”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/26/2022

Cairo, Egypt #3

Hari balik. Sedih dapat pergi kejap je. Kawan-kawan dekat Cairo jenuh pujuk untuk aku stay but sorry fwens, I couldn't. InshaAllah ada rezeki boleh datang lagi. Kalau nak datang memang kena ada orang kenal and boleh berbahasa arab kalau taknak kena tipu. Harap kan aku, bagi salam je la aku tau haha. Orang sana kasar dan suka kencing orang especially tourists la kan.

Aku baru tau Mesir rupanya dalam continental Africa haha *fail Geo. Dorang merupakan antara negara Arab yang termiskin. Dorang memang underpaid and dekat sana bagi duit poket kepada penjawat awam bukanlah rasuah tapi diconsider sebagai tips. Dorang kerja setiap hari dari pukul 9am sampai 3pm je. Bunyi macam heaven kan? Tapi tu la, nak dapat keputusan simple even application visa dari pihak kerajaan pun boleh makan berbulan-bulan. Kalau tak bagi duit tepi lagi la ke dalam tong sampah application korang haha.

So terbuktilah if underpaid, orang jadi desperate untuk survive dan akan terjadilah pelbagai jenayah dan salah laku. Sekian bebel haha.

Hari ni dimulai dengan breakfast dan bergerak ke Pyramid Gyza dan Sphinx. Perjalanan dalam 30 minit dari hotel. Pemanduan kat sini macam hampeh yeee, jalan takde line putih, kalau ada pun takde function. Sini takde JPJ so sukahati dorang lah buat law sendiri. Bawak laju gila, tetiba brek mengejut then sesuka hati je masuk lane tak bagi signal tak tengok kiri kanan. Tak ke kau migrain? Haha sabar je la. Kecut perut aku dengan cara pemanduan dorang. Hon sentiasa berkumandang tanpa henti. Kereta semua calar balar, kemek sana sini. Nak baik pun takde function sebab esok kena hentam lagi.

Time ontheway nak tengok pyramid, van yang aku naik kena langgar belakang. Kalau dekat Malaysia dah turun gaduh dah, siap menyebabkan jem. Kalau kat sana? Dua2 pihak buat bodoh ye macam takde pape berlaku haha. Amaze kejap aku dengan ketidakpeduliaan dorang haha. Tu yang seronok pergi negara orang, boleh tengok culture and boleh buat kita bersyukur duduk Malaysia. Hidup Malaysia! Haha Tiberr.

1 of the wonders of world. Tengok depan-depan memang tak tercapai akal macam mana dorang boleh bina pyramid ni. Opinion aku sebab orang zaman dulu besar-besar and mana tau dulu sebenarnya canggih je teknologinya tapi sebab kerosakan dunia teknologi tu lupus sekali. Wallahualam.

Hidung dia dah terpeset sebab bencana alam. Haha syian dia, buruk jadinya.

Sini panas gila oi. Mesir takde awan ye, mana dia pergi entah haha. Tak lama pun kat sini sebab panas and nak kejar waktu flight. Sebelum check out sempat singgah National Museum of Egypt. Aku baru sedar aku suka sebenarnya pergi museum etc, menarik weh tahu benda yang korang tak tau. Lepas ni dating nak ajak Suami pergi museum lah haha.


Perhiasan

Kitab taurat. Kitab ni tak boleh disentuh dengan tangan sebab nak jaga authenticity. Hanya authorised person je boleh. And benda bulat tu adalah tempat nak bawak kitab tu. 

Lapik Kaabah terakhir yang disediakan oleh kerajaan Mesir sebelum diambil alih oleh Arab Saudi.

Alat Music zaman firaun. Pandai berhibur ye? Ada Metalicca tak agaknya zaman tu? Haha

Lepas tu aku berpeluang tengok mumia tapi tak boleh ambil gambar. Ada 20++. Dah la letak dalam bilik gelap, spooky juga yee. Spooky pun aku telek jugak melalui balang kaca tu la. Tapi size dorang kecik je, macam kita. Bukan ke orang zaman dulu besar? Bila aku tanya tour guide cakap sebab proses mumia tu mengecutkan dorang. Wallahualam.

Ada 1 tu warna dia lain dari lain, warna oren, yang lain warna choc. So aku pun tanya kenapa. Dorang kata firaun yang tu dorang jumpa dalam laut so maybe garam laut tu menyebabkan tindakan kimia pada proses mumia yang menyebabkan warna dia lain. Bila tengok closely ada butiran garam dekat tengkorak dia. Wallahualam.

Memang pengalaman yang amat berharga untuk aku. Alhamdulillah walaupun tengok dalam keadaan terkejar-kejar. Habis je terus balik hotel, checked out and pergi lunch kedai thai dekat mall. Ha lega weh dapat tomyam walaupun baru 2 hari tinggalkan tomyam haha. Tomyam is lyfeee.

Pukul 4pm gerak ke airport, yada yada, pukul 7.30pm dah depart. Transit dekat Doha sekejap je, sampai-sampai terus ke boarding hall, tak sempat nak merayap. 

Alhamdulillah sampai KLIA keesokan harinya pukul 3pm. Yang paling sadis kena sidai dekat KLIA sampai 10pm sebab ada miscomm dengan driver. Huaaa. Baraiii. Dah la barang banyak tak boleh nak tinggal.

Alhamdulillah pukul 1am aku sampai rumah. Jet lagged weh. 2 hari aku tidur tanpa henti haha. Bangun untuk makan and solat je tu pun separuh sedar. 😂

Sekian sahaja pengalaman ringkas aku di Egypt. Semoga ada rezeki lagi untuk pusing to the other part of world dengan kesayangan. Ameen. 

6 comments:

  1. Bukan lah... Hidung sphinx tu macam tu sebab ni... ---> https://youtu.be/ZlcqRWYDGsg?t=127

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya kene tipu dengantour guide la ni? Ceitt.

      Delete
  2. Dari dalam muzium tu la kita boleh tahu sejarah ketamadunan manusia. Teman pun suka pegi muzium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Sejarah yang mengagumkan. hope lepas ni banyak lagi muzium yang boleh pergi esp dekat oversea hehe. Ajomm syame syame hehe

      Delete
  3. hihi, pengalaman menarik. menarik untuk dibaca. seronok kalau pergi negara orang ni, wajib pergi museum at least baru tahu asal usul negara tersebut. kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tepat sekali. Peluang jarang2 sampai, so kena explore sebaiknya haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!