”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/18/2022

Pengalaman duduk asrama #dipulaukan

Time F3 aku pernah kena pulau, eh bukan aku, 1 kelas kami (perempuan sahaja) kena pulau dengan 1 batch (perempuan sahaja). Tapi tak semua la, majority, but ada yang tak ambil port. Sebab tu aku tak suka kawan dengan perempuan, emosi melebih-lebih. Yang lawaknya, yang takde kena mengena yang over and jadi batu api. 

Aku tak tau apa puncanya, siapa puncanya, tak tahu ke tak ingat entah. Tapi macam tak pepasal sebab yang takde kena mengena pun kena sebab 1 kelas kan. Sycho jugak la time tu. Dorang beraturkan toiletries punya panjang depan toilet tak bagi mandi. Aku memang sebelum kena pulau pun bangun pukul 5 setiap pagi untuk mandi sebab aku tak suka beramai, aku suka mandi takde orang dalam keadaan aman.

Dekat tempat iron kalau kita tunggu nak iron tetiba dia panggil kawan dia yang taknak iron pun supaya iron baju supaya kitorang lambat iron. Ada kawan2 kelas aku yang kena bangun 2-3 pagi sebab nak iron.

Kitorang 1 bilik 4 orang je tapi antara 3 bilik ada ruang dekat atas so apa bilik sebelah cakap boleh dengar. Dengar la dorang ejek2. Being an ignorance me, ah pergi mampus la korang. 

Puncaknya buat aku ambil tindakan bila dorang jerit2 panggil kitorang pelacur. WTH? Melampau sangat. Takde isu lelaki pun time tu. So aku pergi jumpa Ustaz yang suka aim aku sebab tak pergi surau tu. Aku cerita kat dia. Dia terkejut and cerita dekat Pengetua.

Beberapa minggu lepas tu ada kem bina diri ke apa ntah dekat resort, untuk preparation kami nak PMR jugak. Malam tu ada sesi muhasabah diri. Ala yang dorang tutup lampu lepas tu buat cerita sedih tu. Sebab Ustaz dah tau cerita kitorang, aku rasa dia memang bagi tazkirah kaw2 punya malam tu. Aku tak tau Ustaz bebel apa sebab aku tidur!!! hahahahhahahaha.

Bukak je lampu aku terpinga-pinga dah kenapa semua menangis teresak-esak ni? Ada kematian ke? Rupanya dorang dah insaf agaknya and sedar kebodohan mereka. Tetiba siapa ntah meluru ke aku peluk aku mintak maaf. Aku angguk2 je la sebab aku mamai lagi baru bangun tidur. Gila kau tak tidur, dah la gelap, background music mendayu-dayu pulak tu hahaha.

Malam tu kitorang yang perempuan2 ni banyak lepak luar resort sampai pukul berapa pagi ntah, konon sesi rebonding balik la, sambung mintak maaf bagai. Aku cerita la kisah aku tidur tu semua bengang hahahha. Aku memang dari dulu dicop takde perasaan/ kurang perasaan.

Lepas tu hubungan kitorang okay je tapi diambil pengajaran la. Jangan nak fitnah orang sesuka hati kalau tak tahu hujung pangkal cerita. Aku tak effect sangat pun sebab aku memang jenis tak ambil peduli dengan orang yang takde kena mengena dengan aku. Kau taknak kawan aku ingat aku ada rugi apa2 ke? Lagi aman ada la hidup aku haha *introverts alerts. haha

6 comments:

  1. Pasal toiletries beratur depan bilik air tu kenangan betul. Kadang bengang je rasa sbb orang dia takde. Kita yg beratur ni dah la tgh terkejar-kejar sebab lambat. Memang best pengalaman dok asrama. Macam-macam. Tu belum lagi kes buli la hape. Tp zaman tu macam takde viral-viral kalau budak kena buli. Pepandai kau survive sendiri la.

    heh .. tk care babe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebab tu I chose to mandi awal2 pagi, koser nak berebut. Indeed, kenangan dekat asrama sangat bermakna, ajar kita macam2 untuk survive dalam hidup kan ;) Dulu aspuri takde sangat kes buli tapi pernah kena panggil roll call dengan senior sebab tak bagi kacau laki batch dorang (batch Nad banyak yang cantik2 excluded me ofkoz *cough). Lah siapa kacau siapa? Kau yang sendu nak insecure?! Hahahaha

      Delete
  2. Alah... mintak maaf time raya je.... Takyah tunggu kem bina diri... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul. saya pun dulu kalau ada buat salah, raya nanti la mintak maaf. tapi time raya tak mintak maaf pun. lol

      Delete
  3. akak nak confess skit bab kena pulau ni...masa akak sekolah dulu akak pun kena sama..sebabnya akak menjadi kesukaan bebudak lelaki...kengkawan akak ramai lelaki so yg perempuan akan pulaukan akak...jeles la tu akak HOT kan...ahahhaahha...then the best thing is sampai hari ni even dalam group sekolah kat whatsaap pun ramai bebudak lelaki akan response apa je yg akak akan post waima cuma say Good Morning...siap yg ppuan ni semua ada group lain duk kutuk2 akak...x move on lagi diorang...kelakar betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu biasa kalau zaman hingusan kan? Hope dah besar ni masing2 makin matang.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!