”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/30/2017

Zodiak; Aries

Aku suka baca zodiak. Aku berzodiak Aries iaitu zodiak 'sulung'. Kalau sulung ni melambangkan kepimpinan dan kelahiran. Kalau baca karakter-karakter zodiak memang 90% kena dengan karakter aku. Kalau bab meramal masa depan tu aku tak percayalah.

So aku wonder, adakah orang yang dalam signs yang sama mempunyai circle characters yang sama? Aku tau sorang yang sama birthday dengan aku, perangai sebijik macam aku haha. So aku akan senaraikan karakter aku based on zodiac, siapa ada zodiac yang sama and karakter yang sama sila angkat tangan nanti aku create group kita dengan nama 'Perangai Serupa Tongkang' Haha.

1. Aku tahu lebih dari apa yang orang sangka aku tahu. Faham tak? Haha. Kekadang aku tahu benda tu tapi aku diamkan sebab aku nak tengok karakter orang yang kononnya maha tahu bab benda tu. Kekadang pulak saja aku nak tengok sejauh mana benda tu boleh pergi dengan orang tu beranggapan bahawa aku tak tahu. Berbelit sungguh ayat aku. Harap korang faham haha.

2. Aku tak suka bila aku emosi. Haha. Aku orang yang sangat calm, bukan nak riak I have strong will to control my emotion. Kalau putus cinta pun aku tak meroyan. Aku selalu berpegang pada prinsip 'your lost, not mine, I have nothing to lose'. Sebegitu sekali kekonfidenan aku haha.  

3. Aku tak suka disuruh dan aku tak suka orang persoalkan pilihan aku. Yes ego. Aku memang ego. Benda yang aku niat nak buat tetiba ada orang arah aku buat especially dengan cara yang tak menyenangkan memang mati terus niat and sampai sudah aku tak dibuat apa yang disuruh. Haha. Aku suka shopping sorang sebab aku tak suka orang complaint pilihan aku especially complaint yang tak dipinta. Eh suka hati lah aku yang nak pakai, kau sebok kenapa? Ha gitu. Haha

4. Dalam hubungan once aku dah sayang, aku akan terima kekurangan dia dan kekurangan dia takkan effect apa-apa kat aku. Bab hubungan I can say I tolerate well, very well. Benda yang aku boleh pejamkan mata, aku pejamkan je mata. Dalam hubungan aku akan elak konflik, benda yang tak boleh elak jarang la gaduh, dia clash terus! Hahaha. Aku tak suka benda yang serabut. Kalau aku rasa aku memang dah tak boleh nak tolerate, off me go. Aku yang akan pergi.

5. Pain make your stronger, heartbreak make you wiser. Yes indeed. Benda tu takkan buat aku jatuh tapi buat aku bangun. It relates with ego. Kau fikir kau buat aku jatuh aku tak boleh bangun balik? Kau fikir aku nak meratap merayu kat kau? I'll be better and you'll regret what you did to me. Haagituu.

6. Setia. Kahkahkah. Serious aku tak pernah curang. Cuci-cuci mata wuuu wuuu tu pernah la. Hahaha. 

7. Kekadang aku taknak bercakap. Hahaha. Aku ada benda nak cerita tapi bila sampai mood taknak bercakap tu memang satu cerita tak keluar. Kalau orang tanya pun aku jawab sepatah-sepatah je.

8. Don't worry about pleasing everyone because it's impossible. Yeszaa. Aku hanya concern kan small circle aku je, yang out of the circle memang aku tak ambil peduli, nak hidup ke nak tertonggeng ke nak mengata aku ke nak sanjung aku ke, suka hati korang lah hidup korang.

9. Berdikari. Aku sangat berdikari dan aku tak suka nak mengharap pada orang sebab aku tak suka perasaan menyusahkan orang. Selagi aku boleh buat sendiri aku buat. Hari tu aku nak ubah kedudukan perabot dalam bilik aku. Aku buat sorang. Semalam Mak masuk bilik Mak tanya aku ubah dengan siapa, aku jawab la, sorang je. Aku beli kabinet DIY semua aku pasang sendiri, bertukang lah aku. Kepuasan bila dah siap tu tak terungkap. Rasa gagah dari sesetengah jatey hahaha.

10. Tak suka mulakan sesuatu especially text orang, rasa menggangu. Nak berkenalan pun aku tak suka mulakan sebab tu aku tak ramai kawan yang hi hi ni. Selagi orang tak tegur aku memang membatu la aku kat situ main handphone ke apa ke. 

Okay tu je buat masa ni, nak cerita semua karakter aku based on apa zodiak cakap memang sampai raya haji tak habis, aku dah hidup 27 tahun kot. 

10 comments:

  1. Tak suka text dulu ke. Meh number nak text dulu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh lupa nak tambah lagi satu karakter kat atas. tak suka bagi nombor handphone dekat stranger :P haha

      Delete
  2. Kekadang pulak saja aku nak tengok sejauh mana benda tu boleh pergi dengan orang tu beranggapan bahawa aku tak tahu

    manipulatif betul! hahaha 😝

    ReplyDelete
  3. takutnye haha. dont worry. walau xsama. kita boleh geng. scorpio :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takut kan? sendiri baca mcm eh teruk jugak aku ni haha. semua pun boleh geng hehe

      Delete
  4. Anonymous7/21/2017

    Benda yang aku niat nak buat tetiba ada orang arah aku buat especially dengan cara yang tak menyenangkan memang mati terus niat and sampai sudah aku tak dibuat apa yang disuruh

    Nadia tak nak kemas rumah , dia nak pergi shopping.
    tiba2 ada orang cakap "Nadia tak payah kemas rumah harini, pergi la keluar shopping"
    akhirnya Nadia tak jadi keluar shopping lalu mengemas rumah dengan rajinnya.
    camtu eh? :P

    pasal ego & berdikari tu memang personaliti seorang anak sulung. tak kira apa zodiak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kalau yang disuruh tu tak berapa nak bagus akan ikut. yang tak ikut arahan yang baguss haaa like that hahha.

      yeahhh. sulung memang begitu. sebab aries pun 'sulung'

      Delete
  5. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    data backup
    disaster recovery services
    microsoft 365 backup malaysia

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!