”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/06/2022

Accent Wall #Projek Rumah

Aku dengan Suami memang bercadang nak buat sendiri accent wall dekat ruang tamu bagi menjimatkan wang. Selalu orang buat wainscoting kan? Bagi kitorang wainscot ni macam lagi sesuai untuk rumah orang ado-ado sebab dia nampak elegan. Accent wall ni nampak lebih chill.

Tapi buat sendiri ni slow sikit la sebab kekangan masa kan and kena cari mood jugak hehe. Mostly buat pun hari kerja je sebab weekend ada je halnya.

Kitorang beli kayu dekat kedai hardware je. Aku tak ingat exact kos tapi beli semua hari tu dalam RM400++ termasuk segala peralatan mengecat. Cat beli untuk 1 rumah so aku rasa bajet yang betul2 untuk accent wall tu less than RM150 untuk dinding hall aku. Cat 5l pun guna tak sampai suku. Kayu pun banyak lagi tak habis guna. Nak buat kat mana lagi tak tauu haha.

Proses. Kelmarin baru siap gam kayu, semalam baru mula cat. Suami aku mula dalam 8.30 malam gitu

Time dia buat aku mengemas dekat atas. Ada la aku turun kejap tengok and tolong dia cat kayu2 tu. Boleh dikatakan kerja ni 99% Laki aku buat. Aku 1% je merangkumi tolong pass barang, tolong pegang kayu, cat kayu sikit2 dan memberi semangat yang jitu sambil makan kerepek hahaha.

Dalam pukul 12 dia message aku dari bawah ajak turun. Aku turun tengok2 dah siap! I'm impressed. It turns out so amazing on my eyes. Nak tengok? hehe

Tadaaa!

Alhamdulillah. Corak ni kitorang google je. Dapat rough idea je Suami terus buat then adjust ikut selera kitorang. Tak sabar nak menghias pulak. Next nak beli kabinet TV walaupun TV nya tak beli lagi haha. Beli sikit2, ikut kewangan semasa.

Thank you Sayang for your time and effort. Love you. Appreciate it! 💝 Semalam tetiba aku terfikir, kata la Suami aku 'pergi' dari aku, mau aku jual rumah ni haha sebab setiap inci rumah ni ada hasil tangan dia yang akan mengingatkan aku kat dia. Untuk rumah ni, aku memang buat kerja mengemas je, bertukang drill, mencantikkan rumah semua dia hehe. Semoga panjang umur dan jodoh kami untuk menikmati kehidupan bahagia berumah tangga hingga tua. Ameen.


4 comments:

  1. Amboi-amboi... terus "love you" kau!

    Orang beshe2 tak boleh buat ni... kena tangan orang seni jugak baru jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kene beli jiwa jugak uncle sebab takde upah selain kasih dan sayang hahahha

      hehe boleh je yg penting semangat dan tidak berputus asa kekekeke

      Delete
  2. alhamdullillah...sungguh membahagiakan bila dapat penghargaan orang tersayang

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!