”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/12/2018

Tawaf mall

Jumaat lepas Mak aku datang sini dengan adik aku. Sesaja datang nak buang masa, sian Ayah kena tinggal jaga ayam kat rumah haha. Lagipun bukan minat Ayah nak tawaf mall ni. Sebelum Mak sampai aku pergi dinner dekat Al-Azmi Garden, Sentul. Masakan Thai, umphhh terbaik masakan dia. Korang boleh cuba. Thai cuisine is my favourite. Nanti nak repeat. Time stay rumah uncle aku dekat Denai Alam dia bawak makan dekat kedai Mak Uda. Pekena siakap steam perghh memang stim menikmatinya haha. Sedap gila kuah dia. Arghhh laparrrrr.

Mak berhenti dekat Station Sg. Buloh which aku pelik gila bila google maps cakap 'your destination is on the left' dan time tu aku ada di atas main road. Mana keretapinya woi? Rupanya memang kat situ. Kalau orang tak tahu memang tak tahu la, nak tahu apa lagi? Haha. Lepas tu aku suruh adik aku pergi naik jejantas and fetch Mak aku, kalau tak mesti Mak aku sesat naik keretapi balik Kuale balik haha.

Hari Sabtu kitorang mulakan perjalanan

GM Klang

First time aku pergi sini memang besaq baq hang, aku park kereta time tu kat tingkat 8. Berbanding GM KL, sini lagi selesa. Tak buat apa pun, jalan2 cuci mata je, teman Mak aku. Dia pun bukan membeli sangat. Buat spek adik aku je. Buat spek kat sana agak murah la, beli 1 percuma 1. So kalau share boleh dapat satu spek dalam RM90. Ada je kedai yang boleh dapat harga RM50. Kena pandai cari dan rajin. Kitorang mana kedai nampak dulu, itulah rezekinya. Haha. Design dia up to date jugak tapi nak kata kualiti tu tak sangat la. And kalau ada stok lens, spek boleh siap dalam masa 2 jam. Very convenient. Boleh la kalau kau jenis spek tukar 3 bulan sekali. Baik kau pakai contact lens sengal! Haha.

Sini kalau nak memborong memang elok sangat lah menjengah. Ada barang berkualiti, ada yang so-so je. Aku tak pusing habis pun. Pusing blok B je tu pun tingkat 4-6 je haha. Pergi tingkat 6 untuk makan dan solat. Kalau korang nak makan kat sana, nasi claypot dia sedap, paprik. Surau dia selesa la, luas.

Bandoru Store

Siapa pernah dengar kedai ni? Ni kedai bundle barang dari Jepun. Aku tak layan bundle. Selama ni bundle aku pandang sinis je haha. Time adik aku ajak pergi pun aku macam ha barang preloved? Tapi sebab adik aku nak pergi, kita ikutkan je.

Aku pergi yang dekat area Tol Batu 3 yang dah tinggal rangka tu. Kecik je kedai dia. Orang kata yang dekat Keramat lagi besar dan best. Kedai tu telah mengubah perspective aku terhadap barang bundle. Haha. Dah masuk tu aku pun belek2 la. Beg and kasut memang tak menarik minat aku sebab nampak la sisi sendu dia haha. Baju pun tak, kau tau la minah Jepun baju dorang macam mana kan? Kena pandai pilih.

Then aku pergi bahagian jeans. Terkesima kejap aku. Jeans dia nampak macam baru kot. And banyak je yang tag dia bahagian dalam tu tak pudar langsung warna, macam baru lagi. Orang Jepun ni pakai jeans pakai buang ke apa haha. Ada aku jumpa siap ada tag harga yang ori lagi means tu memang jeans baru or tuan asal jenis pakai jeans tak cabut tag harga haha. 

And aku jumpa 2 yang cun dengan size aku. Satu jenama Edwin satu jenama Uniqlo. Satu aku ambil dekat rak RM20, satu lagi dekat rak RM30. Bila bayar jadi RM35. Aik? Rupanya ada sale 30% sempena CNY hahaha. Bahagia gila hidup dapat jeans ori 2 RM35. 

Muzium Coklat

Pagi Ahad Mak aku ajak pergi Muzium Coklat celup dekat area Damansara tak silap aku. Time sampai je tengok orang beratur tudiaaa keliling gudang. Kejadahnya semua ni? Aku memang tak gigih benda2 macam ni tapi sebab Mak kata dah alang2 sampai, ayuh la sekejap. Beratur nak masuk entrance pun 40 minit. Sejenis dosa apa yang aku tengah lakukan ini? Bila dapat masuk aku rasa harga dia tak berbaloi dengan keberaturan aku tadi. Coklat dekat Langkawi jauh lagi murah. Tapi sebab dah masuk aku beli la jugak sikit, aku memang teringin makan coklat time tu. Mak cakap jangan banding dengan Langkawi, memang kalah la. And adik aku pun bandingkanlah dengan harga pasaran, aah agak murah la. Kalau siapa yang tak pernah pergi Langkawi mesti rasa berbaloi beli kat situ. Tapi better korang pergi Langkawi, boleh naik kabel car terus haha. Boleh beli minyak gamat haaa. Time aku pergi ni tengah warehouse sale katanya.

MyTown & Ikea Cheras

Dua benda alah ni connected. Ni destinasi terakhir sebelum aku pulang ke tempat kebosanan aku. Pergi sana sebab nak makan dekat Ikea je. Aku first time makan dekat Ikea kau tau. Aku rasa makanan dia biasa2 je, overrated lebih. Tapi aiskrim dia sedap. Yang lain biasew2 je. Tak makan dah pun takpe. Orang beratur punya ramai macam sedap sangat je. Nanti nak try yang macam rib ape benda entah tu. Kalau biasa2 jugak, baik aku makan Al Azmi Gardens. Sedapnya tomyam. Haha

MyTown ni connected dengan MRT Cochrane dekat level B1. Jalan sikit dekat laluan bertutup then sampai la stesen, memang senang hidup. MyTown pun aku first time pergi. Nampak macam menarik sebab dia besar, ruang pejalan kaki dia luas. Kedai pun menarik2 jugak. Aku tak pusing habis lagi, nanti la bebila pusing sana lagi.

Baru aku perasan last weekend hidup aku memang banyak beratur. Aku buat benda paling aku tak suka. Tapi tu lah tak suka pun buat jugak haha. Demi yang tersayang, apa salahnya ye dok?

4 comments:

  1. haha, kehidupan di KL yang banyak mengubah nadia, tahniah2, jom jumpa, kita berjimba. haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha sebab Mak je kot, kalau x, x larat jugak

      jom2 boleh je. pm je nanti hhehehe

      Delete
  2. Let me tell you something.
    Semua tempat kau pergi ni semuanya dekat dengan tempat aku, tapi aku langsung tak pernah pergi hahahahha

    Nampak sangat aku ni jenis bosan asyik pergi tempat yg sama je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha selalunya mmg macam tu. macam ais kepal viral kuala kangsar, aku tak pernah pergi beli pun padahal dekat gila dengan aku

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!