20 Mei 2022 (Jumaat)
1.30 am - Aku baru bangun kencing, baru nak lena balik aku dengar pintu bilik aku diketuk. Aku ingat aku mimpi. Beberapa saat lepas tu, diketuk lagi sekali sambil aku dengar suara Mak panggil aku. Pelik. Mak nak apa pagi2 buta ni?
'Nadia, jom pergi hospital, Ayah tak boleh kencing kena hantar ke Hospital Taiping'
Terkejut dengan perkhabaran tu terus rasa sakit kepala. Aku salin pakaian, sarung tudung. Aku keluar bilik. Aku nampak Mak dah dipintu. Aku tanya Mak,
'Mana Ayah?'
'Ayah dah kat Hospital Kuale. Dia pergi hospital pukul 11pm lebih tadi naik motor. Ni dia baru call Mak cakap kene refer ke Hospital Taiping'
Allahu. Ayahhh oi. Sanggup tu pergi hospital sorang2 taknak kejut anak kesayangannya (self-claimed) tidur.
Bergegas terus kami ke hospital, Mak bawa keperluan asas kot2 kene warded dekat Hospital Taiping. Kami sampai sana, Ayah takde, nurse cakap Ayah dekat bilik xray. Kami pun tunggu. Beberapa minit lepas tu nampak kelibat Ayah. Ok je dia, boleh berjalan macam biasa.
Ayah cerita,
'Tiub tak boleh masuk ikut saluran kencing, 7x doctor try, tak boleh2. Sakit sangat. Sebab tu kena refer ke Taiping sebab kat sana ada pakar. Kalau tak boleh juga kena tebuk'
Aduh. Kami tunggu prosedur Ayah selesai, tengah tunggu nak ambil darah ke tunggu keputusan darah entah. ECG semua dah buat.
2.30 am - Ayah suruh kami balik. Dia kata nak tunggu buat apa pun. Biar dia je tunggu ambulans hantar ke Taiping. Kami pun balik dengan hati yang berat.
Aku sempat message bos mintak EL.
Sampai rumah aku resah, risaukan Ayah. Aku solat sunat mohon pada Allah permudahkan urusan Ayah, hilangkan sebarang penyakit daripadanya. Entah pukul berapa aku terlena balik. Sedar2 6.30am. Tiada apa2 perkhabaran dari Ayah. Mak call tak dapat. Aku whatsapp tak delivered. Maybe Ayah tengah jalani prosedur.
Aku solat Subuh. Dalam sujud akhir aku menangis lagi merayu pada Allah untuk sembuhkan Ayah dari sebarang penyakit merbahaya.
Dalam pukul 6.40am Ayah message,
'Dah tebuk, lega sangat rasanya'
Alhamdulillah. Mak called Ayah. Ayah cakap dalam pukul 5am lebih baru sampai Hospital Taiping. Ayah mengadu,
'Sakit sangat tebuk, dorang tak bius, letak ubat kebas je then tebuk hidup2 bawah pusat. Tapi Alhmadulillah lega sangat rasa bila air kencing dah keluar dari bladder. 1.7 liter'
Allahu sian Ayah. Tak dapat bayangkan macam mana rimasnya nak kencing tapi tak boleh. 1.7 liter bukan sikit oi. Lagi banyak dari botol mineral besar.
Aku refer kawan aku yang doktor dia cakap maybe prostate bengkak and benda ni memang common jadi dekat lelaki yang 55 tahun ke atas. Plus Ayah selalu makan ubat allergic, benda tu pun boleh kacau hormon.
Ayah cakap maybe kena warded 2-3 hari. Takpelah kalau itu yang terbaik. Mak dah prepare barang2 tambahan macam tuala, power bank etc. Ayah duduk wad lama, 3rd class, katil takde plug. Kalau kena warded lagi lama, aku nak guna GL aku untuk transfer Ayah atleast ke wad 2nd class. Then Ayah cakap hari ni boleh keluar. Next prosedur buat lagi sebulan dua katanya.
Aku bagitau dalam group family apa yang jadi dekat Ayah. Dan semua marah bila tahu Ayah ke hospital sorang2. Bukan marah aku, marah Ayah punya perangai yang taknak mintak tolong orang. Haha. Padan muka kena marah dengan kakak and adik2 nya.
Sambil sapu rumah, Mak cakap,
'Sedih sangat ingatkan Ayah pergi hospital sorang2. Dia ajak Mak tapi Mak cakap bukan boleh masuk pun. Lagipun Mak ingat kejap je sebab Ayah cakap lepas dorang keluarkan air kencing tu Ayah terus la balik. Tak sangka pulak jadi macam ni'
Mengalir air mata aku bila Mak cakap macam ni sebab aku pun sedih mengenangkan dia gigih naik motor sorang2, malam2 buta. Tapi apa2 pun Alhamdulillah, dah selesai.
1.40pm - Aku, Suami dan Mak sampai di Hospital Taiping. Mak je boleh masuk wad. Kami tunggu Mak tengok Ayah. Pukul 2pm, waktu melawat pun dah habis. Kami terus pergi solat dan makan tengah hari sementara tunggu prosedur keluar wad.
4.30pm - Ayah called bagitau dah boleh ambil borang hasil dan borang ubat. Mak ke kaunter hasil setelkan bayaran walaupun percuma sebab Ayah ada kad pesara but still kaunter hasil kena endorse borang tu. Aku ke kaunter farmasi ambil ubat.
5.15pm - Ayah pun keluar wad.
6.15pm - Kami sampai rumah. Alhamdulillah
2 bulan Ayah terpaksa pakai beg kencing tu. Sian Ayah. Terbatas pergerakan dia. Takde la dia ke masjid dalam 2 bulan. Faham, mesti tak selesa kan. Sebab Ayah ahli masjid, ramai cakap nak datang melawat.
Mohon doakan Ayah aku sihat seperti sedia kala ye kawan2. Thank you!
Semoga ayah Nad cepat sembuh...faham kalau org terdekat sakit ni memang sikit banyak kita pun turut rasa sakit
ReplyDeleteAmeen. Tq Kak. Kan, esp kalau parents, aduhh lagi sakit rasanya
DeleteAyah sy dah kene dah prostate bengkak ni..tahun 2020. Memang seksa tengok dia pakai beg kencing tu. Tapi alhamdulillah, tak lama sebab terus buat operation n sekarang dah kembali aktif. Didoakan moga ayah awak pun cepat sihat mcm biasa ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Moga ayah2 kita terus dikurniakan kesihatan yang cemerlangg. Ameen2
DeleteUncle yg baca ni pun terasa sakitnya...
ReplyDeletekan. kena cucuk ambil darah pun ngeriii
Delete