Hari tu aku lepak dengan kawan aku, sambil buat kerja sambil habiskan masa. Aku tak tahu kenapa tetiba dia tanya aku pasal benda ni, terkesima jugak aku kejap terima soalan sedemikian rupa. Muka aku ni rupa kaunselor rumah tangga ke apa? Muka aku ni macam reban ada lah.
Nadia, kalau nanti kau dah kahwin tetiba suami kau mintak kahwin lain, apa jawapan kau?
Erk, ni soalan jenis apakah? Aku tak kahwin lagi oi. Benda ni subjektif, aku tak berani nak cakap. Aku dilahirkan dalam family berpoligami yang harmoni. Tok aku kahwin 3 and Alhamdullilah kitorang memang rapat, takde gap. Tapi aku tahu poligami ada je yang jadi haru biru, kucar-kacir. Tak beranilah weh aku nak komen.
Alah, aku nak dengar pendapat je.
Kau dah kenapa tetiba? Kau pun tak kahwin lagi kan? Prepare for the worst ke apa ni? Haha
Haha. Tak lah. Kalau aku, aku rela hidup sorang. Lagipun aku memang dah biasa hidup sendiri. Buat apa nak sakitkan jiwa.
Haha okay. Kalau aku la kan, ni kalau tau, kalau tetiba dah kahwin nanti kau dengar suami aku kena hiris dengan shaver sampai membawa maut maknanya kalau ni tak menjadi la haha.
Haha sengetlah kau ni Nadia. Ha cepatlah.
Ok kalau aku, aku tanya dia kenapa dia nak kahwin lain? Kalau aku tak mampu bagi anak ke, so go on. Aku tak boleh selfish. Dia ada hak nak ada pewaris. Or if dia kata aku tak memenuhi kriteria dia. Aku akan mintak masa untuk betulkan mana yang tak betul, then kalau tak boleh jugak kahwin la, dan lepaskan aku sebab buat apa dia nak tanggung beban yang memang dia dah tak boleh terima?
Eh mana boleh macam tu. Kerja suami betulkan isteri, bukan salah sikit cari lain.
Ye, bennarrrrr. Tapi kalau aku jenis malas nak bising-bising dengan orang yang dah takde hati kat kita. Kalau betul dia taknak, aku betulkan macam mana pun dia tetap akan kahwin jugak. Aku pun tak perlu nak makan hati ke apa, entah2 selama ni aku pun dah cukup bersabar dengan dia. And on another situasion, kalau aku dah bagi yang terbaik, aku dah layan dia sebaik yang aku boleh, aku sediakan semua untuk dia, aku tak pernah tinggikan suara, aku tak pernah maki and dia pun akui aku takde kekurangan tapi dia tetap nak kahwin lain, kau nak tau apa jawapan aku?
Ha apa dia?
Okay abang, sebab saya dah bagi perkhidmatan first class tapi abang tak hargai, abang rasa ada yang lagi baik. Pergilah. Lepaskan saya sebab saya rasa ramai lagi laki lain kat luar sana yang akan hargai perkhidmatan saya.
Hahahahahahaha. Kau sumpah terbaik
Hahaha. Yang kau gelak macam syaiton ni kenapa? Betul la apa aku cakap. Aku ada prinsip apa orang boleh buat kat aku, aku boleh buat balik. Kalau dia nak kahwin lain, aku pun boleh kahwin lain. Bezanya aku kena mintak cerai dulu la hahahhahaha.
Rebel eh kau?
Biasaaaaa. Hahahhaa. Alah benda ni aku cakap je. Cakap dalam situasi yang aku tak alami. Cakap berdasarkan logik akal tanpa perasaan. Jadi betul kalu, entahlah haha. Tapi kalau time dia mintak tu, aku rasa aku mampu nak izinkan, aku rasa aku perlukan dia lagi, aku sayang dia, aku redha je la izinkan. Tipu la kalau nanti aku tak rasa kekurangan kan.Tapi kau jangan lupa satu benda, ramai je yang monogami tapi tak bahagia, yang dull, yang routine, yang takde spark. Dalam hubungan ni bagi aku dua2 kena always create the spark. Ha gitu macam pakar motivasi haha. EH kalau kita dua2 tak kahwin jom jadi travel partner aku.
Haahahahha. Jom! Tapi aku kalau bercuti yang cikai2 je tau.
Sama la dengan aku. Kau bagi aku selimut, bantal sebijik atas kayu pun aku boleh tidur
Dan terus perbualan kami pergi ke New Zealand, Kashmir, Switzerland dan lain-lain hahaha
Sekian.
Amboi Nadia. Kemain lg dia punya entry skg ni. Nanti ada yg tersesat kat sini minta nasihat rumahtangga. Haha
ReplyDeleteTapi kan itu cerita suami minta kawin lain. Kalau kes suami kantoi kawin lain senyap2 camna pula. Awal2 dah kena hiris ke ? Hahaha
haha ada je yang dah mintak tapi bukan kat sinilah. i just give my opinion based on what i know.
Deletehaha kalau kantoi eh? hmm kalau kantoi kena mintak tempoh bertenang. benda dah jadi pun. takkan nak suruh dia ceraikan bini baru dia. kalau rasa kalau proceed menambahkan dosa, mintak la dilepaskan cara baik. kalau mampu redha, teruskan. satu benda kena ingat, kat dunia ni takde benda hak milik mutlak kita selain amalan kita. gitewwww serius explanation haha
kemain yang last tu, kashmir bagai, nak ikut! haha!
ReplyDeletepoligami ni jangan dibuat main, IQ pun berada dalam keluarga yang berpoligami. Tak nafikan ada yang baik, ada yang buruk. kalau IQ jadi Nadia, yes. I will do the same thing, sebab kesan pada anak2...kalau tak cukup kasih sayang, kesian dorg....IQ juga anak2 yang terkesan dari keluarga poligami. tu sebab IQ jadi macam ni...
untuk suami kawen lagi? IQ dulu pernah tanya dekat arwah suami pasal kahwin lagi. tau apa jawapan dia??
jaga sorang pun tak larat, ni nak jaga dua...hahaha!
jommmm haha
Deletehmm tu la. benda bukan mudah. it depends how matured the parties handle the situation.
hahhaha. bagus suami IQ. He's waiting for u there :)