”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/11/2018

Cuti Raya

Dulu aku selalu cakap 'Eee taknak aku duduk KL, sesak, sakit otak'. Now telanlah kata-kata kau itu ibarat menelan panadol yang dihancurkan. Aku ni dah kira setahun menetap kat KL ni. Tapi 10 bulan duduk dalam hostel so tak rasa sangat.

Buat masa ni aku masih boleh bersabar dengan traffic congestion yang ada, tak sangka iman aku masih tidak bergetar dalam hal tu. Aku boleh dikatakan jarang stuck dalam traffic jem tapi sekali sekala terkena tu haruslah aku melalak dalam kereta menyanyi instead of meroyan langgar kereta depan haha. Aku macam lama je lagi akan duduk sini. Harap lagi setahun akan muncul la kereta terbang rendah, tinggi dan sederhana. 

By the way, Khamis ni aku dah start cuti raya. Rabu lepas kerja boleh aku berambuskan diri ke Perak. Aku drive sendiri sebab tiket ETS memang wassalam la. Harapnya trafik lancar nanti, harapnya orang lain tak nampak tol duta nanti hahahhaa.

Aku cuti sampai Isnin je, raya ke4 berlalu lah aku pulang ke KL, sesiapa ada kat KL nak buat open house sila jemput aku please. Sekian kesian hahaha. 

Office aku ni dah pasang lampu lip lap lip lap dah. Lagu raya tak berhenti berkumandang dari last week lagi. Tadi datang office pun jalan lengang bukan main, budak sekolah dah start cuti kan. Biadap ye semua cuti lama lamaaaaaa.

Di kesempatan ni sambil ditemani lagu background raya, aku nak ucapkan.

Salam Aidilfitri
Aku mohon maaf atas segala salah silap, jika entri2 aku selama ni ada mengguriskan hati sesiapa.

4 comments:

  1. Anonymous6/13/2018

    selamat pulang ke kampung halaman.
    hati2 memandu. ingatlah orang yg tersayang :)

    ReplyDelete
  2. inshaAllah. thank you :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous6/29/2018

    selamat hari raya Nadia. maaf zahir batin.
    mungkin ada komen2 sebelum ni yg menyakitkan hati. maafkan.
    niat di hati hanya nk bergurau. hehe

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!