”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/20/2017

Matchmaking

Sebelum ni aku beberapa kali di match kan dengan orang itu la, ini la, semuanya aku tolak cara baik. Ada yang aku cuba berkawan atas dasar kesungguhan orang tengah tapi tak menjadi. Pattern aku ni, biar aku yang suka orang tu dulu, dari kalau orang tu suka aku and aku cuba untuk suka dia, setakat ni tak menjadi.

Hari tu ada orang tanya aku, kalau dia di matchmaking kan, apa kriteria yang dia perlu tengok dulu?

Senang je aku jawab; rupa. 

Betul la kan? Dah kau tak kenal orang tu apa lagi yang kau boleh tengok selain muka? Yang materialistik mungkinlah boleh tengok harta dia, tapi kalau aku memang aku tengok rupa.

Paras rupa ni subjektif and setiap orang ada citarasa masing-masing. Macam aku suka orang kulit gelap, bukan apa orang kulit cerah ni cepat kotor hahaha. Gurau, gurau. Dan kita pun sedar siapa diri kita, muka pun desa je so takdelah demand yang hidung mancung, dagu runcing, ada lesung pipit, gigi straight bak diukur dengan pembaris. Sedap mata memandang cukuplah. Tua nanti kerepot jugak haha. Bangun tidur seram jugak muka tu haha.

Lagipun kalau menjadi, kita nak hidup selamanya dengan dia. Karang tengok pun tak berselera macam mana kau nak hadap muka yang sama 30-50 tahun? Kan?

Rupa is first option in match making. Membongak la siapa tak tengok muka ni.

Kalau dah lama kenal, rupa boleh jadi second option when you actually fall for his/her characters first. Ni kena kenal dulu as kawan.

Kekadang kita tertanya, eh perempuan cantik macam tu kenapa la dia pilih lelaki yang rupa macam tu? Eh jangan sibuk hidup orang boleh tak? Suka hati dia lah dah tu taste dia. 

Dari segi fizikal, ada orang suka pasangan dia berbadan besar, ada orang suka pasangan dia pendek, ada orang suka yang berkulit sawo matang, ada yang suka pasangan dia ada gigi taring, ikutlah masing-masing.

Kalau tengok gambar pun rasa tak berkenan, tolak la cara baik. Jangan lah bagitau tolak tu sebab muka orang tu. Cakaplah tak bersedia lagi ke apa ke. Tu pun nak kena ajar ke? Haha

Betul, rupa bukan segalanya. Aku pernah je cuba berkawan dengan 2 3 orang yang boleh dikategorikan sebagai 'good looking' dan suara sedap tapi tak menjadi jugak. Muka helok tak semestinya serasi dengan jiwa kita, serasi dengan mata kita je haha.

But now we talk about first impression. Ni karang kau tak berkenan rupa dia tapi cuba jugak sebab orang cakap konon dia baik. Sekali dah kenal rupanya memang 'baikkk sangat' *rolling eyes*. Benda ni nanti akan buat kau lagi menyampah, dah la tak handsome, perangai pun tak handsome and dalam masa yang sama kau dah bagi harapannn.

And on the other hand, kalau suka rupa paras dia then cuba untuk kenal and find out perangai dia tak kena dengan jiwa kau then takde lah sakit hati sangat. Kalau nak stop pun orang akan cakap ooo dia ni memang tak pentingkan rupa, dapat laki handsome pun gitu je dia tinggalkan. Gitchuuu. Strategik management. Tetiba hahaha.

12 comments:

  1. hahaha! nais la nadia, ur point got mine also! Rupa memang jadi benda utama sebenarnya even ramai tak ngaku nak yang cantik ataupun yang hensem. IQ admit, IQ nak yang hensem, hensem di mata dan di hati. Muka hensem tapi perangai entah ape2 tetap rijek!

    Pernah jer terima muka tak hensem, perangai hensem tapi serasi kurang, so tak boleh nak kata apa lah kan? Jangan kata IQ memilih plaakkk. haha!

    Arwah hensem, hensem perangai, tapi sebab dia hensem perangai la Allah ambik dia dulu. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. nabi pun suruh tengok rupa kan? rupa yg berkenan di hati kita. ye betul tuu. org baik ni walaupun kdg2 muka dia biasa2 je tapi kalau dia baik lama2 kita akan nampak dia 'ada rupa'

      hehe betul tu. serasi pun penting. tp tu dah kenal baru tau. ni kalau 1st nak tengok apa hehe

      'handsome' lah jugak dia di sana. ameen

      btw, kenapa bila nadia bukak bloq IQ keluar blank page/? huhu

      Delete
  2. Anonymous12/20/2017

    kadang tak faham la dgn org2 yg suka matchmaking ni. walaupun diorng rapat & kenal lama dgn kita pun bukan kenal diri kita 100% pun. org bukan tahu pun taste kita nak yg camna. kalau hati dah taknak nak buat macam mana lagi kan? takkan la nak terima je sebab nak jaga hati matchmaker tu.

    kulit gelap eh? mesti kau ni peminat hindustan dan bukan peminat kpop. betul tak?? hahaha
    eh, perempuan kalau dapat partner kulit lagi cerah rasa insecure ke? ahahaha

    eh,.. topik ni ada masuk dalam silibus modul ke? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu. tapi tak dinafikan ada jugak matchmake and memang jodoh dorang. benda ni terlalu subjektif.

      euwwww kpop. eh x la. nak buat apa insecure? buang tebiat? hahaha

      blog ni bukan pasal modul je. lol

      Delete
  3. Anonymous12/21/2017

    owhh.. taste kulit gelap. Siapalah agaknya lelaki bertuah yg berjaya takluk hati Nadia tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah ke? Hope betul la bertuah hoho

      Delete
  4. Kenapa ramai sgt suka org kulit gelap? Sbb dorganis kan? N org gelap ni kita rsa memg Allah beri senyuman deme, ya Allah...tgk pun cair...hahaha...Kwn baik kita pun suka org kulit gelap...n adik kita lelaki pun kulit agak gelap pun ramai org suka...plus adik kita ada manis skit kot...sbb lusum pipit mcm lusum batu dah, mkin lama mkin dlm plk kita tgk...dua belah plk tu...huhuhu...jodoh ni qadarullah...org duk matchmaking ke kita, klau xdak jodoh xkemana pun...tuptup esok awak jumpa someone, mna lah tahu jodoh awak, hahaha mna la thu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. sebab bila dorang gelap, gigi nampak menyerlah hence the senyuman pun menyerlah hehe. yess, cayaqqq hahaha. oh ada lesung pipit lagi pakej haha. yeahh betul. lain org lain cara hidup dia. berdoa je la

      Delete
  5. It was nice reading something honest macam ni. Sebab aku tahu, sesetengah orang bila ditanya kriteria, mesti sembang pasal inner beauty laa, baik laa, iman laa, like benda tu semua tak nampak kot kalau sekali dua jumpa.

    Aku pon, first criterion mesti laa rupa. Aku nak org yg kulit cerah, at least lebih cerah dari aku sebab aku ni gelap, masa kecik asyik kena ejek pak tam je sebab hitam. So aku taknak anak aku lalui pengalaman yang sama dgn harapan gen kulit anak aku diturunkan dari belah ibu dia, bukan aku hahaha

    Tapi kalau aku suarakan tang aku suka perempuan cerah, teruk aku kena kecam. Macam inginkan kriteria seperti itu satu dosa besar pulak 😑😑😑

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hitam menawan la weh. aku suka laki kulit gelap, senyuman manis and nampak manly hehe. biar la orang nak kata weh, itu personal preference, no one can judge u on that. ayuh kita ignore kan kata orang yang tak memberi kesan positif haha

      Delete
  6. Anonymous2/21/2018

    penulisan yg benar2 membuka minda... to summarise... pencerahan yg bijak n hebat... salute sis...

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!