Awal minggu lepas tetiba dapat perkhabaran yang KL, Selangor, Putrajaya kene PKPB. Alahai. Rasa nak marah pun ada. PKPB memang patut diadakan dengan kes yang naik mendadak, tapi puncanya tu yang menimbulkan kemarahan tu. Herghhh.
So weekend hari tu memang duduk melepek je kat rumah, keluar pun sebab nak beli groceries je. Jumaat lepas kerja aku dengan Suami pergi Tesco beli barang rumah. Suami aku request burger daging tapi guna roti wholemeal je sebab Suami aku dalam fasa makan makanan sihat. So kita support je la hehe.
Pagi Sabtu kitorang buat light hiking dekat area rumah. And Suami aku buat sprint naik bukit tu. Gila Haha. Aku tak join sebab kaki melecet, salah pakai stokin (alasan). Habis 4 laps tetiba Suami aku macam tak larat. Risau aku kalau tetiba kena heart attack ke sebab aku pernah dengar orang mati lepas heavy workout. Taknak la jadi janda muda haha.
Lepas bagi air, aku urut2 sikit then dia nampak ok sikit walaupun rasa melayang and seram sejuk katanya. Hish marahlah aku sebab suka paksa diri. Alhamdulillah semuanya okay. Sampai je rumah aku just buat sosej rolled roti wholemeal untuk alas perut. Tengah hari tu aku hidangkan daging masak kurma dengan singgang daging and ikan pekasam goreng. Sebab dia tengah dalam mode sihat, dia gantikan nasi dengan suun. Aku suka je suun masak lemak, suun masak sambal tapi nak makan kosong macam nasi idak le haha.
Petang tu aku lapar kembali, as usual hahaha. Aku merengek minta dia masakkan aku maggi goreng letak daging burger. Amboi selera kau. Dia pun layankan je kerenah aku dan masakkan aku Samyang goreng. Ya Allah sedap gila dia buat haha. Bukan nak puji Laki sendiri tapi laki ni sekali sekala masak memang sedap macam Ayah aku jugak. Sekali dia masak walaupun nasi goreng bodo2 je, ya Rabbi sedap gila. Then Laki aku pun masakkan diri sendiri burger daging roti wholemeal dia tu haha.
Esoknya keluar lagi beli barang yang terlupa nak beli pada hari Jumaat. Kau memang suka buat kerja main2 kan? Sebelum pergi Aeon sempat kami singgah makan KFC di premis luar dari Aeon tu. Sekali dalam Aeon tu pun ada KFC. Apa ke lolnya kau ni.
Habis beli barang aku siapkan ayam curry roasted untuk Suami tercinta sebagai tanda support eat clean. Untuk aku, aku siapkan sambal tumis kering digauli ikan bilis goreng, suun dan tempe. Macam biasa dia dengan suun dia, aku dengan nasi aku lah haha. Petang tu Suami ajak jogging. Dapat la 3.5km. Jadi la kan? Suami aku jenis senang berpeluh, aku susah. Lepas workout dia macam mandi, aku macam cuci muka je haha.
Weekend hari tu kami layan dua movie di Netflix. Satu 15:17 Paris, based on true story. Cerita pasal 3 sekawan yang tumpaskan terrorist dalam train. Cerita dia slow and plot dia bersepah, tak kemas. Cerita kedua kami layan: The Acts of Violence. Cerita berkisarkan tunang dia kena kidnap dengan geng pemerdagangan manusia. Bagi aku cerita ni best. Ada elemen kekeluargaan. Sedih. Try la tengok. Bosan layan movie kitorang main game Among Us dengan cousins aku. Addicted jugak game tu haha.
Hari Isnin tu Anniversary pertama kami. Bangun tidur dengan rasa syukur. Alhamdulillah. Semoga tahun mendatang akan lebih baik. Kami dua2 ambil cuti untuk spend masa sama2. Patutnya ada plan nak bercuti tapi terpaksa tangguhkan sebab PKPB ni. Hnfff. Nasib baik hotel boleh tukar tarikh. Entah bila nak langsaikan percutian tu.
Kitorang tak celebrate apa2 special pun, itu bukan cara kami. Kitorang just bersembang atas katil sambil 'post-mortem' hubungan kami sepanjang setahun ni. Apa yang perlu dielak, ditambah baik. Tapi dia cakap dia lebih suka going with the flow. Apa benda yang each other suka or tak suka. Yang tak suka dua2 takde jawapan. Aicehh bajet perfect haha. Dia cakap dekat aku 'Just be who you're, I love for who you're, setakat sikit2 tak senonoh tu Abang layankan je' Haha. Benda yang aku cakap aku suka kat dia 'Kesabaran dia, ketenangan dia, cara dia handle problem, keserasian kitorang, childish dia, kematangan dia dan layanan dia'.
Hari tu aku masakkan ayam masak kicap je, nothing special haha. Petang ada orang datang rumah baiki peti ais aku yang refrigator nya tak sejuk2. Melayang RM260. Servis dia ok Suami aku cakap, korang try google ZM Services. Dia repair kat rumah, kos datang inspect je dia kenakan RM50. RM260 tu dah termasuk semua la + 1 warranty 1 month. Alhamdulillah peti ais aku sejuk kembali rasa nak tidur dalam tu haha.
Petang tu kitorang celebrate lagi sekali anniversary dengan McD order dekat Food Panda. Sekian haha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!