”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/10/2018

Service bas Transnasional yang mengecewakan.

Semalam aku balik naik bas Transnasional dari Hentian Duta. Selalu aku naik ETS tapi kononya nak jimat sikit ambil la bas. Menyesal. Satu sebab kos naik uber ke HD tu campur harga tiket sama je dengan harga ETS. Huh. Padahal HD dekat je kot dengan tempat aku tapi sebab peak hour kan. 

Aku sampai HD aku pergi kaunter nak tanya platform mana. Lepas tu orang kaunter tu cakap aku kene print tiket lain and kena bayar RM1. Hey angin la aku sebab sah2 kat ticket yang aku dah print tu cakap kalau aku dah print yang tu tak payah print kat kaunter. HD bukan macam TBS yang kena ada code nak lepas pagar ke apa. Poyo je.

Aku bukan nak berkira RM1 tapi aku tak suka benda yang jelas dan simple then nak rumitkan. Aku pulak PMS semalam. Memang kena la. Tapi se PMS aku, aku tak pernah tengking2 orang lagi. Aku cakap elok-elok, try control marah. Sebab aku tau kalau aku tak PMS semalam aku tak argue pun haha.

Dia tetap berkeras kata kena print. Kalau tak driver tak bagi naik bas. Aku nak meletop dah time tu, jangan aku keluarkan hak2 pengguna. Sebab benda jelas kot. Aku malas nak bising lagipun aku nak kejar Maghrib time tu. Time dia print tu aku cakap 'I will complain about this'. Dia diam je. Aku tak tahu dia faham BI ke tak sebab arahan dalam kertas tu BI, sebab tu dia tak faham kot *rolling eyes* Then ada sorang brother ni tegur, dia cakap 'complain je dik, kami pun tak faham management kat sini'.

Dah print tetiba kat tiket tulis bas SKS. Bertambahlah fed up aku. Aku beli tiket trans sebab nak naik bas trans bukan SKS. Time naik tu dah la driver tak cek pun tiket *isi carutan yang sesuai kat sini*. Sekali aku tengok semua double seat. Aku pilih single seat kot. Ya Allah. Sabar je la. Dah le seat sempit. Sakit badan2 aku nak kecilkan badan sebab sebelah aku laki. Huhhh.

Tetiba aku tau dia berhenti Ipoh pulakkkk. Ok berhenti tu aku tak kisah la sangat. Tapi selalunya aku naik trans dia direct. Aku pantang betul bas banyak berhenti ni, baik aku naik bas loncat2 gitu. Train takpe berhenti sebab masih atasa landasan (?). Bas ni karang kena exit la apa la. Buang masa tau tak!

Aku faham dorang nak jimatkan kos. Eh peduli apa akuu, aku customer kot. Lain la kalau bagi arahan yang jelas sebelum perjalanan, then customer terima then it's a deal. Ni macam hamput. Ibarat order kerusi tapi dapat pelapik kerusi je. Hansap. 

Aku tak heran kalau syarikat trans ni nanti bankrup. Service macam hamput. Tak reti jaga customer. Plus sekarang banyak bas yang best, seat besar bagai. Patutlah ETS walaupun mahal tapi laku keras. Heh. Marah betul aku ni. Dah nak pergi complain dekat management dia pulak. 

8 comments:

  1. pernah rasa macam ni, memang serabut betul orang yang buat sistem bas yg macam *carut* . arghh, stressss....xske la berenti banyak tempat kan, memang buang masa! penat satu hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpeee. orang dah la tak sabar2 nak sampai kan, dia kalau boleh nak berhenti setiap bus station and bus stop yg ada. erghh. haha

      Delete
  2. Anonymous3/13/2018

    PMS?? Performance management system ke?

    ReplyDelete
  3. Anonymous3/24/2018

    Laaa... Kenapa tak teruskan marah je. Apalah guna pms jika tidak memaki hamun manusia di sekeliling :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya orang yang lemah tak dapat control marah. dan pms bukanlah medium yang membenarkan perempuan jadi membuta gila babi haha. control your emotion and be classy gituuu haha

      Delete
    2. Anonymous3/25/2018

      Hahaha.. so nak kena ucap tahniah la ni. Sebab awak berjaya control emosi. Tahniah Nadia :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!