”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/12/2017

Durian

Sekarang kat Perak, musim durian. Area rumah aku banyak, kawasan lain aku tak pasti. Aku ni tak minat sangat durian, kalau ada aku makan la seulas dua. Kalau takde aku tak kisah pun. Jangan family aku, memang hantu durian, kekadang sanggup travel sampai sejam semata-mata nak cari durian. Tak koserr haha.

Last week Mak whatsapp;

Mak ada beli durian, nak makan, balik la.

Aku memula pelik dapat whatsapp tersebut sebab Mak bukan tak tahu aku ni tak kisah sangat pasal durian ni. And aku dapat rasa tu just hint nak suruh aku balik. Memula malas nak balik sebab malas drive. Tapi dah Mak message camtu, duit pun ada lebih sikit, so aku pun balik la. Padahal aku dah beli tiket ETS nak balik lagi 2 minggu. Hewhewhew.

Aku sampai rumah 11.30 malam hari Jumaat tu. Sampai parents aku pun dah tidur, aku pun tidur. Pagi esoknya aku bangun dalam 7.30 pagi then aku ke dapur. Tanya Mak, mana duriannya? Saja nak ambil hati. Terus dia panggil Ayah kupas yang baru. Yang dia simpan dalam tuppeware yang sedap2 katanya pun dia keluarkan dari peti ais. 

Aku pun makan la sekadar yang aku mampu. Aku memang tak boleh go nak makan banyak2. Aku tak selesa bila rasa panas badan lepas makan and aku tak suka bau dia sangat. Adik aku ye hantu durian. 

Pagi tadi pun Mak pergi beli lagi durian. Then dia buat pulut durian. Lagi satu benda yang aku tak berapa nak makan adalah pulut durian. Boleh kata aku tak makan. Tapi lepas 3x Mak pelawa;

Nadia, taknak pulut durian ke?

Nadia, tu kalau nak makan ada pulut atas meja

Nadia, taknak rasa ke pulut durian?

Aduh, serba salahnya aku. Aku lemah bab2 macam ni kalau Mak dah sediakan tapi aku tak makan walaupun aku tahu kalau aku tak makan pun ramai lagi pirana kat rumah tu boleh habiskan. Then aku pun jawab 'ha boleh la sikit'

Terus dia cakap 'Tu ambil durian yang sedap dalam peti ais dalam bekas biru, santan dalam bekas hijau, durian tu tinggal 2 ulas, tu yang paling sedap. Kalau tak cukup, ambil dalam bekas lain ada lagi, sedap jugak tu tapi tak sesedap dalam bekas biru'

Aku ambil pulut tu sesudu je, buat syarat. Agak seksa aku nak habiskan haha. Tapi durian tu memang sedap. Lemak manis berkrim disukai ramai.

Petang tadi aku nak balik Mak cakap nak kirim durian untuk cousin dengan pakcik aku. Terus down aku, aku tak boleh bau durian dalam kereta, sakit kepala. Tapi terpaksa relakan sebab dah niat Mak kan nak bagi walaupun aku tak suka sebenarnya kereta bau durian. Terpaksa lah aku mengharungi 3 jam yang seksa dan telah pun berjaya tapi masih sakit kepala haha. Sabar je lah aku dengan durian ni. Cepatlah habis musim hahahaha. Mesti yang suka durian maki aku haha.

We want manggis! We want manggis! *pakai maskot manggis sambil bawa sepanduk 'Who this raja buah again?'

2 comments:

  1. alaaa, xjadi geng la nadia, sedap kot durian, pleaseee laa, its durian ok! the king of fruit. haha!

    semalam pergi slim river, sebab melawat orang meninggal, sepanjang perjalanan ada orang jual durian. nak berenti tapi kang tertinggal belakang plak dengan kereta ayah mertua dkat depan. tetiba ayah mertua berenti!! weyhh, ayah beli durian ke??

    sekali ayah mertua beli petai. hancus harapan IQ. duriaaannnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ok IQ boleh geng dgn rest of my family members haha

      ha perak sekarang memang tengah musim. negeri lain x ke? haha. takpe IQ nanti mesti berlambak, boleh beli makan puas2 hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!