalam 10-11 orang. Batch aku ada dalam 8 kumpulan time tu. Time perbincangan kumpulan (sejam satu kumpulan) jangan tak bercakap langsung and jangan jadi moderator. Berbaiklah dengan ahli kumpulan supaya korang rasa senang nak berkomunikasi dan kurang segan nak membentangkan idea. Penilaian adalah berdasarkan individu.
Oh lepas PAC dia bagi masa 24 jam untuk jawab ujian psikometrik. Just nak uji personaliti kita. Just be honest sebab boleh tahu kalau kau pura-pura untuk mempamerkan kebaikan / kebolehan kononnya kau paling perfect. Nanti akan effect kepada trait kebolehpercayaan. Kan tak cantik kalau trait tu punya result, kebolehpercayaan: rendah. Nampak nau suka membongak. Ada satu soalan dia aku tak boleh lupa.
Adakah anda berasa puas apabila membuang air besar?
-,-
Nasib baik objektif, kalau subjektif mau 2 perenggan nak hurai bab ni je. Hahaha.
Ke korang nak aku huraikan kat sini? Hahahaha alah jangan lah jijik. Gurau je. Gurau pun tak boleh *flush jamban*
3) Interview
Okay, ni kiranya final step la. Kalau korang terpilih korang kena pergi kusus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama hampir setahun sebelum posting.
Untuk interview aku tak beria prepare sebab serious life aku busy time tu dengan urusan pejabat. Yang penting kena tahu isu semasa. Pengalaman aku; soalan dia akan berdasarkan apa yang kau jawab untuk first soalan. Kalau tak tahu jangan hentam nanti akan drag kebodohan itu. Haha
Panel ada jugak tanya nak duduk kementerian mana dan why? Dia tanya jugak willing ke kalau kena hantar ke Sudan or Zimbabwe -_-''.
Yang lain lebih kurang berkisarkan apa yang kau tengah buat sekarang. Macam aku kena provok teruk bila panel tau aku qualified to be a lawyer.
Why you don't want to be a lawyer? You have a legal mind. Don't you think it's such a waste for you to be in admin line?
Ha memang kena konfiden habis jawab ni. Beberapa kali jugak la panel tekankan soalan yang sama and paling penting jawapan kena konsisten. Nanti panel putar balik kalau jawapan tak konsisten.
Privileges aku adalah aku memang tengah berkhidmat dengan kerajaan, sedikit sebanyak aku tahu selok belok pentadbiran kerajaan. Aku berkerja di kelilingi PTD, I know what their roles in administrative line. It helps somehow.
Alhamdulillah aku berjaya temuduga.
Time aku dapat email bagitau aku lulus interview sumpah aku takde perasaan. Aku tak happy, aku tak excited. Aku just bersyukur. And 17 Jun ni aku ada taklimat dekat KL then inshaAllah lapor diri as Kadet PTD pada 16 Julai 2017. Doakan aku kuat menghadapi onak dan duri dan diberi kesihatan yang baik.
Aku sayu sebenarnya sebab aku kena tinggalkan orang-orang yang aku sayang dekat Perak untuk pergi training yang dikatakan 10 bulan. Kahkahkah poyo tak aku? Aku hati tisu weh, nampak je gensgter. Aku tau aku bakal homesick teruk sebab dari 2013 aku memang mengempeng je dengan parents aku haha. Lama dah tak duduk jauh. Nak tinggalkan boyfriend-boyfriend lagi hahaha kbye.
Okay, ni kiranya final step la. Kalau korang terpilih korang kena pergi kusus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama hampir setahun sebelum posting.
Untuk interview aku tak beria prepare sebab serious life aku busy time tu dengan urusan pejabat. Yang penting kena tahu isu semasa. Pengalaman aku; soalan dia akan berdasarkan apa yang kau jawab untuk first soalan. Kalau tak tahu jangan hentam nanti akan drag kebodohan itu. Haha
Panel ada jugak tanya nak duduk kementerian mana dan why? Dia tanya jugak willing ke kalau kena hantar ke Sudan or Zimbabwe -_-''.
Yang lain lebih kurang berkisarkan apa yang kau tengah buat sekarang. Macam aku kena provok teruk bila panel tau aku qualified to be a lawyer.
Why you don't want to be a lawyer? You have a legal mind. Don't you think it's such a waste for you to be in admin line?
Ha memang kena konfiden habis jawab ni. Beberapa kali jugak la panel tekankan soalan yang sama and paling penting jawapan kena konsisten. Nanti panel putar balik kalau jawapan tak konsisten.
Privileges aku adalah aku memang tengah berkhidmat dengan kerajaan, sedikit sebanyak aku tahu selok belok pentadbiran kerajaan. Aku berkerja di kelilingi PTD, I know what their roles in administrative line. It helps somehow.
Alhamdulillah aku berjaya temuduga.
Time aku dapat email bagitau aku lulus interview sumpah aku takde perasaan. Aku tak happy, aku tak excited. Aku just bersyukur. And 17 Jun ni aku ada taklimat dekat KL then inshaAllah lapor diri as Kadet PTD pada 16 Julai 2017. Doakan aku kuat menghadapi onak dan duri dan diberi kesihatan yang baik.
Aku sayu sebenarnya sebab aku kena tinggalkan orang-orang yang aku sayang dekat Perak untuk pergi training yang dikatakan 10 bulan. Kahkahkah poyo tak aku? Aku hati tisu weh, nampak je gensgter. Aku tau aku bakal homesick teruk sebab dari 2013 aku memang mengempeng je dengan parents aku haha. Lama dah tak duduk jauh. Nak tinggalkan boyfriend-boyfriend lagi hahaha kbye.
Tahniah Nadia. Kamu hebat. Selamat menempuhi dunia kadet dan dpa...
ReplyDeleteterima kasih. eh tidaklah hebat mana, rezeki.
DeleteBapak gempak weh kau dpt ptd. Semoga dipermudahkan urusan kerja nanti.
ReplyDeleteAku baca assessment yg kau tulis ni pun dh malas tgk byk sgt stage dia.. Apatah lagi nak kena hadap betul2.. Rajin pulak kau ni.. Haha
thankyou Bro! Taklah, biasa je, rezeki hehe
Deletehaha aku fikir menggalas harapan mak ayah je ni. Plus, peluang tak datang selalu dan rezeki tak pernah salah pintu :) So i think i should grab it :)
Tahniah!
ReplyDeleteAda nampak haritu orang share kt twitter pasal dia pegi interview, interviewer tu tanya dia ada family yg PTD ke tidak, bila dia jawab "tak" ada panel yg cakap, "susah la kalau macam tu". well actually sebenarnya tak juga ye ..? ke you ada family yg PTD ?
Tertanya2 juga ..
hey take care .. and all the best !
thankyou Zhi!
DeleteTu la ada baca jugak. I tak kena macam tu. It depends on panel kot. But panel shouldn't said like that, it sounds unprofessional. I takde family PTD btw, I'm the first, inshaAllah :)
tahniah nadia! wahhh, lulus PTD tu weyhh, jarang dengar kawan2 lulus PTD ni. rezeki nadia.
ReplyDeletelepas ni mesti dah jarang update blog...sedih la camni
thankyou IQ
Deletehaha fikir jugak, mesti jarang update. eh akan curi masa jugak update sebab..sebab..suka merepek kat sini hehe
Tahniah Nadia. take care
ReplyDeletethankyou :)
Deletedah jadi ptd jangan delete blog ni. haha. tahniah nadia! power lah. nanti update lah blog pasal Sudan hahah. So apa jawapan kepada puas lepas berak tu? Please share.:p
ReplyDeletehaha never. thankyou kakbel :) hahhaa amboi doa dia di bulan ramadhan. puass. ahhahahahha :P
Deletebestnya nadia. nanti tercapailah impian awak nak travel satu dunia kan. travel dibayar gaji pulak tu. haha
ReplyDeleteerk tak semestinya. it depends duduk kementerian mana. hehe. gaji macam pegawai biasa je, mampu pusing dekat2 je hehe
Deleteassalamualaikum, saya mahu bertanya. semasa DPA adakah elaun sara hidup diberi atau ditanggung sendiri @ FAMA?
ReplyDeletewasalam.
Deleteada elaun. RM2,200 untuk yang tak berkerja dengan kerajaan secara tetap sebelumnya.
Kalau yang dah bekerja dalam goverment macam mana ya? tapi gred yang rendah bukan 41. adakah dapat gaji yang sama or elaun ke macam mana? Selamat Hari Raya
Deletekalau dah disahkan dalam jawatan gaji jalan sebab dikira cuti belajar. and if i'm not mistaken ada elaun sara keluarga.
Deleteooo Faham-faham, kalau belum disahkan? akan dapat elaun sama macam yang lain ke? Tengah tunggu result iv PTD, result ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Hope ada rezeki dapat jadi PTD sama macam puan. AMIN :D
Deleteaah. kalau belum sah kena letak jawatan skrg. inshaAllah. ameen
DeleteAssalam, nak tanya, lepas dapat keputusan berjaya temuduga, lepas tu, what's next yea? Menunggu surat tawaran sampai ke rumah? Atau ada apa2 pengesahan secara online yang kita perlu buat secara online atau macam mana? Mohon pecerahan, sbb sy bimbang sekiranya saya terlepas pandang kat mana2. Terima kasih yea..
Deletetunggu surat panggil briefing. time briefing baru dapat surat tawaran. thats my time, sekarang i'm not sure, mungkin ada perubahan, mungkin tidak.
Deletebriefing memang kat kl je ea?
DeleteYepp
DeleteSalam. Boleh tau surat panggil briefing tu dia akan pos atau emel ya? SPA akan call kita dulu ke sebelum hntar surat panggil briefing tu? tq
DeleteEmail dan pos. Tak call. Dia akan pos sekali borang untuk buat medical check up
DeleteOk tq ya. Skrg masih menunggu lagi surat dan emel lg dr SPA ttg briefing tersebut. Dh hampir sbulan dari tarikh keluar result hari tu. Tak lama lagi rasanya.
DeleteInshaAllah
DeleteSis bole tak share persediaan utk peperiksaan online ? Apa yg harus fokus,hope sis dapat email kongsi pengalaman dan dapat membantu mizztieyka@gmail.com.
ReplyDeletealahai sorry. sumpah takde pape tips. hari tu pun tak sempat nak study. but i would like to suggest for now try focus on TN50, bajet 2017, ekonomi, gst, asas perlembagaan persekutuan, sejarah kemerdekaan malaysia. Skop dia too broad, susah nak tafsir. Dia berkisar dengan 8 skop kerja PTD tu.
Deletehope it helps. try bukak laman web pmr.penerangan.gov.my dari situ boleh dapat idea skop mana yang perlu fokus kot. all the best :)
Deletesalam sis..mcm mne nk contact sis lbih detail ya..nk mntk tips utk interview if sis sudi..
ReplyDeleteAlahai jgn la tanya tips. Tkde tips pun. Hentam je haha. U can email me nadiaroslan261@gmail.com
DeleteThank you miss nadia for this blog u hv shared to us. May Allah ease everyone steps towards PTD path �� My husband baru ambil exam ptd 3/11/2017 malam tadi.
ReplyDeletemost welcome :) thankyou. ohh. all the best to ur husband
DeleteNak tanya, nak check result online exam tu melalui laman web mana? Thanks in advance
ReplyDeleteLaman web SPA Malaysia. Nanti dia akan bagi email jugak
Deletehi sis, intake ptd 2018.. masih ada PAC test tak? sbb dh lulus exam online, dlm result tu dinyatakan tunggu panggilan ujian kecergasan kebangsaan shj..
ReplyDeleteUjian kebangsaan kecergasan tu lah PAC. time PAC nnt dah lepas ujian kecergasan baru boleh layak utk ke ujian essay dan public speaking.
DeleteSalam.. last time tajuk apa ye sis dpt utk public speaking BM & BI? dalam banyak2 stage, yg mana paling mencabar & persediaan apa perlu dilakukan :)
ReplyDeleteBm: tandas
DeleteBi: sth are better left unsaid
Hmmm. X tau la mana paling mencabar. Saya jenis orang yang redah je. Bip test kot mencabar ketahanan fizikal haha. Saya dulu x buat preparation pun sbb busy time tu. Jgn risau. Soalan2 dia general. N mungkin isu semasa. :)
selalo bape lama ea utk pgilan pac kalu dah lulus ujian on9?public speaking tue mmg kena power english ka?kalu tergagap public speaking xd masalah ka?
ReplyDeleteKalau yg lepas area januari dorang panggil. Saya x pasti pemarkahan dari segi apa tapi gagap skit2 tu normal kot
DeleteSis... tarikh keputusan bagi peperiksaan online dah tau..Berapa lama perlu tunggu untuk ke PAC dari tarikh keputusan online dimaklumkan? ada lebih kurang dalam 2 bulan tak ke PAC?based on your past experience..
ReplyDeleteKalau yg lepas area januari dorang panggil
DeleteSalam awak tahniahh. Saya lulus ujian online & tngh tnggu panggilan PAC skrng. Takut jugak nak sit-up ni hahah, & nak tanya ni je awk sit-up berapa kali ye ujian lps? & Yg hold kita tu petugas or calon? Hahah sorry la soalan tak professional langsung bunyinya. Btw, tq 😊
ReplyDeletethank you :)
Deleteala tak ingat berapa kali and seingat saya dia x bgtau berapa kali baru lulus. dia macam markah terkumpul untuk semua aktiviti fizikal, so tak tahu macam mana dorang kira hehe. takde siapa pegang, kena usaha sendiri haha. U can do it! All the best :)
Salam Nadia.. selain BMI, PTD ni ada syarat ketinggian minimum tak?
ReplyDeleteTakde. BMI je kene antara 19-29
DeleteHai nadia, boleh share tajuk esei bm or bi yg awak dpt?
ReplyDeleteEach soalan ada 2 and you can choose. I forget which is which tapi tak silap my essays about PATI and public transport
DeleteSalam. Nak tanya. Semasa jadi kadet ptd. Weekend adalah free time ke? Boleh keluar?
ReplyDeleteوعليكوم سلام
DeleteWeekend free kalau takde program. Pelepasan mula hari Jumaat lepas 5 petang sampai ahad 11.59pm. But this is for my batch. It might b changed for next batch.
Assalam Tuan tanah...
ReplyDeleteNak tanya berkenaan elaun semasa kadet. Ada calon hari tu bgtau kalau menginap dekat intan, elaun kena potong dlm 600 betul ke...
Bg saya 2200 is fair enough utk sekadar hidup laki bini yg belum ada anak2...Kalau ditolak lagi abeh la..haha
وعليكوم سلام
DeleteElaun 2197. Bagi yang duduk asrama kena bayar rm200 sebulan.
Oh ni dah masuk makan minum ye? OK thanks...
DeleteNak rancang duit hehe
Aah. Makan minum disediakan utk weekdays sahaja
Deletesalam saya nak bertanya. Jika kita tinggal area KL, wajib menetap di INTAN juga ke? Atau boleh bermalam di rumah sendiri.
Deletestart batch 2019, dah wajib balik menetap di INTAN.
DeleteSalam sis.. sekarang tgh DPA lagila kan.. nk tanya dalam masa DPA tu masih ada penyingkiran ke? dan dalam masa 10 bulan tu ada cuti panjang x? macam cuti sem ke? tq untuk sharing info :)
ReplyDeleteAda tapi rare. Serious case je kena buang. Ada cuti seminggu 2x.
DeleteHai nak tanye.. cuti seminggu dua kali maksudnya sabtu ahad ke? If public holiday, cuti macam biase kan?
Deletesabtu ahad, public holiday cuti macam biasa. maksud saya ada cuti semiggu, sebanyak 2x haha. so total cuti lama 2 minggu dalam 10 bulan tu. sorry lupa letak koma.
DeleteKenapa result ptd belum keluar for 2018? huhuhuhu
ReplyDeleteresult 2018 ditangguhkan ke satu tarikh yang tak dimaklumkan.
DeleteTerima kasih atas respon cik. Akan tetapi saya nak tanya.kenapa bolej jadi begini?
Deletepengstrukturan kerajaan baru
DeleteAgknye bila result akan keluar ye
ReplyDeletetak sure. kena call SPA tanya
DeleteAlhamdulillah.. Saya berjaya temuduga utk ptd 2018..next level kadet ptd la pulak kan..boleh share skit ape yg pntng utk level ni..
ReplyDeleteTahniah. Aah kadet. Utk level ni macam masuk universiti balik. Ada kuliah ada assignment ada ko-k. Prepare mental, fizikal n rohani. All the best :)
DeleteTq.. Total smua brapa bulan ye sebelum dilantik secara rasmi?
DeleteMy batch was 10 months. It may vary from time to time
DeleteSalam sis, elaun tu semua layak ke untuk yg pernah kerja kerajaan je? Sbb kerja swasta sebelum ni, thanks in advance sis Nadia
ReplyDeleteSemua layak :)
DeleteHi Cik Nadia.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
I want to ask something.
In regards of the briefing and when the placement will take place.
So if the result come out on 14 Sep, when the date of briefing and intake of kadet ptd? May I know roughly the date? Due to I have to submit my resignation letter and my Boss informed me I have to at least give 2 month notice.
I think I should prepare beforehand.
And 2nd quest, do we allow to bring a car?
Thank you Cik.
May Allah swt bless you.
Wslm
Deletebased on my experience, briefing dalam sebulan dari result. intake pun dalam sebelum dari tarikh briefing.
kereta hanya dibenarkan melalui permohonan with a strong reason. it's limited
Salam Pn. Nadia, alhamdulilah saya berjaya lulus temuduga PTD. Jadi, dalam tempoh menunggu untuk panggilan kursus kadet PTD, ada apa-apa persediaan yang perlu dibuat? Boleh share?
ReplyDeleteBtw, Pn. posting di mana setelah selesai kursus?
Tahniah. Persediaan? Hmm kena medical check up sebelum briefing but still kena tunggu email and borang pemeriksaan kesihatan tu. in a meantime boleh la kot nak sediakan barang keperluan kalau nak stay dekat hostel INTAN. selain tu prepare mental and physical hehe. all the best
DeleteSalam Pn. Nadia sy nak ty yang medical check up tu basic medical check up mcm penjawat awam yg lain ka?
DeleteYe betul
DeleteTq nadia...baru tahu proses nak jd PTD nih...tgh serius dok baca tiba 2 tergelak part soklan "Adakah anda berasa puas selepas selesai membuang air besar?"...hawau la:)
ReplyDeletebtw nak tanya, bila pergi kursus DPA tu, dah dikira dilantik as PTD tetap atau hanya dpt status PTD kontrak je?? mcm ada kes baru2 nih ada 52 PTD gagal DPA..apa akan jadi kat diaorg, dah penat2 gi kursus 10 bulan alih2 tak lepas la pulak..
hehe no pron
Deletetime pergi kursus tak dilantik lagi. yang kes baru2 ni batch PTD khas (1st in history). Dorang memang dah menjawat jawatan skim lain (Contoh: Jurutera, pensyarah, etc), and dorang apply untuk pertukaran ke skim PTD, something like that. So yang gagal tu just patah balik ke skim lama perkhidmatan dorang.
Salam cik Nadia, boleh saya tahu berkenaan DPA di INTAN, wajib stay di asrama atau boleh stay di luar ulang alik? Thank you :)
ReplyDeleteIt depends on the intake. Macam batch saya boleh berulang dari rumah. Macam batch terbaru ni wajib duduk asrama.
DeleteSalam, Cik Nadia. Bermula dari fasa exam ke fasa DPA, kebiasaanya mengambil masa berapa lama ye? Ada yang cakap selepas SPA tutup pemohonan utk PTD, akan mengambil masa 2 3 bulan untuk exam online dan dari exam online ke DPA akan mengambil masa 5 bulan macam tu. Betul ke? Mohon pencerahan. Hehe.
ReplyDeletemy time it took around 8 months from exam online till entrance for DPA.
DeleteSalam, Cik Nadia..im truly proud of your achievement!! being PTD is one of my ambition..saya masih keliru nak mohon degree apa yg boleh saya apply nnt untuk jadi PTD..mohon nasihat & pandangan 🙂
ReplyDeleteWasalam. thank you :) You can be a PTD regardless what course u gonna take. Mine is law but I do have PTD's friends from various of background such as engineering, architecture, physiotherapy, maths, economy, international studies, sciences etc
Deletehi nak tanya. ujian fizikal tu ada check kerabunan ke?
ReplyDeleteTakde. Cek mata time medical check up
DeleteHi kak, next week will be the day utk jawab exam PTD online. Any motivation words? Hopefully I can meet you as PTD one fine day.
ReplyDeleteAll the best! dont expect too much. pray and ask ur mum's prayers! :)
Deletesetiap manusia dah tertulis rezeki terbaik untuknya.
Salam, hai nak tanya, masa medical check up tu ada amik ujian darah ke? Check kolestrol ke hemoglobin ke apa ke? Saya takut betul kalau kena inject ni.
ReplyDeletehttp://imej.spa.gov.my/dev/pdf/BORANG_PEMERIKSAAN_KESIHATAN.pdf (Bahagian D)
Deleteboleh cek borang ni untuk tau apa yang Dr cek. basically cek darah takde, just urine test.
Salam nak tanya. Time Interview mmg in english ye?
ReplyDeleteAah. mainly in english
DeleteSalam, saya nak tanya, usually selepas exam online berapa lama tempoh menunggu sebelum ujian fizikal?
ReplyDeletearound 2 months
DeleteSlam cik nadia. Saya nak bertanya, dlm ujian kecerdasan nant ada syarat min ketinggian ke? Sbb sy dipanggil utk PAC tp ada ditulis disitu ketinggian. Risau la klo ada syarat ketinggian sbb sy x tinggi
ReplyDeleteDia takde spesifik untuk ketinnggian tapi overall bmi kena 19-29.
DeleteSalam cik nadia,
ReplyDeletePerlu ke kita bagi penyata gaji kerja sblum jika lepas temu duga? Atau ade borang pengesahan kerja sebelum? Bagaimana dgn lantikan kontrak?
Setahu saya tak perlu. Aah dia ada borang dia nanti. Kalau lantikan kontrak kena letak jawatan dulu, lantikan tetap je boleh jadi cuti belajar.
DeleteSalam cik nadia, in case kalau dah berkahwin, boleh ke kadet ptd bawak isteri stay dekat hostel? Or kena menyewa di luar?
ReplyDeleteTak boleh bawa pasangan. Pasangan kena menyewa di luar.
DeleteMorning, congratulations sebab dah berjaya after semua stages yang di test.
ReplyDeleteNak tanya ye, essay writing tu adah minimum number of words x?
Thank youu. I'm really sorry that i totally forgot about the number of words. maybe just 1000-1500
DeleteAssalam Puan. Seronok baca perkongsian Puan ni. Doakan sy lulus semua tapisan dan dapat jadi PTD ya. Sedikit pertanyaan, semasa temuduga Puan ada ditanya kenapa nak masuk pentadbiran, kerana Puan layak jadi peguam, boleh kongsikan jawapan Puan? Sy mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan, sy rasa sy mungkin akan ditanya soalan yg sama. Terima kasih
ReplyDeleteWasalam. InshaAllah. aameen.
DeleteJawapan saya hari tu; Law is everywhere and everything is law. Even in our daily life, we follow God's Law. I can always apply my knowledge and skills anywhere even in administration line. Even the existence of this job also based on the law.
lebih kurang macam tu la saya jawab. inshaAllah boleh. All the best.
Salam Puan Nadia.
ReplyDeleteNak tanya, kalau saya lepas interview dan dapat masuk DPA tapi dapat tahu saya pregnant, dia akan buang ke? atau boleh postpone DPA ke next one?
Thank you in advance
budak batch sebelum saya ada yang postpone ke batch saya sebab mengandung. jika ada sebarang perubahan, saya tak pasti
DeleteHi salam. I ada dapat panggilan utk iv this week. Sooo nervous. Just wondering if you ada any tips to give based on current year? Previously pernah datang iv ptd jugak, time tu baca macam macam la pasal tn50 nbos apa semua. Tapi this time macam blur sangat, dont know what to expect 😠your help is very much appreciated
ReplyDeleteTips? Hoho. So many people asking for this but yet I dont have any definite answers. Hmm 1st just be confident. Know the current issues. dah tau tarikh interview, hari2 baca paper in english, u gain some news and improved your vocab simultaneously.
DeleteSelalunya soalan dia berangkai. So soalan pertama jangan jawab benda yang boleh perangkap diri. Be confident but don't over confident. Pray.
All the best!
Salam Puan Nadia,
ReplyDeleteSaya ada satu soalan berkenaan cuti semasa DPA. Adakah dibenarkan untuk Kadet mengambil cuti seperti cuti tahunan?
Tak dibenarkan sebab tak dapat pun kelayakan cuti tahunan semasa kadet.
DeleteAssalamualaikum Puan Nadia. Thanks for sharing your PTD journey. May i know if we have only bachelor degree and the other candidates got master and phd,is there any chances to get hire as PTD? as i noticed most of candidates got master and phd and i got degree only :( Btw, i was called for PTD iv on this coming 24th.
ReplyDeleteIf u've been called it means you're eligible for that. No worries, most of us are degree holder only.
DeleteThanks for ur respond Puan Nadia. May Allah bless u 😊
DeleteThank you too :)
Delete