Rabu lepas pejabat aku buat farewell party untuk aku dekat Hotel Casuarina Ipoh, dinner. Saja pilih dinner sebab buat hari kerja so santai sikit. Kalau lunch nanti dapat lepak sejam je weh mana cukup. Takde majlis formal pun, makan-makan je.
Not bad buffet dinner Casuarina. Ada udang, ketam, sushi, rojak, desserts, macam-macam lagi lah. Paling best booth pasta, kita pilih pasta and nak gravy apa, dia masak depan kita. Sedap tak hengat pulak tu. Mungkin statement ni sedikit bias sebab aku memang peminat pasta. Tapi memang semua kawan aku pun cakap sedap.
Dah habis melantak ada sesi penyampaian hadiah. Tetiba live band boleh pulak dari helok nyanyi lagu raya dorang nampak kitorang terus dorang tukar lagu bertemu dan berpisah adat manusia biasa~~. Aku lagi sikit nak baling labu sayong atas meja tu ke arah mereka. Jangan bagi aku nangis please, aku macho. Padahal time tu empangan air mata aku nak pecah dah.
Sumpah terharu. Rasa disayangi. Aku serius sayang team ni. Kitorang tak ramai, less than 20 and semua muafakat and rapat. Sedih la nak tinggalkan. Hope in future dapat team se-best team ni jugak.
Jumaat pulak office buat jamuan raya so dorang panggil aku lagi sekali untuk majlis perpisahan formal dengan big bosses. Aku kena duduk semeja dengan all big bosses tapi nasib baik la aku dah biasa dengan dorang tapi rasa tercekik la jugak nak makan depan dorang. Haha.
Balik tu ada sorang Dato' ni peluk aku then bisik 'Nadia, jangan nakal-nakal kat sana' Hahaha. Aku dah cukup behave dah depan dorang, dapat jugak pesanan spesis tu. Don't worry Dato', I'll behave hehe. All my big bosses are kind, walaupun ada yang berpangkat Dato', Datin but they treat me like their own daughter. Thankyou so much for everything. Semoga semua my big bosses diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.
Hari ni aku buat makan-makan sikit kat rumah untuk orang office. Macam-macam Mak masak; mee hailam, cucur udang, puding laici, rendang ayam, daging malberi, brownies, mini cupcakes. Amboi Mak beria nampak. Puas hati tengok tetamu semua puas makan walaupun lepas tu penat tonyoh kuali haha tapi takpe sekali sekala.
Hari ni aku buat makan-makan sikit kat rumah untuk orang office. Macam-macam Mak masak; mee hailam, cucur udang, puding laici, rendang ayam, daging malberi, brownies, mini cupcakes. Amboi Mak beria nampak. Puas hati tengok tetamu semua puas makan walaupun lepas tu penat tonyoh kuali haha tapi takpe sekali sekala.
wahhh, bestnye kalau diri disayangi ramai. Memang best dapat hadiah telekung SK tu, IQ pun ada satu, memang best pakai!
ReplyDeleteTu la ramai cakap sedap pakai. Tak try lagi. Kat tempat baru nnt baru nak try inshaAllah hehe
DeleteBagusnya Nad orang raikan camtu. Aku yang baca ni pun rasa terharu
ReplyDeleteTu la. Mmg terharu. Tak sangka. alhamdulillah. Kau pun kalau nak tukar ke tempat baru nanti diraikan begitu jugak inshaAllah :)
Deletewoahhh dapat jam adidas digital, nampak sangat officemates tau your taste hahaha. nak join ucap skali la, farewell nadia! goodluck on your new adventures! 🎉😄
ReplyDeleteHaha. Perks of always talk about my kind of taste to people near me :p haha thank you :)
DeleteFarewell Nadia.
ReplyDeleteJaga diri di tempat orang :)
Good luck on a new chapter in your life , I am sure you will do good.
thankyou :)
DeleteinshaAllah. ameen